30 June 2011

SpOnTanEouS ThuRsdAy #2

=======================
MAK, NAK KAWENNNNNN !
=======================

29 June 2011

Kalau La Kita Boleh Nampak Jodoh Kita.....

Assalamu'alaikum~

Dikesejukan hari dek hujan lebat...cewah! nak tido...urm..jap agi tumbang la nie sebab baru pas makan ubat selesema yang mengantukkan..uih~ seksa tol selesema kali nie..agak teruk...idong ca nie macam nak tercabut! kepala sakit..mata pon macam nak tersembul kuar..aduh~ cepat2 la baik......

Wah~ tajuk pasal jodoh..kepada adik2 yang masih blaja..no..no..no...study kasi habis dulu baru pikir kawen..ngee~ tu la nasihat mak ca masa ca blaja..jangan dok bercinta time study~ anak yang konon taat nie tetap main cinta monyet gak time skola senyap2..hehe..tapi tak la terover pikir kawen..alaaa..budak2..pikir nak seronok2..nk feeling2 jer..haha...

Kepada kakak2 dan abang2 yang dah kawen lak, hurm..leh la bagi nasihat kepada ca dan yang lain2 ek... :) ye r..kamu yg dah kawen da ada pengalaman hidup sebelum melangkah dunia perkahwinan nie...ermm, apa la pasaan ek masa nak buat keputusan untuk kawen tu? ade rasa seram2 sejuk tak? ker ada rasa macam nak terlompat2?? tu ca memang tak dapat jangka la..tak tau pon dan xde lagi pengalaman walaupun orang terdekat kawen..lom ade lagi..

Sepanjang hidup ca nie, ca dah jumpa bermacam jenis lelaki..wow! macam play girl gayanyer..tak lah..maksud ca dari pandangan ca, perkenalan ca dengan orang lelaki mahupun mereka2 yang pernah 'wujud' dalam hidup ca...

Bila da meningkat dewasa nie..err...macam tua sangat la..bila melangkah ke alam belia nie, (leh la nampak muda sikit.. :P ) ca rasa nak sesuatu yang pasti jer sekarang...tanpa perlu berjumpa dengan 'orang2 yang salah'...orang yg salah maksudnya yang bukan jodoh kita la..
Jom kita tengok apa yang akan jadi kalau kita tahu jodoh kita awal2.... :

1) Manusia terutamanya orang islam akan lupa kat ALLAH..lupa dan lalai nak berdoa kat ALLAH untuk meminta jodoh yang terbaik...

2) Kita akan kurang berusaha...macam makan tanggung berak cangkung gitew la..takde usaha nak baiki kekurangan diri dan sebagainya...

3) Mungkin kita tak kan hidup berkawan @ bermasyarakat sebab kita dah tau kita ada bakal isteri @ suami berdekatan dengan kita..

4) Kita akan kurang bersyukur kerana kurang merasa nikmat melawan masalah dan dugaan yang diuji oleh ALLAH...

5) Mungkin kita tidak takut untuk melakukan maksiat @ dosa2 kerana kita dah tau walaucamane pon, dia tetap jodoh kita...


Nampak kan? Allah jadikan semua perkara dan tentukan semua perkara kat dunia nie bersebab..ALLAH menjanjikan kebaikan dalam setiap kedukaan tu...memang kadang2 ca rasa nak jer tau terus siapa jodoh ca..tapi ca hanya makhluk ciptaan ALLAH gak..ca tak mampu tau...tu rahsia DIA yang mencipta ca dan korang semua..jadi, sekarang kita kena lah banyak2 kan berdoa dan usaha andai kita impikan jodoh yang baik..kita nak jodoh yang baik, kita kenalah jadi baik dulu...



28 June 2011

Bila Penganggur Gali Lubang

Assalamu’alaikum~

Lama kot tak buat entry ek? Sebelum nie ca banyak post kata2 cinta kan? Waahhh~ jiwang gitew...x de lah..tu antara kata2 cinta yang ca tak kan lupa sampai bila2..Kalau sebelum nie kata2 tu cuma terabdi dalam sebuah diary lama, ca rasa kali nie nie ca nak abadikan lagi dlam blog..Sebab tak kan hilang selagi blog nie wujud..

K, berdasarkan tajuk di atas....ceh3...skema giler ayat..nama pon penganggur kan...di mana ad lubang keje. Kat situ la nak cub menggali...baru2 nie ada karnival kerjaya kat Persada,Jb..Ca tau pon dari kawan ca..Benda nie bnyak diumumkan kat radio Johor..nama jer orang Johor, ca tak dengar radio Johor...Mak ca dengarla..hehe...Ca pergi la mencuba di hari terakhir karnival..sebab ari tu jer ada mebe yang nak diajak teman..nak gi sorang, lom cukup berani..kang ca pitam sorang2 tengah jalan caner??

Sampai2 kat Persada tu, ca merayap la dulu dalam tu..Kosong jer sebenarnya..tapi ada banyak port nak posing depan kamera..cantik2.sementara nak tunggu karnival tu buka, ape lagi...kawan ca la jadi mangsa...hehe..tolong snap kan picture..Ca jumpa pusat pameran YWJ (Yayasan Warisan Johor)..Macam2 barang sejarah kat situ..Tapi ca nie dari skola tak minat Sejarah, so tengok barang2 jer..nak baca nyer tidak....hehe..

Haa..nie la kat depan pusat pameran YWJ...banyak barang2 sejarah kat sini...

Al-Quran nie agak besar la...cantik...

Posing sat~ :P

Nie la peneman ca..dan mangsa ca suruh amek gambar... :)

Kat tiang bendera pon jadik.. :P

Bila dah start karnival tu, terus la aku berpusu2 bersama orang ramai pegi ke tempat tu..Uih~ ramai makcik pakcik gak..mesti diorang nie yang banyak experience..dak2 yang ala2 sebaya ca pon ramai..mesti lepas blaja gak..iklan jawatan kosong memang banyak dan best2..tapi majoritinya nak lelaki sebab banyak sektor pengilangan kan...untuk pompuan tak banyak pon..Ca mohon jer la mana2 yang seswai...main amek jer borang yang ada peluang untuk ca...
Borang-borang keje yang ca sempat capai..banyak tak banyak.. :P

Konon khusuk mengisi borang... :P

Dah siap isi semua borang, kena hantar lak ke booth2 ikot kilang@ syarikat yang ca apply tadi..wooh~ memang banyak booth kat situ..jumpa gak booth Poli JB..hehe..ala, dia pamerkan hasil kerja dak fesyen ngan hospitaliti je.. L

Ca tak habis round semua tempat pon sebab dah penat sangat tambahan lagi orang makin ramai..pening2 lalat dah..pe agi, terus cari jalan keluar nak ke Bandar Segiempat lak..hehe..City Square (CS) ler...nak tengok wayang..kawan ca nak sangat tengok KL Gangster..sebab ade Aaron Aziz..kui3...Ok la..best gak citer dia...

Sementara tunggu wayang start tu kitorang ada la melantak kat mekdi...macam biasa, ca order Double Cheese Burger..nyum2!

Melahap penuh gumbira..sebab kelaparan...hehe

Macam biasa..sempat amek pic time da habis..haha

Time nak balik sempat gak jumpa sorang membe poli..membe ker? Haha..dh habis poli baru bertegur sapa..tu pon kat fb sebab dia kos lain..tak jumpa..dia cam ca, ca tak cam dia..masa ca keluar dari Persada lagi dia da nampak ca tapi dia takut nak tegur.ape daaa~last2 kat bustand jer jumpa...malu2 kambeng lak dia..kat fb bukan main ‘lu gua lu gua’ ngan ca..hehe...

Uih, puas berjalan hari tu..memang nak tercabut kepala lutut nie..tumit kaki sakit mengalahkan orang pakai heels..tak pon mengalahkan orang jalan atas kaca..huk3..sakit~~

Balik jer tumbang! :P

Kerana Cinta, Butir Kata Jadi Indah #9



====================================================

KEJORAKU BERSATU

Dirimu Persis Bintang Terbit Dari Langit
Bukankah Mimpi-Mimpiku
Disini Telah Datang Sayang Paling Dalam
Bawa Ku Pulang Bertemankan Pelangi
Kamar Hatiku Dihiasi
Biar Cantik Biar Baru Semuanya Kernamu
Oh Yang Lemah Kini Gagah
Asal Buruk Jadi Indah Kerna Sentuhan Cintamu
Tersusun Langkah Melayarkan Hari Indah Bersamamu
Lilin Diri Takkan Padam Seandainya Engkau Adalah Sumbunya
Kau Lah Putri Ku Dambakan
Bidadari Syurga Jelmaan Dunia
Akan Ku Jaga
Seluruh Jiwamu
Biarlah Karam Berdua
Asal Kau Tak Terlepas Dari Genggamanku
Biar Ku Lamar
Sahih Dirimu
Menjadi Ratu
Beradu Dalam Pelukanku
Kejoraku Bersatu
(03-03-07)

====================================================

Kerana Cinta, Butir Kata Jadi Indah #8

============================================

Rindu..Kasih..Sayang..Cinta..

Rindu...
Sentiasa Wujud Dalam Hati..
Sayang...
Tiada Mengenal Sempadan..
Kasih...
Adanya Ia Atas Niat Suci..
Cinta...
Hanya Untuk Insn Yang Menyintai Diri Ini..
Yang Pasti...
Rindu Akan Dimulai...
Berputik Pada Perasaan Kasih...
Terseminya Sayang..
Hadirlah Cinta Dalam Diri Seseorang...
Rindu..Kasih..Sayang..Cinta..
Pada Dirimu Sahaja
ILY
(26-01-07)

============================================

Kerana Cinta, Butir Kata Jadi Indah #7



=======================================

Tanya Sama Hati
Apa Asal Sayang
Adakah Tandanya Nampak Dipandang
Kumbang Rayu Bunga
Bulan dan Bintangnya
Punya Tanda-Tanda Hubungan Mesra
Tanya Sama Hati Mengapa Merindu
Ingat Masa Lena Adakah Mimpimu
Masa Berjauhan Apa Nan Dikenang
Jika Difahamkan Itulah Sayang
Kalau Tidak Kerana Sayang
Kuntuman Kasih Tak Mungkin Kembang
Andainya Jemu Mengganti Rindu
Jambangan Mesra
(19-12-06)

=======================================

Kerana Cinta, Butir Kata Jadi Indah #6



=========================================================================

Ketika Dirimu Meniti Langkah Hidup
Kosong Dan Keliru
Mencari Arah Tuju
Kau Mampu Berdiri, Mengharungi
Pabila Dirimu Teguh Pantas Mengatasi Segala Yang Terjadi
Halangan Yang Kau Alami Rasa Sendiri
Tiada Pengganti Di Sisi
Pengubat Luka Dihati
Keseorangan Memaksa
Dirimu Tabah Tanpa Mengenal Mengalah
Kesepian Mengajar Erti Kasih Dan Pengorbanan
Demi Cinta Seteguh Karang
Biar Di Dasar
Biar Ombak Yang Datang
Tiada Penghalang
Kerdipan Cahaya Bersinar
Indah Mempersona
Lahir Dari Jiwa
(19-10-06)

=========================================================================

Kerana Cinta, Butir Kata Jadi Indah #5


=========================================================================

Cinta Itu Memang Indah Jika Disulami Dengan Cinta Suci, Cinta Yang Lahir Dari Hati Yang Tulus Adalah Kerana Cinta Pada Maha Pencipta
(25-09-06)

Sayang Pada Seseorang Bukan Dilihat Pada Kata-Kata, Sayang Itu Lahir Dari Hati Yang Rendah Diri, Mencintai Pada Hati Yang Dikasihi, Kata-Kata Sayang Hanya Satu Luahan Yang Lahir Dari Hati Tadi Ke Hati Yang Dirindui
(22-04-07)

Cinta Amat Mahal Takrifnya, Itulah Yang Difitrah Oleh Allah S.W.T Kepada Hambanya, Cinta Hanya Tertulis Pada Perkataan, Tapi Gagal Dilihat Pada Zahirnya..Kerana Cinta Itu Tanggungjawab Dimana Wujudnya Kesetiaan & Kejujuran di Dalamnya. Ingat Pada Yang Satu, Jujur Pada Yang Setia, Setia Pada Yang Kasih, Kasih Pada Yang Rindu, Rindulah Pada Yang Menyayangimu. Cinta Takkan Datang Kalau Tak Dicari, Cinta Juga Takkan Dapat Kalau Tiada Siapa Yang Memberi. Tapi Mencari Biarlah Pada Yang Sudi Bukan Meminta Pada Yang Simpati
(28-03-07)

=========================================================================

Kerana Cinta, Butir Kata Jadi Indah #4



=========================================================================

If 10 Person In This world Miss You, I Am One Of Them. If 5 Person In This World Love You, One Of Them Is Me & If No One In This World Miss & Love You, Yhat Because I Not In Live In This World Anymore..IMYNLYDF
(16-10-06)

Be Mine, I’ll Always Hold You Close To Me, I’ll Be There For You And Always Care For You, I’ll Give The World And Make You Happy
(28-10-06)

Last Night I Looked At The Stars And Matched Each One With A Reason Why I Love You Till I Cannot Matched
(30-11-06)

Meeting You Was Fate, Becoming Your Friend Was Choice, But Falling Love With You Was Completely Out Of My Control, ILYF
(21-04-07)

========================================================================= 

24 June 2011

Kerana Cinta, Butir Kata Jadi Indah #3

=============================================================================
♥ Fear Less, Hope More..Eat Less Chew More, Whine Less Breath More, Talk Less Good For You.Love More And All Good Thing Will Be Yours.  -Swedish Proverb- ♥
(07-10-06)


♥ Sending The Little Message Of Love, To Your Heart From Mine..Just To Say I Miss You d.f
(11-10-06)


♥ If I Would Be A Tear In Your Eye, I Will Roll Down On Your Cheek And Die On Your Lips And If You Would Be A Tear In My Eye I Will Never Cry By Fear Of Losing ♥
(15-10-06)


♥ How Lucky I Am To Have Known Someone Who Was So Hard To Say Good Bye ♥
(18-10-06)

=============================================================================

Kerana Cinta, Butir Kata Jadi Indah #2

============================================================================

♥ When Two People Love Each Other , They Don't Look At Each Other, But They Look at The Same Direction ♥
(10-09-06)

♥ No One Is Too Young For Love, Because Love Doesn't Come From Your Mind Which Knows Your Age, But From Your Heart Which Knows No Age ♥
(16-09-06)

♥ Tell Me If You Love Me, Tell Me If Its True, Let Me Be Yours Forever.Love Forever.. ♥
 (25-09-06)

♥ For Evry Beauty There Is An Eye Somewhere To See It, But For Every Love There Is A Heart Somewhere To Believe It ♥
 (07-10-06)

============================================================================

23 June 2011

Kerana Cinta, Butir Kata Jadi Indah #1


===========================================================================

♥ You Can Fall From The Sky, You Can Fall From A Tree, But The Best Way To Fall Is In Love ♥


♥ Love The Heart That Hurts You, But Never Hurt The Heart That Loves You.Because That Heart Will Make You Smile & Happily Ever After ♥


♥ If Death Is The Only Way We Will Part Then Let Me Die With You Because I Can't Live Without You.But I Can't Die Because My Heart Is With You ♥


♥ If You Live To Be 100 Years, I Want To Live To Be 100 Years Minus One Day.So I Never Have To Live Without You. I Can't Live Without You.. ♥

 ===========================================================================



(27-08-06)

BiLa kUCInG jAdI tAiKO !

Assalamu'alaikum~

Pernah bayangkan tak kalau kucing jadi taiko? Takpon jadi gengster?? Caner la ek? Macam si Pussy dalam katun Shrek tu...(eh, pussy ker nama dia? lupa la..hehe..)
Muka kemain comel tapi jahat....

Ok, sebelum ca tunjuk kucing jadi gengster kita tengok dulu kostum dia..hehe
Kat bawah nie ada sweater@jaket..
Kuning lagi tu... Macam jersey Harimau Malaya gitew... :P





  
Amacam?? Nampak ganas tak baju tu?? Siap ada gambar pak belang lagi....grrrrr~aummm!
Japan mari maaa~ :P

Jom tengok bila si Jibam pakai.......Tak kenal Jibam? Sah korang tak penah tengok dia lagi kat entry2 ca yang lepas2...nak tengok? Klik kat label "Makhluk Comel" keh... :)
Eh, ke lain lak! Ca nak tunjuk Jibam jadi taiko nie..cuma tak botak jer...

*
*
 * 
*
*

*
*
 * 
*
*
*
*
 * 
*
*
*
*
 * 
*
*
*
*
 * 
*
*
*
*
 * 
*
*
*
*
 * 
*
*
*
*
 * 
*
*

Taraaaaaaaaaaaa~



Jibam wat muka garang..eleh..konon orang takut kew? Tak langsung la....Jibam dak nemok! Budak kew? Dah boleh jadi bapak kucing...haha
Ada lagi satu nie.....

*
*
 * 
*
*
*
*
 * 
*
*


Aha~ nie wat posing maut sikit...ala..tak seksi la sebab dia jantan....hehe.....
Masa ca pakai kan jaket nie, Jibam tak mo gerak...Haha..dia tak selesa kot...
Kalau dia jalan pon, dia jalan mengundur..adoi~
Tak leh nak soh Jibam berfesyen sikit la...
Tak jadi la nak buatkan baju raya...hehe...... :P


* semenjak dua menjak tiga menjak nie lepas tukar layout, suka nak letak gambar besar2... :p hihi

Jom Sertai Blog Pilihan Mingguan Askrie Hishamuddin!

Assalamu'alaikum~

Nak gak join nie..hehe...ASKRIE HISHAMUDDIN nak cari blog pilihan..
Nak join??
Klik jer header beliau kat bawah nie untuk keterangan lanjut @ nak join keh... :)

" Wacana Entri Pertama Ku"

Assalamu'alaikum~



Hari nie ca nak join wacana a.k.a segmen PEMBAWA WACANA la...beliau ajak kita semua berkongsi entry pertama kita dalam blog kita nie...

Nak join klik header PW kat bawah nie keh! (psst~ ppsst~ PW, jangan la cakap header kamu nie hodoh..unik ape..ish~ tak baik tau cakap gitu....cepuk kang~ )


Haaa~ ape lagi, ca selongkar segala entry yang ada kat simpanan ca..dah berhabuk dah entry tu..naseb anai2 tak boleh makan....kesian ca tengok entry tu..takde orang komen...haha..al-maklum la..masa tu baru2 lagi..followers pon bape ketul jek..orang pon pikir banyak kali nak masuk blog ca kot...hehe..korang nak baca? Ok...klik bawah nie yer... :) Kalau leh tinggalkan la komen kat entry sulung ca nie... :) Kesian dia........ ^^,

Ketandusan Kawan Dunia Realiti

Assalamu'alaikum~

Malam2 camnie tiba2 ada satu pasaan yang aneh la...aneh sangat..lepas ca tengok gambar kawan2 kat fesby bersama kawan2 se-U, se-poli, se-sekolah.....ada satu pasaan semacam jeles membuak2 disitu...

CA rasa kan...rasa errr...apekah ini....bukan jeles pe pon..jeles la orang ramai kawan....setakat kawan dunia maya nie alhamdulillah senang jer dapat..semua dihujung jari....follow terus leh jadi kawan...tak pon add jek kat fesby....tapi baru ca sedar ca kurang kawan di dunia realiti semenjak habis blaja dan dok menganggur nie...maksud ca takde kawan2 baru..tak bertambah..dok umah jer mana nak datang kawan...kalau masa zaman studi tu best la...jalan sana kenal orang tu..jalan sini kenal orang nie...pergi kantin ke toilet library ker, kalau berselisih bahu ker, terjatuhkan barang orang tu ker pon leh jadi kawan..sempat agi berkenalan..kat umah nie pe yang ada? balik2 tengok muka nyau2 kat umah nie..ca rasa betul2.........................................................

KETANDUSAN KAWAN DUNIA REALITI !!!



Ada sape2 nak jumpa ca face to face..?? Jom! kita jadi kawan dunia realiti nak? ngeh3...(parah sakit cik duyung nie... :P )

SpOnTanEouS ThuRsdAy #1

Assalamu'alaikum~

"KITA ADALAH ORANG TAPI ORANG BUKAN KITA"

Renung2kan~

22 June 2011

Nak DiCop Sombong Ke Gedik??

Assalamu'alaikum~



Hurm..sebut pasal sombong, korang sombong tak? Eh, leh ker ca tanyer camtu..huhu..korang mesti la tak sombong sebab sudi baca blog cikai ca nie kan... ok2..tukar soalan...

CA SOMBONG TAK??

Wah~ soalan berani mati nie..kang ada yang jawab ca sombong mau tak menangis 3 hari 3 malam..huk3.... kali nie tibe2 rasa nak wat entry pasal SOMBONG sebab teringat lak zaman2 skola..ca selalu dicop sombong ok...sekarang pun mungkin ada kot...sebab nya ca nie bermuka serius...bak kata kakak2 seniorita ca mase time skola teknik, ca nie suka wat muka BADI...haha..ca pon pelik nape diorang cakap xca mcm tu...dah muka ca memang camni nak wat caner kan?

Tak pe lah..dari pengalaman mengajar kita untuk jadi lebih baik kan...dari pengalaman gak ca nak kongsi beberapa keadaan dimana korang akan dicop sombong dengan kadar had laju yang tinggi..hehe..maksudnya serta merta la..lagi2 bila kali pertama orang tengok korang.. Orang selalu menilai dari pandangan pertama mereka...1st impression kata atok moyang korang cakap..hehe...


BILA KITA BOLEH DICOP SOMBONG ? :
*bukan sekadar di dunia blog yer...

1) Bila orang senyum kat kita, kita tak balas senyuman tu...( yang nie ca memang pantang la...kalau ca senyum orang wat dek je, macam nak sunatkan jek orang tu! pompuan terutamanya..x de motif tak nak balas senyuman sebab ca pon pompuan kan...)

2) Bila orang tegur, nak kenal2 tu kita buat bodoh jer..dia tanyer sepatah, kita jawab sepatah, orang tu tanye 10 patah, kita jawab sepatah gak..melampau la tu kan....

3) Suka cakap besar dan memperkecilkan orang lain... nie jenis yang tak sedar diri...okita jangan la memperkecilkan orang lain..jangan mengamuk kalau ade orang hadiahkan kita cermin besar2 nanti...sebab soh cermin diri kita dulu...

4) Terlalu memilih kawan..kononnya yang cun2, yang ensem2 jer leh kawan ngan kita...halamakkkk..kita nie dah cukup sempurna ker?? tak pun kalau dak2 sekolah tu, pengawas leh geng ngan pengawas jer..alahai~baru jadi pengawas, lom jadi menteri lagi..

5) *dunia blog ---> harap orang datang baca entry kita, follow kita..tapi kita takmo jejak balik diorang....humm~ nie banyak la kot berlaku kan..ca ni naseb la tenet slow..kalau x, nak jek lawat semua yang pernah jejak ca...


Tu cerita bila kita akan dicop sombong...tapi camane pulak bila kita dah control semua sikap kita supaya tak dicop sombong, orang kata kita gedik lak..tu kalau pompuan la..kalau lelaki..erm...ermmm....gatal kot..entah..lelaki nak bahasakan ape kan? gedik gak kew? hehe...jom tinjau nie pulak......

BILA KITA AKAN DICOP GEDIK @ GATAL ??

1) Sorang mamat ensem senyum kat sorang awex, si awex balas senyum....
2) Bila perempuan memulakan perkenalan...
3) Bila lelaki tegur menegur si pompuan dengan nada yang lemah lembut..
4) Sorang perempuan berkawan dengan ramai lelaki..atau sebaliknya...
5) Dan macam2 lagi ..................

Ha, camane tu? Bila tak layan dikata sombong..bila dah melayan dikatanyer gedik lak..tapi tu la mulut orang..tak leh nak tutup..ada jer yang tak puas hati....Bagi ca lebih baik dicop sombong dari dicop gedik...malu jer nanti...kalau dicop sombong, sekurang2nyer kita masih ada kawan2 yang memahami...tak pun, perkenalan akan jadi lebih manis sebab orang akan kenal diri kita yang lain dari mata orang lain yang sekadar memandang... 

So, kawan2 ca dah paham pangai ca...berpada2 jer la dalam pergaulan dengan orang lain tu...pandai2 jaga diri..jangan terlalu sombong atau jangan terlalu peramah tahap spiderman pakai spender kat luar ( tak kira tempat + tak tau malu ..)

Korang lak camane?? Suka dicop sombong ke gedik? lalala~

Wordless Wednesday #1



*maaf pada org diatas..ca upload gambar beliau..hik3... :P alaaa...xnampak muka kan.. :P

Kulit Aku Bukan Kulit Biawak

Assalamu’alaikum....


Agak lama ca meninggalkan blog nie...nak wat camane, lappy ku masih demam...lom dibaikpulih lagi...lom format lagi..nak format sendiri tak bape nak reti..eh, bukan TAK BERAPA, memang TAK RETI pon..nak anta kedai, hurm..poket nga kering..da la format kat tempat ca ni mahal...dulu time blaja senang..ada membe reti format..anta jer kat dia..pastu banjer rokok sekotak..hehe..dak laki kannn~ :P

ca minta maaf la dah lama tak update... risau2 gak ca ti ada yang unfollow..tak pun hide ca dari dashboard sebab tak aktif..huk3...sedihnyer la kannn...ada yang invite join segmen... banyak nie ca utang tag2 korang, sori la..memang tak sempat kot nak join semua... T__T Yang ada wat follow up komen2, sori tau kalau tak berbalas..(ceh3..macam ade jek...hehe...)

Korang camane? Sehat? Ca dah bape hari dah xsehat...dah seminggu gak la demam, selesema, pening2 pale ...tak elok2 lagi walau da macam2 ubat ca makan...baper2 hari yang lepas ca asyik gelap mata tau..macam nak pitam tu tiap kali nak bangun berdiri..sampai kan time sembahyang pon, ca kena sembahyang duduk..kalau x, memang nak jatuh..ca rasa ca kurang darah lagi nie..ca selalu tau alami tekanan darah rendah..dulu sampai 3 botol air masuk dalam badan bila gi spital...

Sekali mak ca da risau da ca asyik camnie je bape hari da...mak terus ajak abah bawak ca gi spital kerajaan...ca pon ikot la..nak tak nak kena pergi gak..ca da tak larat sangat camnie...ca paling tak suka gi spital kerajaan sebab kena tunggu lama..nak wat camane. Sabarkan jer la..tapi malam tu ca pergi alhamdulillah tak ramai orang..ca Cuma kena tunggu 2 orang jer pesakit lain wat rawatan..pastu sampai la turn ca...

Uih, masuk2 bilik doktor, wah~ ensemnyer doktor yang rawat ca....ngeeee~ memuji dalam hati jerk.. kang puji direct kembang empat inci lak kan doktor tu, terus ambil mc..hik3... :P Sekali check punya check, sah! Tekanan darah ca rendah lagi..dan kena la masuk air lagi dalam badan....aduh..memang lemah lah nak menunggu sebotol tu habis..setitis2 air tu jatuh buat ca rasa nak menangis..dah la ca rasa bosan, sejuk lak tu...dengan macam2 pasaan ada..ca pon tak pasti rasa apa...mak abah ca tunggu kat luar masa tu..sampai kan ca mesej Mr.Mieca bitau ca dah tak tahan nak tunggu air tu habis..nak cabut leh tak? Mr.Mieca marah..dia soh tunggu jap..sabar sikit...Dengan separuh rela ca tunggu gak air tu habis...

 
Masa air tu dah habis hingga ke titisan terakhir, doktor ca tu hilang! Mana lak perginya..ca dengan rasa tak sabar nak balik, nak jumpa mak kat luar tu, ca bangun dari katil, ca pergi cari doktor sambil usung botol air tu..jumpa la sorang doktor lain..bitau dia ca nak balik..tolong bukakkan jarum kat tangan ca...dia kata dia sibuk ...soh tunggu kat tempat duduk dulu...mau ca tak menangis...ape nie..tinggalkan ca sorang2...doktor ca tadi tu balik dah..kena soh doktor lain bukak kan..nak bukak sendiri takut....kang kuar darah banyak2 pengsan lak ca kat situ..hik3...


Tak lama ca duduk tunggu doktor dengan teresak2.(ceh3..konon la...hehe...) , doktor pon sampai ..cabutkan jarum kat tangan ca tu..uhhh~ legaaaa..nak balikkkk!!! Alamak! Ada ubat lak kena amek...doktor tu sempat cakap kat ca “awak takleh camni..buat hospital macam tempat persinggahan..” hah?? Ape maksud doktor tu?? Ape2 je la doktor..saya tak paham..detik hati cenonet ku..hehe...ca dah tak peduli apa dh..ca tau ca nak balik..nak baring kat katil sendiri..tak suka baring kat katil spital tu..dah la sejuk nak mampus...doktor2 kat situ berkulit biawak kew?? Tak reti sejuk? Ish3....Ca bukan berkulit biawak..tak tahan la sejuk banget! Ha, tu yang saje wat gimik tajuk entry pasal kulit biawak..haha...ade la tu kan kena mengena sikit walau tak banyak... :P

Hari nie genap seminggu dah ca demam...sampaikan peluang keje kat tadika terpaksa ca lepaskan dulu sebab tak larat nak bangun pada hari sepatutnya ca start ngajar... :( hari nie gak ca dapat lepaskan rindu kat blog jap..peluang ada dimana2..pandai2 la kejar peluang kan nak ber0n9..hehe...tpi serius, ca rindu sangat2 kat blog...memang ca gian kot ngan blog..korang pon pe kurangnyer kan...hehe...kita jadi mat/minah gian oooi~ hahaha...

13 June 2011

Cik Duyung Suka Botak!

Assalamu'alaikum~

Agak2 kalau ca botak ok tak ek?? Macam ringan jer kan kepala..hehe....



Tapi ca takla sampai nak botak nie..kan tak elok pompuan botak2..

Yang ca nak bitau, ca suka botak, House captain  dalam citer juvana tu..hehe..mula legend...hati kiut..bak kata kumpulan jambu...eeheh....tengok la episod yang dia selamatkan nyau tu..auw! tertambat hati ca bila lelaki suka kat nyau~ hehe...lelaki suka nyau nie penyayang tau..iyer...tol ca cakap nie....caye la..caye la..heheh....


Ca tengok citer juvana nie bukan dari episod 1 pon..sebab dulu layan astro, citer Awan Dania..bila da habis tu baru layan Juvana...sekali best la pulak kan citer tu..terus gian..huk3....malam nie sharp kol 9 kena bertapa depan tv la..hehe....

Camana Nak Cuci Bila Budak2 U'uk??

Assalamu'alaikum...

Ape itu u'uk?? U'uk atau bahasa baby nyer yayak....tak tau jugak?? Berak la...erk! Sori kalau kasar bahasa tu..kih3...tu jer la yang senang kasi korang faham kan... :P


Baru2 nie ca ada pergi interview jadi cikgu tadika swasta kat tempat ca nie la...Hehe..saje try2 la kan..sekali diorang memang perlukan seorang cikgu fulltime..huk3..time interview tu dia bitau la kan skop kerja ca nanti kalau ca dapat keje tu nanti...



Ok..mula2 dia bitau la lingkungan umur yang ada yang tadika@taska nie...paling kecik budak-budak 3 tahun.. erk! xde yang lagi kecik ker? (sinis dalam hati.. :P) Ok, pastu start keje dari kol 7.40pagi sampai 6 petang..senang citer sampai semua parents dah amek dak2 tu...ok, tu ca accept lagi..umah pon da tak jauh la kan...

Pastu ca mungkin akan jar diorang subjek math...sebab ca minat math...err..pengalaman ajar dak form 1 ade lah..huk3....dak2 tecik nie cmane??  Pas blaja, time makan kang pon ca kena jaga la kan..wah~ bab makan best kot..leh ca join sekali..huahahaa.....tibe2 teringat zaman ca tadika..time makan la paling syokkk wooo~

Mampuih kalau de budak makan gini...huk3..pegsan cikgu!

Sekali dia bitau la kalau dak2 nie da close ngan kita, kemungkinan besar diorang akan ajak kita teman dia nak u'uk ke, nak shi2 (kencing) ker..tu belum lagi yang tiba2 muntah hijau..erk! hijau ker?? hehe...cikgu tu tanyer ca, boleh ker? sanggup ker? muka ku yang cool giler time tu menjawab, boleh..saya akan cuba.. :) sambil tersenyum lebar selebar2nyer...dalam hati, ca mengucap panjang...alamakkkk..cane nie?? ca xde pengalaman langsung jaga budak, lagi kan nak cuci budak u'uk! caner nie? ten..ten..tennnnnn......adik ca dulu pon ca tak penah jaga sebab beza umur 3 tahun..leh tak kalau time diorang nak u'uk ca cakap panggil cikgu lain..ca nie alergic?? amacam? leh tak? leh tak? hahaha...


Tapi kata kawan ca tak salah cuba..cari pengalaman..kang ada anak sendiri dah senang..tak la kekok sangat..tu baru budak.mana tau akan datang mak abah kita dah tua, kita yang kena bersihkan diorang..haaa..caner kan? so, try jer dulu...

Masa tu ada la pasaan insaf sekejap..ok..nak cuba la..tapi pasaan tu datang singgah jap jek..haha..mula rasa tak konfiden alek..alamakkkkk...caner nie? nak pegi ke tak nie?? tolonggggggg~

11 June 2011

Lepas Satu, Satu..Bukan Dua..

Assalamu'alaikum~




Alangkah sedihnyer hati, lepas kes line bodben ku yang mengalahkan sipot excident, skang lappy pulak demam teruk...xleh connect ngan bodben..kena format la pulak...poket nga kemarau nie... T__T....

Memang teramatla boring bila xde keje nak dibuat kat umah..lepas kemas2 umah, makan semua, dah tak tau nak buat apa..tengok tv?? Siang2 ca kurang tengok tv..citer tak best...malam baru melanguk depan tv..nak keluar jalan2? Tenggiling bukan selalu ada..mak abah keje..guna motor..huk3...sedih3....

Ni pon singgah cc jap..lepas gian... :P 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...