27 August 2013

Raya as "Mak Ngah"

Assalamu'alaikum....

Dah masuk raya ke berapa dah ni baru sempat nak update entry raya. Nak update pon tak de mood sebab raya tahun ni x ada gambar i berbaju raya pon...sedehhhh ! Dalam kamera banyak gambar anak-anak buah je.. :) Gambar sendiri tak ada sape nak ambilkan..huhu..

Tahun ni dapat merasa beraya kat Pahang bersama bakal keluarga baru. Lebih specific nya bakal mertua dan bakal En Suami insyaALLAH..So ni anak-anak buah En. Abg ..Ca ni mana ada anak buah lagi sedangkan ca dua beradik je.Ca yg sulung..Adik ca pon lom kawen lagi. So menumpang kasih dengan anak-anah buah en. abg la...Title "makngah" bagai sedia dicop ke dahi sebab anak-ank buah dah panggil ca ni "makngah".. :) Seronok rasanya.. Rasa disayangi tau.Siyes!

Nak citer pengalaman raya kat sana mcm belum cukup ada mood lagi ni..Kali ni nak tepek gambar anak-anak buah je la.. :)

Ayish......comel sangat dia ni..Time ni dia masih malu2 lagi nak bergambar.. 

Ha! Dapat pon gambar dia senyum..Mahal betul senyuman dia ni tau !


Ayish dengan si abang dia, Aidil... Abang dia suka bergambar.. Senang je ajak bergambar..

*Gambar2 lain takleh nak upload sebab line internet mula slow.. :(

Oh, yg ni bukan anak buah En Abg ca..tapi anak kepada sepupu dia..Humaira...Tapi nenek2 sedara, atok2 sedara dia dok panggil 'Meyah' je..hehe..Pon comel ...Pipi pau !

Sifat keibuan makin menyerlah pulak sekarang.ahaks! :P

15 July 2013

Kisah Silam Si Pasangan

Assalamu'alaikum..


Setiap orang ada masa silam masing-masing.
Baik..
Buruk..
Pahit..
Manis..


Tapi bila dalam sesuatu perhubungan, masa silam si pasangan kadang-kadang boleh kita terima dengan hati terbuka,kadang-kadang langsung tak boleh diterima bergantung pada sejauh mana kekuatan mental pasangan yang satu lagi tu.

Patut ke masa silam tu diungkit atau diceritakan pada pasangan ? Ada orang mengambil keputusan untuk "tutup buku lama, buka buku baru". Ada orang yang mengambil langkah selamat untuk menceritakan kesemuanya bg berlaku jujur pada pasangannya supaya tidak diungkit pula di lain hari.

Bagi ca, ca merupakan spesies manusia yang ingin tahu masa silam pasangan ca. Biar semuanya jelas. Senang, nanti apa2 berlaku ca da tahu ceritanya. Tak la terkapai-kapai nak flash back balik. Lagi satu, bila pasangan ca bercerita pasal kisah silamnya dulu, itu tandanya dia jujur. Tapi dulu ca pernah buat silap.Ye, zaman belasan tahun. Ca pernah melepaskan seseorang yg ca sayang gara-gara dia jujur perihal kisah silam dia. Bukan ca tak boleh terima, tapi ca salah ambil tindakan dalam menyelesaikan masalah. Papepon, kerana kesilapan tu la buat ca lebih berhati-hati dalam membuat keputusan sekarang. Belajar untuk menerima baik atas kejujuran pasangan.

Kenapa tiba-tiba ca citer pasal ni?? Sebab tadi En Bulat ca berlaku jujur jugak dengan ca berkaitan seseorang yg pernah wujud di masa silam dia. En Bulat suruh bukak fb dia, baca inbox dia. Pada awalnya SENTAP. SEDIH. CEMBURU. MARAH. Kenapa? Sebab dia berchatting dengana 'ex' dia. Ca tau perempuan tu adalah satu2nya perempuan yg dia pernah sayang gila2 masa dulu. Tapi perempuan tu tinggalkan dia. Perempuan tu jugak berjaya buat En Bulat jadi 'mayat hidup' suatu ketika dulu gara2 frust. 

Tapi Alhamdulillah...Ca cepat2 positifkan diri. Ada laa seminit dua airmata membasahi pipi. Lepastu, semuanya kembali positif. Ca terima. Set minda ni yang dia dah JUJUR dengan ca. Dia tak main rahsia2 belakang ca. So, apa yang ca nak takutkan? Tambahan lagi dia mengingatkan yang di hati dia, di fikiran dia cuma ada ca sekarang. Bukan perempuan tu lagi. Lagipon perempuan tu dah berkeluarga. Ca tengok sendiri conversation diorang kat fb tu. En Bulat tak pula mengungkit2 kisah lama diorang . Cuma perempuan tu je  ada 1,2 perkara yg dia ungkit. Tapi nasib baik En Bulat tak melayan..Tapi banyak mengingatkan perempuan tu yg dia (pompuan tu) dah berkeluarga. Geram jugak hati ni kat pompuan tu. Kalau la dia baca entry ni, ca nak dia tahu, dia dah ada SUAMI. Dah ada ANAK. Tak payah la nak flash back balik kisah cinta kau dengan BEKAS KEKASIH LAMA..Tahukan hukumnya? Dah besar..Sendiri mau ingat.

Ca hanya mampu berdoa agar ALLAH kekalkan hubungan kami. Tetapkan jodoh ca dengan En Bulat. .Setiap pertemuan bersebab. Jadi ca harap pertemuan ca dengan En Bulat bersebabkan sesutau yg terbaik dan terindah...Aminnnnnn~

12 July 2013

SWEET POPIAH NESTUM

Assalamu'alaikum...

Sempena bulan ramadhan dan nak raya ni, ca buka tempahan Sweet Popiah Nestum untuk sesiapa yg berminat. Ca yang buat tau. Mesti cuba tau,tau ! :)

Pastinya RANGUP !
TIDAK TERLALU MANIS !
Rasa sekali PASTI NAK LAGI !
HARGA BERPATUTAN & MAMPU MILIK ! :)

Sesiapa nak order boleh la pm ca di inbox facebook ca ye.. -->> FB (CA EZAH)



20 June 2013

Rewang-rewang di Darul Makmur

Assalamu'alaikum...haip... ♥

Alhamdulillah....selamat pulang ke negeri Darul Takzim selepas 4 hari 3 malam di Darul Makmur berbekalkan 'ole2' demam, batuk dan selsema.. penyakit 3 serangkai jugak yg ku bawa pulang. Keropok lekor memang lupa betul ca nak membelinya. Bukan kena gi Ganu je baru dapat kopok lekor.. Kat Pekan Pahang pun ada jugak.Kebetulan kampung cik abang, En. Bulat ca tu dekat ngan laut.Memang ada la tempat proses kopok lekor. Sebelum ni pernah la beli.Kali ni tak teringat pon nak membeli sebab dah penat sangat merewang kat kenduri rumah makcik En Bulat.

3 majlis dalam sehari. Majlis potong jambul anak si Angah (sepupu), majlis tahlil ngan majlis pertunangan si Along (sepupu). Along Angah ni twins tau. Hehe..En Bulat ada baka kembar..Ne tau ada rezeki ca kawen ngan En Bulat leh dapat anak kembar gak macam akak Pinky Momma kan,kan.. Bestnyerrrrr~ :) 

Yang ni Angah n baby Humairah.....baru pas potong jambul.... omey sangat si Humairah ni... ♥

Ni pulak Along. Angah n Along ni kembar akhir n awal tahun. Along sebaya ngan ca.. :)

Untuk kenduri tu, sekor lembu + 2 ekor kambing tumbang. Phewww~ bayangkan la majlisnya camane kan..Kali ni ca datang dikenali sebagai "bakal menantu" dah. Bila org tanya, ada je yg tolong jawabkan..Ckp la ca ni bakal menantunya Yah (mak En Bulat). Tak pun tunangnya Din (nickname En Bulat kat kampung). Belum officially jadi tunangan org dah digelar cik tunang.Memang agak malu jugak la. Hehe.

Kali ni kaw2 ca rewang utk kenduri. Tak pernah se-busy tu. Sebelum hari majlis,kerja2 yg ca buat, kena perah 10biji kelapa sorang-sorang.Nasib ada tukang blend kelapa tu.Pastu potong bawang kecik,bawang besar,bawang putih , halia, daging..Basuh pinggan mangkuk periuk bagai jangan cakap la..Ca rasa ca sorang je anak dara kat dapur tu.Serius! Yang lain tak tau kemana time tu. Tapi seronok sebab ca diterima baik oleh semua orang. Alhamdulillah.. :) Bahagia rasanya tau. Yelah, yg kat dapur tu semua sedara mara En Bulat. Sambil2 rewang, sambil2 suai kenal..

Malam sebelum majlis kena migrain. Apa pun tak boleh buat. Nasib mak En Bulat faham. Suruh rehat je. So malam tu tak dapat tolong pape..Di hari majlis, pakai punya lah cun2.. Last2 nak tau kemana ca pergi?? Dok kat tempat basuh pinggan.Hahaha.. Basuh pinggan dengan cik abang lak tu. Semua pakat kenakan kitorang. Sedara mara dia kata " eloklah basuh pinggan berdua ye..romantik gitu". Ambil kesempatan je diorang tu tak nak basuh pinggan.Entah bape jam kitorang kat situ.Penat dia jangan cakap la..Jari sampai kecut2 dah. 

Sampai satu tahap kitorang memang dah tak larat, En Bulat ajak "cabut lari".Haha..kitorang cabut la..Pi tukar baju, terus pergi mandi laut.Gila tak?? Bawak anak2 buah sekali pi mandi laut. Memang best! :)

Gambar memang xsempat pon amek banyak2.. Enjoy that moment je.. :)


Anak buah paling tecik.. Aish.. yg lain xde amek gambar pulak... 

Pengalaman terindah balik pahang kali ni walaupun penat... :)

12 June 2013

Ke Pahang Lagi~

Assalamu'alaikum....

Sebelum ni ca pernah buat entry pasal Tips Persediaan berjumpa bakal mertua ..sape belum baca, sila lah baca pas ni keh. Actually entry tu ca buat sebelum ca berangkat ke pahang, rumah bakal mertua. Tu yang terfikir buat entry tu. Dan tips2 kat entry tu memang ca praktikkan . Tu la kali pertama jumpa bakal mertua. Masa tu baru 2 bulan ke 3 bulan ca dengan si dia rapat. Kenal dah lama, tp masa tu baru rapat and dia serius. 

di sini bakal kampung kedua ku.. :)


Pengalaman?? Menggigil kepala lutut time nak sampai ke umah bakal mertua tu. Sampai2 je, mak si dia nga masak. Masak apa? Masak gulai tempoyak ikan patin KHAS untuk aku sebab si dia pi bitau mak dia yang ca suka makan tu. Terharu kembang2 idung rasanya time tu. Haha..Terima kasih la makcik! Memang sedap.. :) Time ca makan penuh bernafsu tu, mak bapak dia soh dok tambah2 nasi. Seronok tengok aku makan dengan seleranya kot. Malu i~ :P

Malamnya ca boleh kena migrain teruk lak sampai termuntah-muntah. Tak syok betul. Dah sakit, apa pun takleh buat. Mak dia suruh rehat, mak dia parutkan bawang kecik utk tepek kat dahi semua la..Dia ngan mak dia banyak jaga ca. Time tu la rasa yang mereka betul2 sayangkan saya~~ (^__^) *sob3..terharu lagi.

Perjumpaan kali pertama tu tak bape nak best sebab ca banyak sakit dari sihat. So xde peluang sangat nak beramah mesra. Sebelum hari merisik, mak dia dah turun johor awal.Pergi rumah dia. Mak dia nak shopping barang hantaran belah dia, so ca yang kena bawak diorang pi shopping.Time ni la banyak masa ca beramah mesra. Alhamdulillah...Semua dah ok n mesra.. :) Sampaikan masa nak beli baju nikah utk hantaran, promoter tu cakap "untung awak dapat bakal mak mertua camni, suruh bakal menantu pilih baju sampai puas hati."

Alhamdulillah..syukur sangat.Hope hingga ke akhirnya hubungan dengan bakal mertua baik2 sahaja.. :) Hari jumaat ni sekali lagi ca ke Pahang atas jemputan saudara mara dia kat sana . Sepupu dia bertunang + majlis potong jambul anak sepupu dia lg sorang + kenduri arwah. Fuhhh~ berpeluh kali ni.Sebab mesti laaaagi ramai saudara mara dia yg ca kena jumpa. Phewwww~

*Kena packing barang ke dalam beg. 1 kerja yang PALING AKU TAK SUKA! 

08 June 2013

DIRISIK : Suku Kaki Kena Ikat !

Assalamu'alaikum.... ♥



Alhamdulillah...selesai sudah langkah pertama ca dan hubby to be (HTB) dalam perjalanan membina mahligai cinta kami inshaaALLAH.. Tadi, tanggal 8 Jun 2013, keluarga HTB dah datang merisik . Ye, merisik. Walaupun baru merisik, itu adalah satu langkah penting bagi kedua keluarga kitorang yg masing-masing masih mengikut adat orang2 tua. Lagipon, memang kedua-dua keluarga tak pernah bersua muka.Almaklumlah...Pahang bertemu Johor.. :)

Jauh future MIL ngan FIL ca datang.Datang dari jauh, terharu sekejap. Mereka disambut baik oleh keluarga ca.Dah macam  hari raya tau tadi. Dengan maklong paklong,paksu maksu ca ada datang gak tadi. Memang meriah. Kena pulak masing2 sporting. Alhamdulillah syukur...Memang tak disangka akan semeriah ni.

Time perbincangan tu, ca dok sibuk kat dapur sambil main dengan anak sedara HTB..Tiba2 mak ca panggil keluar , ca keluar. Diorang soh duduk pan future MIL, so duduk je la.. Dengan comot momotnye dari dapur basuh pinggan, tiba2 kena keluar pulak kan.Haha..layankan je laaa.... Oooo..kena terus pakai cincin ye? Cincin risik future MIL yang sarungkan..Eheeee..malu tau. Dah macam bertunang gayanya. Memang camtu ke? Ca memang tak ada pengalaman tengok majlis risik ni. Jadi blur2 jugak la tadi. :P

Papepon,dah selesai..suku kaki dah kena ikat..bakal pak mertua pesan "cincin dah sarung, sendiri mau ingat la~" sambil gelak2...hehe..

Next step, bertunang..insyaALLAH da sampai masanya akan ku coretkan juga disini... *macam ada je org nak baca ... :P

Terima kasih Inchek HTB yg bulat lagi nemok kerana dah buktikan yg awak benar2 serius nak 'rampas' saya dari mak abah saya.. (^__*)v Semoga apa yang kita rancang ALLAH permudahkan.Aminnnn~

24 May 2013

Bila Dia Diambil Orang...

Assalamu'alaikum...

Entry khas buat budak paling sengal di alam semestaaaaaa.

HAFIZAH @ PIJAH
Tapi lebih dikenali sebagai Datin Pijah Hot! (La sangatttt~)

Ni budaknya..yang belah kiri tu..yang belah kanan x kenal xkenal.. Ngeh2...


Pic : 27 Feb 2010


Pijah ex-roomate/housemate/classmate aku. 3 tahun berkawan masa kat poli dah macam adik beradik. Sengal2 dia pon, dia matang dari aku. Tapi nak jumpa diri dia yg matang kita kena buat muka seserius yang mungkin. Haha..Kalau tak, memang hampeh.. Aku selalu je jadi bahan dia. Kalah sokmo dengan agenda loyar buruk dia. Indah kenangan2 masa study dulu... :)



Lusa dak Pijah da nak jadi isteri orang.. Dari berstatus "Cik" ke "Puan". Mula2 tau dia nak kawen, aku memang excited. Tapi bila da dekat betol dengan harinya, sayu pulak.. Tambahan pulak aku tak dapat nak datang majlis dia kat Jerantut nun.. Sebabnya, biarlah rahsia.. :'(

Semalam memang tiba2 rasa sebak sangat. Rindu sangat kat ko Pijah... Pasni ko da 'diambil' orang. Aku harap ko jangan lupakan aku dan kawan2 yang lain keh. Walau ko jauh dimata , tapi ko tetap dekat dihati aku..Ko la kawan terbaik aku.Yang banyak memahami aku disuatu ketika dulu.. sob3.. T__T

Semalam sempat lak nak ber'touching'2 kat fb.....





Komen dia ceria tapi aku yg sebak dah kenapa?? Hahaa..Seriously bila sorang demi sorang kawan2 kita melangkah ke alam baru terlebih dulu dari kita, macam diri ni tak laku lak..Haha...Ishhh~ Jodoh itu rahsia ALLAH.Dengan siapa, bila , semua dalam simpanan peti rahsia ALLAH lagi. Cuma rasa sunyi la sikit. Dah jadi bini orang, takleh la nak spent time ngan kawan2 macam dulu kan.. FAMILY 1st. HUSBAND also 1st u know? *Oh My Englishhhhhh!

Papepon, aku doakan yang terbaik buat sahabat yang terbaik.Jadilah isteri yg solehah..Semoga hubungan Pijah dan Inchek suami kekal hingga ke syurga.Aminnnnnn~


*Aku pos hadiah je kat pengantin ni.Hehe.Next entry aku tunjuk kat korang keh. :)



20 May 2013

Sedih Sedih Sedih

Assalamu'alaikum

Nak pinjam bahu boleh???
Rasa nak nangis kuat2... :'(


Sedihnya hati ni bila dapat tahu diri ni tak berjaya bahagiakan orang lain rupa2nya. Orang tu tak bahagia kerana aku yg selalu ngadu sakit. Camane eh? Tak ngadu takut tak leh cover sakit tu . Kang time jumpa atau call semestinya akan nampak/dengar sedikit sebanyak riak muka dan ton suara budak sakit ni. Ca ngadu untuk dapatkan semangat dari seseorang tu. Tapi.....

ALLAH...ca rasa lemah sekarang..Kaki ni macam tak berupaya nak berdiri lagi..Ca buntu .Ca dah usaha untuk sihat macam orang lain...Dekat 13 tahun rasanya penyakit ni tak reti nak jauh dari diri ni. Banyak sangat dosa laa ni. :( 

Kalau penyakit ni untuk menghapus dosa ku, aku redha YaALLAH...Tapi KAU bagilah keredhaan dihatinya untuk menerima kekurangan aku. Dengan kelebihan yang dia ada mungkin dapat menambah kekurangan aku supaya aku seiring merasa kelebihan tu jugak. Aku masih menanti BAHAGIA............... :'(

11 May 2013

Takut Nak Bertunang

Assalamu'alaikum....

Normal ke tak normal perasaan ni eh? Serius perasaan ni semakin hari semakin menebal dikala semuanya sudah dirancang.. Entah apa2..Bila ngadu kat kawan-kawan, ngadu pada si dia, memang diorang bebel..diorang kata buat pe nak takut..semuanya kita rancang..ALLAH yang menentukan.. Memang la..tapi......................


Memang patut pon ca kena bebel ngan si dia sebab selalu berfikiran negatif.Takut pada benda yang tak berlaku pon. Ni la masalah ca..Terlalu fikir bukan2..Nak tau apa ca fikir? Ca fikir kalau pape jadi kat hubungan pertunangan ni camana? Ca akan hampakan banyak pihak..Hati ca juga akan terluka..Luka yang sangat hebat tau berbanding luka kalau kena tinggal ngan lelaki yang sekadar bertitle 'pakwe' .

Sila lempang ca sekarang! Kenapa mesti ada persoalan camtu dalam diri dan fikiran ca kan? Ishhhh..teruk perangai.  Dulu bila perasaan tu datang, ca ngadu kat si dia.Memang kena 'ceramah' la..Sekarang kalau perasaan tu datang tiba2, cepat2 ca beristighfar...ca ada dengar ceramah2 kat tv..ni semua angkara syaitan gak..Diorang tak suka anak nabi adam ni berkahwin..macam2 cara dia buat untuk pesongkan fikiran kita sebagai orang islam ni.. Bila dah beristighfar tu, ca akan cepat2 'cuci' kepala otak ca ni balik yang sesungguhnya DOA tu penting. Nak yang terbaik, doa banyak2..Doa yang KHUSUS lagi digalakkan.. 

Doa yang khusus tu camana? Ok, camni.Contoh ca nak kan En. Bulat ca menjadi peneman hidup ca dunia dan akhirat. So dalam doa tu sebut kan namanya.. Lepas berdoa, kita jaga lah diri kita sebaik mungkin..Yang buruk dbuang..Yang kurang tu diperbaiki.. Pelihara hubungan sebaik mungkin..

Bila da mula serius dalam hal ni, ca baru rasa betapa pentingnya komunikasi dan kepercayaan pada pasangan... Jangan kedekut dengan kata "MAAF" walaupun bukan salah kita kalau kita nak hubungan kita berjalan dengan baik..Sebab memaafkan tu mampu menyejukkan hati tau.. :) 

Berdebar pulak bila semakin hampir masanya untuk menjadi tunangan orang.Kalau nak jadi isteri orang lak entah camane kan perasaan tu..? :") Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye..♥


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...