Showing posts with label AkU daN MEREKA. Show all posts
Showing posts with label AkU daN MEREKA. Show all posts

24 May 2013

Bila Dia Diambil Orang...

Assalamu'alaikum...

Entry khas buat budak paling sengal di alam semestaaaaaa.

HAFIZAH @ PIJAH
Tapi lebih dikenali sebagai Datin Pijah Hot! (La sangatttt~)

Ni budaknya..yang belah kiri tu..yang belah kanan x kenal xkenal.. Ngeh2...


Pic : 27 Feb 2010


Pijah ex-roomate/housemate/classmate aku. 3 tahun berkawan masa kat poli dah macam adik beradik. Sengal2 dia pon, dia matang dari aku. Tapi nak jumpa diri dia yg matang kita kena buat muka seserius yang mungkin. Haha..Kalau tak, memang hampeh.. Aku selalu je jadi bahan dia. Kalah sokmo dengan agenda loyar buruk dia. Indah kenangan2 masa study dulu... :)



Lusa dak Pijah da nak jadi isteri orang.. Dari berstatus "Cik" ke "Puan". Mula2 tau dia nak kawen, aku memang excited. Tapi bila da dekat betol dengan harinya, sayu pulak.. Tambahan pulak aku tak dapat nak datang majlis dia kat Jerantut nun.. Sebabnya, biarlah rahsia.. :'(

Semalam memang tiba2 rasa sebak sangat. Rindu sangat kat ko Pijah... Pasni ko da 'diambil' orang. Aku harap ko jangan lupakan aku dan kawan2 yang lain keh. Walau ko jauh dimata , tapi ko tetap dekat dihati aku..Ko la kawan terbaik aku.Yang banyak memahami aku disuatu ketika dulu.. sob3.. T__T

Semalam sempat lak nak ber'touching'2 kat fb.....





Komen dia ceria tapi aku yg sebak dah kenapa?? Hahaa..Seriously bila sorang demi sorang kawan2 kita melangkah ke alam baru terlebih dulu dari kita, macam diri ni tak laku lak..Haha...Ishhh~ Jodoh itu rahsia ALLAH.Dengan siapa, bila , semua dalam simpanan peti rahsia ALLAH lagi. Cuma rasa sunyi la sikit. Dah jadi bini orang, takleh la nak spent time ngan kawan2 macam dulu kan.. FAMILY 1st. HUSBAND also 1st u know? *Oh My Englishhhhhh!

Papepon, aku doakan yang terbaik buat sahabat yang terbaik.Jadilah isteri yg solehah..Semoga hubungan Pijah dan Inchek suami kekal hingga ke syurga.Aminnnnnn~


*Aku pos hadiah je kat pengantin ni.Hehe.Next entry aku tunjuk kat korang keh. :)



28 December 2012

Gathering ‘Bajet’ | Cerita & Tips



Assalamu’alaikum…

Macam pelik je istilah ‘gathering bajet’ ni. Selalu dengar hotel bajet je. :) Bajet ni macam ber-kos rendah gitu la.Haa, lantak la.Lepas ca cerita ni mungkin korang akan faham apa yang ca maksudkan. 

Hari ahad lepas (23/12/12), ca dengan kawan-kawan skola rendah buat gathering. Macam biasa, kawan-kawan yang akan request untuk buat gathering.So, ca dan sorang lagi kawan ca (Jah) lah yang selalu jadi plannernya. Budak-budak lain suka request & tinggal follow je. Kali ni ada yang request nak mandi gunung. So, ca plan buat gathering kat Gunung Pulai 1 je. Dekat je dengan rumah masing-masing. Tak luak pon minyak kereta kalau pergi sana.Tapi kalau jalan kaki , tak semput pun, boleh pengsan tengah jalan. :P

Gunung Pulai 1 ni actually dah tutup semenjak pernah runtuh 15 tahun lepas. Tapi sekarang ramai je naik gunung ni.Disebabkan masing-masing dah lama gila tak naik gunung ni. So, walaupon dekat, excitednya bukan main. 

Nampak tak point pertama kat situ? “Dekat je dengan rumah masing-masing” Haaa..tu yang dimaksudkan ‘kos rendah’ tu. Bila dah dekat, jimat masa, jimat duit minyak. Hahaha… Enjoy tetap enjoy. Nak kurangkan kos, sila pergi tempat2 yang berdekatan je ngan korang.

Ok sambung story. Kali ni ca buat kelainan sikit. Masing-masing kena bawa makanan sorang sikit. Nanti bila dah kumpul, banyak la makanan jadinya kan? Hehe. Baru seronok. Macam zaman2 skola jugak.Boleh kongsi2 makanan..  Pagi-pagi lagi ca bangun , masak bihun Singapore. 1st time buat, Alhamdulillah menjadi.

Ni nak highlight kan point kedua . “Masing-masing kena bawa makanan sorang sikit” Bila setiap orang bawak makanan sorang sikit, bila dah kumpul jadi banyak.Kos tiap orang pon bape ringgit sangat. Tambah-tambah lagi semua bahan memang ada kat rumah. Bukan ca suruh bawa makanan bertaraf hotel 5 bintang pon. Makanan2 yang berjaya dikumpulkan oleh kami semua :
  • Bihun Singapore
  • Nasi goreng
  • Roti canai + sambal tumis
  • Nasi impit + rendang ayam
  • Jemput-jemput ikan bilis
  • Roti + kaya
  • Kuih bingka
  • Buah rambutan & duku langsat
  • Air kotak & air oren  


  • Segala bekalan !
Ha, amacam? Banyak kan? Tak sangka la kawan-kawan memang bagi kerjasama dengan baik. Thanks guys!
8.20 pagi : Disebabkan pagar utama nak ke tingkat atas ditutup, kitorang tak boleh la naik ke atas naik kereta. Kitorang ramai-ramai jalan kaki dengan bawa segala makanan. Serius seronok. Naik atas tu boleh tahan jauh dia. Jalan sambil gelak2 sambil bercakap, maunya x semput ! Budak2 lelaki laju je la jalan. Ca baru suku jalan dah pancit dah. Hehe.

Masa mendaki..pancit sudah!

Sampai2 kat atas..bergambo dulu~

Tapi segala penat , semput semua hilang sebaik saje sampai ke area air terjun. Subhanallah, lama dah tak pergi air terjun. Derasnya air terjun tu memang menggodakan.Apa lagi, letak barang-barang..terjun dalam air ! Sejukkkk~ Pergi pagi-pagi ni memang syoklah! 









Sambil kitorang mandi-manda tu, monyet2 liar dah mula datang aim makanan kitorang. Nasib baik ada 1 family ni baik hati. Dia suruh kitorang letak barang2 & makanan kitorang dalam khemah diorang. So, bolehlah mandi dengan aman!

Bila dah penat mandi dan explore setiap tingkat air terjun tu semua, masing-masing dah lapar. Keluarkanlah semua stok makanan. Memang best lah dapat makan ramai2 dekat kawasan air terjun. Tak sama macam makan dekat restoran fast food ke mamak segala. Monyet-monyet liar makin rancak atas pokok tengok kitorang makan.Makin lama makin banyak. Nasib ada budak2 lelaki ni tolong halau diorang.


Bila da siap makan, yang budak2 lelakinya sambung main air. Yang perempuannya dok mengunyah lagi. Time tu juga lah monyet2 tadi berani dekat ngan kitorang. Makin banyak yg datang. Ada yang dah tunjuk taring kat kitorang. Tiba-tiba sekor bapak monyet ni turun ke tempat kitorang. Mau tak menjerit kitorang semua. Budak-budak lelaki lari ke tempat kitorang bila dengar kitorang jerit.. Ceh, nak tunjuk hero ke? Haha..Nasib kitorang takde pape. Cuma sebalang kuih bingka berjaya ‘dirompak’ oleh bapak monyet tadi. Hampeh! Nasib dah rasa. Mungkin diorang tergoda dengan warna kuih bingka ubi yang kuning.Ingatkan pisang kot. Haha..Masa tu dok terbayangkan monyet tu makan kuih bingka yang lembik tu. Mesti terselit-selit kuih tu kat gigi diorang kan? :D

Em, memang kenangan yang best. Seronok sangat ! Lain kali boleh pergi lagi. Berbaloi tau pergi tempat camni. Dengan keindahan air terjun ciptaan ALLAH ni, mampu buat sesiapa yang stress, yang penat bekerja dan sebagainya relaxkan fikiran. 

The last one..nak balik dah time nie.. :)

03 March 2012

Baby..Come To Mama!

Assalamu'alaikum...

Macam ganas je bila sebut "come to mama!"..hehe..Seronoknya nak jadi ibu... ^_____^ Kegembiraan dia mengalahkan kegembiraan memakai jubah konvo, mengalahkan kegembiraan abg ensem belanja eskem corneto,mengalahkan kegembiraan mimpi abang botak..ahak2.. :p

Beliau yang edit gambar ni..haha..

Sebenarnya ca baru dapat berita kawan poli ca merangkap ex-roomate dan ex-housemate ca bakal jadi ibu...Citer wedding dia ada kat SINI..Semalam dia siap hantar gambar scan (kat atas tu) lagi.. ^^,

Ca pulak yang excited ! Tumpang hepi.. :) Bestnye nak dapat baby dah...Kena get ready present untuk baby lak lepas ni..Semangat nak dapat 'anak sedara' . :) Baby,nanti dah keluar,tunggu mama Dayang datang jumpa baby nanti ye..hehe..

To Azah a.k.a Makjah serta 'kawan iparku', Aizat...Tahniah buat korang! Aku nak jadi mama angkat anak korang tau! Aku cop..hehe.. :P


*nak baby jugak..tapi cam takut je nak beranak! erk... =__=!!

04 February 2012

Mereka Sahabat, Mereka Adik Beadik Ku

Assalamu'alaikum...

 ♥ Short Story Of SyaLinSaiZah ♥

SyaLinSaiZah stand for ---> Syaqila | Islinda | Saipurah | Faezah ( ca letew.. :) )

Kenal masa kat sekolah menengah..Mula rapat sejak.....entah..Tak sedar dan masing2 tak ingat bila.Hehe..Tiba2 dah rapat walaupon masing2 berasal dari sekolah rendah yang lain dan kampung yang lain..


Kami masa tahun 2004, 2005 & 2006.. :)


Form 3, masing-masing konon berjanji tak nak tinggalkan sekolah lepas PMR..Tapi, entah macammana ca yang pergi tinggalkan diorang.Maaf tau.. :(  Ca pindah ke sekolah teknik time form 4 & form 5..Tapi, perpisahan tu bukan penghalang..

Persahabatan kami semakin rapat.. :)


Kami masa 2008 & 2009 :)

Kitorang kalau lama tak jumpa, mesti diorang ni akan bermalam kat rumah ca time cuti..Kitorang tidur sama2..Rumah ca jer line clear sebab xramai adik beradik.. Pastu mak abah akan bagi chance kat kitorang bermesra-mesraan la, mak abah ca akan tidur kat rumh atuk ca sebelah rumah je.Ape lagi rumah ca, kami yang punya! Wuahahaha.. ^^,


Mereka ibarat adik beradik ca sendiri..Tiada siapa boleh ganti tempat mereka.Mereka ada masa ca susah dan senang..Terima kasih sahabat... :)




Kami masa 2010 dan sekarang... ♥♥♥

Baru- baru ni kitorang ada tidur sama2 lagi.Diorang tidur rumah ca.Ca yang pln sebab nanti bila ada yang kawen da tak dapat nak tidur sama2 lagi.. :(

Terima kasih yaALLAH kerana KAU kurniakan aku sahabat baik dan terbaik untuk aku..Aku sayang mereka sangat2.. :) Kau peliharalah hubungan persahabatan kami dan kau bahagiakan hidup mereka selalu...Aminnnn~


* Tak lama lagi salah seorang daripada kitorang ni dah nak bergelar isteri..Sedih ada, gembira pon ada.Sedih sebab inchek suami dia nak rampas kawan baik ca..Hehehe.. Papepon, semoga bahagia sahabat! Tak sabar tunggu 'anak sedara'.. :)

15 November 2011

Cuti Kawen | 11.11.11's Wedding

Assalamu'alaikum~

Lamanya ca tak update kan? Buka2, last entry pasal Wordless Wednesday minggu lepas . Hehe .. Ada ke yang mencari ca ek? Berangan je la .. Minggu lepas start dari  hari khamis sampai la ke hari ahad memang macam2 aktiviti luar . Konon bz mengalahkan artis la . Tapi ni ca mau story mory kisah 11.11.11's wedding la . Sape kawen?? Semestinya lah ca ......................................................

Pengantin ke??

...................................... punya kawan ! Hehe .. Kawan merangkap bekas roomate masa sem 1 kat poli, merangkap bekas classmate , merangkap bekas housemate, merangkap .... ha tu jer la .. (^^,)


Wedding tu kat Segamat. Kawan ca tu nikah 11.11.11. . Tapi ca x dapat datang nak tengok dia nikah . Ca dengan kawan2 lain semua datang hari majlisnya, 12.11.11 .. Mula2 tu stay Kluang dulu umah si Beckok nie ..

Ca bersama Beckok


Ca pergi Kluang dari Jb ngan makcik Jenab ni .. Hehe

Ca bersama Makcik Jenab


Pagi sabtu tu la baru kami bertiga gerak pergi ke Labis, Segamat. Bapak Beckok yang anta kitorang . Kat Segamat nanti baru la jumpa kawan2 yang lain .. Sampai2 pengantin memang tengah nak bersanding . Memang rezeki la nak tengok kawan ca naik pelamin~ 


Cantik sangat kawan ca sorang ni. Sudah kurus meh .. Hehe .. Dalam pic atas ni semua dak kelas ca kecuali yang baju kurung pink tudung putih tu bukan dak kelas, tapi geng ca jugak . :)

Kitorang baru bape orang, tapi kecohnya macam 40 orang ! Hehe .. Nak tau moment kami yang paling menggegarkan pelamin?? Haa~ ni pose yang ca cadangkan kat semua, pengantin WAJIB buat jugak . Hehe ..
 Tengok2 ...........................

"TANGAN DI DADA MATA KE ATAS"

Haha .. Memang rasa nak gelak guling-guling lepas berjaya pic ni di captured . Walaupun mata tak la ke atas semuanya . Pengantin lelaki memang terbaekkkk~ Sporting habis. Haha ..

Ni la kedua mempelai, raja sehari, merpati dua sejoli, bagai pinang dibelah dua .. :) Ape lagi? Tak sangka dia lah budak kelas ca (kat poli) yang pertama kawen . Mau tak excited ! Hehe .. 




"SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAWAN KU MAK JAH DENGAN PASANGANNYA PAK AIZAT..HEHE.. SEMOGA BERBAHAGIA SELALU HINGGA KE AKHIR HAYAT .. "


Credit untuk pic : Beck



*Tak sabar nak tunggu 'anak sedara' pulak ni ... Pastu sape lah yang bakal mengikut jejak Mak Jah ni .. Hehe..

25 October 2011

SAHABAT SEJATI..Wujud Ke??

Assalamu'alaikum~


Hebatnya inchek Celcom menguji keimanan dan kesabaran ca akhir2 ni..Line tu macam tercekik tulang je..Sampaikan nak approve komen tu pon berzaman..Apatah lagi nak BW, nak update.. Cicak atas ceiling pon menguap la tunggu loading dashboard..*nada slow menunjukkan tahap kesabaran masih mampu dikawal ye..kalau tak, habis sebijik2 word tu di"CAPS LOCK"kan...


SAHABAT SEJATI...Wujud ker? Orang yang macammane boleh dicop best fren ni? Adakah kawan sepermainan ? Adakah kawan yang kenal masa interview tadi? Adakah kawan yang tolong korang tergolek dekat cafe? Atau apa2 jer la situasi yang logik dek akal..

Kalau bahasa ongputeh best friend la ek? Tak pon true fren...eh, ada ke? True love pernahlah dengar..Layankan jer la ea..Teringat kata2 dari seorang lecturer English ca masa kat poli dulu....

" Dalam hidup saya, saya takde best friend.Dan saya rasa best friend tu tak wujud dan tak perlu kot best friend ni... " 

Lebih kurang camtu la..Mula2 pelik gak kan dengan kenyataan beliau yang agak touching tu.Lepas dengar dia cerita ca faham kenapa prinsip dia camtu.Semua dari pengalaman dan sejarah dia.Kawan yang disangka kawan sejati cuma ada masa senang tapi hilang masa dia susah..
Memang susah nak cari SAHABAT sejati..Kenapa ca tak sebut KAWAN? Bagi ca kawan tu ramai..Kat mana2 boleh dapat kawan. SAHABAT ni walau maksudnya tetap sama tapi pangkatnye special sikit.SAHABAT sejati adalah orang yang ada masa kita susah dan senang.Orang yang kita rasa da macam bank rahsia kita..Orang yang kita anggap macam adik beradik kita..

"SAHABAT SEJATI = Di saat dia juga ada masalah, dia tetap ada untuk mendengar masalah sahabatnya yang lain...dan berusaha apa yang mampu untuk membantu.."


Korang dah jumpa insan yang camtu? Alhamdulillah ca dah jumpa..Dia la sahabat, dialah kakak, dialah adik..dialah kekasih hati ca..Saipurah dan Syaqila...* Terima kasih sayang2 ku kerana menjadi sahabat terbaik saya...InsyaALLAH kalian la sahabat dunia dan akhirat saya..

17 October 2011

Segmen: Jom Hargai Sahabat

♥BUKAN SEKADAR SEGMEN. TAPI INI ENTRY PENGHARGAAN BUAT SAHABAT TERCINTA.♥

KLIK banner untuk join


Pertama kali ca join segmen bukan hanya kerana ini adalah SEGMEN. Tapi ca ambil peluang ini untuk membuat penghargaan buat mereka..

MEREKA KAWAN KU
MEREKA SAHABAT KU
MEREKA ADIK BERADIK KU
MEREKA KELUARGA KU

INI CERITERA 4 SAHABAT
*KLIK UNTUK TAHU KISAH KAMI*


Oleh sebab ni segmen merangkap entry penghargaan, izinkan ca menggunakan 'Aku'

================================================

Andai korang baca entry ni, aku harap korang berikan sedikit masa untuk korang kenang kembali persahabatan kita..Aku tau kita sama2 tak sedar bila masa kita mula rapat. Kita sama2 tak ingat pon bila masa kita tiba2 jadi SYALINSAIZAH..Aku cuma ingat dan aku cuma tau korang adalah sahabat LIMITED EDITION aku.Takde sape boleh ganti tempat korang...

Purah, Is dan Qila..masih korang ingat saat2 ni?





Aku mampu tersenyum tengok semua kenangan kita masa zaman hingusan ni. Mandi air terjun sama2, main hujan sama2.Masak sama2..walaupon masa tu kita belom pro masak mee.Ingat lagi? Gelak ketawa awak purah..Kadang2 mengalahkan kitorang..Qila , ko memang cover2 cun..hehe..Is sentiasa sopan walau adakalanya terkeluar gak ketawa jahat ko..

Sekarang, kita makin dewasa. Korang yang masih study mesti dapat kawan baru kan? Aku harap korang tak kan lupakan aku.Aku tak nak ada sape2 ganti tempat aku sebab aku tak pernah cari ganti tempat korang di hati aku..




Aku sayang korang. Sayang sangat2. Aku takde adik badik pompuan melainkan korang.Walau kita xde ikatan kekeluargaan sekalipon, aku rasa aku sangat dekat dengan korang.. Sebak sangat aku rasa saat ni.Aku mengaku aku menangis saat ni.Tapi aku tak nak korang nangis tau.Aku nak korang sentiasa tersenyum.. Purah, dah2..Jangan nangis keh..Saya dapat rasa awak nangis sekarang...

Purah, Qila, Is

Terima kasih jadi kawan ,sahabat aku, keluarga aku..
Terima kasih sebab korang sentiasa ada di kala aku susah dan senang..
Terima kasih atas segalanya...
Semoga ukhwah yang kita bina bertahun lamanya akan sentiasa terpelihara..
Aminn~

================================================

Maaf, ca teremo sikit.. Hanya ALLAH dan kami yang tau apa yang sedang berlaku.Doakan kami agar sentiasa bersama....


06 April 2011

JubaH yAng bErmaKna ( PaRt 3-LasT epiSod )

Akhirnya sampai ke hari terakhir sempena KONVO nie....


POLI JB | 28hb FEB 2011

Kol 5.30 pagi, alarm masing2 dah membingitkan telinga..huhu....Mak'oi~ sejuk nyerrrr...Malam nie aku tido lagi nyenyak....pijah xdek..jadi aku berdua ngan beck tido sekatil malam tu..xkena sepit lagi...hehe....

Wah, bila masing2 dah bersiap, dengan berbaju putih suciiiii tu, siap ber'makeup' lagi ( ratu makeup pada hari itu : ofcoz SEYLA..pastu datin atichok, datin pijah, makcik...) kami yg lain biase2 jek..hehe...aku make-up jadi badut kang...

:: SebeLum gERaK ke PoLi ::

Wee~ shanteekkk x??

Aku & maKcik

Setibanya kat poli..alamakkkk~ berdebar2 jantungku.....PLUS jantung ku berdetak lebih kencang, seperti genderang mau perang...hik3....Wahhhh~ sangat cantik2 si gadisssss.....sangat la smart si jejaka..si gadis berbaju putih @ krim ala2 nak pegi akad nikah tu haa....si jejaka dengan baju melayu hitam,bersongkok,bersampin...alahai~~ sejuk mata mandang..ops! Terlebih sudaaa~ Ade gak yg pakai blezer,siap ber'tie'....pon smart..cuma dah biasa tengok masa zaman2 blaja dulu..hehe....Again..i saw that hallowen...huhu..gulp!

Macam rehearsal semalam..gerak dari library...ohh! sangat berdebar2..pewot memulas2...rase nak pitam sumer ade...betol kata lecturer..time2 cmnie macam2 ase akan datang...haha...( kalau nak nikah lagi teruk gaknyer kan?? :P ok iklan! )


:: MaSa kaT daTaRAn depAn LibrarY... ::
( lambat sangat nak berarak, so.....posing dulu !!! ngee~ )





:: OtW maSuk dewaN ::
( ofcOz semPat berpOsing! hehe.. )

beRsaMa Pn.Rahaida....Lecturer Seramik kitorang duLu....hehe..SPORTING! bez!

KasuT iTam kaMi, iTam iTu mE M A N I S kan kaMi..haha...

Masuk kedewan dengan megahnyer berbaju jubah tersebut...hik3...e'eh! e'eh!....mak aku...bapak aku..dah dok lambai2 kat tempat mak bapak duduk..hehe..cantik nak anak mak hari nie?? hahahha...Duduk ngan sopan~ aik! sebelah kanan aku dak laki DKM lak..entah, xkenal..nama pon aku xsempat tanyer..malu i...hehe...nampak skema jek..aku nak soh amek kan gambar, dia ckap " kan xleh amek gambar..." halamakkk~ baik sangat..haha....." boleh la...bukan ade flash pon nie haaa..orang xpasan..cover2 la..." Alamak! aku dah memerintah orang tu! haha...last2 dia amek kan gak pic2 kitorang..."maseh..." sambil tersenyum gumbira dan puas hati..haha...

Sorang demi sorang, course demi course dah lepas azab naik pentas...DKM,DMB bangun......arghhhhh!!!! aku orang 1st for DMB ok!!! gerun! kecut perot! " satish, ko amekkan aku la...wakil..." sampai camtu sekali pasaan kecut pewot tu.."hahaha! giler aper ko! " satish berkata2..kan dah kena giler sebijik!

Dah tiba waktunyer aku kena naik! "DAYANG FAEZAH BINTI AWANG OSMAN" suara itu bergema satu dewan! nie yang xbez nak citer...nama aku dalam list sebagai dak DKM!!!! bukan DMB!!! aku x naik ikot check point! naik dari bawah...SEBAB?? Diorang salah pick nama..patutnyer dak DKM da habis..tapi diorang yg sebut nama2 tu dok jalan straight jek sampai lupa nak close untuk kos DKM tu..huh...aku ngan Atie jadi dak DKM..huhu...Aduhhhh! aper jadi kat gambo aku nanti...aku naik kelam kabut okey.....xsempat nak control cun!!!! Satish, dak2 DKM sebelah aku dah dok sengih2 pas aku dah kembali ke jalan yg benar ( tempat duduk aku ler..dah habis azab aku gak..) Pastu masing2 sibuk intebiu aku...."pot pet..pot pet....bla..bla.bla..." aku citer kan keadaan sebenar kat diorg yg kepochi2 tu..haha...layannnnn~

Yeahhhhh!!! da lepasssss~ hehe...Nampak jejake sebelaH akU tu? saPer hah?  dia lah daK DKM yg aku citer tu..huhu

Majlis tamat dalam kol 11 lebeh...Time untuk berarak keluar lak!!! Yahooo! bukan aper...dah xtahan sejuk..dah nek beku aku dalam dewan tu..baju jubah pon x membantu...Keluar2 dewan, "errrr...mana lah mak bapak aku nie..umm...sumer mak bapak dah tunggu kat luar..terus sambut anak2 diorang...kawan2 semua dah tenggelam dalam keramaian org....peluk sane sini..bunga sane sini..mak,abah..mane nie.."

Sekali tangan aku kena tarik..
."sape nie??" lom tengok aku aku dah tanyer camtu..senget laaa~hehe..sekali,

" nahh~ mak xde aper nak bagi ca.." mak bagi bunga , peluk aku dan mula nangis...aku pon nangis la...

"mak, maaf kan ca...nie jek ca mampu bagi..diploma jek..." mak abah cakap xper...dua2 aku peluk ciom..kedatangan diorang pon da cukup bermakna bagi aku...

BunGa bErteddy bEar..ihik3....1st time dapaT niE....hehe..

Dah2..xmo sedih2 dah...kontrol macho! haha....1st time dapat bunga tau nie.....Kalau Mr.Mieca ade kan bez...sedih lagi.......isk3...alaaa~ xleh la berlakon..saya memang sedih mase tu....tengok kawan2 lain, mak bapak ade, buah hati pon ade....uuuu~ jelezzzz....

Sementara tunggu masa nak pulang jubah, macam biasaaaa.....


Klik Klik Chakkkk!!!









'WayaNg' semaTe2 bersama AmaR a.k.a Bon2....hehe....
(
abaikan jubah yg x iron tu plizzzz.... huhuhu )



Aku sempat gak pi jumpa lecturer tersayang before balik tu....Pegi ngan makjah, amar, cami ngan anaz..kawan2 yang lain dah alek..dah nangis2 dah sebelum tu time nak berpisah...sedih lagi.......

:: kAt JKM ::
(jumpA LecturEr)

BErsaMa En.Yap & Pn.Norain! 

BerSamA En.NazRi...

JEjaKe2 TampaN keLas bErsaMa En.Yap,Pn.Norain & Pn.Rahaida



Hummm~ da..tu jek...siap semua, aku pon berangkat la balik...sedey berpisah ngan dak2 nie...Nak menunggu tibanya hari konvo kemain lama...Bila dah jumpa terasa jappp sangat... :(

Aku akan sentiasa merindui korang! 


 :: SUmBEr GambaR : Xde Yg daRi Mr.S302 aKu...hehe..seMua suMber daRi feSby..minTa haLal kaWan2....daH di taG tu naMa nyer baGi La kan..hehe....maCeh semUa!!! ::

---TAMAT---
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...