Showing posts with label Ragam Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Ragam Kehidupan. Show all posts

06 February 2012

Kisah Cawan Dan Piring

Assalamu'alaikum..

Arghhh..macam nak patah tulang belakang den nie ha..Sedang menyiapkan order customer.Order apa? Klik [SINI] kalau nak tahu..Alhamdulillah rezeki..Ni stop sekejap dari menjahit, rindu pulak nak dengar bunyi 'tap tap tap' si papan keyboard. Ca kan suka dengar bunyi tu lagi2 bila taip laju2 dan sekuat mungkin.Hehe..Ok intro menyimpang 4 batu.Sori...

Cute kan? ^^,


Cawan dan piring memang tak boleh dipisahkan.Dengan adanya piring la yang membezakan CAWAN dengan saudara-saudaranya yang lain seperti abang kole, cik gelas, mak cik mug,atok teko dan sebagainya... Cawan selalunya dan memang dilahirkan dicipta untuk diisi dengan air minuman yang panas.Jadi, dengan piring, kita bolehla angkat cawan yang panas tu. Takpon, minum air dalam piring ke..*nampak x sopan eh? ca selalu buat..hehe* Cuba korang isi dengan air tembikai laici ais, syok ke minum dalam cawan? Ofcoz tak syok.Tak de ummph! *sambil ketap bibir*  Minum seteguk dua dah habis..Betul tak?


CUPcake? hehe..

Lepas tu kenapa cawan ada telinga?? Ops..sori, ca memang panggil telinga.Yang sebenarnya pemegang tu la..Kenapa? Kenapa? Jawabla...... :) Sekali lagi jawapan yang sama macam kat atas.Sebab cawan untuk air yang panas. Ce pegang cawan dengan muka slumber badak masa minum air panas tu.Amacam?? Kompem air tu bukan ke mulut korang dulu.Memang ke kaki dulu la jawabnya..Sebab risiko untuk korang letak cawan tu semula ke meja dengan kelajuan 121km/j  akan menyebabkan air tumpah..



Ok, faham kan? Begitu jugak dengan kehidupan manusia. Semuanya sudah dirancang dan apa yang ALLAH rancang semuanya bersebab. Contoh air yang panas tu ibarat kemarahan yang semestinya ada dalam semua diri manusia.Tapi cawan ada telinga dan piring kan? Macam tu jugak kita.Kita masih dikurniakan nilai kesabaran.Dan ada cara-cara tertentu untuk redakan kemarahan kita (alternatif lain). 

Kenapa cawan untuk air panas je? Macam kita lagi. Dalam soal jodoh..ALLAH dah tetapkan orang yang sesuai sahaja untuk kita. Tak kan orang yang panas baran dengan orang panas baran jugak kan? Meletup rumah tangga tu.. 

Camane nak minum nie? 

Sempurna kan ciptaan ALLAH..? Banyak lagi contoh...Sampai 3 hari 3 malam pon tak habis taip kalau nak citer semua.Cewah... :)


*Kita selalu sebut, ''kita hanya mampu merancang, ALLAH yang menentukan.'' Tapi sebenarnya kita MERANCANG APA YANG TELAH DIRANCANG oleh Allah... :)

23 January 2012

CNY | Tak Putus Jari Pon?

Assalamu'alaikum..

Di pagi Chinese New Year (CNY)...

Pagi-pagi da meriah dengan bunyi mercun.Tempat ca ni walaupon kampung dan majoritinya melayu, tp ada jugak cina..Diorang ada sembahyang raya tak? Hehe..Ada la kot..Semalam pergi jalan-jalan dengan mak, nampak tokong dah dihias dengan tanglung-tanglung besarrrrr punya..

Korang perasan tak bila CNY takde pulak kes budak2 ke bapak2 budak putus-putus jari sebab main mercun? Takde kan?? Kenapa time raya kita (aidilfitri) , sebelum raya je dah ada budak putus jari.Beraya la kau atas katil hospital. CNY pon tak sah takde mercun kan..Kenapa ye? Adakah melayu TAK PANDAI main mercun? haiyoo..Buat malu jek..Atau budak-budak cina penakot?? Erk..Tak kan..

Ok cuba kita tengok pulak jenis mercun yang orang melayu suka main dengan orang cina main time raya..

Ni antara mercun febret budak-budak MELAYU suka main..

*************************



Ni pulak yang budak,bapak budak,mak budak CINA main time raya..

Boleh jadi JENIS mercun menjadi faktor risiko keputusan jari..*apehal cam pelik je ayat ni?* Ca rasa memang jarang atau takde langsung kaum cina main mercun padi yang kecik2 tu, mercun bola, mercun telur, mercun pop pop... :p Semua main mercun yang warna merah tu yg besar punya.Just gantung, then bakar.Tak pon, mercun yang kuar berdas-das tu..*bukan bunga api ke?* 

Nak kata melayu tak mampu beli mercun macam cina beli, tak patot kot hal bajet nak jadi isu..Sebab korang  sanggup je berhabis duit beli mercun kan..Bila dah putus jari, tak terbayar dek ooi harga jari yang putus tu dengan harga mercun !



* Nak beraya kat rumah sape ye..nak limau ! Nak makan kacang pandai.. :p

22 January 2012

Salah Guna Baucar Buku

Assalamu'alaikum..



Bagi budak2 yang masih study tu, haaa...seronok dapat baucar buku duaratushengget?? Untung la korang kan..Yang dapat ptptn, dapat lagi bonus ni..Hamboi..Sekarang ni, kedai2 buku mesti dikerumuni mahasiswa/wi kan,kan? Masing2 nak gores dan menang tebus baucar ni dengan shopping buku. .

Eh..eh..Yeke beli buku pelajaran nie...Boleh percaya ke nie....Ha,ha.Ape garu-garu kepala? Apa sengih2?? Beli novel eh..*khas buat pelajar gegirl..* Yang lelaki beli apa ye? Lepas ke beli majalah? Tu ca tak tau.Tapi ca tau ada yang beli NOVEL dengan baucar ni.Hahaha..

Betul ke penggunaan korang terhadap sumbangan kerajaan ni? Tepuk dada, tengok beg plastik..Ce tengok apa korang beli.. :)



* ca tak sempat merasa shopping ngan baucar ni..sape nak belanja buku SUDOKU kat ca? Heh3.. :P

20 January 2012

Lol Vs Hahaha !!!

Assalamu'alaikum...

Short form biasa la kita guna kalau bersms kan..Ca pon memang guna short form bila main mesej.Kalau taip penuh kang, bape page dah makan dia.Hehe..Tapi bila ca menaip guna laptop, tak kisah la ber'ym' ke,chat kat fb ke, ha, taip entry ke, memang automatik ca akan taip penuh.Kadang-kadang je terbuat short form kalau nak cepat.Tapi tak la sampai 'aku' jadi 'aq'..Memang tak reti la guna short form tu.Kecuali 'kau' biasa jadi 'ko'..

Tapi perasan tak trend sekarang guna word 'LOL' ?? Ca dulu agak lembap la kan tak tau makna LOL tu.Rupa-rupanya Laugh Out Loud..Sila jangan nak LOL-kan sangat ca ye sebab tak tau benda ni..

Erk! =_="


Kan lebih seronok taip hahahaha!! Tak pon Kahkahkah! Tak pun, kuikuikui..Hehehe...Macam-macam lagi lah bentuk ketawa..Kalau setakat taip 'LOL', ca tak tau nak gelak sama ke tak.. :P Kan tak syok tu.. Hehe..


* sape perasan, kalau ca komen entry korang, ca suka ketawa..Ca pon tak tau nape.. :P

09 January 2012

Robot Penyelamat Bumi

Assalamu'alaikum...

Zaman sekarang terutamanya kat Jepun dah macam2 robot dah diorang buat.Semua dikatakan untuk MEMUDAHKAN manusia membuat kerja. Bagi ca, kalau robot2 dicipta untuk pengeluaran produk kilang maybe yes boleh dikatakan untuk MEMUDAHKAN manusia dan menjimatkan masa.Tapi robot2 yang untuk personal use..humm..Ca rasa untuk orang yang malas je kot.




Sape kenal robot kat atas ni? Robot kemek tin atau nama glamour beliau WALL-E adalah robot paling berjasa yang pernah ca tengok. Tengok kat wayang la..hehe..Jangan heran ye ca suka wayang citer katun. Sebelum ni tengok Alvin & The Chipmunk sorang2 lagi. :) Ok, ca review keh pasal citer ni..


Cerita ni dah lama dah.Julai 2009.Masa ni ca masih bergelar student kat poli..Katun ni memang best. Cerita dia menunjukkan keadaan bumi yang mungkin terjadi akan datang gara2 kepupusan tumbuh-tumbuhan hijau.Sampai manusia pon pindah ke planet lain yang penuh dengan TEKNOLOGI. Kat planet tu, tak ada manusia yang berpijak di 'bumi yang nyata'.Sebab, semua duduk atas kerusi canggih.Everything buat atas tu.Tidur, gosok gigi, mandi kolam, macam2 lagi.Dan semua manusia tu GEMUK ! Sebab utama mereka jadi gemuk ialah mereka semakin MALAS..


Wall-E je yang masih tinggal kat bumi dengan kawan dia seekor lipas.Dia masih setia bekerja kutip tin,kemek tin.Sampai la dia jumpa satu rumput kot.Rumput tu jadi sasaran manusia kat planet canggih tu.Agen pencarian tumbuhan hijau ni, si Eve..


Eve mula2 nampak jahat.Tapi dia baik sebenarnya.Si Wall-E boleh pulak jatuh cinta kat si Eve ni.Hehe..Comel sangat gelagat Wall-E tau..Pengorbanan dia terhadap Eve..Semua nampak comel.. :) Bagi yang belum pernah tengok,pi la download.Bagi ca memang best la..

Kadang2 terfikir kalau betul bumi kehabisan tumbuhan hijau tapi ber'tumbuh'nya banyak bangunan, apa la akan jadi..Pastu, apa nak jadi ngan manusia sekarang kalau hidup dikelilingi dengan teknologi yang semakin canggih manggih..Tak mustahil akan datang generasi muda tak kenal apa itu enset tiga-tiga-seposen, lagi kan apa itu PENSEL KAYU.


* ca bersyukur sebab dilahirkan sebagai generasi yang sempat merasa kepayahan zaman mak abah kita..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...