29 September 2011

SEPAH dah Bersepah??


Assalamu’alaikum~

Maharajalawak dah lama habis kan? Tapi astro macam biasa ada jer la ulangan dia ye dak? Tapi umah ca tak langgan la Mustika tu.Tapi disebabkan Sepah antara peserta yang paling dan sangat ca minat, sanggup pi tengok kat youtube la, mintak kawan2 download la..Siyes,kumpulan  Sepah terrrrrrmantoppp kata Shamsul Ghau2..Sepah la yang boleh buat ca gelak gaban.Yang lain kureng la..Walaupun ca orang Johor, senegeri dak2 Sepah, faktor negeri TIDAK sama sekali jadi sebab ca minat diorang.



Hari tu kan ca ada pergi tengok show radio Sinar kat Plaza Angsana.Si Jep ada datang. Mau tak keruan jadinya.Hehe.Ensem la tengok depan2.. :P Sebelum ca sambung citer, ni ca syer sikit video persembahan Jep. Tapi sori la.Dari jauh, rakaman pon x ok sangat.Rakam sambil gelak, habis gegar.Haha


Nak tengok gambar2 show ni, leh tengok kat [SINI]

Kenapa Jep sorang? Mula2 ca fikir mungkin si Mamat ngan si Shuib ada hal,tak dapat datang. Tapi alangkah sedihnya hati bila si Jep bitau yang diorang da bersepah berpecah…(citer ni da ramai tau rupanya..yang pasti ca baru tau.. T__T ketinggalan betol la..) WHY? WHY? WHY? Tak boleh terima la kenyataan ni~ Diorang best sangat bila bertiga.Tengok da kamcing gile cam adik beradik betol. Tapi nak wat cane, kita tak berada kat tempat diorang.Mungkin ada la sebabnya kan? Ca pulak yang sedih bila tengok balik persembahan2 diorang, citer2 diorang. Uuuu~

Hope diorang boleh bersatu balik. Bagi ca, diorang ada harapan  ganti si Bujang Lapok zaman dolu2.. Naseb ca bukan producer ke director.Kalau tak, memang kat tv tu citer diorang je.Ahaha.. :P

Kat sini pon ada citer pasal diorang berpecah ni... :

yg lain cari la sendiri.banyakkkk...


27 September 2011

Lelaki Kurang Ingat Tarikh Penting


Assalamu’alaikum

Orang kata lelaki ni memang kurang ingat tarikh2 penting dalam hidup dia. Majoriti perempuan yang lebih ingat tarikh2 penting tak kisah la tarikh hari bahagia atau duka. Betul tak ea?



Dari pandangan ca, memang betul.Sebab dah banyak kali ca perhatikan sepanjang 22 tahun ca hidup ni.  Contoh paling dekat antara mak ngan abah ca sendiri. Mak yang akan ingat tarikh nikah diorang, tarikh lahir anak2 dia.Tapi abah, alamakkkk kantoi.Tak ingat! Birthday ca aritu pon mak yang ingatkan.Ish3…Sedih 5 saat.

Kalau yang dah berpakwe makwe. Cik awek mesti ingat punya tarikh korang declared. Cik abang kadang2 lupa. Ce Tanya,ce Tanya cik abang korang.Dia ingat tak? Kalau yang ingat tu, pastikan dia ingat tiap tahun.Lagi2 bila dah kawen nanti,pastikan ingat pulak tarikh nikah.Kenangan paling bermakna tu saat cik abang yang salam tok kadi gigil2 lak.Hehe

Pastukan, sabtu aritu ca pergi tengok show Radio Sinar-Sembang Sinar kat Plaza Angsana.Ada Abby Fana,Jamal Jamaludin dengan Zaidi. Diorang ada wat game untuk penonton yang da berumah tangga.Diorang panggil 5 pasangan suami isteri naik pentas. Si suami ngan si isteri tidak boleh berinteraksi antara satu sama lain.Si suami diberikan pen ngan kertas. Diorang diajukan soalan,si suami kena tulis.Si isteri yang akan jawab dekat pengacara.Diorang nak tengok sama ke tak jawapan yang diberikan. Soalannya : BILA TARIKH PERNIKAHAN DIORANG.


Show Sembang Sinar


Si suami sampai garu2 kepala tanda tak hengat la tu.Si isteri relax jer.Dah siap,pengacara tanya sorang2 si isteri. Pastu semak pulak jawapan yang cik abang tulis. Cuma satu dari 5 orang je yang jawab betul.Yang lain hampeh~ Bulan salah la.Hari salah lah.Yang tak tahan tu tahun pon salah! Jauh pulak tu bezanya.. Haha..

Tapi tak kisahlah.Yang lupa diingatkan.Jangan melenting lak..Kita semua manusia.Ada kala memang akan TERlupa..TAK KIRA LELAKI ATAU POMPUAN..Papepon, janji bahagia kan?

26 September 2011

Pesakit Migraine Boleh Jadi GILA


Assalamu’alaikum



Baru pergi klinik semalam sebab kena migraine lagi. Ubat yang doctor dari Hospital Sultanah Aminah,Jb bagi dah habis. Nak sambung ubat dekat hospital pontian diorang tak mo bagi kalau takde surat.Sebab ubat tu tak leh bagi sebarang kot. Mana ada surat.Tak kuasa ca nak pergi hospital jb tu ambil surat lak.

So semalam pergi klinik.Doctor cakap “camane ni muda2 boleh kena migraine?? Biasanya orang yang selalu kena migraine ni orang yang banyak masalah.Awak jangan la pendam2 masalah.Citer kat mak..”  Masa tu berdebar jugak.Tapi doa dan harapan ca dalam hati, semoga emak faham apa yang doctor bitau.Harap mak faham masalah apa yang selalu ca fikir..Masalah apa, ca tak leh la nak citer kat semua orang…Belum masanya.

Pastukan, doctor cakap, kalau selalu kena migraine ni boleh kena sakit jantung jugak.Pastu bila da sakit jantung boleh kena sakit mental jugak.Atau dalam bahasa kasarnya G.I.L.A.



Wohooo~ baru kali ni ca tau effect migraine ni bahaya jugak.Ingat setakat ca jadi pelupa je gara2 ‘wayar’ kat otak ni ada problem effect ubat.Rupanya boleh jadi sakit lain.Hish! Tu belum effect kerap makan ubat.Boleh timbul sakit buah pinggang! Ya Allah..Sembuhkanlah penyakit ku ini yaAllah~ Aku tak nak penyakit2 lain tu.Yang satu ni pon seksa nak menanggungnya… :’(

25 September 2011

“Tawaran Ke Sekolah Cinta”



 Assalamu’alaikum..

Agak payah sekarang nak mengupdate blog.Sebabnye kemarau kat kepala otak ni.Takde idea nak taip apa.Lagipon bukan ramai yang datang jenguk.Nak wat cane kan.Ca sendiri TAK BERPELUANG nak jenguk blog korang.Online kat cc mana sama online kat umah.Entah bila dapat pakai balik bodben nie..Humm~ T__T

Ok.Stop dah untuk touching2 jap tadi.Meh nak citer pasal ca dapat “tawaran ke solah cinta ni”..



Eh.eh…ada ke? Wujud ke sekolah tu?? Banyak cantek nak adakan sekolah cinta ni.Tak payah ada sekolah cinta.Automatik kita pandai punya bab bercinta ni. Tawaran yang ca dapat ni lain…



Masa tu tengok ada surat atas meja ruang tamu.Terkejut gak ada surat ntama ca.Selalu surat yang datang kat umah tak lain tak bukan bil astro, catalog avon, ha tu je la.Sebelum buka teka2 la yang dalam tu mungkin kad raya yang lambat sampai atau surat berantai (alaaa~ yang konon leh wat duit tu…).Berdebar2 nie nak bukak. Buka2 jerrrr……….nak tengok apa ca dapat??? Nie haaa~~

Muka Depan

Comel tak kad jemputan kawen nie?? Ala-ala buku tulis zaman2 sekolah dulu.Hehe..comel! Ni kad kawen senior ca masa sekolah teknik dulu.Dialah “mummy dorm” ca..Ketua dorm la.Ni kali kedua la ca tengok kad camni.Memang menarik. Ni baru muka depan.Tengok lak dalam dia..

Isi Kandungan..hehe

Plan Lokasi Pengantin Pompuan

Plan Lokasi Pengantin Lelaki

Muka Belakang

Lagi comel kan?? Sebijik la macam buku tulis garis satu. Dengan ada tanda right la, markah la..plan lokasi pon macam dilukis.Memang kreatif! Serius kad camni orang tak kan buang.Sayang sebab comel sangat.
Tiba2 berangan jap.Nanti ca kawen nak wat kad camane lak ea biar tak dibuang-buang.Nak wat kad ala-ala FB,  Zed Zaidi dah buat. Hehe.Ala, nak buat yang gempak2 kena tengok bajet gak kan.Ada rezeki lebih, boleh la wat special card cam kad kat atas ni untuk kawan2… 

Psst ! Psst! Hey inchek bakal suami..saya sedang menunggu ni. Bila la nak datang…Tak sabar ni nak isi “jawatan kosong” tu..hehe


p/s >> kalau kak nisa baca nie, Selamat Pengantin Baru la ye... ^__^ semoga kekal hingga ke akhir hayat..

18 September 2011

Fenomena ‘Hari Beranak’

Assalamu’alaikum~






15 September dah pon berlalu untuk tahun nie.Ada apa dengan tarikh 15 September? Ha..tu la tarikh beranak.Bukan ca yang beranak.Tapi mak yang beranakkan ca 22 tahun yang lalu. Dari ca seberat 2.9kg sampai la ke hari nie 40kg. 

*HARI BERANAK tu istilah yang selalu digunakan oleh Cik Jenab. :P

Tapi tahun ni takde pon sambut birthday.Last sambut birthday masa sem 5 kat poli dulu,tahun 2009. Tu pon member2 yang plan wat surprise.Memang tak sangka.Ye la, diorang just cakap nak makan ramai2 kat kedai makan sebab diorang tak dapat bagi pape mase birthday.So, kitorang pon pi la makan ramai2 kat kedai makan depan taman umah sewa kitorang.Tengah2 makan, sorang, demi sorang dok pakat bangun.Konon nak beli top-up la apa la.Sekali kek sampai~ Terkejut gak.Tapi diorang cakap muka ca muka takde pasaan.Takde pon reaksi tanjat boboi.Hihi…Ca memang gini.Terkejut hanya mampu terpukau terpaku jer.Takla terjerit-jerit.Ehehe.

Ni nak syer sikit kenangan masa sambut birthday masa sem 5 kat poli dulu~


Geng ca...

Ni kek yang abang angkat ca bagi...

Ni kek yang geng bagi..


Kad ucapan hand made ok..hehe..terharu2~

Tahun nie macam tahun lepas je.Ramai yang wish kat fb.Yang kenal, yang tak kenal,yang selalu tegur, yang tak pernah tegur semua ada wish. Ok la, happy juga.Ada gak yang mesej , yang tepon..Mekaseh banyak2 pada yang wish dan mendoakan ca tu. Sekurang-kurangnya ada gak yang sudi singgah ke wall fb ca tu meninggalkan ‘jejak’ dengan wish birthday. Pastu yang mesej tu masih ringan tangan nak hanta mesej kan.Tenkiu so much~

Tiba2 terkenangkan sambutan birthday yang lepas2. Tahun yang paling banyak ca dapat hadiah masa form 3. Dah la dapat kek.Dengan hadiah2 lagi sampai tak cukup tangan nak bawak.Mintak tolong kawan bawakkan separuh.Best sangat2! Dengan admirer ca pon siap bagi hadiah...kelakar.Nak tau dia bagi apa? Dia bagi teddy bear yang dalam bentuk keychain tu, kalau picit perut dia, dia bunyi “I love you!” Tu hadiah 1st ca bukak sebab kena paksa ngan kawan2.Mau tak kena gelak.Hehe..

Pastu sambutan masa kat sekolah teknik.Masa tu ca form 5.Dok hostel.Masa tu ca kan dah jadi  senior.Ada adik2 junior. Time beratur nak pi sekolah (kat hostel), wahida,sorang dak junior yang rapat dengan ca handle perhimpunan untuk hari tu.Tiba2 dia umumkan kat semua orang yang hari tu birthday kak Dayang.hehe..Junior2 nie dah plan.Cuma kawan2 yang senior jer tak semua tau.Ramai2 nyanyikan lagu birthday.Terharu sangat~ Bila masuk kelas, cikgu kelas ca pulak suruh dak2 kelas nyanyi.Sampai 2 kali.Hurm~ rindunya saat2 tu.

Nie antara hadiah2 yang pernah  ca dapat dan masih ca simpan lagi.

Ni hadiah2 dari zaman sekolah lagi...

Ni pon sama..HAdiah dari zaman skola..

Yang bear pakai riben tu hadiah dari QC kat tempat ca praktikal dulu..Ca ngepau tu..hehe..Yang tikus pakai topi tu abah bagi masa skola rendah.Yang pooh tu kawan chinese ca bagi masa skola.


Zaman dah berubah. Makin dewasa,dunia makin moden makin canggih, mungkin tarikh beranak ni hanya diingati oleh orang2 tertentu je.Ca maksudkan yang betul2 ingat tau. Tapi tu la gunanya fb.Yang tak ingat boleh diingatkan.Takde alasan untuk lupa kecuali kita tak on9 la.

Apa2 pon, doa yang penting.Tak semestinya mendoakan masa wish tu jer.Doa la hari2 untuk kesejahteraan dan kebahagiaan bersama. :’)




***HAPPY BIRTHDAY@BELATED BIRTHDAY JUGA PADA KEMBAR TAK SAMA MAK TAK SAMA BAPAK>>>> AMAR FIRDAUS BIN AMRAN aka BON2...MOHD FIRDAUS AMIN aka PIPIN & MOHD ZULHUSNI aka ICHIGO~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...