30 August 2012

Kisah 5 Ketul Manusia Di Pagi Raya

Assalamu'alaikum...

Lamanya ca tak update..Jadi malas gara-gara line yang slow..Masalah lazim yang ca selalu bitau bila dah lama tak update.Memang takde masalah lain.Citer berpuluh kali pon sama je. Haishhh.. =__="  See? Raya ke doblas baru nak kasi entry sebijik!

Amacam ngan raya korang? Ada yang masuk spital sebab tercekik kuih tat? Ada yang kena asma sebab tersedut serbuk kuih batang buruk? Ke ada yang menangis tak berlagu sebab dah tak dapat banyak duit raya?? Haa..yang ni terkena batanh idong sendiri lah sebab memang tak dapat banyak dah duit raya..sob3..Kenapakah polisi pemberian duit raya tu semakin terhad bagi mereka yang semakin dewasa ini? Kenapa? Kenapa?? Ini tidak adil tidak adil ♪♫

Macam biasa, semenjak arwah nenek dah takda, pagi 1 Syawal tak semeriah macam ketika arwah ada.Kalau tak, arwah nenek akan sibuk paksa cucu2nya mencekik lepas sesi salam2 maaf-maafan tu.Walaupun kadang2 cucunya dah mencekik seawal pagi sebelum salam2 lagi. Kena pulak 1 Syawal kali ni makcik2 ca sekeluarga balik lambat sikit.Masing2 sambut pagi raya kat teratak masing2. Jadi, keluarga ca yang hanya tinggal 10 tapak dari umah nek abah (atok), kami jer la yang ada untuk temankan nek abah.. Maka 5 ketul manusia ni je yang ada..Sunyi sangat lah..


Dari kanan - Ca , pak Awang (abah ca), Pak Mail ( nek abah ca), puan Rosnah (mak ca), dan yang paling gemuk tu Bro Bawang Kecik, satu2nya ADIK ca ye..harap maklum~

Masalah besar bagi ca, mereka2 kat atas ni kurang sporting nak bergambar. Tu yang amik gambar pon macam nak amik gambar pasport.. =__= Tengok, tak pasal2 muka ca pon terpotong sikit.Haha.. Nak ambil sampai cun, diorang dah malas..Haishhhh...Teringin jugak nak tengok mak abah amik gambar macam model2 pengantin2 zaman sekarang sambil pegang ketupat. Teringin jugak nak ambil gambar nek abah buat pose comel dengan 'peace' nye.. Haha..Tapi tu hanya mampu lalu di kepala otak ni je.Tak dapek la deknon... 

Gambar yang menjadi kontroversi ..    
Tu yang best bila adik lagi besar dari kakaknya.Ambil gambar berdua, dah ada yang buat kontroversi. Ape taknya, masa ca beraya ngan kawan2, ada sorang kawan ca cakap kat ca " waahhh..bahagia nampak ngan pakwe. " Ca tanya lah tengok kat mana? Dia cakap "kat DP fb la.." Kawan2 ca yang dah biasa tengok adik ca, diorang yang dah gelak2 dulu dah.Hehe..Nampak tak permainan dia? :p


Pengantin lama..Mak & Abah.. ♥
Seboleh-boleh mak nak bergambar kat dinding merah kat umah nek abah. Nek abah bar cat tu.Hamek kaw.Merah macam tokong cina.Nasib untuk ruang makan jek.. Bak kata Eric Leong, tempat makan biar warna merah, nanti orang akan rasa lapar je. 

*Sebab tu KFC, McD, Marrybrown dan kebanyakan kedai fastfood tu ada tema merah.. :)

Tu jer la gambar yang mewakili keluarga ca dan nek abah di pagi raya. Nak tunggu makcik2 balik lambat.Dah sampai tak ingat pon nak ambil gambar ramai2. Kalau diorang ada, keluarga belah mak ca tetap nampak tak ramai sebab masing2 anak sikit. Maklong ada 2 orang anak. Maksu ada sorang anak.Ca pon 2 beradik je..Nak tengok kalau semua tu ada?? Macam gambar kat bawah ni..



Ni ambil suka2.Bukan time raya pon masa ni.. Ouh..Sakit mata sebab banyak merah! Lembu pon boleh marah nie!

Tak ada yang menarik sangat la untuk cerita pasal 1 Syawal. Sedara mara sampai lambat, hari pon hujan time tu, jadi korang agak2 la ca buat ape kan...lalala... ZzzZzzzz

Nanti ca citer pasal konvoi raya ca ngan geng sekolah rendah ca keh.. ^^, InsyaALLAH..Oklah, dikesempatan ni, ca nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kepada semua readers ye.. :)

06 August 2012

Nak Untung Tapi Kelentong!

Assalamu'alaikum... :)

Sedar tak sedar dah setengah bulan dah kita berpuasa kan.Kalau sebut SETENGAH BULAN memang nampak sekejap je bulan puasa nak habis..Kalau sebut ____HARI nampak macam lambat je..

Nak untung tapi kelentong..Tu la yang selalu peniaga2 kat luar sana buat.Ca bukan nak tembak semua peniaga.Tapi kebanyakannya memang camtu.Tak jujur dan tak amanah dalam berniaga. Contoh pengalaman ca kelmarin.Ca beli epok-epok (karipap versi johor) kat bazar.Memang nampak sedap.Kembung je kan..Sekali masa berbuka, nek abah ca yang rasmikan epok-epok tu.Nek abah cakap " epok-epok ni kosong" sambil goncang epok2 tu. Boleh dengar inti kat dalam tu..Nek abah belah dua, hummm..setakat 2, 3 kiub kentang jek?? Ape la orang ni..Tak kan tak cukup modal? Kalau tak cukup jangan buat kuih berinti ni..

 
Tu belum kat pasar lagi.Kadang-kadang peniaga-peniaga ikan ni boleh pulak campur ikan fresh dengan ikan yang dah tak fresh atau busuk.Kalau kena pembeli yang setakat tau sebut, "nak ikan ni sekilo eh.." , maunya si peniaga ni kaut je ikan fresh campur ikan tak fresh tu. Kalau yang tau pilih sendiri tu takpelah..Boleh selamat lagi..

Lagi satu kes, adik ca pernah beli bantal online lah. Handmade punya tu.Sekali sampai tengok-tengok jahitan dia semua ala kadar.Tapi harga mahal.Serius tak berbaloi. Ca tak puas hati PLUS geram la kat adik ca tu,sebab dia lupa ke kakak dia ni ha crafter jugak.Boleh buat bantal serupa tu jugak.Menyesal tak sudah duit terbang camtu je.Padan muka. Untuk crafters yang lain, kita berbisnes dengan bakat yang ALLAH bagi, customer pulak akan beli bila percaya pada bakat kita.So, amanahlah dengan kepercayaan yang orang bagi kat kita.Buat dengan ikhlas.Confirm benda yang simple pun akan nampak cantik.. :) InsyaALLAH..

Kesimpulannya, nak berniaga, nak untung, ikhlas lah! Amanahlah! Jujurlah! Rezeki kita ALLAH yang bagi. Pembeli hanya pengantara je..Ingat tu..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...