Showing posts with label PuiSi. Show all posts
Showing posts with label PuiSi. Show all posts

16 December 2012

Bisik Hati Pada Jari #1 : Semalam....

Sejarah itu cerita semalam,
Cerita semalam bukan dongengan,
Cerita semalam bukan lakonan,
Walau watak dipinjam darjat selingan..
Mustahil untuk ku putarkan masa,
Mustahil untuk aku tak kenal siapa,
Kau..
Kau yang mewatakkan darjat pelengkap setia,
Senyum aku ukiran masa ,
Tawaku penggenap bahagia,
Kerana hadirnya kau yg seketika.

Semalam yang ku tahu ia jauh,
Semalam yang aku kenal ia indah,
Nak ku pergi tidak sampai,
Nak ku milik tidak tercapai.
Apa dayaku..
Ku lepaskan semalam terus berlalu 
Ku kenangkan semalam dalam doaku....

26 October 2011

Rindu KurnianMU...



Disaat dia membuka bicara..
Tiap katanya membuat aku ingat pada Mu..
Di saat dia memimpin iman di dada..
Tiap langkahnya membuat aku kagum pada ciptaanMu..
Aku rindu dia YaALLAH...


Ya ALLAH...
KAU kurniakan aku rindu ini..
Namun ku takut akan rahsiaMu yang tersimpan rapi..
KetentuanMU yang aku belum ketahui..
Tapi ku yakin KAU tahu apa di hati..
KAU tahu apa yang terbaik sekali..


Ku rindu dia YaALLAH..
Ampunkan aku ..
Kerna ku merindu seorang insan milikmu,
Berat dan sarat rindu di hati.
Ku sabar menanti..
Kebahagian disuatu hari nanti..
Pinjaman Mu yang sedia pasti..


12 July 2011

Sampaikan Rinduku YaALLAH





Hati ku milikmu Ya Rabbi
Tiap apa Yang Kurasa
Hanya KAU Maha Mengetahui
Walau sekecil mana dan sebesar mana
Perasaan yang datang mahupun pergi
ENGKAULAH  Yang Maha Mendengar
Tiap bait kata hatiku
Yang memendam rindu dan kasih yang mekar
Kepada dia yang miliki pinjaman yang sama
Namun berada dijasad berbeza..
Hati kecil pinjaman agungMU Ya ALLAH ..
Jauhnya dia, namun dalamnya cinta
Hanya aku mampu memendam rasa
Rasa dihati tak keruan jadinya
Entah bila terbongkarnya rahsia
Yang KAU simpan kemas diatas sana…

Ya ALLAH...
Sampaikan rinduku padanya..
Kau pengantaranya...
Kerna KAU Satu yang tahu
Tahu dalamnya cinta
Tahu payahnya derita
Tahu yang mana bahagia..

30 May 2011

CahaYa DaLaM GeLap


Bagai menutup cahaya yang menerangi,
Aku alpa jalan itu jalan berduri,
Aku menyusur dengan sendiri,
Tanpa berfikir apa akan terjadi..

Sedangkan cahaya telah diberi,
Aku kalah dalam dunia fantasi,
Membawa diri leka kesana kemari,
Hingga tersedar itu bukanlah sebuah mimpi.

Bukan mimpi tapi hakikatnya realiti,
Menyesal sudah tiada terperi,
Rasa ingin aku kembali,
Disinari cahaya yang bisa menerangi..

Terangilah aku hingga penghujungnya,
Menanti pemimpin menemani setia,
Ku tahu ku bukan setabah mana,
Dambakan semangat tanpa putusnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...