27 January 2013

Sesekali Men'Jepun' kan Diri

Assalamu'alaikum..

Salah satu makanan yang ca pernah try & muntahkan balik ialah SUSHI ! 1st time makan memang rasa "yuckkks'' sangat..ouh..teruknya rasa benda alah nie...camane diorang boleh makan benda ni?? camane? camane?? Persoalan paling bengap yang ca pernah tanya dalam hati sendiri.hehehe.. 1st time rasa tu kawan baik ca yang ajar makan.Si Saipurah tu.Masa tu beli kat Tesco kot.Entah, dah lupa..

Tiba2 satu hari tu, kawan ca yang nama nya Cik Alia pulak ajar makan selepas bertahun-tahun ca pandang "euwww2" kat makanan ni. Siyes TAK SUKA. Lia tetap suruh rasa. Masa tu dia beli, ca mampu tengok je. Ape ni? Ape ni? Pelik2 je isi dia kan..hehe..Dah puas dia shopping Sushi tu, kitorang pergi lepak kat tambak Pontian. Dia bagi ca rasa sushi yang ada inti ketam x silap.Ke telur udang ek..lupa la. Inti ke dipanggil ?? Haha..hentam la labu~ Sekali gigit..erk...kunyah punya kunyah...emmm..emmm..emmmm~nom nom nom... E'eh..apesal sedap ni?? Malu pada diri sendiri sebab dulu pernah meng"euwww2" kan makanan ni. Haha..


Sekarang tekak ca dah boleh terima makanan ni dan sangat SUKA da kat sushi..walaupon SUKA makan, tapi ca TAK SUKA nak amek tau nama2 setiap jenis sushi tu.Bukan ca boleh ingat pon.Tau makan je.Haha...psst2! gambar kat atas ni ada someone yang bagi tau.. Inchek Bulat bagi. hehe..dia buat sendiri tau...Special punya sushi. Tapi yang lain dari yang lain tu bukan sushi.Nama dia Inari tak silap. Beras jepun tu dibalut dengan tauhu manis. Tu pon sedap. :) Yang sushi tu pulak berintikan timun jepun, ketam ngan avokado..Makan sorang memang puas. Mak abah x reti makan.Mak abah kata , "pelik2 je makanan yang ko makan ni la." Haha..Yang pelik ni la anak mak abah suka makan tau! 

Gambar kat atas ni pon Inchek Bulat yang buat.banyak kan? Tapi ni bukan untuk ca la..Hehe


Taraaaa...yang ni ca beli sendiri..Beli kat Jusco Bukit Indah,JB .Nama kedai,emmm..ape entah.Haha...Jangan suruh ca ingat la nama2 ni eh. :p Kat situ macam2 ada.Nak yang single, nak yang set pon ada. Harga? Memang MAMPU MILIK orang kata.Hehe... Try laaa.....

Baru je citer,kan dah kena...

Assalamu'alaikum.

Baru je bitau kelmarin yg ca dah lama x sentuh ubat migraine  kan...maksudnya da lama la tak kena migraine..Nampaknya benda ni tak boleh 'dipuji' sikit. Lepas up je entry sebelum ni, ca terus kena migraine..Sakit betol.Sampai rasa nak tercabut segala urat kat kepala . Pastu rasa macam nak terkeluar bijik mata..

Memang seswai sangat la gambo ni  haaa~

Ni baru balik dari klinik. Doktor bagi ubat 'power sikit' katanya...Haah..Memang powerrrrr...Ubat sebesar-besar tidak..Boleh tercekik la nak makan ubat tu. :(

Coooobaannnnnnnnnnnnnn~ T__T isk3..

Sempat pulak la kan nak update entry. Kena LAWAN sikit penyakit ni. Kalau tak...hummm..makin teruk la..

Doakan ca cepat sembuh keh.. :'(

25 January 2013

Musim Cerita Cinta (TV3)



Assalamu’alaikum

Macam biasa, blog terbiar berminggu-minggu tak berupdate. Nak ber-blogwalking jauh sekali. Tapi blogger2 yang ada kat bloglist ca tu, ca selalu je jenguk..Tapi jadi silent reader je. Ada sehat ka kawan-kawan? :D Ca sihat alhamdulillah.. Dekat 2 bulan kot ca tak sentuh da ubat2 migraine ni. Sakit pale tu ada.Tapi tak la seteruk macam sebelum-sebelum ni. Mungkin sekarang ca dah dapat ‘ubat’ yang lebih baik. Alhamdulillah… :)

Terus terang la ea..ca ni jarang tengok tv3 . Ca selalu tengok astro. Lagi2 astro WARNA. Tak kisah la citer kat WARNA tu diulang-ulang tayang, ca masih leh layan lagi.Sebab suka tengok citer lawak. Lagi2 kalau citer Maharaja Lawak Mega tu. Ca bukan nak berlagak yang ca tak layan tv3 ke tv-tv lain, tapi tv3 ni tak semua la yang ca suka layan. Tapi semenjak dua menjak ni, haaa.. Selasa hingga khamis, pukul 10 malam layan Ruby, isnin hingga khamis pukul 7 malam layan Setia Hujung Nyawa, hari selasa pukul 9 malam layan Cinta Qaseh pulak. Semua ‘menggoda’ mata dan jiwa untuk layan citer cinta kat TV3. Terkena pulak semua pelakon-pelakon dia ca suka la nak tengok. Walaupon ketiga-tiga cerita ni ca tak tengok dari episode 1, tapi jalan citer2 ni semua senang difahami, so memang boleh layannnn…

Ada someone yg hasut ca tengok citer ni..hehe...  :)



Korang layan tak citer-citer ni semua? Heheee…memang ada yang tak minat citer-citer ber’genre’ jiwang ni. Minat masing-masing la kan.. Ca suka tengok citer-citer jiwang sambil dok berangan jadi heroinnya..auwwww~ :P *gedik



*Emmm..ca kehabisan stok ‘Runningman’ laaa..nak donlod memang tak lepas la. Kena cari ‘supplier’, kasi sedut masuk dalam laptop..Hehe.



02 January 2013

Summary : DuaKosongSatuDua


Assalamu’alaikum…

Orang lain dah rasmikan archieve dengan entry pertama untuk tahun baru, ca baru nak update.Takpela.lambat sikit..Almaklumlah.Sekarang ca busy dengan ‘projek’ baru.

2012 dah meninggalkan kita semua dah. Sedih pulak meninggalkan angka 23. 2013 ni menemukan ca pada angka 24 pulak.Tua sudah! Sorang demi sorang kawan-kawan mula nak menamatkan zaman bujang. Tak ketinggalan yang dah menimang cahaya mata dah. Daku cane ni?? Tak nak la bujang sampai ke tua. Waduh! Gerun tau pada title andartu. Papepon, ca tau ALLAH dah ada perancangan yang terbaik. Tinggal aku usahakan je. Tapi satu masalah juga, nak usaha cari laki camane? Boleh tak bawa signboard “Awak nak jadi suami saya?? ” pergi kat tengah2 jalan?? Erk! Terdesak beno gayanya. 


Sepanjang tahun 2012 yang lalu, tak banyak pon perkara yang best berlaku dalam hidup ca. Tahun 2012 adalah tahun yg banyak dugaan. Nak citer pon tak reti sebab dugaan tu banyak menyerang jiwa dan raga. Nak luah dengan kata-kata memang tak mampu. Cuma mampu merembeskan air mata. Kadang2 terfikir, banyak betul air mata dalam ‘tangki’. Asyik nangis jek.

Ca kehilangan seorang nenek sedara dan dua orang moyang dalam tahun yang sama. Sedih sangat. Ketiga-tiganya menghembuskan nafas terakhir disaat ca jauh dengan mereka. Sempat jumpa jenazah je. Nenek2 ku, semoga kalian tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman… al-fatihah….

Tahun lepas juga ca mampu ‘makan gaji’ kat 1 company untuk 3 ke 4 bulan camtu. Pertama dan terakhir untuk tahun yang lalu. Lepastu, ca mula bergiat aktif dalam bisnes kecil-kecilan. Bisnes kraf ada, bisnes Extra Moist Chocolate Cake pon ada. Dan sekarang jual Extra Nestum Popia pulak. Alhamdulillah.. Allah sentiasa membantu .. Eh, nak tempah? Boleh klik link2 ni eh, jenguk2 dulu, pastu leh la pm @ tinggalkan komen..

  •  Untuk korang yg berdekatan dengan tempat ca : Pm kat FB ca
  •  Lain-lain tempat : rujuk SINI


TEMPAHAN EXTRA NESTUM POPIA : Pm kat FB ca

kompem makan tak nak benti tau ! :)


Sori, iklan jap.Hehe..Sambung balik .
Tahun lepas juga tercapai hajat ca nak pergi Genting Highlands dan I-city. Pasni teringin nak ke Cameron Highlands pulak. Mau kunyah2 buah strawberry fresh2 sambil menghirup udara segar, sambil feeling2 jadi Izara yang berhoneymoon dengan Amir Asyraf…Ingat tak citer apa? Citer Vanila Coklat ! Hihi..

Masa kat Genting.. Love purple !

Dan impian untuk seumur hidup, nak ke bumi ALLAH, tanah suci Mekah. In shaa ALLAH.

Selain tu, tahun lepas ca berjaya dapat lesen lori kereta dengan sekali percubaan je dengan abang JPJ yg psiko. Belajar dari zero, sekarang dah hero. Hero la sangat ! Awal-awal keluar lesen dah bagi bumper depan kete cium tiang besi. Kelajuan paling maksimum yang ca pernah capai setakat ni pun cuma 130km/j je..Haha..Sedap je speed kat highway dengan main lorong kanan manjang. Macam nak amek kelas sukan drift la. Impian sejak sekolah tu.Giler x giler? Orang pompuan selalu nak amek kursus masak ke jahit, ca nak men’drift’. Hehe..

Kucing-kucing kesayangan ca pon banyak mati dan hilang tahun lepas.Sedih wooo~ melalak seharian macam mak hilang anak. Betul..Ca terlalu sayang kat kucing2 tu, tiba2 mati lak. Dah xde ‘kawan’ nak ajak berbual time sorang2. Rasa macam nak pi kutip semua kucing tepi jalan .

Anak kucing yang mula2 hilang..mati mungkin.. :(

Anak kucing kedua yang mati..kena gigit ngan anjing.. :(

Emmm..ape lagi ye.. Ha, birthday tahun lepas ca dapat 2 bijik kek . Sebiji dari mak, sebiji dari abah. 2nd time dapat 2 biji kek sekali dalam 1 masa.. Yang pertama masa zaman study kat poli dulu. Semua ni ca x sempat pon nak share kat sini. Nak citer pon dah malas. Dah basi sangat da. Hehe..

2 biji kek yang ca dapat masa birthday ke-20.. sebiji dari abang tempat praktikal, sebiji lagi dari kawan2.. :)
Yang belah kanan mak bagi,yang kiri abah bagi..kek birthday tahun lepas.. :)

Rasanya tu je la yang ca ingat. Tak bape best kan?  Tapi ca tetap bersyukur sebab ALLAH masih beri peluang untuk ca terus bernafas disaat ca up entry ni. Andai disaat korang baca ni ca da takde kat dunia ni, doakan ca pon tenang kat sana ye. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat ca sebagai hadiah paling bermakna untuk ca… Terima kasih….

So, ape perkara paling pahit dan paling manis korang? Share le dengan ca……  :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...