26 September 2011

Pesakit Migraine Boleh Jadi GILA


Assalamu’alaikum



Baru pergi klinik semalam sebab kena migraine lagi. Ubat yang doctor dari Hospital Sultanah Aminah,Jb bagi dah habis. Nak sambung ubat dekat hospital pontian diorang tak mo bagi kalau takde surat.Sebab ubat tu tak leh bagi sebarang kot. Mana ada surat.Tak kuasa ca nak pergi hospital jb tu ambil surat lak.

So semalam pergi klinik.Doctor cakap “camane ni muda2 boleh kena migraine?? Biasanya orang yang selalu kena migraine ni orang yang banyak masalah.Awak jangan la pendam2 masalah.Citer kat mak..”  Masa tu berdebar jugak.Tapi doa dan harapan ca dalam hati, semoga emak faham apa yang doctor bitau.Harap mak faham masalah apa yang selalu ca fikir..Masalah apa, ca tak leh la nak citer kat semua orang…Belum masanya.

Pastukan, doctor cakap, kalau selalu kena migraine ni boleh kena sakit jantung jugak.Pastu bila da sakit jantung boleh kena sakit mental jugak.Atau dalam bahasa kasarnya G.I.L.A.



Wohooo~ baru kali ni ca tau effect migraine ni bahaya jugak.Ingat setakat ca jadi pelupa je gara2 ‘wayar’ kat otak ni ada problem effect ubat.Rupanya boleh jadi sakit lain.Hish! Tu belum effect kerap makan ubat.Boleh timbul sakit buah pinggang! Ya Allah..Sembuhkanlah penyakit ku ini yaAllah~ Aku tak nak penyakit2 lain tu.Yang satu ni pon seksa nak menanggungnya… :’(

8 comments:

  1. alhamdulillah xd. & takut utk ada migrain ni. tgk kwn2 yg d migrain, cm sakit sgt je. huhu
    smga cpt sembuh syg! (:

    ReplyDelete
  2. tak pon, ca citer lah kat bff ca masalah tu. kang dapat sakit jantung bahaya tau ca. ;)

    ReplyDelete
  3. nauzubillah... sy dlu kerap jugak sakit pala sbb pendam byk msalah.. xtaula migrain ke tak...

    ReplyDelete
  4. @sitinuraffizza mekaseh fiza..huhu...mmg sakit wooo~ mcm nak hentak pale kat dinding..

    ReplyDelete
  5. @siti kektus ca selalu gak ngadu kat kawan2..kat bf ca... tp kalo dtg sakit tu, sakit gak.. :(

    ReplyDelete
  6. As Salam..Kawan-Kawan, boleh contact saya 010-9333205, insya'allah saya boleh tolong.. guna rawatan semulajadi.. Insya'allah dgn izinNya boleh hilang migraine tu... Amin,, Ikhtiar selagi boleh..

    ReplyDelete
  7. As Salam..Kawan-Kawan, boleh contact saya 010-9333205, insya'allah saya boleh tolong.. dgn izinNya boleh hilang migraine tu... Amin,, Ikhtiar selagi boleh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...