Showing posts with label MuJahaDah. Show all posts
Showing posts with label MuJahaDah. Show all posts

19 July 2012

Terapi Bil Quran - Part 1

Assalamu'alaikum..

Korang pekabo? Sehat? :) Ok, hari ni ca nak share pengalaman ca. Satu pengalaman yang cukup menarik dan buat diri ca semakin dekat dengan ALLAH... Alhamdulillah..

Beberapa minggu yang lepas ca sakit hampir tiap2 hari.Jadi mak ca ada dengar kat radio yang kat JB ada 1 pusat rawatan cara islam untuk penyakit2 misteri macam saka ke, gangguan makhluk halus, sihir ke ..Jadi mak ca ajak ca pergi.Try la kan..Kita kena lah ikhtiar..Setiap penyakit ada ubatnya..Lambat atau cepat je untuk serasi dengan penawarnya..


Nama tempat rawatan tu macam kat gambar atas ni.. Kali pertama ca pergi agak ramai la sebab masa tu baru ada iklan kat radio pasal pusat rawatan ni.Kebanyakan yang datang orang Singapore. Selama ni ca tengok kt tv je orang buat rawatn camni.Korang pon mesti pernah tengok kan? Ada yang menjerit2..Ada yang berkelakuan pelik lepas dibacakan ayat2 Quran..Perasaan ca masa masuk kat tempat tu pon dah berdebar2.. Ca dah dengar dah suara2 pesakit yang menjerit..

Mula2 ca kena isi borang.Dalam barang tu da disediakan butiran tanda-tanda yang mungkin dialami pesakit..Kita kena tick la apa yang kita pernah rasa.Tu semua tanda-tanda pesakit yang kena gangguan makhluk halus. Banyak jugak ca tick.Hampir separuh tanda2 yang pernah rasa..Em, ca bagi contoh keh apa yang ada dalam borang tu..

TANDA-TANDA TERKENA GANGGUAN MAKHLUK HALUS

1) Sering lalai dalam mengingati ALLAH
2) Mimpi benda2 yang tajam 
3) Mimpi melahirkan atau menyusukan bayi
4) Mimpi jatuh dari tempat tinggi
5) Mimpi haiwan berbisa seperti ular
6) Terasa sakit di bahagian bahu, tulang belakang dan sendi2..
7) Mudah marah
8) Selalu berdebar tanpa sebab
9) Lebam2 pada badan tanpa sebab

Emmm..tu antara yang ca ingat la..Ada banyak lagi... Ok..Sambung balik citer..Pastu sampai turn ca buat rawatan.Mak je yang teman ca masa tu.Abah dengan adik ca tunggu kat luar. Sorang ustaz mula nak buat rawatan kat ca. Hui..Debar! Dia suruh pejam mata, kosongkan fikiran dan JANGAN ikut apa yang dia baca. Ok...Ca hanya mendengar sambil pejam mata..


Barangan khurafat..Biasa tengok dalam citer hantu je..Memang wujud ek benda2 tahyul ni..Nauzubillah~

Seram sejuk jugak dengar ustaz tu baca.Sebab ada sikit 'khutbah' untuk jin. Masa ustaz tu azan jantung ca memang berdebar sangat. Itu je tanda-tanda yang ca rasa..

Ada barang ni kat rumah korang?? Sila buang atau 'mati'kan ye..


Itu je ke respon badan ca pada ayat2 quran tu? Ca sihat? Ca tak ada gangguan makhluk halus la ye? 

Haaaa.... Citer ni belum habis ok..Tunggu sambungannya... InsyaALLAH..

02 March 2012

Iklan Solat Yang Tiada Di Malaysia

Assalamu'alaikum..

Saksikan... :)


Kat Malaysia takde sebab nak jaga sensitiviti masyarakat kita yang berbilang kaum..Tapi bukan ke agama Islam tu agama RASMI Malaysia? Apa salahnya mengutamakan islam dalam sesetengah hal.. Kan,kan?


24 February 2012

Nak Ikut Cara MELAYU ke ISLAM??

Assalamu'alaikum..


Nak 'kawen' senang..Nak nikah tu yang payah pada zaman skang ni..Kenapa? Sebab 'terikat' dengan adat dan juga kebiasaan orang melayu kita..Nak buat majlis kawen mesti akan ada list yang lebih kurang macam ni kan?



SUMBER : SINI --> baca untuk kisah sebenar

Tak kan bagi orang yang kurang berkemampuan pon nak ikut orang-orang yang mampu ni.. Bila tak mampu, tapi nak juga buat majlis grand2 tu yang jadi SUSAH..Perkahwinan tak pasal2 jadi lambat, maksiat pula makin berleluasa..

Jangan nak ikut orang sangat.Kita buat takat yang kita mampu. Jangan demi sebuah perkahwinan yang diidam-idamkan sanggup berhutang sana-sini. Kalau dah memang betul2 kurang mampu, ada je cara mudah untuk bernikah.. 

Cuba kita tolak kos barang hantaran,sewa pakej pelamin dan baju pengantin, tempahan kad kawen yang melatops dan upah jurugambar..Mungkin akan ada penjimatan disitu.. Lagipon yang wajib kan akad nikah jer..Pastu hebahkan perkahwinan tu dengan sedikit jamuan atau lebih berkat dengan adakah kenduri doa selamat.Hal ni bertujuan untuk mengelakkan jatuh fitnah.Yela, tiba2 nampak kita bawa lelaki luar masuk,apa la orang kata.Sedangkan kita sah menjadi suami isteri..


Ha pasal kos2 yang ca kata kita cuba tolak tadi, kalau nak jugak, kita guna alternatif lain.Jahit baju sendiri ke, hias pelamin sendiri ke, bab jurugambar..Ha, ni yang best.. Apa guna kawan ramai kan? Tak kan xde langsung kawan2 yang pandai buat photoshoot.. Guna kamera digital biasa pon boleh.. :) Kemahiran diutamakan! 


Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat. Kumpul duit untuk kehidupan SELEPAS NIKAH bukan untuk MAJLIS NIKAH...Itu lebih baik.. :) Berbelanja ikut kemampuan..Kalau mampu tak salah..Cuma BERPADA-PADA.. :)






*Mak...nak kawen! ^^,

20 February 2012

Kunci Yang Tiada Dijual

Assalamu'alaikum...

Hati berbisik kepadaku ..
Kenangan mengusik tanpa jemu..
Hati ini selalu merindu..
Namun tiada siapa yang tahu..
Hanya Allah saksi utamaku..

Alhamdulillah..kita masih diberi kesempatan untuk menikmati hidup..Semoga ALLAH sentiasa meredhai akan tiap sesuatu kebaikan yang kita lakukan. :)

Sebelum ni ca ada sebut pasal 'kunci' kan? Ada yang tertanya-tanya 'kunci' apa yang ca maksudkan.. Kunci tu bukan sebarang kunci.Takde dijual..Korang upah la bape juta pon dekat tukang kunci , ia tetap tidak boleh dibuat.

Kunci ni ca harapkan ada pada bakal jodoh ca. Kunci untuk masuk kedalam hati kecik ni dan automatik mampu membawa kepada kebahagian sejati..Apa dia?


Disaat ca bertanya, " kenapa awak cintakan saya? " , dia akan menjawab " cinta yang lahir dari hati saya adalah kerana cinta pada Maha Pencipta " 25.9.06|23.19pm

Itulah kuncinya.Meletakkan cinta ALLAH sebagai pengikat hati. Bukan kerana rupa.Bukan kerana dunia semata-mata. Bila ingat pada cinta dia, membuat ca dekat lagi dengan ALLAH.. 

Bak kata Cik Anon 906 , kunci yang hilang insyaALLAH akan jumpa balik..  


* Tak sabar menunggu 'rahsia' ALLAH terbuka..Siapa pemilik rusuk kiriku? :)

19 February 2012

Soal Hati Tak Perlu SEBAB

Assalamu'alaikum...

"Soal Hati Tak Perlu Sebab"

Tu antara simple quote yang menarik dalam citer Jujur Aku Dayus,cerekarama Tv3 tadi. Citer ni dijayakan dengan lakonan Nora Danish sebagai Lisa dan Beto Kusyairy sebagai Edree. Irma Hasmy pon ada sebagai Asiah.. 

E'eh...Nora pakai baju sekolah.. :)


Bagi yang tak tengok, ca citerkan sikit la keh.. :

Citer ni mengisahkan sebuah perkahwinan yang tak diduga antara Edree dan Lisa. Sebelum Edree kawen dengan Lisa, dia dah bertunang pon dengan Asiah yang merangkap kawan baiknya sejak kecik lagi. Sebelum Edree ngan Lisa kawen, Lisa sangat sosial dan ada pakwe jugak.Lupa la nama mamat tu..Soriii..Edree tertarik pada Lisa TANPA SEBAB..Tapi Edree berjaya membawa Lisa kejalan yang benar.. :) 

Beto..Muka dia sangat serius kot!

Kerana salah faham dan dek kerana sifat pengecut si Edree ni telah mengakibatkan penceraian..Yela, Ed taknak tanggung dosa sebab jadi lelaki dayus..Tapi kebenaran dipenghujungnya menyatukan mereka kembali...Kalau dah jodohkan? Tak kemana... :)


Erma Hasmy...Shantekkk.. ^^

Ca mengaku ca tak suka Beto sebab kebanyakan watak2 dia kat tv tu semua watak jahat..Memang rasa nak tumbuk je skrin tv bila nampak dia buat jahat..Hehe..Tapi akhirnya, dalam citer ni si Beto berjaya mencuit hati ca sebab lakonan dia buat ca tacing.. Seorang suami yang begitu sayangkan isterinya..Sentiasa memaafkan isterinya sebab terlalu sayang..Namun dia meletakkan cinta ALLAH ditempat yang paling tinggi barulah cinta kepada isterinya.Dia sanggup korbankan sayang dia terhadap isteri dia demi ALLAH..

Bila kita letakkan cinta kita kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan berikan cinta yang terbaik untuk kita. :) Namun bersabarlah..Berdoalah kepada ALLAH selalu..Pasti ALLAH akan aturkan 'Love Story' terindah buat kita.. InsyaALLAH...


* Prinsip Edree tu la 'kunci' yang ca maksudkan sebelum ni ..Tak faham lagi? Takpe..Nanti2 ca kongsikan.

17 February 2012

Pesanan Wali Perempuan Kepada Bakal Suami








Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda


Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya



Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



Ulang Chorus

10 February 2012

Tips Melupakan Seseorang

Assalamu'alaikum...


KITA AKAN MUDAH MEMBENCI SESEORANG ITU APABILA KITA CARI KEBURUKANNYA...

Nak lupakan seseorang kita kena BENCI dia..Senang je kan nak timbul perasaan benci ni...Bila 'cas' negatif dah banyak sangat bersarang dalam hati, dalam sekelip mata je, 'KO MUSUH AKU!' Percaya tak? Nak benci orang ni semua bersebab ye dak..Haaa...Tak nak ngaku..Dah tu nape nak benci orang tu? ( soalan untuk mereka yang sedang membenci seseorang..)


Tapi ca mintak maaf la..Ca bukan nak ajar korng semua mencari keburukan seseorang tu..Bukan ca nak ajar korang aibkan seseorang..Tapi itu lah manusia..Kita akan mudah benci orang dengan sikap buruknya..Tapi benci yang ala-ala jeles tu, haa....tu lain kes la. ^^, Jeles tanda masih sayang ye..Ca pernah citer pasal ni.. :)

Tak baik la benci-benci orang nie...Baik ca bagi tips camana nak maafkan je seseorang yang korang benci tu....

KITA AKAN MUDAH MEMAAFKAN SESEORANG ITU APABILA KITA KENANG AKAN KEBAIKANNYA..

Benci boleh jadi virus dendam.Dendam ni tak baik untuk kesihatan tau.. Lagi-lagi untuk kesihatan hati.. :) MAAF adalah ubat terbaik..Tak payah nak cipta musuh sangat la....Tak hepi hidup... PEACE! (^__^)cV


*musuh yaang kekal selamanya = SYAITAN

06 February 2012

Kisah Cawan Dan Piring

Assalamu'alaikum..

Arghhh..macam nak patah tulang belakang den nie ha..Sedang menyiapkan order customer.Order apa? Klik [SINI] kalau nak tahu..Alhamdulillah rezeki..Ni stop sekejap dari menjahit, rindu pulak nak dengar bunyi 'tap tap tap' si papan keyboard. Ca kan suka dengar bunyi tu lagi2 bila taip laju2 dan sekuat mungkin.Hehe..Ok intro menyimpang 4 batu.Sori...

Cute kan? ^^,


Cawan dan piring memang tak boleh dipisahkan.Dengan adanya piring la yang membezakan CAWAN dengan saudara-saudaranya yang lain seperti abang kole, cik gelas, mak cik mug,atok teko dan sebagainya... Cawan selalunya dan memang dilahirkan dicipta untuk diisi dengan air minuman yang panas.Jadi, dengan piring, kita bolehla angkat cawan yang panas tu. Takpon, minum air dalam piring ke..*nampak x sopan eh? ca selalu buat..hehe* Cuba korang isi dengan air tembikai laici ais, syok ke minum dalam cawan? Ofcoz tak syok.Tak de ummph! *sambil ketap bibir*  Minum seteguk dua dah habis..Betul tak?


CUPcake? hehe..

Lepas tu kenapa cawan ada telinga?? Ops..sori, ca memang panggil telinga.Yang sebenarnya pemegang tu la..Kenapa? Kenapa? Jawabla...... :) Sekali lagi jawapan yang sama macam kat atas.Sebab cawan untuk air yang panas. Ce pegang cawan dengan muka slumber badak masa minum air panas tu.Amacam?? Kompem air tu bukan ke mulut korang dulu.Memang ke kaki dulu la jawabnya..Sebab risiko untuk korang letak cawan tu semula ke meja dengan kelajuan 121km/j  akan menyebabkan air tumpah..



Ok, faham kan? Begitu jugak dengan kehidupan manusia. Semuanya sudah dirancang dan apa yang ALLAH rancang semuanya bersebab. Contoh air yang panas tu ibarat kemarahan yang semestinya ada dalam semua diri manusia.Tapi cawan ada telinga dan piring kan? Macam tu jugak kita.Kita masih dikurniakan nilai kesabaran.Dan ada cara-cara tertentu untuk redakan kemarahan kita (alternatif lain). 

Kenapa cawan untuk air panas je? Macam kita lagi. Dalam soal jodoh..ALLAH dah tetapkan orang yang sesuai sahaja untuk kita. Tak kan orang yang panas baran dengan orang panas baran jugak kan? Meletup rumah tangga tu.. 

Camane nak minum nie? 

Sempurna kan ciptaan ALLAH..? Banyak lagi contoh...Sampai 3 hari 3 malam pon tak habis taip kalau nak citer semua.Cewah... :)


*Kita selalu sebut, ''kita hanya mampu merancang, ALLAH yang menentukan.'' Tapi sebenarnya kita MERANCANG APA YANG TELAH DIRANCANG oleh Allah... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...