31 December 2011

Itu Menyerah Namanya...

Assalamu'alaikum..

JUST FOLLOW THE FLOW


Akhir2 ni perkataan atas ni asyik dok bersarang dalam kepala otak ni.Entah kenapa entah. Ada something yang berat dan sukar untuk diluahkan.Sangat2 susah..Sakit dan sesak dada ni. Macam kena hempap batu berkilo-kilo beratnya. 

Kawan2 cakap ayat tu ayat menyerah kalah.Ayat orang putus asa. Bila fikir balik, betul la. Orang yang malas berusaha je akan cakap camtu..Pastu ada yg bagi pendapat, LEAD THE FLOW..Ada gak yang cakap CREATE THE FLOW... Humm..



*doakan ca mampu membuat pilihan yang betul ye..

29 December 2011

Makwe Orang? Ok Bye !

Assalamu'alaikum...

Berkawan mesti ada niat ke? Mestilah ada..Semua perbuatan ada niat walau dalam drama tv selalu keluar dialog " saya tak berniat nak buat macam tu awak...sob3 ". Memang tak berniat MACAM TU, tapi ada niat MACAM NI.. Hehe.

Ok, direct to the point. Baru2 ni ada la sorang facebooker ni chat ca kat fb. Tegur2 sesama facebooker pe salahnya kan. Buat apa kawan ramai kat fb tapi x bertegur kan.Ok, takpe la, ca chat la jap.Bual punya bual, dia tanya ca " awak da ada pakwe? " Pulak daa...Ca balaslah " kenapa kalau ADA dan kenapa kalau TAK ADA? " Dia balas " kalau takde sy boleh kacau, kalau ada sy tak nak kacau " Oooo.camtu ek trend berkawan sekarang? Disebabkan ca bekas pelajar mekanikal yg majoriti kawannya lelaki, ca rasa lelaki & perempuan boleh je berkawan tanpa ada niat lebih2.. Ca jawab je " da ada " Sekali dia balas apa tau, " owh,ok bye.Salam.Saya nak cari makwe je "


Ca terpinga2.Haha..Nak gelak pon ada. Lantak pi la..Nak kawan buat cara nak kawan. Nak cari makwe, salah tempat la brader .. :P




* eh, ni entry bajet hot cik duyung nie..nyampah makkk~ 

28 December 2011

Cik Duyung Tak Ada Gigi

Assalamu'alaikum...

Hish~ mintak jauh laa kehilangan gigi dalam usia2 ni. Nanti senyum kena cover-cover pulak.Bab gelak kang terlupa tutup mulut..halamakkkk...kantoi la tak ada 'pagar' kan..

Sebenarnya nak citer pasal hal kelmarin.Jalan2 ngan mak ke econsave.Entah camane tiba2 rasa nak makan nestum baby.Masa zaman ca sekolah , ca suka tau makan nestum baby punya. Sedap! Hehe..Yela, masa baby tak 'menikmati' pon apa yang disumbat mak kan.Haha..

Sekali ca cakap kat mak, "makk...nak nie" Sambil tunjuk ke arah nestum dengan mata bersinar2..Mak pon cakap, "ambil la.kalau nak makan.." Ha..ape lagi.Macam nak terlompat2 sambil tunjuk kat orang ramai ca da 'dapat' setin nestum baby perisa soya!


Ni la nestumnya~ Hik3

Sampai kat umah, lepak2 kat ruang tamu jap.Barang-barang pon tak beranta ke dapur lagi.Sekali ca masuk bilik jap tukar baju.Dengar mak cakap kat abah " abang nak tengok baby? rumah kita dah ada baby " mak gelak2...Huh..sah mak tengah tunjuk kat abah nestum ca tu.

Ca keluar, ca duduk dekat ngan mak abah.Pegang tin nestum tu, then ca cakap " haa..untuk 6 bulan KEATAS.mana ade had umur " Berdekah2 mak abah gelak kan ca.Tak pernah ca tengok abah gelak kan ca depan2 tau! Siyes.Masa tu ca tak tau nak gelak ke, nak lari masuk bilik sembunyi bawah katil.Malu pulak.Tebal muka ni 14 inci! 


Makan time mak abah takde kat umah.. Malu.. :P




*salah ke ca suka makanan bayi?

Wordless Wednesday #9

Assalamu'alaikum~


Jibam
=^__^=

27 December 2011

Ayat Pengasih

Assalamu'alaikum...


Korang tau ape itu ayat pengasih?? Kalau dari citer orang tua-tua, ayat pengasih ni kira macam mandrem la nak kasi 'ikat' orang yang kita sayang.Biar dia suka kat kita, selalu ingat kat kita. Tak pasal2 mata dia pon boleh dikaburkan dari sebarang keburukan pada diri kita. Time tu la ''lobang idungmu tetap menjadi puuuujaan hatiku''..hamek kaw..Best tak gitu? Korang nak tak ayatnye? Ca nak bagi ni..

AMARAN : JANGAN BACA DEPAN MANA2 LELAKI KALAU BELUM TAHU SASARANNYA



Baca ayat ni dengan suara yang perlahan tau..

7 lautan..7 sungai..

7 cahaya.. 7 sakti..

Hati terpaut sampai mati.

Biar datang padaku nanti.

Indah segala menjadi penyeri..

Biar buruk ditolak tepi..







Tarik nafas panjang..








Lepassss....









Banyak kaw punya ayat pengasih! Syirik tau enggak? Ca bukan nak bagi ayat pengasih.Tapi kata2 pengerat hubungan silaturrahim sesama manusia. Ada dua kata..Amalkan.Dan insyaALLAH ayat ni mampu mengeratkan hubungan dan melembutkan hati.Ok, yang ni serius.Betul punya.Dah tak main2 dah.Perkataan tu adalah.....


SAYA MINTA MAAF

dan

TERIMA KASIH

Percaya tak ayat ni mampu mengeratkan hubungan sesama manusia? Cuma bayangkan kalau korang dah tolong orang, bersusah payah then orang tu bla.Kecik hati tak? Pastu cuba ada orang buat salah kat korang, tapi buat tak tau je..Bengkek tak korang? Sekurang2nya bila ada ucapan2 diatas, hati kita sejuk sikit kan? Jadi amalkan dalam kehidupan seharian keh. :) Kita nak yang baik2, kita kena buat yang baik2 dulu.. :) 


*kata hikmat kebahagiaan : I LOVE YOU ^^, 

25 December 2011

Gengster Tapi Comel

Assalamu'alaikum..

YaALLAH,  kat luar sekarang ni masih hujan lebat.Dari petang tadi.Sesekali hujan tu ditiup angin yang kuat , memang menyeramkan. Risau dibuatnya.Memang musim hujan sekarang.Kampung sebelah mesti dah naik air.Sebab hampir tiap hari hujan. YaALLAH, lindungilah kami dari bencana banjir yaALLAH..

Ok, balik pada tajuk.Gengster tu comel ke?? Pe kaitannya? Heee...sape tengok cerekarama tadi? AJAIBNYA CINTA~

Tak! Boring~

Sori..gua tak layan citer melayu la...

Ada punya yang cakap camtu..Ca tau..Sebab ada terbaca dah komen2 camni.. Hihi.Lantak la.Yang pasti ca layan cerekarama tadi.Lagi2 ada Johan atau dikenali dengan watak 'botak'. Haha..Kena pulak dengan Umie Aida yang sempoi.Memang menjadi dia bawak watak mak2..Dengan rambut 'kepul2' dia tu.Haha..


Ensemnya 'botak'..hik3..*gatai*

SUMBER : Google


Ca punya lah gelak time diorang dok nyanyi2 lagu hindustan.Salah satu part macam kat gambar-gambar atas ni.Time tu la ke'comel'an Johan terserlah! Dia joget keras jek.Haha.Muka ganas tapi comel. Umi Aida lagilah lawak.Adoi~ Best2.. Walau citer tu nampak bodoh2, tapi ada jugak mesej yang disampaikan dalam citer tu..Antaranya :

  • Setiap orang tu mampu berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik,kenapa tidak kita bagi peluang atau sokongan? Kita kena sokong dan bantu mereka untuk berubah, bukan mencaci diorang.

  • Jodoh itu tetap ditangan ALLAH.Apa-apa pun jadi, kalau dia dah jodoh kita, kita tetap akan bersama dengan orang tu.

  • Jangan menilai orang tanpa mengenali dia atau tanpa usul periksa.Kita dah cukup baik ke??

  • Segala-galanya memerlukan duit, tapi duit BUKAN segala-galanya. :)


Tengok jangan sekadar tengok.Cari 'isi penting'.Macam baca buku jugak..Hehe.. :P

Ending citer ni..Haha..Comel la diorang.. Nak shoot gambar kawen camni la.. :P

Harimau Malaya Buat Aku Juling

Assalamu'alaikum..

Tak percaya ke harimau malaya buat ca jadi juling??


LIMITED EDITION 

Nampak kat atas tu? Nampakkkk?? 
Ni la h/p case Harimau Malaya yang di order oleh sorang membe ca.
Sape dah pernah tengok page D'Young Craft kat atas tu atau kat {SINI}, korang akan perasan ca ada bitau "boleh design sendiri" kan? Kawan ca ni betul2 mencabar jari jemari yang kecik ni untuk buat h/p case HM ni. Ceh3...

Juling2 mata ca nak menggunting pak rimau tu..hehe.Tapi akhirnya berjaya disiapkan..Alhamdulillah.
Tunggu nak pos je..


Jemput la ke page D'YOUNG CRAFT, cuci2 mata untuk tengok hasil kraf lain..Nak buat tempahan, boleh pm ca kat FB ye.. :)

23 December 2011

Jatuh Cinta Sesama Blogger?

Assalamu'alaikum..

Kau ingat tak boleh ke jatuh cinta sesama blogger?

Kau ingat blogger tak de 'market' ke?

Kau ingat cinta tu setakat tengok dari paras rupa je ke? 

Kau ingat cinta tu mesti cakap i lap u , u lap me ke? 

*ape ingat2?? takpo nak?*


Eh korang.Ca jatuh cinta kat blogger la.Hik3 * kuis2 kaki kat tanah* Gedik! Eleh..nak tau letewwww~ Haha..Boleh kan jatuh cinta sesama blogger? Tak salah kan..Selagi belum kena tangkap polis, tak salah la tu. :P


Takpe la.Ca kongsi dengan korang keh.. Hurm..tapi jangan gelakkan tau! Dia dah tua. Da ada ramai cucu.Kau ingat blogger semua mudo2 yo? Ha, kan dah terkeluar loghat negori atok. Atok sekarang dah maju okeh! Orang ramai cucu, berguru ngan cucu tak salah kan? Hensem ke tak ensem tu ca tak tau la.Nanti la jumpa baru tau..Ihik3..Nak kenal? Nak terjah? Ekau tekan laju2 kat sini :


Tapi sebenarnya ca jatuh cinta kat dua orang.Lagi satu ni muda. Kerja pon bagus.Nak kawen katanya.So frust sikit la.Takpe la.Ku doakan kau bahagia..Uhuk3...Dia ni 'budak penjara'. Hey, ingat budak penjara tak leh berjaya ke?? *bape banyak kali 'ingat' daaa~* Nak tengok dia jugak?? Tak malu..Ha, klik bawah nun kuat2! :


******************

Amacam? Best tak 'taste' ca? Hehe..Berangan la nak bercinta dengan diorang berdua. Tu la dua orang blogger yang ca baru lagi kenal, tapi diorang berjaya buat ca jatuh cinta dengan PENULISAN diorang.Ingat, PENULISAN. Ingat jatuh cinta betul2 ke? Ada yang kena pancung kang.

Camane ca boleh jatuh cinta?? Soalan yang bagus. Hihi..Kalau kat si atok tu, ca suka gila penulisan dia dengan loghat negori dan sempoi.Loghat negori adalah loghat yang ca suka sangat dengar.Masa ca kat poli ada sorang dak laki kelas suka cakap negori.Ternganga dibuatnya sebab suka sangat dengar.Tak tau nape.Haha.Tapi kat blog atok, walau tak dapat dengar, dapat baca pon jadila.. :)

Kalau kat si budak penjara tu pulak, sebab dia seorang guru.Bukan ca kejar title dia sebagai seorang guru.Tapi ca suka penulisan dia.Citer pasal pengalaman tu yang menarik. Em, sepanjang ca berblogging ni ada    bape orang cikgu jugak yang ca jumpa. Contoh Cikgu Ma , Gen2 , TicerWan (sori tak ingat url) , Daniel Adie , sape lagi ek..Lupa da.Ada lagi... Best tau baca blog cikgu2 ni.Lagi2 yang share citer diorang dengan murid2.. :)

Apelagi?? Pi terjah skang!


* nak jadi 'cucu' atok ke nak jadi 'murid' budak penjara? ngeh3...

Zaman Kegemilangan Cik Duyung

Assalamu'alaikum..


Ceh..kau ingat kau tokoh sejarah ke ada zaman kegemilangan bagai? 

Hehe..tokoh sejarah tak la.Tokoh blog mungkin?? :P Erk! Perasan sungguh.Blog ala-ala tempoyak berangan nak jadi tokoh blog...Ho..ho..holicks lah!

Adik2 PMR dah pon dapat result kan? Amacam? Berbaloi dengan usaha korang? Yang berjaya tahniah! Yang kurang berjaya jangan putus asa.Kalau putus , sila jumpa cikgu kaunseling kasi sambung asa korang tu.Haha..


Bagi korang yang sama zaman dengan ca, zaman 80-an, jom imbas kembali time kita dapat result.Hehe..Sebelum ni ca pernah citer pasal zaman UPSR ca dulu, sekarang PMR pulak.Result ca dulu takla sehebat mana.Takla perfect A's..Tapi syukur alhamdulillah, result PMR ca berjaya menjatuhkan air mata mak abah.Diorang tak sangka kot ca boleh dapat 5A.Yela, ca ni antara budak yang selalu sangat cuti, selalu ambil mc sebab sakit. 

Ca dapatla naik pentas jugak sebab masa batch ca tak de yang full A.Paling tinggi pon 7A.Dua orang kawan baik ca dapat 7A. Jadi yang dapat 7A,6A ngan 5A dapat naik pentas , dapat sijil by hand dari pengetua dan dapat sikit duit.Majoriti yang dapat naik pentas budak kelas ca la sebab kelas ca kelas pertama..Ca tak ingat la ca dapat bape ringgit.Huhu..

Zaman form 1 sampai form 3 memang zaman kegemilangan ca.Sebab? Sebab ca sentiasa top 5 dalam kelas time exam.Nak dapat top 5 dalam kelas 1st bukan senang.Persaingan sengit.Tapi ingat-ingat balik, zaman ca form 1 sampai form 3, bukannya ca ni ulat buku.Entah bila entah ca study.Sok nak exam malam sebelum tu baru baca buku untuk cover 3 tahun punya.Gila tak gila..Tapi Alhamdulillah.Boleh buat..


Bila masuk form 4 & form 5, ca pindah sekolah dan itulah zaman kejatuhan ca.Nak tahu kenapa? Tu kena tunggu result SPM keluar pulak la..Hehe.Nanti ca citer.. ^^,


*ca paling tak suka subjek sejarah! Ngantuk! Buku sejarah ubat tidur saya.. ^^,

21 December 2011

My Wedding Picture

Assalamu'alaikum..

Tanjat tak? Tanjat tak? Tibe2 je nak tunjuk kat awok2 semua my wedding picture.Tak ada angin, tak ada ribut, tup-tup gambar kawen kita kasi keluarkan.Tanjat la..tanjat la..Meh nak tunjuk.. :)


AKAD NIKAH

Model inchek google la..hehe




*DUSH! Amekkaw!*

Berangan kau jah nak buat tajuk entry gitu!


Ni la kejenya bila takde idea yang bernas nak dibuat entry.Maafla ye. Tiba-tiba keinginan nak tukar DP facebook dengan gambar bersama inchek suami membuak-buak.Alangkah indahnya saat tu bila sudah menjadi suri di hati seorang lelaki bernama SUAMI.. Maksud ca bukan la setakat nak tukar gambar..Faham-fahamla.. :)

Jeles pulak tengok kawan-kawan yang dah kawen.Ada yang da ade anak pon.Bahagianya mereka..Bila la nak sampai turn ca ni. Sempat ke tidak bertemu jodoh di dunia ni..Kita tak tahu kan dua rahsia ALLAH ni.Ajal dan jodoh.Mana2 boleh sampai dulu.

Kalau ca dah kawen kan, ca teringin sangat suami ca panggil Faezah @ Izah :) (bukan pengaruh ombak rindu  ye.harap maklum) Sebab nama tu jarang sangat orang guna untuk panggil ca.Ca nak kelainan, supaya nampak dia yang teristimewa.Tapi nak panggil panggilan manja pon, pe salahnya..Hik3..*malu-malu*

Ca nak 'dia' baca ni bila kami sudah disatukan :) 

Buatmu suamiku..

Sayang..
Saat ni ku tunggu kamu.
Saat ni, ku memikirkan kamu..
Tak sabar rasanya nak lihat dan menatap wajah kamu..
Tak sabar rasanya nak solat berimamkan kamu.. 
Tak sabar nak makan dari suapan kamu..
Segala-galanya bersama kamu,sayang..

Dalam doaku ada kamu.
Ku tahu kamu yang terbaik buatku.
Kamu pelengkap atas kekurangan ku..
Dan insyaALLAH kelebihanku hanya untuk kamu..

Kehadiranmu setia kutunggu..
Menjemput daku menjadi suri hatimu..
Kerana ku yakin ada bahagia untuk ku..
Hanya daku milikmu..
Kan selalu bersama kamu..




Salam kasih sayang dan cinta..Isterimu mu..


Meh nak tiom siket,emmmuah! ngeh3 :P






*errr..jiwang ke ca?? 


20 December 2011

Perlu Sangat Ke Entry 18sx?

Assalamu'alaikum...

PERLU SANGAT KE BUAT ENTRY 18SX??

Erk! Tak agak2 kucing zaman skang..Haha

Jawab, jangan tak jawab! Ca tanya serius ni. *anggap la anda disoal macam kat bilik gelap dibawah sebijik lampu reban ayam* Pagi-pagi dah emo. Tapi pasaan tak puas hati dah lama terperam, sekarang nak meletus lah ni.Siap lah kaw!

Korang pernah jumpa blogger yang majoriti entry dia pasal 18sx? Citer seks sana, citer seks sini. Bagi dia semuanya sekadar INFO, sebagai PENGAJARAN , nak pembaca ambil IKTIBAR..Tapi cara penyampaian macam bukan untuk buat pengajaran je.Tapi 'MENGAJAR'. Nape perlu letak link untuk mendownload video 'aksi' bagi setiap kes yang nak disampaikan? Kang budak2 hingusan tengok tak ke meleleh air liur?? Suka lah tengok budak2 sekarang 'maju' kekuningan otaknya?? Try sana, try sini macam kes ca pernah citer dulu? Belum baca? Ha, klik SINI cepat!

Tak payah nak terkejut sangat lah..


Sekarang ca tengok dah ramai blogger 'pancing trafic' dengan isu 18sx. Ca tak kesah kalau cara penyampaiannya berlapik, diolah tanpa perlu tayang gambar 'aksi' @ video sebenar.Kantoi la der lu tengok sokmo benda2 tu kan?? Macam takde citer lain nak diupdate. 

Hai, ni ko tau diorang update citer gitu, ko baca ke ca??

Yup! Ca baca.Baca tajuk dia. Kat fb ni kan banyak page2 untuk ping entry.Nampak kat situ la.Tajuk dia memang tak lari la dari isu ni. "Don't judge an entry by its tittle??" Memang la.Pastu ca pernah follow sorang blogger ni.Ca follow dia dulu sebab info yang menarik la selain 18sx.Tapi lama kelamaan banyak gila pasal 18sx.Sampai tahap ca tak boleh terima penulisan dia.Hamek kaw.Ca unfollow dia.

Ingat,kalau nak jugak buat, fikir betul2 cara nak susun ayat biar nampak untuk dibuat PENGAJARAN, bukan MENGAJAR! Faham?? Faham ke tidakkk? *marah ni*



*Entry ca pasal 'entry 18sx' , BUKAN entry 18sx! Renung-renungkan..Harap maklum.

18 December 2011

Aku Tengok Sorang-sorang..So What??

Assalamu'alaikum

Semalam ca ada bitau ca ada pergi berjimba2 kan? Tapi kerana Jibam, entry berjimba2 ni kena kepam dulu.Excited nak citer pasal jibam balik semalam. Alhamdulillah.. 

Semalam sekali lagi ca pergi berjimba-jimba SORANG-SORANG di kota segiempat,JB.*CS la* Hehe.Sebelum ni pon ca pernah pergi sorang-sorang. Macam dah biasa pulak. 

"Ai, ko takde kawan ke ca? "

Menangis ca kalau ada yang tanya macam ni.Haha.Bukan takde kawan.Kat kampung ni kawan-kawan baik ca semua berhijrah sebab sambung study.Ca je takat diploma, dah tak sambung blaja.So, sorang2 la kat kampung ni.Kawan2 poli pulak ramai luar johor.Susah la nak ajak. Demi nak tengok ALVIN & THE CHIPMUNK, ca sanggup turun JB. Walau ca tau katun omputih ni cepat je cd dia keluar kat Malaysia.Tapi nak ada feel tengok ramai2 kat wayang.Nak hiburkan hati sendiri.Cewah~

Time nak beli tiket, sampai la nak masuk ke wayang tu, ca perasan ada mata2 yang pandang ca pelik.Sob3..Ca tau la ca pergi tengok sorang-sorang. So what?? *nape time ni takde abg ensem yang tengok sorang2 jugak ek..kah3*

Tadaaa~ tiket wayang ku..haha *itu pon jakun ke?*



Citer chipmunk ni sangat best okeh! Tak rugi tengok. Daripada tengok datin ghairah tu..errr..baik tengok katun secomel2 makhluk ni. Ca tak boleh berenti sengih sebab teruja dengan kecomelan diorang.Haha..Pas tengok wayang, window shopping la ape lagi.Tu je mampu der..Mekdi pon melambai2 ca untuk masuk melantak kat sana. :) 'Dapat' la burger febret ni sebijik! Puas! *ca tengok bermacam2 gaya orang makan prosperity burger ni..hehe*


Ingat tak boleh ke gerak sorang? Boleh maaa~


* pasni ada sape2 mau teman ca jalan2 ? hahaha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...