21 February 2013

TIPS : Persediaan Sebelum Berjumpa Bakal Mertua

Assalamu'alaikum...

Mertua ke mentua eh? Mertua la kot lagi sedap bunyi nya. :) SILA BACA ENTRY INI TANPA WAS-WAS sebab yang nak bagi tips ni je belum kawen pon lagi. Nak bergalak berlagak sikit macam dah pass je depan bakal mertua kan.  :P

Walaupon empunya diri belum kawen, tapi tips-tips yang akan ca kupaskan ni hasil dari kajian korek mengorek dari kawan-kawan yang dah berpengalaman. Selain tu dari tv. Haha..drama sungguh. So, sekarang sila FOKUS ! 

Persediaan Sebelum Berjumpa Bakal Mertua

1) NIAT
Nak jumpa bakal mertua ni yang penting sekali NIAT. Bila kita bawa niat yang baik dan bersungguh-sungguh untuk bersuami/beristerikan seseorang tu, automatik separuh daripada diri kita dah berada dalam keadaan "sedia". Sedia apa? Sedia untuk kena 'ceramah'. Hehe... Tak la..maksud ca, sedia untuk terima teguran/kritikan dan sebagainya.

2) MENTAL

Ingat nak ambil exam je ke kena prepare mental? Nak jumpa bakal mertua pon macam nak ambil exam tau. So, kena prepare la mental tu. Bila kena puji tu, jangan nak kembang2 lobang idung. Tapi ambil pujian tu untuk istiqamah dengan kelebihan kita. Tapi bila kena kritik/tegur, jangan pulak terus nak belasah muka bakal mertua tu.Memang kena REJECT terus. Ambil iktibar dan perbaiki yang kurang. Ok? Faham? Ok cun!

3) FIZIKAL

Kita anggap nak jumpa bakal mertua ni macam nak pergi interview keje gomen. Hehe..Biarlah KEMAS dan sedap mata memandang. Yang lelaki jangan pulak datang dengan rambut serabai, baju entah hape-hape. Lain la bakal bapak mertua ko tu rockers ke apa. Kalau jiwa sama ngan ko, tak kisah la. Haha. Yang perempuan lak, jangan la pakai baju tak cukup kain. Biarlah keluarga bakal mertua ko tu sosial camane pon, tapi ni soal ADAB DAN SOPAN. Sila la sopan ye. :)

4) KEMAHIRAN

Kemahiran banyak cabang dia. Kemahiran mengambil hati, berbual, memasak antara kemahiran yang basic PERLU ada. Bukan WAJIB tapi PERLU. Yang tak tahu, belajar. Tapi yang dah tau, jangan sesekali tunjuk pandai sangat depan mereka. Jangan tunjuk yang kita LEBIH tahu.  Kang diorang rasa tercabar. Kena orang yang pantang dicabar, parah jadinya. Silap2 ajak bergusti kat situ.Hehe...

5) PENGETAHUAN

Ni lebih kurang macam kemahiran . Cuma ca nak tambah sikit tips ni khas buat mereka yang beragama islam. Tepuk dada tanya iman. :) Jangan sampai "zero" bab agama. Biasanya mak abah ni nak yang terbaik untuk anak2 diorang. Kadang-kadang , dari sikap seseorang yg jaga solat pon dah boleh buat diorang "cair" dan boleh terima kita dengan hati yang terbuka.Tapi jangan pulak sampai berlakon semata-mata.JUJUR la ye.. Ingat, TAK TAHU, BELAJAR. Tak boleh jugak, mengaku je yang kita tak tau. 

6) SELIDIK

Tanya la bakal suami/isteri korang perihal keluarga dia. Apa yang mak ayah dia suka dan tak suka.So, korang boleh la berhati-hati dalam segala tindak tanduk korang nanti. :) Nak 'exam' kena lah 'study'. Ye dok? :)


Okeh, tu je yang ca nak share kali ni. Selamat mencuba.Hihi..Doakan ca pass 'exam' minggu depan tau! (^^,)v


*ca x pandai siang ikan sebab bila siang , ikan tu dah tak ensem~ sob3...  T__T 



18 February 2013

Status "Puan"

Assalamu'alaikum...

Semua perempuan mengimpikan status "puan". Sedangkan budak2 skola sekarang pun da berani citer soal kawen .Tak kesahla berciter dalam blog, dalam twitter, dalam facebook tak pon sekadar mesyuarat tingkap mungkin. Zaman ca skola dulu, jangankan pasal kawen, nak citer yang kite ada boiprenggg pon kena fikir 150 juta kali. *harap2 entry boleh up kat search engine.. hahaha :P

Sepanjang ca ber boiprengg kan si A, si B, dan si C, (hamboi kemain ramai duda ko!) ca tak pernah berani  buka mulut untuk berciter pasal hubungan kami. Sebab ca kenal siapa mak ca. Dan ca akan tengok reaksi mak bila mereka2 ni datang jumpa mak atau sebagainya. Salah sorang daripada mereka mak memang tak restu selepas sekali perjumpaan je. Bukan ca tak pernah berusaha memenangi hati mak untuk menyukai 'si dia'. Tapi......jawapannya tetap sama..Ca lebih kenal mak. Dan ca yakin naluri mak selalunya betul. Restu keluarga pulak sangat3 penting dalam sesuatu hubungan lagi2 hubungan yang serius dan bakal mengubah status ca menjadi "puan".

Ca banyak memendam rasa sampailah usia ca 23 tahun. Tahan rasa hati untuk berkongsi citer cinta pada family. Tapi alhamdulillah, dengan kehadiran seseorang yang berjaya membuat mak merestui dia dengan baik sekali, ca rasa kepuasan dan kebahagiaan yang teramat sangat bila dapat berkongsi cerita cinta dengan mak dan abah. Bukan setakat cerita cinta, tapi cerita pasal masa depan untuk menjadi seorang "puan" pon no hal. Ca tak pernah dapat kebahagiaan tu sepanjang 23 tahun yang lalu..

Alhamdulillah.. Terima kasih ALLAH..Terima kasih mak, abah sebab menerima dia seadanya... :) Semoga dipermudahkan urusan kami untuk melangkah ke "dunia baru"..aminnnn~

*Siapa "dia"?? :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...