TEMPAT : DI DINDING BLOG MASING-MASING
MASA : BILA-BILA MASA SELAGI ADA MASA (SEBELUM AHAD , 1 MEI 2011 TEPAT 12.00 MALAM)
ISU :
ADAKAH SIKAP MENGIPAS BLOGGER OTAI/LAMA DAPAT MEMBERIKAN KELEBIHAN KEPADA BLOGGER LAIN
&
PERLUKAH SIKAP INI
Assalamu'alaikum hadirin hadirat sekalian..( ceh2..ade gaya dak debat tak? huahaha..)
Ok, soal 'mengipas' atau kata saintifiknye MEMBODEK si blogger otai atau blogger yang lebih berpengalaman dan sudah lama di industri blog ini semakin hangat dipersoalkan di masa kini.Oleh itu, ca sebagai wakil PEMBANGKANG semestinya membangkang mereka yang 'mengipas' demi kepentingan sendiri...
Kita sepatutnya lebih baik jadi diri kita sendiri bila berinteraksi dengan blogger2 lain...Nie kalau mengipas, tapi terserlah sangat sikap dibuat2 tu, ingat orang lain tak nampak ker? Masing2 ada mata dan ada penilaian sendiri..Dan penilaian selalunya akan dibuat pada '1st impression' atau pandangan pertama kali seseorang tu terhadap sesuatu perkara tu.
Kebanyakan sikap 'mengipas' nie biasanya seseorang tu akan memiliki dua muka macam talam..Erk..haha..talam dua muka la tu.. :) Di depan blogger otai tu bukan main cakap elok2..Puji berbakul2...Tanpa sedar diri yang dia 'ops! terlebih sudaaa' ( tagline stacy)..Dia tak perasaan dia da lebih2...Pastu dekat belakang lain pulak katanya..Berbakul2 kutukan pulak dikatanyer.. Jujur ke pujian macam tu?? Contoh seperti rajah dibawah.....
Korang pasti ker dengan membodek blogger otai, korang akan dapat pengikut yang setia kerana korang?? Orang menilai si blogger selalunya dari penyampaian entri2 kita, komen2 balas dari kita dan sikap kita melayan followers atau orang yang menegur kita..(bape banyak kali 'kita' daaa~)
Bagi ca la, blogger otai rasanya tak perlukan berkilo2 pujian..Tapi kesetiaan..Sokong diorang bila2 masa...Jatuh bangun dia, korang tetap ada..Kalau memang perlu sangat 'kipas', jangan la kipas lelaju..Berpada2 la sikit..Jangan sampai orang perasan itu palsu..Okeh?
Ca rasa lebih baik jadi cendawan yang tumbuh dekat kayu2 mati daripada jadi parasit di pokok2 hidup..Tak faham? Baiklah..Macam nie..Kalau kita (parasit) mengipas blogger otai (pokok hidup) tapi tak beringat dan berpada2, lepas tu jadi talam dua muka pulak, itu akan merosakkan nama blogger otai secara tak langsung..Orang yang tak bape nak kenal blogger otai akan membuat penilaian yang tak elok pulak.
Kalau kita (cendawan di kayu mati) cuba hidup berdikari, usaha untuk 'hidupkan' blog kita sendiri, orang lain akan datang pada kita..Sebab kita ada keunikan tersendiri..
Jadi,kita kena usaha kalau nak sama naik macam blogger otai..Banyak cara nyer..Macam rajinkan diri join contest atau segmen diorang..Selalu tinggalkan komen..Bukan 1 entry 1 komen jek..Kalau dia balas pertanyaan kita, kita balas la jugak terima kasih ke apa2 kan..Pastu jangan sombong dengan mereka yang lebih junior.. :)
Sekian saje...kepada pihak yang terasa ker aper, mintak ampun dan maaf keh..Nie sekadar pendapat ca.. :)
** KESIMPULAN : TAK SOKONG sikap mengipas nie untuk kepentingan sendiri.