30 November 2011

Wordless Wednesday #7


Hujan Kentang




CONTEST By Cik Duyung BERMULA !

CONTEST By Cik Duyung BERMULA !

Assalamu'alaikum~


Ada ke yang menanti contest ni lepas ca bitau hasrat ca aritu? Tapi alhamdulillah, baru ca bitau hasrat nak buat contest, ada juga yang beri sokongan + gelakkan galakan.. :) Kalau yang bagi sokongan tu tak join tak tau la..hehe..*ayat perli ni..*
Okeh, kita mula dengan syarat2 nye keh.. :)


SYARAT-SYARAT CONTEST :
*Sila baca dengan teliti..*

1) Follow Blog Cik Duyung nie.. ( Tiada paksaan. Tapi kalau tak follow pastikan alert bila pemenang diumumkan)

2) Berwarganegara MALAYSIA & stay di MALAYSIA .. *senang nak anta hadiah*

3) Buat tajuk entry " Contest My Collection By Cik Duyung" *panjang ke tajuk ni? lantak la, ca yang buat..hehe..*

4) Tepek header ca ..



5) Tepek SATU gambar korang bersama barang koleksi korang. Apa sahaja yang boleh dibuat koleksi.Syarat barang yang boleh dikategorikan KOLEKSI dalam contest ca ni ialah barang tu mestilah lebih dari SATU. Kalau barang tu satu je, mana datangnya istilah koleksi ye dak?  Korang taknak ada gambar korang bersama barang koleksi?? Boleh je bagi gambar barang je tapi pastikan bukan barang orang lain  atau copy inchek google. Ca tak tau..DIA tahu kejujuran korang. :) Buat entry sekreatif mungkin.

6) Siap? Tag paling kurang sorang blogger lain. Boleh kan sebagai tanda support ca.. :)

7) Hantar link ke entry ini.

Nama2 peserta akan ca update dari masa ke semasa. Tarikh tutup 30 Dec 2011 tepat jam 12malam. Sebulan  dari sekarang. Tapi kalau tak dapat sambutan, ca akan percepatkan tarikh tutup. T__T

Hadiah? Hadiah ca tak la segempak mana. Sekadar suka2 . Selain tu, dikesempatan ni lah ca nak pomot sikit  barangan kraf yang ca buat untuk bisnes ca akan datang.  Jom tengok !

HADIAH


TEMPAT PERTAMA


Tempat PERTAMA akan dapat sekor teddy bear kat atas ni ( Tinggi : Lebih kurang 60 cm ) . Bear ni antara koleksi Makhluk Comel ca. Jangan risau, dia ni tak pernah diusik untuk dibawa tidur okeh. Masih suci. Hadiah tambahan ialah keychain bear .



TEMPAT KEDUA

Akan memenangi DUA barangan kraf  


TEMPAT KETIGA 

Akan memenangi SATU barangan kraf


*Tempat Kedua & Ketiga boleh pilih barangan kat bawah ni*


H/P Case ( gambar hanya sample )
@


Keychain Love (mana2 design, boleh pilih warna)

 @


Keychain Nama ( gambar sample. Warna boleh pilih )


Pilihan Warna


  • Pink
  • Putih
  • Coklat
  • Kuning
  • Hijau
  • Hitam

Hadiah macam untuk pompuan jer?? Yeke? Takpe,kalau yang menang tu lelali kasi cik awek ke, bagi kat mak ker.. :)


Jurinya bukan ca sorang. Ca akan lantik juri yang bukan dikalangan blogger. :)

Selamat Mencuba ! ^^,



* Minta2 ada yang sudi join..


SENARAI PESERTA

1. SpeakerSekolah | 2. Nuhara | 3. BEL | 4. Eifa

28 November 2011

CONTEST By Cik Duyung



Assalamu'alaikum~

Wah3.. Ca buat contest ?? Dekat setahun berblogging tak pernah langsung buat sebarang segmen, G.A mahupon contest. Hehe..Blogger lain masing2 berani mencuba nasib buat benda2 ni semua kan, apa salahnya kalau ca pulak mencuba .. :)



InsyaALLAH contest ni akan ca buat. Harap ada yang sudi sokong dan ringan2kan tangan untuk join ye. :) Hadiah?? Nama pon contest, mestilah ada hadiah. So, tunggu for next entry, ca akan umumkan pasal first contest dari ca a.k.a Cik Duyung keh! 


* Takut gak nak buat.Takut tak ramai yang sudi join..Huhu..Tapi,tak cuba tak tahu kan?

25 November 2011

PJB ke PIS ??

Assalamu'alaikum~

Gambar ni kawan ca yang bagi..
Apa motif?? 




Politeknik Ibrahim Sultan atau yang dulunya bernama Politeknik Johor Bahru, disini la masa 3 tahun telah dihabiskan oleh seorang gadis berpipi pau ini. Hehe. Ni la tempat ca study dulu. 

Tapi bila tengok gambar ni, tengok pulak sijil diploma yang tersimpan rapi dalam fail transkrip berwarna merah, sob3.. T__T sedih woo~ Kenapa mesti sedih? Sedih la. Dalam sijil diploma ca tu nama PJB, bukan PIS. Akan datang, mana tau masa mintak keje orang tanya, " ooo...awak lepasan diploma PJB....aik..PJB?? wujud ker?? Kat area mana?? " Nampak tak point dia kat situ, nampak tak? Dah satu keje nak bercerita sejarah depan inchek bos..

Yela, PJB dah jadi politeknik primier..Mungkin nak diseragamkan nama poli2 primier nie dengan nama sultan negeri kan? Mungkin la..Tak kesah la.. Walau camane pon, tempat jatuh lagikan dikenang, lagikan tempat yang datangkan ilmu ni kan. :)

24 November 2011

Gara-Gara Gam Gajah

Assalamu'alaikum~

Selama ni tau gam gajah ni kuat, lebih kuat dari gam UHU. Tapi ca tak la penah guna gam gajah ni dalam sebarang aktiviti berfaedah atau lagha sekalipon. Akhir2 ni memang ca busy buat kraf, so guna gam UHU la biasanya. Semalam stok da habis, suruh la mak ca beli bila balik keje nanti. Sekali mak beli gam gajah, mak kata gam UHU habis.




Ca anggap je dia ni sama cam gam UHU. Ca tebuk muncung gam tu. Menjejeh keluar gamnye ke tikar getah. Aik, nape cair ni?? Kena panas ker? *soalan bangang yg tak patut dipersoalkan* So takpe la. Teruskan aktiviti, macam guna gam UHU.Lekat kat tangan pon relax je sebab mesti leh tanggal. Sekali apesal keras+kasar ni? Ha!! Takleh tanggal! Tengah2 gabra, nak angkat kaki, yaALLAH..satu jari ca melekat kuat kat tikar getah ! Kan ada gam yang menjejeh tadi. Ingat tak? Ingat tak?? Peh, sakit woo nak cabut...

Baru harini ca tau gam ni lagi kuat dari UHU. Ye,ye...sekuat gajah la kan. Patutla gam ni guna pak gajah sebagai 'model' produk . Terasa malu menjadi seorang remaja 20-an sebab tak penah guna gam gajah ni..urghh! *tumbuk dinding!*




*Sob3..pulun gosok ngan thinner.Tak ilang..last2 cepit sikit2 dengan penyepit kuku.. T__T  Gam ni jahat!



23 November 2011

Camane Nak Layan Tetamu?

Assalamu'alaikum~

TETAMU






Situasi 1 :

Member datang rumah ..

Tuan rumah : Ha, lu ! asyik2 muka lu .. Muak la gua !  Balik sana .. *sambil lap air liur basi*
Member : Sob3 ..  Sampai hati lu layan gua gini .  Kata sahabat selamanya .. Gua bosan la ..
Tuan rumah : Lu jangan nak poyo sangat la .. Gua nak tido .. Sok ke lusa ke tulat lu datang la balik ye . See ya!!


Situasi 2 :

Cik awek jiran sebelah datang rumah , nak jumpa si emak ...

Si Bujang  : Hehehe..jemput masuk la Lisa.. mak ada kat dalam tu ..(terkepit2 malu ngan cik awek sebab baru bangun tidur )
Lisa : Ok, mekaseh ..
Si Bujang : Sama2 .. Nak minum? nanti saya buatkan .
Lisa : Takpe2. Datang ni nak jumpa mak awak je ..
Si Bujang : *Tersenyum meleret* Ish...baru nak tunjuk skill pandai buat milo tabur..





Situasi 3 :

Member datang dan bermalam di rumah kita ..
Tuan rumah : Jom makan .. Nie je la yang ada .. * maggie*
Member : La, tak pe la.. Janji kenyang .. :)

Tuan rumah : Eh, kau tidur la atas katil aku ni . Tak pe, aku tidur bawah @ kat kusyen je keh ..
Member : Eh, tak pe ke? Ni kan katil ko. Tido je la atas..
Tuan rumah : Alaa, ko kan tetamu . Sekali sekala ..
Member : Thanks .. :)


Situasi 4 :

Member datang dan bermalam di rumah kita ..

Member : Erm..weh .. Aku tak tahan la tidur kena kipas . Boleh tak kalau aku slowkan sikit ? Lagipon aku senggugut ni . Makin sejuk makin sakit la.. * dahi dah berkerut2*
Tuan rumah : Alaa .. aku takleh la tidur takde kipas. Kat asrama pon aku buka camni .

Member capai selimut yang ada kat tepi katil . Tiba2 ..

Tuan rumah : *Rampas selimut* Eh, ni selimut mak aku . Takleh pakai .. *bagi selimut tu ke mak dia, buat dek, then tido*

Member tido dengan tak diberi selimut + kesakitan


===============================================================

Ok, kat atas tu ada beberapa contoh la camane seseorang tuan rumah yang kadang2 merangkap member sendiri melayan tetamu.. Mana yang elok, mana yang tak elok? Korang da besar, pandai2 la menilai . 

Bagi ca, mak da ajar dari kecik kot. Tetamu datang mak mesti buat air . Takde makanan yang banyak pon, biskut mayat pon diberinya . Tak tau biskut mayat? Biskut tawar tu . Huhu ..




Pastu kalau tetamu tu tidur kat rumah kita, layan sebaik mungkin . Buat diorang macam raja . Takde tempat nak tidur, kita bagi la tempat kita sementara kat diorang (macam kat situasi 3). Usaha untuk bagi diorang selesa .. Tetamu juga pembawa rezeki kepada kita . Jangan la layan macam orang tu tak wujud lak .. Cuba kita dilayan macam endah tak endah, pe kita rasa? Sakit hati kan? 

Ca pernah berada di situasi 4 dan memang tu situasi sebenar yang pernah berlaku . Sampai ca ambil tuala ca yang lembap buat selimut . Ca balik, citer kat mak . Mak cakap, " camtu la, tak semua orang akan buat apa yang kita buat .. " Memang terasa sangat ngan dia tu .. :(



* Papepon, kalau kita mahukan kebaikan, kita kena buat kebaikan jugak .. ^^,

Wordless Wednesday #6

22 November 2011

CONTEST MY BESTFRIENDS FOREVER by CIK AYU

Assalamu'alaikum ~

Klik  [SINI] untuk join..

♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪

Selama ini ku mencari-cari 
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
Pada MU Ilahi
teman yang dicari
Selama ini
Telah ku temui

Dengannya disisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambaha murni
Kasih Ilahi

Kepadamu Allah
Ku panjatkan doa
Agar berkekealn
Kasih sayang kita

Kepadamu teman 
Kupohon sokongan 
pengorabnan dan pengertian
Telah ku ungkapkan segala-galanya

♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪

Lagu yang sentiasa menyentuh hati kecil ku bila ku teringatkan kamu teman .. 


Qila♥Purah♥Ca

"Friends Like Siblings = True Friends"
Sebab air yang dicincang tak kan putus .. ^^,

Tag :
Shiema Sufian
Ezad

Mengaummmm Di Mana-mana

Assalamu'alaikum~

Aummmmmmmm !!!




Ada orang kata tu bunyi harimau tua masa ca post status kat fb ----> "Alhamdulillah, harimau muda ! Aummmm!" . Haha . Biarla. Janji status tu ramai gak la yang like, maknanya orang faham la kan tu bunyi rimau. Ng'Aummm'an rimau kat tv tu semacam ada aura , semangat mengalahkan bila dengar lagu Negaraku . Ceh3

Sebenarnya ca ni bukanla kaki bola @ fanatik dengan bola . Nak kenal tiap sorang pemain bola pon tak pass lagi. Setakat Apek tu kenal la . *serius ni*

Tapi entah cane semangat kenegaraan tiba2 merasuk jiwa, setia ngadap tv tengok perlawanan Malaysia vs Indon. Dari baring terus terduduk bila sipi2 nak gol tu . Tak berjaya, baring semula . Bila indon mengganas, bangun lagi, rasa kaki pon macam terangkat nak bagi penyepak kat indon . Haha . 

Habis2 perlawanan, ngadap lappy . Buka fb, buka blog . Huiyoooo~ Hebat betul fenomena harimau mengaummm. Majoriti status facebooker pasal kemenangan Malaysia. Berderet2 ! Macam mau tekan like 44 kali kat semua status orang . Pastu rasa macam nak print screen semua status nak kasi anak cucu tengok nanti . Haha ...


Page Harimau Muda kat Fb : HARIMAU MUDA



* Walau masih MUDA, dah boleh baham Garuda .. Hehe.. Tapi kalau kalah malam tadi , tak dapat bayangkan fenomena apa yang melanda fb dan blog . Huhu .. 

21 November 2011

UJANG buat KEHIDUPAN ku berERTI

Assalamu'alaikum~


Sesungguhnya UJANG membuatkan KEHIDUPAN ku berERTI ....








Seandainya UJANG ....








Mereview blog CIK DUYUNG ni ...




(^^,)v





Pehhh~ tajuk tak menahan kepoyoannya kan mengalahkan Kay si POYONESS tu .. Hehe .. Ada yang seketul penumbuk bini Ujang masuk dalam mulut ca nanti. Gurau je . Dah Ujang kata tajuk entry untuk segmen dia ni bebas . Sukati la kan nak taip apa . Hehe . Nak tulis tajuk " Ujang, sila percaya aku ni LISA " mau tak muntah 3 hari 3 malam si Ujang tu . Hehe


Nah header yang comot momot dari blog Ca ....







Dan ni .. ehem3... malu lah.. Cik empunya blog ni ler ..


Nak join?? Tak boleh?! 



Hehe..gurau je..meh tekan [SINI] lelaju ~
Tarikh tutup : 22/11/11

18 November 2011

Beza Lelaki Ensem & Lelaki Cute

Assalamu'alaikum~

Da hari jumaat~ Dak2 sekolah da start cuti kan? Apa la plan korang ek budak2 kecik sekalian? *macam diri da cukup besar* Yang dah lepas UPSR boleh la honeymoon ye. Sebab zaman sekarang, lepas UPSR je la boleh honeymoon2 ni , time lepas PMR sori ! No honeymoon bagai . Siap sedia kepala otak untuk SPM pulak .

Intro lari terus dari topik..Haish~ Sori2 .. Kepada lelaki ...

Anda ensem??

Anda kacak??

Anda berbadan ketak2??

Anda cute miut??

Anda berbadan kecik molek??

 Tak langsung ?? Nape??

Owh..muka pecah rumah ... Takpe2 ..Janji hati mau suci .. hehe

Bagi ca kan, lelaki ni ada 3 kategori la. Ada yang ensem . Ada yang cute . Dan ada yang sedap mata mandang . Yang sedap mata memandang tu ca tak mo sentuh, sebab tu umum sangat . Yang mau citer ni pasal  ENSEM dan CUTE . Haa~ Ape bezanya??


Lelaki Ensem
  • Lebih nampak ke'maskulin'nya 
  • Penampilan yang kemas 
  • Muka yang sok sok suci
  • Nampak matang 
  • Bertubuh tegap dan tinggi mungkin ..

CONTOH : Aaron Aziz, Remy Ishak, Farid Kamil , Awal Ashaari , Ben Ashaari *erk! hehe* dll ...
sumber : google




Lelaki Cute
  • Penampilan yang juga kemas tapi kurang ke'maskulin'nya
  • Perangai dan sikap sedikit kebudak-budakkan
  • Muka pon macam budak2 sikit tak pon TERLALU jambu
  • Badan yang kecik @ montel mungkin .. Hehe

CONTOH : Dafi, Tomok (masa muda2 dulu..haha) *erk! yeke?*


Yang cute tu susah nak cari contoh artis malaysia la sebab lelaki cute banyak ca jumpa di dunia realiti . :) Takpon banyak artis korea yang comel2 ni . Nak bagi contoh blogger kang, ada yang marah nanti . Hehe.. :p

sumber : google

Masa ca kat poli, ca dengan geng ca termasuk sorang dua geng lelaki suka memerhati muka orang dekat kantin sambil makan2 *bila xde keje.haha*. Ca suka tanya pendapat dak2 lelaki sendiri pasal muka mana yang ensem , mana yang cute . Sebab penilaian lelaki tu jujur. Bukan senang lelaki nak puji lelaki tau~ Hehe

Korang yang lelaki agak2 kategori mana? Hehe.. Puji je diri sendiri , sape lagi nak puji kan? haha. Papepon, lain mata yang melihat, lain2 juga pendapat nye kan? ^^,




*abah ca ......... umm masa muda ensem ! Sekarang nampak bengis je . Hehe..Ampun abah..ampun..hehe

17 November 2011

UPSR | 10 Tahun Yang Lalu

Assalamu'alaikum~

Rasa lama beno tak pergi ke ruangan "new post" .. Entah, takde mood gara-gara line bodben yang macam itik sembelit .Amat menyakitkan hati . Nak update pon jadi malas . Mesti orang nak masuk pon was-was, ni blog orang rajin ke pemalas . Erk~

Hari ni result UPSR keluar kan? Amacam adik2 yang pas UPSR ni? Ok tak result? *Eh, ada ker blogger junior tahap UPSR skang?* Ade kot.. Ca jer belom pernah jumpa .. Yang dah berjaya, jangan dok nangis2 gumbira melampau ,  + bangga kembang2 hidung sangat la dik .. Perjalanan masih jauh . Bersyukur tu mestilah . Tapi UPSR ni cuma tiket korang nak masuk kelas yang baik je kat sekolah menengah tu . Time mintak keje akan datang, sijil UPSR orang tak pandang dik ooi.. Silap2 zaman korang nak kerja nanti, diploma pon macam tahap2 PMR @ SPM je . Sila lah percaya .
Citer pasal UPSR, terkenang gak masa ca dapat result lebih kurang 10 tahun dulu . Dulu zaman ca, rasanya mak bapak takde datang sekolah time nak ambil result tu. Yang ca ingat, pas UPSR memang bermaharajalela lah budak2 darjah 6 ni . Merayap satu sekolah . Ca dulu pengawas, memang syok la. Masuk kelas2 junior yang cikgu takde , jaga diorang . Konon jadi mata2 cikgu la. Time tu la tulis kat papan hijau nama budak2 yang bising dengan buat satu line, buat dua bahagian, "L" dan "P" ..Laki dan pompuan . Haha..Masing2 dok senyappp je . Memang rasa kembang2 idung la time tu kan . Haha.. *gila kuasa*

Bila tiba hari raya result keluar , langsung tak berdebar . Memang ca takde perasaan . Tak rasa pon UPSR tu penting . Bodoh2 alam kot dulu . Hehe .. Masa tu tengah dok tepi gelanggang tengok member2 main bola tampar. Sekali cikgu Sains diri depan ca..


"camana awak ni tak dapat A .." 

Terlopong la ca masa tu . Cikgu tu memang target ca dapat A sebab time pekse biasa @ ujian2 memang ca skor, siap ada target lagi . Tak capai target, rotan makan dia ~~ T__T
Bila da dapat result tu, tengok sendiri punya, jeling2 kawan punya, slip result bertukar2 tangan, simpan dalam beg. Dah .Sambung main . Tu je.. Haha . Balik umah tunjuk kat mak abah . Mak abah peluk . Masa tu baru rasa nak nangis sebab nampak mak nangis bangga walau result ca tak la perfect A's .. Anak sulung katakan~ Hihi .. So, pengalaman korang  pulak cane? :)



* lepas pekse UPSR, ca menjadi pembekal mainan . Pergi sekolah bawak beg penuh dengan mainan .. Hehe

15 November 2011

Cuti Kawen | 11.11.11's Wedding

Assalamu'alaikum~

Lamanya ca tak update kan? Buka2, last entry pasal Wordless Wednesday minggu lepas . Hehe .. Ada ke yang mencari ca ek? Berangan je la .. Minggu lepas start dari  hari khamis sampai la ke hari ahad memang macam2 aktiviti luar . Konon bz mengalahkan artis la . Tapi ni ca mau story mory kisah 11.11.11's wedding la . Sape kawen?? Semestinya lah ca ......................................................

Pengantin ke??

...................................... punya kawan ! Hehe .. Kawan merangkap bekas roomate masa sem 1 kat poli, merangkap bekas classmate , merangkap bekas housemate, merangkap .... ha tu jer la .. (^^,)


Wedding tu kat Segamat. Kawan ca tu nikah 11.11.11. . Tapi ca x dapat datang nak tengok dia nikah . Ca dengan kawan2 lain semua datang hari majlisnya, 12.11.11 .. Mula2 tu stay Kluang dulu umah si Beckok nie ..

Ca bersama Beckok


Ca pergi Kluang dari Jb ngan makcik Jenab ni .. Hehe

Ca bersama Makcik Jenab


Pagi sabtu tu la baru kami bertiga gerak pergi ke Labis, Segamat. Bapak Beckok yang anta kitorang . Kat Segamat nanti baru la jumpa kawan2 yang lain .. Sampai2 pengantin memang tengah nak bersanding . Memang rezeki la nak tengok kawan ca naik pelamin~ 


Cantik sangat kawan ca sorang ni. Sudah kurus meh .. Hehe .. Dalam pic atas ni semua dak kelas ca kecuali yang baju kurung pink tudung putih tu bukan dak kelas, tapi geng ca jugak . :)

Kitorang baru bape orang, tapi kecohnya macam 40 orang ! Hehe .. Nak tau moment kami yang paling menggegarkan pelamin?? Haa~ ni pose yang ca cadangkan kat semua, pengantin WAJIB buat jugak . Hehe ..
 Tengok2 ...........................

"TANGAN DI DADA MATA KE ATAS"

Haha .. Memang rasa nak gelak guling-guling lepas berjaya pic ni di captured . Walaupun mata tak la ke atas semuanya . Pengantin lelaki memang terbaekkkk~ Sporting habis. Haha ..

Ni la kedua mempelai, raja sehari, merpati dua sejoli, bagai pinang dibelah dua .. :) Ape lagi? Tak sangka dia lah budak kelas ca (kat poli) yang pertama kawen . Mau tak excited ! Hehe .. 




"SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAWAN KU MAK JAH DENGAN PASANGANNYA PAK AIZAT..HEHE.. SEMOGA BERBAHAGIA SELALU HINGGA KE AKHIR HAYAT .. "


Credit untuk pic : Beck



*Tak sabar nak tunggu 'anak sedara' pulak ni ... Pastu sape lah yang bakal mengikut jejak Mak Jah ni .. Hehe..

Segmen Shiema : Join | Singgah | Follow | Komen

Assalamu'alaikum~

JOIN-SINGGAH-FOLLOW-KOMEN
Jom2 ! Shiema Sufian ajak nie.. hehe
Klik Untuk Join Sekaki.. :')

v(,^^) TaK inDah duNia bLog tanPa adanya kaMu waHai reAderS & foLLowErS  (^^,)v

10 November 2011

Wordless Wednesday #5





*lembap giler line..da masuk hari khamis baru dapat upload pic.. huh~

09 November 2011

Dia Hisap Kite 'Punya'

Assalamu'alaikum ...



" Ibu, dia hisap kite punya ***** bu .. "

" Ibu, dia ajak kite main ***** bu .. "

Ok, kat atas ni adalah pengakuan dari seorang budak lelaki PRA-SEKOLAH kepada ibu dia . Ni kes benar eyh .. Ibu budak tu yang bitau kat ca . Yang hisap , yang ajak main tu sepupu budak tu sendiri yang kira2 tua setahun dua dengan budak ni . Terlopong ca dengar si ibu mengadu . Dan yang paling wat ca terkejut , yang ajak tu budak perempuan okeh ! Si ayah dapat tau, memang kena basuh habis sampai si anak ni nangis2 ... 

" Kita tak buat bu .. Kita minta maaf .. "

Memang betul dak ni sebenarnya tak tau apa2 sebab sepupu2 dia hanya ajak dan jadikan dia ni mangsa untuk 'testing-testing' . Siasat punya siasat , punca perkara tak senonoh ni boleh terjadi ialah sebab parents kepada budak2 tu  memang sibuk bekerja . Ok, itu mungkin biasa . Tapi yang tak biasanya , vcd BLUE sepah merata je . Budak2 sekarang bijak . Pergi bukak dan TRY ! 

Apelagi, ayah kepada budak yang jadi mangsa tu panggil semua budak2 tu, basuh diorang depan mak bapak dak2 tu sekali . Tapi nak tau apa respon parents budak2 tu ?

" Macam la anak dia bagus sangat ~ "

Apa nak jadi la kan?? Kalau mak bapak langsung tak heran pasal perkara ni . Sempat lagi membanding-bandingkan walau tau silap sendiri .. Tak pikir ke risiko akan datang ? Anak perempuan dia tu nanti jadi apa ?  

Korang nanti ada anak2 , jaga lah anak2 korang baik2 kalau korang tak nak tengok bayi yang dibuang merata tu adalah cucu haram korang ..


*Peringatan untuk diri sendiri juga ..

07 November 2011

Apehal jadi SPAM??

Assalamu'alaikum ...

Tadi baca kat blog Tia pasal SPAM ni .. Tia dapat banyak komen yang masuk dalam spam . Baru ca teringat yang sebelum ni Cik Jenab dengan Abang Top ada bitau yang komen ca kat blog diorang semua masuk dalam spam . Untung Abang Top alert untuk pi tengok kat spam tu .  Si Cik Jenab tu , dia kata dah berkurun dia tak penah pandang kat bahagian spam tu  ( sampai hati ko, len kali ko tengok tau nyah! sedih aku . huhu . ) . So , maknanya segala komen ca selama ni dah basi dalam tu . Aiyoyo ~

Sape boleh bitau kenapa boleh jadi camtu ? Memang la tak bahaya mana . Cuma risiko orang tak baca komen ca je . Secara langsung , diorang tak kan datang balik jenguk2 blog ca pulak . Tu kalau bagi mereka yang sama kes ngan Cik Jenab la . Haha .. (jangan marah ea pijah .. haha) ... Kalau yang alert , diorang akan approve la .. 



* tapi ada gak komen blogger kat blog ca masuk kat spam . Penyakit apekah ini ? =__="

Kata Raya ... Amekaw !

Assalamu'alaikum ...

Bila dah raya , macam2 juadah la yang ada depan mata . Masing2 memanggil-manggil menunggu giliran untuk masuk ke perut yang kecik molek ni *cewah!* Nafsu makan masa ni memang ditahap buas la kan . Yela, bukan dapat makan selalu juadah2 raya ni ..

Makan-makan-dan-makan !
" Sesekali ye dak? "
Sekali amekaw !!
Sakit perutttttttt !

So, nanti2 la ca tunjuk juadah raya kat umah ca ni keh ...
Aduhhhh~
*ngengade*

05 November 2011

Andai Kita Di Sana ...

Assalamu'alaikum ...

Laungan takbir dah pon bergema ... Walau pon ni hari raya haji @ raya korban @ raya aidiladha , kesayuan tetap ada sewaktu takbir ... Rindu kan arwah nenek belah mak .. Tadi masa sibuk buat persiapan raya kat dapur , terasa macam arwah nenek ada bersama . Kalau tak , memang nenek lah yang kecoh , nenek la yang paling sibuk ... Semoga nenek damai disana .. (Al-Fatihah ~ )

Indahnya dapat sambut raya haji kat tanah suci kan? Ca pernah membayangkan ca ada di depan kaabah ... Ca tutup mata . Bayangkan diri betul2 di depan kaabah .. Cuba berzikir dengan tenang .. Menitis air mata ni . Betul .. 

Semoga suatu hari nanti ada kesempatan dan rezeki ca mahupon korang semua untuk kita menjejak kan kaki ke sana .. Aminnn ~




SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

* esok sedara sebelah umah ada buat korban . Tapi ca tak berani lagi nak pi tengok penyembelihan lembu tu depan mata...

04 November 2011

AnDai Si KeciL maMpu berSuaRa seBeLum aJaL...

Hayati penulisan ini....



Di saat aku berusia dua bulan dalam kandungan ibuku.........

Selesanya duduk dalam nie..Gelap dan dingin...sejuk bu...
Tiba2 aku terdengar suara ibuku menangis...teresak2.. 
" Aku benci kau! Aku benci kau! Kau memusnahkan hidup aku! Tak guna punya jantan! " terjerit suara ibu kedengaran..Namun ku rasakan ada belaian lembut ibu diluar sana..bu tengah usap adik ye bu...kenapa ibu nangis2 yer...?

Hari demi hari, Aku semakin membesar..kadang2 ibu bagi makan sedap..kadang2 aku tak makan..Aku tau ibu sakit...Hampir tiap malam ibu menangis..Aku pon tak tau kenapa...Sesekali aku kedengaran caci maki orang diluar sana terhadap ibu..Nape mereka marah ibu? Nape diorang hina ibu? Nape mereka selalu cakap ibu takde suami? Ibu perempuan murahan? Takpe, yang pasti adik sayang ibu....

Satu malam tu, ketika usia ku mencecah 5 bulan, ibu ada minum sesuatu...Tiba2 dunia ku rasa tidak sedingin selalu..kurasakan diri ku ditolak2 keluar..Semakin lama semakin kuat tolakan itu , dan tiba2 dunia ku menjadi sangat terang..sejuknya berbeza dari dunia aku didalam kandungan ibu..Aku tidak tertahan sejuknya...

Aku diangkat oleh ibu..Tiba2 aku dibalut dengan sehelai kain batik ibu...Selesa sedikit..Walau tubuhku masih berlumuran darah ibu..Terima kasih ibu...Tapi tak lama tu ibu masukkan pula aku kedalam satu plastik..hitam...aku tidak selesa..kenapa ibu 'kurung' aku?? Bu, nape ikat plastik tu bu? Ibu !!! Ibu tak dengar..Aku sukar bernafas..Aku tak tau aku dibawa kemana..Aku tau ibu sedang berjalan membawa aku suatu tempat..

Tiba2 ibu berhenti..Perlahan2 ibu meletakkan aku di satu tempat yang rata...Dimanakah ni ibu? Ibu menangis lagi..Kenapa bu? Kita kat mana nie bu?? Tak lama kemudian tiada lagi suara ibu menangis..Tiada lagi sentuhan ibu kurasakan..Mana perginya ibu?? Aku kelemasan..Aku kesejukan!

Arghhhhhhh!!!!!! Ibu! sakit bu! Ibu tolong bu....banyak semut kerumun adik bu! Ibuuuuuuuuuuuu!!!!!! Sampai hati ibuuu~

Suasana sepi...di malam yang dingin, perginya satu nyawa si kecil..di tempat pembuangan sampah.......dikerumuni semut di seluruh tubuh kecil itu..tidak berair mata.......



Andai si kecil mampu bersuara, sanggupkah kamu wahai si ibu yang sedemikian membuang mereka? Sungguh kebal hati kalian..Mewujudkan 1 nyawa dan pada masa yang sama kau membunuh nyawa itu...Si kecil yang tidak berdosa pergi sendiri tiada pernah diratapi si ibu...

* REPOST ENTRY*

Contest Watak Kartun Paling Comel

Assalamu'alaikum~

Ca dijemput oleh penganjur contest ni sendiri iaitu AdikChoChopper ... 
Comel je makhluk dalam banner Adik .. :)
Klik kalau nak join keh !

Bab kartun jangan citer la .. Walau dah besar kedabak ni tapi jiwa masih kanak2 milo ribena lagi .. Ca memang suka tengok katun .. Tapi katun2 comel je .. Katun aksi kurang minat .

Katun paling comel bagi ca jatuh kepada . . . . . . . . . . . 



P O C O Y O 

Comel kan ? Geram ! Cari patung dia tak jumpa2 lagi .. Korang pernah jumpa ??
Ca suka time dia merajuk dengan time dia ketawa .. so cute! =)

Ni je la keluarga POCOYO ...


Hehe... Ok .. That's all .. =)
Sekian sahaja dari budak comel yang minat katun comel ..
 - Erk ! Perasan ! Haha -

Karya Mic. Ecxel | Cik Duyung

Assalamu'alaikum...

Ha ..sebelum ni ca da lukis ikan duyung pakai tudung kan .. ha kali ni try wat gambar sendiri pulak guna microsoft excel ni .. 



Ok tak? Haha..Bibir ku cacat la pulak .. Tak reti lagi lukis bibir .. :(
Takpe2 .. praktis banyak-banyak-banyak kali ... hehe :)


Kamek Sik Faham Cakap Kitak

Assalamu'alaikum~

Hamek kaw..Terkeluar da bahasa Sarawak..Hehe..Sape yang lom tau, ca pon berdarah Sarawak gak..Abah orang Sarawak.Tapi ca lahir kat Johor, so jadi Johorean la kan..Duduk Johor pon lagi lama berbanding dok Sarawak.Tapi keluarga belah abah semua kat sana.Abah je merantau ikut mak stay Semenanjung.. :) Sayang bini katakannn..cewah! Haha..



Dah 16 tahun ca tak balik Sarawak..Kalau ada pon, abah jer balik sana sorang2..Bajet tak cukup.Lom ada rezeki nak balik anak beranak.. :( Paklong,maklong ngan nenek ada lah datang beberapa tahun yang lalu..Uih,memang cam lama gak tak datang sini mereka semua tu.

Tapi esokkkk...(esok ke? ni da masuk hari khamis da pon..hehe) nenek Sarawak ca nak datang! Paklong ngan maklong pon ada ikut sekali.Diorang nak raya kat sini..Best memang best, mesti meriah raya haji kali ni sebab ada diorang..Tapi...yang buat ca tak keruan, kang diorang ajak ca berbual, ca bukan faham sangat.Bahasa diorang agak pekat jugak..Memang terlopong dibuatnya nanti.Terpaksa la mak abah tolong translate..Hehe..Tak kan nak suruh inchek google translate tolong lak kan.. =__="


*get ready untuk makan masakan nenek @ mak long yang kadang2 pelik..erk! Cane ni............?




Pencarian Blog Follower Bawah 500

Assalamu'alaikum..

Klik Banner Untuk Join..
-hanya yg layak je la..hehe-



* sah2 ca layak .. follower baru 'kepala 3' .. huhu .. xpe2 .. usaha lagi! =)

02 November 2011

Hasil Pertama Kerja Tangan

Assalamu'alaikum..

Tangan yang dulunya langsung tak pandai menjahit skang dah boleh jahit sikit2 sebab minat kat satu jenis kraf ni..Kraf yang menggunakan kain felt..Kemain ca selongkar poket inchek google cari tuto camane nak buat , camane nak jahit semua..hehe

Akhirnya terhasil la dua benda alah nie.. =)




Aik, pink lagi?? Memang tak leh kata apa la..Memang warna dia cantik..hehe



Makhluk kecik tu cam hodoh jer..Haha..
Nak bagi kat sape yer.. :)



* jahit baju tak nak pulak belajar..haha.. :P

Wordless Wednesday #4

Assalamu'alaikum,,

01 November 2011

Aku dan Biawak

Assalamu’alaikum




Hari ni terpaksa pergi bank ..Dengan rasa malas nye nak pergi merempit di pagi2 hari, tetap la memaksakan diri.Mak dah suruh..So, dengan bantuan Mr.WMJ bertayar dua, ca pon gerak la ke Pontian..

Masa nak turun bukit untuk keluar simpang kampung, tiba2 ternampak la inchek biawak kat jalan side kiri…Ok, saya kena elak la kan..Kang tak pasal2 langgar inchek biawak..Ca pon ambil side kanan dengan lajunya untuk elak dia..Sekali………………


“Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”


Kelepek! Inchek biawak boleh lari ke side kanan dan ape lagi..ca dah langgar dia…Serius ca jerit sekuat hati masa tu.Nasib takde orang..Ca dapat rasa tayar depan ngan tayar belakang dah lenyek badan dia.Terasa woo motor terangkat! Ca slowkan motor, tengok belakang kat side mirror..Eh, dia tak mati la..Nasib baik….

Kepala lutut ca memang goyang habis.Tak pernah2 langgar binatang sampai camtu.Nak brek sampai gigil2…Hish! Len kali jumpa biawak kena benti dulu.Sebab dia pon macam ayam.Makin kita nak elak makin dia rapat..Haiyoo~




Dah Tak Muntah2 Pink Dah..

Assalamu'alaikum..




Haa..nampak tak perubahan besar kat blog ca ni? Dah cat baru lagi..Sebab memang nak elak pink background ..Tapi masalahnya, ada certain par yang tak leh diubah warna tulisannya dan saiz..ke ca yang tak pro lagi ni..Uwaaaa~

Kalau yang tak nampak tu Ctrl-A la ea..hehe..Sori...Nanti nak betulkan balik kot kalau tenet laju..Nie pon pi cc jap.. :( Kesuntukan masa.. )


*Mirul a.k.a SpeakerSekolah..kita kembar sekarang...errrr..haha

Segalanya Sebelas

Assalamu'alaikum~



Sekarang memang musim tag-mengetag ye untuk jawab 11 soalan tu..? Ca suka baca kat blog orang yang dah buat tu.Dan hari ni ca sudah kena! Hehe..SpeakerSekolah la yang memanggil2..kecoh 1 sekolah tau! :P


Sebelum tu.....

1. You must post these rules ( sudah..sape buat rule ni?? :P )
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal. ( kena ker? Orait..kat bawah!)
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer. ( ok2..faham...)
4. You have to choose 11 people to tag and link them to the post.( halamakkk~ ramai nya..)
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No tag backs. (alaaa~ nape tak boleh..baru nak kenakan balik..hehe)
7. No stuff in the tagging section about 'You are tagged if you're reading this' you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people. ( ha..baikkkkk~)

==================================================

Ok, nak tau 11 perkara tentang ca?? Macam la korang nak tau kan..isk3... T__T

1) Seorang gadis besi...Hehe.. * Ex-mechanical engineering student.. :P

2) Pencinta kucing..* nyau..nyau..

3) Dilahirkan pada 15 September 19__..hehe..dengan berat 2.9kg dan dilahirkan kat rumah je..Tak sempat pi spital.. * Gelojoh tak saya ni nak keluar? Haha..

4) Anak sulung dari dua beradik.. *tak bestnye tak de abang nak buat back-up2, xde kakak nak kongsi2 citer... hihi

5) Sangat suka makan nasi ayam goreng dan minum air honeydew..  * nyum2!

6) Minat seni photography... * kat fb ca suka add photographer2 semata2 nak tengok hasil kerja mereka..sebab impian ca pon nak jadi macam diorang.. =)

7) Penggeli sama kebanyakan serangga.. dan anti bawang ! *pelik tak?

8) Suka masak makanan2 yang ca suka makan je..Haha.. * naseb la sapa amek ca jadi bini..kih3

9) Suka pergi tempat yang mendamaikan.. * rindunya nak pergi jeti Kong-Kong, Bukit Layang2.. (Pasir Gudang)

10) Tak suka sambut barang yang orang campak * ca mesti fail bila kena tangkap barang yang dicampak..pehal entah..haha

11) Pantang orang makan depan ca macam unta@kambeng... * mulut berbunyi masa mengunyah...eee...

==================================================

Ok, skang nak jawab soalan2 cepu cemas dari Mirul a.k.a SpeakerSekolah...






1.Mana lagi best korek hidung atau korek telinga?

Korek telinga~ Wah..disaat cuba keluarkan lombong mas, nikmatnya...haha.. 


2.Kedalama lubang pusat anda berapa meter dari aras laut?

Huh?? Nak ukur camane ni? Mirul ukurkan boleh? Kah3..senget punya soalan la kamu ni Mirul..

3.Kalau korang ada anak,nama apa yang nak diberi untuk anak sulung?

Perempuan : Aisya Humaira, Lelaki : Syafiq Syazwan

4.Kalau korang jumpa speakersekolah kat luar apa yang korang akan buat? huhu 

Nak ngepau teddy bear..boleh?? Haha

5.Aku sombong tak? 

Tak la..kalau sombong ca tak hingin nak singgah selalu blog kamu.. =)

6.Entry aku best,bodoh,lawak atau entry aku takde kualiti? 

Best + lawak..suke3! Ni bukan pujian eh..hahaha..

7.Blog aku menyakitkan mata tak? 

Pun tak...ca suka.simple but nice.... =) Jeles okeh..

8.Kat rumah pakai mangkuk tandas jenis camner?jenis duduk atau mencangkung?haha 

Cangkung..

9.Kalau Siti Saleha datang rumah anda apakah benda pertama yang korang akan buat selain ajak dier masuk? 

Ajak dia duduk pulak..kah3..

10.Kalau zaman moden sekarang bertukar menjadi zaman purba semula apa perasaan anda? 

Tak sanggup mak nakkkkkkk~

11.Berapa kali korang klik nuffnang kat blog aku??hehe 

Err..sori, tak pernah..Sebab nuffnang ca pon ca abaikan..haha...


==================================================


Ok..selesai jawab..sekarang untuk soal mangsa ca pulak..Ni soalannya... :


1) Apa perkara paling jahat@nakal yang pernah korang buat sepanjang hidup korang...? haha


2) Kalau masa tu boleh diputar balik, korang nak kembali ke zaman bila? Dan kenapa?  Hehe


3) Haiwan apa yang korang paling geli..?


4) Kalau korang berdepan dengan dua pilihan, iaitu orang yg korang cinta dengan orang yang cintakan korang tapi korang tak berapa nak cinta, mana satu korang pilih?


5) Apa korang buat kalau korang jumpa dengan pompuan2 yang dah buang baby diorang ?


6) Berapa banyak bantal korang guna masa tidur? hehe


7) Berat dan tinggi korang? lalala~


8) Makanan ringan paling korang suka masa kecik apa?


9) Apa jenama pen febret korang? *cth : stabilo,pilot,etc


10) Dari 1 hingga 10, bagi markah untuk blog ca...


11) 3 perkataan untuk describe tentang ca @ blog ca..


==================================================


Mangsa ca untuk jawab soalan2 diatas ialah :




* errr...macam semua otai blog jer...ca pilih semua ni sebab :
>>memang teringin nak tau pendapat dan perihal hidup diorang.hihi
>>mereka la yang selalu datang balas kunjungan ca, xsombong..nak kenal, pi terjah..da kenal, sendiri tau la kan... =)
>>url blog diorang dah lekat kat kepala.. =)


SETTLE!
Entry paling lama ambil masa nak siap.huh~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...