18 October 2011

Persediaan Seorang Lelaki Menjadi Suami

Assalamu'alaikum~




Semua makhluk yang bernama manusia akan berkahwin. Ada yang tak nak kawen ke? Ish~ tak baik tau. Nabi tak mengaku umat nanti..Sebagai orang islam perkahwinan itu sangat la di tuntut bagi mengelakkan terjadinya maksiat disamping nak mendapatkan zuriat dengan cara yang halal.  Bukan macam terjadinya zuriat2 yang dibuang macam sampah tu.Da banyak sangat kan berlaku?? 


Bagi pandangan kita  mungkin betapa senangnya untuk bergelar suami isteri sebab hanya sekadar 1 lafaz akad nikah je (mungkin ada la kan yang wat sampai 2,3 kali lafaz sebab xlancar) .

Tapi betul ke mudah?? Tengok ni..

" Aku terima nikahnya ..........dengan mas kahwinnya RM....tunai.. " Senang memang senang...

Tapi kita tengok pula dari sudut lain erti disebalik lafaz akad nikah ni..

" Aku tanggung dosa-dosa si dia dan ibu bapanya, apa sahaja yang dibuat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku.Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku "

*Credit to EIFA


Sanggup kah kamu wahai lelaki? Sudah cukup bersediakah kamu? Besar tangung jawab sebagai seorang suami ni..Apa persediaan kamu wahai lelaki sebelum menajdi seorang suami?

1) Mantapkan iman kamu kerana kamu yang akan mendidik dan membimbing isteri serta anak-anak kamu.

2) Perbetulkan niat kamu untuk memiliki seseorang wanita itu adalah untuk membina sebuah keluarga yang diredhai ALLAH.Bukan untuk menyakiti dia.


3) Belajar untuk menjadi orang yang sabar dan bertolak ansur kerana tiada rumahtangga yang tak diuji oleh ALLAH dan dihasut oleh syaitan yang ingin memporak perandakan bahtera rumahtangga.



4) Belajar untuk menghargai pengorbanan serta penat lelah seorang wanita dengan menghargai ibu sendiri terlebih dahulu.

5)  Sentiasa tahu apa tanggungjawab sebagai suami dan ayah kepada anak2 suatu hari nanti.


6) Sentiasa ringankan mulut dengan kata pengerat hubungan iaitu "Terima Kasih" dan " Maaf".

Tu antara persediaan asas yang semua bakal suami kena titik beratkan la..InsyaALLAH, selagi iman masih didada , ia mampu menghiasi dan memelihara bahtera rumahtangga..




7 comments:

  1. kahwin ni bukan benda main main, banyak sudut nak kena ambil kira. :)

    ReplyDelete
  2. amboiiii good tips :) huhuh

    ehem2..sila2 join GA sy.. :D hadiah bestttt menanti;)"

    ReplyDelete
  3. Nak bergelar suami tu senang... Tapi nak jadi suami tu susah..

    ReplyDelete
  4. @KAMIHIDUP : huhu..mmg pon..tu blom pasal kewangan..zaman skang semua nak duit.kerana duit pon boleh bercerai berai.

    ReplyDelete
  5. @Marliyana Mk : hehe.mekaseh jemput..ok, ca akn join~

    ReplyDelete
  6. @WuMing : sgt setuju ngn statement kamu,, =)

    ReplyDelete
  7. besar tanggungjawab nak jadi suami ni...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...