02 August 2012

Kenangan Ramadhan : Cinta Keropok Lekor

Assalamu'alaikum...

Hai semua… Ca tak de lagi ek buat entry sempena bulan Ramadhan nie? Belum terlambat SANGAT kan untuk ca wish? Hehe..salam ramadhan bagi semua silent reader mahupon pembaca setia blog ca ni..Puasa tak? Puasa jangan tak puasa.. Kalau dah mampu membaca entry ni tentulah kuat lagi sihat kan? Kalau sakit tak de nya larat nak blogwalking ni semua.. :P

Korang ada kenangan manis atau pahit masa bulan puasa tak? Mesti ada punya kan,kan? Ok, ni ca nak share kenangan yang agak manis bagi ca di suatu masa dulu.Dikala umur ku masih belasan tahun..Oohhh..sudah hampir 4 tahun ca meninggalkan zaman belasan tahun..Sedar tak sedar, makin tua sudah.. Erk~

Cerita bermula disaat ca baru melangkah ke politeknik sebagai junior semester 1 untuk sesi Julai 2007. Wah..masa tu muka ku sesuci embun pagi nokkk..Muka budak2..Jerawat pon segan nak timbul..Huh~ (sedih sebab skang jerawat dah ‘tunjuk belang’! )

Macam biasa, awal2 masuk kelas belum study sangat.Sesi suai kenal manjang.Yelaa…masing2 tak kenal.Datang dari merata negeri 1 Malaysia..Tiba waktu kelas B.I masa tu..kena kenalkan diri , SPEAKING la kan..Ca dah dapat kawan masa tu.Sebab roommate ca kebetulan sama kelas dengan ca. Sampai turn sorang budak lelaki ni..Ca tak nampak sangat muka dia.Sebab masa tu budak kelas ca ada 30 orang lebih. Ramai gak la kan..Ca Cuma dapat dengar suara dia perkenalkan diri dia.Dia nampak teragak2,shy2 cat camtu..Tiba2 lecturer ca bersuara “ why you look so robotic? “ Haha..dia berdiri tegak macam robot kot masa tu..

Mulai dari masa tu, ca dengan kawan2 perempuan yang dah mula rapat gelar dia robotic bila nak ngumpat.Ops! ( Ca da mintak maaf da kat dia sebab ngumpat dia dulu..hehe)

Lepas tu, time dekat bengkel welding..Ca dengan kawan2 ca datang awal termasuk dia.Tak ramai lagi masa tu. Ca apa lagi, cakap ngan kawan ca.. “ aku nak ambik gambar dengan dia..” masa tu niat bukan apa..nak tengok reaksi dia aje plus nak jadikan dia 'bahan umpatan'.Jahat kan? Sekali dia on jek.Wah..robot ni sporting. 

Gambar pertama dengan beliau dekat bengkel welding.. (SEM 1)
Tak sangka,kitorang pun jadi kawan..Kira dia budak lelaki kelas pertama yang ca kenal masa tu.Entah macam mana nombor fon dia ada kat enset ca.Tanpa disedari kitorang selalu main mesej..

Sem 1 kitorang stay hostel.Tibalah bulan ramadhan.. Ca selalu tapau makanan, berbuka dekat bilik dengan roommate ca. Satu hari tu, time nak berbuka, tiba2 dia telefon suruh turun pergi depan dewan makan (DM) sekejap.Aik,kenapa la pulak kan..Blok asrama ca dekat je dengan DM. Ca pun turun sekejap..Nampak dia dah tercegat kat depan DM.

“Nah..” dia hulur satu plastic. Ca tengok, keropok lekor… “selamat berbuka..saya tak tau nak bagi apa…” dia sengih..Emm..lebih kurang camtu la perbualan kitorang.Dah lama kan..ca ingat sikit2 je.Hehe..Masa tu, degupan jantung ca lain macam dah..Owh..pipi ca terasa kena tekap dengan ais sebuku.

Bagi budak berumur 18 tahun masa tu, itu adalah perkara paling sweet dah.Haha..Ca bukan culture shock ok..Masa tu ca pon baru berpisah dengan seseorang tu. Selama 3 semester dia minta declare.Tapi ca tolak tau.Ca cuma nak kawan je dulu sebab ca bukan senang nak terima lelaki dan lupakan seseorang yang ca pernah sayang dengan cepat. Jadi kitorang cuma rapat. 1 kelas fikir kitorang couple..Sedangkan hakikatnya tidak.. 

Gambar kedua maybe..dekat bengkel mesin.. (SEM 1)

Apa jadi kat kitorang?? Ca miss kan klimaks citer kitorang keh..hehe..ca terus kepada citer sekarang.. Kitorang masih berkawan. Alhamdulillah.. Sekarang dia berada di menara gading.. Ca sentiasa doakan kejayaan dia..

Pesanan untuk dia (MNS) : Kalau kau baca ni, aku nak bitau.. aku bangga dengan kau sebab dulu kau pernah hampir putus asa sebab tak nak study kat poli,kau kata kau tak boleh nak bawak.tapi dimana kau sekarang? Kau ada di menara gading.Tempat yang semua orang impikan.Aku doakan ko dapat jadi engineer yang terbaik di masa akan datang…Kau tetap aku anggap sebagai kawan baik aku.. :)



*Kawan takde klon..Kalau hilang seseorang kawan tu, kita akan 'hilang' dia selamanya..Hargai setiap kawan kita.. :)

1 comment:

  1. hee..mesti time dia nak beli makanan tu..pening kepala nak beli apa nak bagi ca kan...hee

    > best bila ada kawan yg boleh satu kepala dgn kita ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...