24 May 2013

Bila Dia Diambil Orang...

Assalamu'alaikum...

Entry khas buat budak paling sengal di alam semestaaaaaa.

HAFIZAH @ PIJAH
Tapi lebih dikenali sebagai Datin Pijah Hot! (La sangatttt~)

Ni budaknya..yang belah kiri tu..yang belah kanan x kenal xkenal.. Ngeh2...


Pic : 27 Feb 2010


Pijah ex-roomate/housemate/classmate aku. 3 tahun berkawan masa kat poli dah macam adik beradik. Sengal2 dia pon, dia matang dari aku. Tapi nak jumpa diri dia yg matang kita kena buat muka seserius yang mungkin. Haha..Kalau tak, memang hampeh.. Aku selalu je jadi bahan dia. Kalah sokmo dengan agenda loyar buruk dia. Indah kenangan2 masa study dulu... :)



Lusa dak Pijah da nak jadi isteri orang.. Dari berstatus "Cik" ke "Puan". Mula2 tau dia nak kawen, aku memang excited. Tapi bila da dekat betol dengan harinya, sayu pulak.. Tambahan pulak aku tak dapat nak datang majlis dia kat Jerantut nun.. Sebabnya, biarlah rahsia.. :'(

Semalam memang tiba2 rasa sebak sangat. Rindu sangat kat ko Pijah... Pasni ko da 'diambil' orang. Aku harap ko jangan lupakan aku dan kawan2 yang lain keh. Walau ko jauh dimata , tapi ko tetap dekat dihati aku..Ko la kawan terbaik aku.Yang banyak memahami aku disuatu ketika dulu.. sob3.. T__T

Semalam sempat lak nak ber'touching'2 kat fb.....





Komen dia ceria tapi aku yg sebak dah kenapa?? Hahaa..Seriously bila sorang demi sorang kawan2 kita melangkah ke alam baru terlebih dulu dari kita, macam diri ni tak laku lak..Haha...Ishhh~ Jodoh itu rahsia ALLAH.Dengan siapa, bila , semua dalam simpanan peti rahsia ALLAH lagi. Cuma rasa sunyi la sikit. Dah jadi bini orang, takleh la nak spent time ngan kawan2 macam dulu kan.. FAMILY 1st. HUSBAND also 1st u know? *Oh My Englishhhhhh!

Papepon, aku doakan yang terbaik buat sahabat yang terbaik.Jadilah isteri yg solehah..Semoga hubungan Pijah dan Inchek suami kekal hingga ke syurga.Aminnnnnn~


*Aku pos hadiah je kat pengantin ni.Hehe.Next entry aku tunjuk kat korang keh. :)



20 May 2013

Sedih Sedih Sedih

Assalamu'alaikum

Nak pinjam bahu boleh???
Rasa nak nangis kuat2... :'(


Sedihnya hati ni bila dapat tahu diri ni tak berjaya bahagiakan orang lain rupa2nya. Orang tu tak bahagia kerana aku yg selalu ngadu sakit. Camane eh? Tak ngadu takut tak leh cover sakit tu . Kang time jumpa atau call semestinya akan nampak/dengar sedikit sebanyak riak muka dan ton suara budak sakit ni. Ca ngadu untuk dapatkan semangat dari seseorang tu. Tapi.....

ALLAH...ca rasa lemah sekarang..Kaki ni macam tak berupaya nak berdiri lagi..Ca buntu .Ca dah usaha untuk sihat macam orang lain...Dekat 13 tahun rasanya penyakit ni tak reti nak jauh dari diri ni. Banyak sangat dosa laa ni. :( 

Kalau penyakit ni untuk menghapus dosa ku, aku redha YaALLAH...Tapi KAU bagilah keredhaan dihatinya untuk menerima kekurangan aku. Dengan kelebihan yang dia ada mungkin dapat menambah kekurangan aku supaya aku seiring merasa kelebihan tu jugak. Aku masih menanti BAHAGIA............... :'(

11 May 2013

Takut Nak Bertunang

Assalamu'alaikum....

Normal ke tak normal perasaan ni eh? Serius perasaan ni semakin hari semakin menebal dikala semuanya sudah dirancang.. Entah apa2..Bila ngadu kat kawan-kawan, ngadu pada si dia, memang diorang bebel..diorang kata buat pe nak takut..semuanya kita rancang..ALLAH yang menentukan.. Memang la..tapi......................


Memang patut pon ca kena bebel ngan si dia sebab selalu berfikiran negatif.Takut pada benda yang tak berlaku pon. Ni la masalah ca..Terlalu fikir bukan2..Nak tau apa ca fikir? Ca fikir kalau pape jadi kat hubungan pertunangan ni camana? Ca akan hampakan banyak pihak..Hati ca juga akan terluka..Luka yang sangat hebat tau berbanding luka kalau kena tinggal ngan lelaki yang sekadar bertitle 'pakwe' .

Sila lempang ca sekarang! Kenapa mesti ada persoalan camtu dalam diri dan fikiran ca kan? Ishhhh..teruk perangai.  Dulu bila perasaan tu datang, ca ngadu kat si dia.Memang kena 'ceramah' la..Sekarang kalau perasaan tu datang tiba2, cepat2 ca beristighfar...ca ada dengar ceramah2 kat tv..ni semua angkara syaitan gak..Diorang tak suka anak nabi adam ni berkahwin..macam2 cara dia buat untuk pesongkan fikiran kita sebagai orang islam ni.. Bila dah beristighfar tu, ca akan cepat2 'cuci' kepala otak ca ni balik yang sesungguhnya DOA tu penting. Nak yang terbaik, doa banyak2..Doa yang KHUSUS lagi digalakkan.. 

Doa yang khusus tu camana? Ok, camni.Contoh ca nak kan En. Bulat ca menjadi peneman hidup ca dunia dan akhirat. So dalam doa tu sebut kan namanya.. Lepas berdoa, kita jaga lah diri kita sebaik mungkin..Yang buruk dbuang..Yang kurang tu diperbaiki.. Pelihara hubungan sebaik mungkin..

Bila da mula serius dalam hal ni, ca baru rasa betapa pentingnya komunikasi dan kepercayaan pada pasangan... Jangan kedekut dengan kata "MAAF" walaupun bukan salah kita kalau kita nak hubungan kita berjalan dengan baik..Sebab memaafkan tu mampu menyejukkan hati tau.. :) 

Berdebar pulak bila semakin hampir masanya untuk menjadi tunangan orang.Kalau nak jadi isteri orang lak entah camane kan perasaan tu..? :") Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye..♥


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...