Assalamu'alaikum...
Hai semua… Ca tak de lagi
ek buat entry sempena bulan Ramadhan nie? Belum terlambat SANGAT kan untuk ca
wish? Hehe..salam ramadhan bagi semua silent reader mahupon pembaca setia blog
ca ni..Puasa tak? Puasa jangan tak puasa.. Kalau dah mampu membaca entry ni
tentulah kuat lagi sihat kan? Kalau sakit tak de nya larat nak blogwalking ni
semua.. :P
Korang ada kenangan manis
atau pahit masa bulan puasa tak? Mesti ada punya kan,kan? Ok, ni ca nak share
kenangan yang agak manis bagi ca di suatu masa dulu.Dikala umur ku masih
belasan tahun..Oohhh..sudah hampir 4 tahun ca meninggalkan zaman belasan
tahun..Sedar tak sedar, makin tua sudah.. Erk~
Cerita bermula disaat ca
baru melangkah ke politeknik sebagai junior semester 1 untuk sesi Julai 2007.
Wah..masa tu muka ku sesuci embun pagi nokkk..Muka budak2..Jerawat pon segan
nak timbul..Huh~ (sedih sebab skang jerawat dah ‘tunjuk belang’! )
Macam biasa, awal2 masuk
kelas belum study sangat.Sesi suai kenal manjang.Yelaa…masing2 tak kenal.Datang
dari merata negeri 1 Malaysia..Tiba waktu kelas B.I masa tu..kena kenalkan diri
, SPEAKING la kan..Ca dah dapat kawan masa tu.Sebab roommate ca kebetulan sama
kelas dengan ca. Sampai turn sorang budak lelaki ni..Ca tak nampak sangat muka
dia.Sebab masa tu budak kelas ca ada 30 orang lebih. Ramai gak la kan..Ca Cuma
dapat dengar suara dia perkenalkan diri dia.Dia nampak teragak2,shy2 cat camtu..Tiba2 lecturer
ca bersuara “ why you look so robotic? “ Haha..dia berdiri tegak macam robot kot
masa tu..
Mulai dari masa tu, ca
dengan kawan2 perempuan yang dah mula rapat gelar dia robotic bila nak
ngumpat.Ops! ( Ca da mintak maaf da kat dia sebab ngumpat dia dulu..hehe)
Lepas tu, time dekat
bengkel welding..Ca dengan kawan2 ca datang awal termasuk dia.Tak ramai lagi
masa tu. Ca apa lagi, cakap ngan kawan ca.. “ aku nak ambik gambar dengan
dia..” masa tu niat bukan apa..nak tengok reaksi dia aje plus nak jadikan dia 'bahan umpatan'.Jahat kan? Sekali dia on
jek.Wah..robot ni sporting.
Gambar pertama dengan beliau dekat bengkel welding.. (SEM 1) |
Tak sangka,kitorang pun jadi kawan..Kira
dia budak lelaki kelas pertama yang ca kenal masa tu.Entah macam mana nombor
fon dia ada kat enset ca.Tanpa disedari kitorang selalu main mesej..
Sem 1 kitorang stay
hostel.Tibalah bulan ramadhan.. Ca selalu tapau makanan, berbuka dekat bilik
dengan roommate ca. Satu hari tu, time nak berbuka, tiba2 dia telefon suruh
turun pergi depan dewan makan (DM) sekejap.Aik,kenapa la pulak kan..Blok asrama
ca dekat je dengan DM. Ca pun turun sekejap..Nampak dia dah tercegat kat depan
DM.
“Nah..” dia hulur satu
plastic. Ca tengok, keropok lekor… “selamat berbuka..saya tak tau nak bagi
apa…” dia sengih..Emm..lebih kurang camtu la perbualan kitorang.Dah lama
kan..ca ingat sikit2 je.Hehe..Masa tu, degupan jantung ca lain macam
dah..Owh..pipi ca terasa kena tekap dengan ais sebuku.
Bagi budak berumur 18
tahun masa tu, itu adalah perkara paling sweet dah.Haha..Ca bukan culture shock
ok..Masa tu ca pon baru berpisah dengan seseorang tu. Selama 3 semester dia
minta declare.Tapi ca tolak tau.Ca cuma nak kawan je dulu sebab ca bukan senang
nak terima lelaki dan lupakan seseorang yang ca pernah sayang dengan cepat.
Jadi kitorang cuma rapat. 1 kelas fikir kitorang couple..Sedangkan hakikatnya
tidak..
Apa jadi kat kitorang?? Ca
miss kan klimaks citer kitorang keh..hehe..ca terus kepada citer sekarang..
Kitorang masih berkawan. Alhamdulillah.. Sekarang dia berada di menara gading..
Ca sentiasa doakan kejayaan dia..
Pesanan untuk dia (MNS) :
Kalau kau baca ni, aku nak bitau.. aku bangga dengan kau sebab dulu kau pernah
hampir putus asa sebab tak nak study kat poli,kau kata kau tak boleh nak
bawak.tapi dimana kau sekarang? Kau ada di menara gading.Tempat yang semua
orang impikan.Aku doakan ko dapat jadi engineer yang terbaik di masa akan
datang…Kau tetap aku anggap sebagai kawan baik aku.. :)
*Kawan takde klon..Kalau hilang seseorang kawan tu, kita akan 'hilang' dia selamanya..Hargai setiap kawan kita.. :)
*Kawan takde klon..Kalau hilang seseorang kawan tu, kita akan 'hilang' dia selamanya..Hargai setiap kawan kita.. :)
hee..mesti time dia nak beli makanan tu..pening kepala nak beli apa nak bagi ca kan...hee
ReplyDelete> best bila ada kawan yg boleh satu kepala dgn kita ni...