Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

24 May 2013

Bila Dia Diambil Orang...

Assalamu'alaikum...

Entry khas buat budak paling sengal di alam semestaaaaaa.

HAFIZAH @ PIJAH
Tapi lebih dikenali sebagai Datin Pijah Hot! (La sangatttt~)

Ni budaknya..yang belah kiri tu..yang belah kanan x kenal xkenal.. Ngeh2...


Pic : 27 Feb 2010


Pijah ex-roomate/housemate/classmate aku. 3 tahun berkawan masa kat poli dah macam adik beradik. Sengal2 dia pon, dia matang dari aku. Tapi nak jumpa diri dia yg matang kita kena buat muka seserius yang mungkin. Haha..Kalau tak, memang hampeh.. Aku selalu je jadi bahan dia. Kalah sokmo dengan agenda loyar buruk dia. Indah kenangan2 masa study dulu... :)



Lusa dak Pijah da nak jadi isteri orang.. Dari berstatus "Cik" ke "Puan". Mula2 tau dia nak kawen, aku memang excited. Tapi bila da dekat betol dengan harinya, sayu pulak.. Tambahan pulak aku tak dapat nak datang majlis dia kat Jerantut nun.. Sebabnya, biarlah rahsia.. :'(

Semalam memang tiba2 rasa sebak sangat. Rindu sangat kat ko Pijah... Pasni ko da 'diambil' orang. Aku harap ko jangan lupakan aku dan kawan2 yang lain keh. Walau ko jauh dimata , tapi ko tetap dekat dihati aku..Ko la kawan terbaik aku.Yang banyak memahami aku disuatu ketika dulu.. sob3.. T__T

Semalam sempat lak nak ber'touching'2 kat fb.....





Komen dia ceria tapi aku yg sebak dah kenapa?? Hahaa..Seriously bila sorang demi sorang kawan2 kita melangkah ke alam baru terlebih dulu dari kita, macam diri ni tak laku lak..Haha...Ishhh~ Jodoh itu rahsia ALLAH.Dengan siapa, bila , semua dalam simpanan peti rahsia ALLAH lagi. Cuma rasa sunyi la sikit. Dah jadi bini orang, takleh la nak spent time ngan kawan2 macam dulu kan.. FAMILY 1st. HUSBAND also 1st u know? *Oh My Englishhhhhh!

Papepon, aku doakan yang terbaik buat sahabat yang terbaik.Jadilah isteri yg solehah..Semoga hubungan Pijah dan Inchek suami kekal hingga ke syurga.Aminnnnnn~


*Aku pos hadiah je kat pengantin ni.Hehe.Next entry aku tunjuk kat korang keh. :)



15 November 2011

Cuti Kawen | 11.11.11's Wedding

Assalamu'alaikum~

Lamanya ca tak update kan? Buka2, last entry pasal Wordless Wednesday minggu lepas . Hehe .. Ada ke yang mencari ca ek? Berangan je la .. Minggu lepas start dari  hari khamis sampai la ke hari ahad memang macam2 aktiviti luar . Konon bz mengalahkan artis la . Tapi ni ca mau story mory kisah 11.11.11's wedding la . Sape kawen?? Semestinya lah ca ......................................................

Pengantin ke??

...................................... punya kawan ! Hehe .. Kawan merangkap bekas roomate masa sem 1 kat poli, merangkap bekas classmate , merangkap bekas housemate, merangkap .... ha tu jer la .. (^^,)


Wedding tu kat Segamat. Kawan ca tu nikah 11.11.11. . Tapi ca x dapat datang nak tengok dia nikah . Ca dengan kawan2 lain semua datang hari majlisnya, 12.11.11 .. Mula2 tu stay Kluang dulu umah si Beckok nie ..

Ca bersama Beckok


Ca pergi Kluang dari Jb ngan makcik Jenab ni .. Hehe

Ca bersama Makcik Jenab


Pagi sabtu tu la baru kami bertiga gerak pergi ke Labis, Segamat. Bapak Beckok yang anta kitorang . Kat Segamat nanti baru la jumpa kawan2 yang lain .. Sampai2 pengantin memang tengah nak bersanding . Memang rezeki la nak tengok kawan ca naik pelamin~ 


Cantik sangat kawan ca sorang ni. Sudah kurus meh .. Hehe .. Dalam pic atas ni semua dak kelas ca kecuali yang baju kurung pink tudung putih tu bukan dak kelas, tapi geng ca jugak . :)

Kitorang baru bape orang, tapi kecohnya macam 40 orang ! Hehe .. Nak tau moment kami yang paling menggegarkan pelamin?? Haa~ ni pose yang ca cadangkan kat semua, pengantin WAJIB buat jugak . Hehe ..
 Tengok2 ...........................

"TANGAN DI DADA MATA KE ATAS"

Haha .. Memang rasa nak gelak guling-guling lepas berjaya pic ni di captured . Walaupun mata tak la ke atas semuanya . Pengantin lelaki memang terbaekkkk~ Sporting habis. Haha ..

Ni la kedua mempelai, raja sehari, merpati dua sejoli, bagai pinang dibelah dua .. :) Ape lagi? Tak sangka dia lah budak kelas ca (kat poli) yang pertama kawen . Mau tak excited ! Hehe .. 




"SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAWAN KU MAK JAH DENGAN PASANGANNYA PAK AIZAT..HEHE.. SEMOGA BERBAHAGIA SELALU HINGGA KE AKHIR HAYAT .. "


Credit untuk pic : Beck



*Tak sabar nak tunggu 'anak sedara' pulak ni ... Pastu sape lah yang bakal mengikut jejak Mak Jah ni .. Hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...