06 August 2012

Nak Untung Tapi Kelentong!

Assalamu'alaikum... :)

Sedar tak sedar dah setengah bulan dah kita berpuasa kan.Kalau sebut SETENGAH BULAN memang nampak sekejap je bulan puasa nak habis..Kalau sebut ____HARI nampak macam lambat je..

Nak untung tapi kelentong..Tu la yang selalu peniaga2 kat luar sana buat.Ca bukan nak tembak semua peniaga.Tapi kebanyakannya memang camtu.Tak jujur dan tak amanah dalam berniaga. Contoh pengalaman ca kelmarin.Ca beli epok-epok (karipap versi johor) kat bazar.Memang nampak sedap.Kembung je kan..Sekali masa berbuka, nek abah ca yang rasmikan epok-epok tu.Nek abah cakap " epok-epok ni kosong" sambil goncang epok2 tu. Boleh dengar inti kat dalam tu..Nek abah belah dua, hummm..setakat 2, 3 kiub kentang jek?? Ape la orang ni..Tak kan tak cukup modal? Kalau tak cukup jangan buat kuih berinti ni..

 
Tu belum kat pasar lagi.Kadang-kadang peniaga-peniaga ikan ni boleh pulak campur ikan fresh dengan ikan yang dah tak fresh atau busuk.Kalau kena pembeli yang setakat tau sebut, "nak ikan ni sekilo eh.." , maunya si peniaga ni kaut je ikan fresh campur ikan tak fresh tu. Kalau yang tau pilih sendiri tu takpelah..Boleh selamat lagi..

Lagi satu kes, adik ca pernah beli bantal online lah. Handmade punya tu.Sekali sampai tengok-tengok jahitan dia semua ala kadar.Tapi harga mahal.Serius tak berbaloi. Ca tak puas hati PLUS geram la kat adik ca tu,sebab dia lupa ke kakak dia ni ha crafter jugak.Boleh buat bantal serupa tu jugak.Menyesal tak sudah duit terbang camtu je.Padan muka. Untuk crafters yang lain, kita berbisnes dengan bakat yang ALLAH bagi, customer pulak akan beli bila percaya pada bakat kita.So, amanahlah dengan kepercayaan yang orang bagi kat kita.Buat dengan ikhlas.Confirm benda yang simple pun akan nampak cantik.. :) InsyaALLAH..

Kesimpulannya, nak berniaga, nak untung, ikhlas lah! Amanahlah! Jujurlah! Rezeki kita ALLAH yang bagi. Pembeli hanya pengantara je..Ingat tu..




8 comments:

  1. akak 1 family mmg x gemar makan kue beli kt bazar...puas hati buat sendiri

    ReplyDelete
  2. klu la semua peniaga ikhlas...

    ReplyDelete
  3. kalau nak berniaga tu..bukan sekadar nak untung je...kena la ikhlas je...kalau buat mcm tu..mesti lepas tu org da tak percaya da..mesti bisnes pun terjejas...

    P.S - PR tu macam kayu pengukur blog kita ni kat tahap mana...PR ni dari PR0 sampai PR10...kalau blog kat Malaysia ni..ezad pernah tgk paling tinggi pun PR4...lain la mcm Facebook tu..PR9..sbb satu dunia org search tiap2 masa kan...hee...tu yg ezad paham la pasal PR ni...(^^,)

    ReplyDelete
  4. atok pun ponah alami bondo yang samo.....popia basah...boli sebijik tu dah la sehengget...pastu balik maso bukak poso raso payau....chaitt

    ReplyDelete
  5. Biasa la.. Depa nk untung lebih.. Macam2 yg depa buat untuk kelentong pembeli.. So kita sebagai pembeli.. Kena la berhari2 semasa membeli sesuatu.. Jangan mai tibai aja beli... =p

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya CA..maaf zahir batin..raye kat ne?

    ReplyDelete
  7. betul sangatlah.peniaga jenis 'bidan terjun' yang tibe2 dok ade masa bulan puasa ni yang bahaya.banyak kali dah kena.sbb tu beli apa yg tak reti masak je.takat kuih muih xpandang dah.kesian org yg meniaga ikhlas terkena tempiaskan!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...