23 June 2012

Mana Doktor??

Assalamu'alaikum....

Teratak ungu dipandang mata,
Tak pernah usang bertambah usia,
Blog sunyi tanpa baris kata,
Rindu tak terhingga pada semua..

Haaa..amacam pantun?? Lama tak berpantun ni ha.. :) Dan lagi lamaaaaaaa tak update kan, kan? Terima kasih yang sudi singgah, yang sudi rindu-rinduan kat ca..ecehhhh.. :)

Bila dah bekerja, masa memang la sangat terhad..walaupun setiap manusia memang diberi masa yang sama, 24jam..Tapi ca ni,lebih kurang 14 jam kat tempat kerja..balik2 dah malam.Kalau ada order customer untuk kraf, balik tu mandi2, makan semua, menjahit pulak..Memang rasa masa tu sekejap sangat dipinjam kat ca..Tapi tak apa la..Ni rezeki yang ALLAH bagi.. Alhamdulillah...Masa itu emas...Memang betul la perumpamaan tu...Kan setiap masa tu boleh mendatangkan DUIT ...Hehe...Tak kerja, tak ada la gaji ye dak..Tak menjahit tak adalah side income ca pulak..


Awak, awak dan awak tu sehat tak? Minggu lepas kan, ca sakit...Macam nak hentak je kepala kat dinding.. :( Pergi klinik kena masuk air la pulak sebotol.Tapi sampai 2 jam..Boring gile kena baring atas katil klinik.Kenapa masuk air? Tekanan darah ca rendah sangat... 


Nak tunggu air tu habis sebotol memang macam nak menangis kat situ.Abah dh tunggu lama kat luar ..Kesian kat abah.. Jam dah pukul 5..Ramai staf klinik dah balik..Lagi la ca rasa meronta nak balik..Kang sapa nak tengok ca ni?? Bila air tu dah habis, memang xde doktor kat situ.Peduli apa ca..Ca jerit je panggil "doktorrrrr" ..Haha..Masuk la sorang staf ni.Staf yeee..Bukan doktor.Ca bitau la air dah habis.Sekali dia pergi cakap " yeke..ok tunggu doktor jap." Nak tahu apa jadi?? Tengok bawah ni..

SEBELUM AIR HABIS


SELEPAS AIR DAH HABIS...!


Ahhh...darah yang kuar pulak..Senget lah doktor ni.Lambat masuk... =__=" Memang nak menyumpah je dalam hati ni haa..Dah cabut jarum semua, memang muka ketat sendat la keluar dari bilik tu....Haishhh.....

Thanks pada kawan2 yang ada mesej ca tanya pasal kesihatan ca..Ca tahu masih ada yang sayang .. :) Hehe...Sekarang ca dah sihat sikit.. Alhamdulillah..

InsyaALLAH ada masa ca citer2 lagi eh..Banyak sangat nak citer.. :) Miss korang sangat2 !



*kan best kalau time sakit ada cik hubby jaga..erk! Bila kawen?? :p Kuang3...









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...