07 August 2011

PEMBAHAGIAN 100% KASIH SAYANG BOLEH MEROSAKKAN HIDUP

Assalamu’alaikum~

Semua orang ada kawan..dari kecik kita dah pandai berkawan..tak kira kawan kita tu comot ker, kita yang comot ker, kawan jer semua..janji kita enjoooyyyyyy~ Kalau zaman ca, kecik2 nie tak pandi lagi la main cinta…budak2 sekarang ca tengok, kat tadika pon dah pandai main2 cinta nie…ceh3..siap bagi lollipop la…kongsi air sirap la..makan suap-suap la..hik3…( tapi comel gak tu kan.. :P )

Kawan itu semestinya datang dulu sebelum datangnya seorang kekasih..tapi topik yang ca nak ulaskan kat entry kali nie ialah……… ( buat gaya seorang pakar motivasi )

“ PEMBAHAGIAN 100% KASIH SAYANG BOLEH MEROSAKKAN HIDUP ”



Sepanjang ca hidup 22 tahun kat muka bumi Allah nie la kan, apa yang ca dapat perhatikan dari pengalaman, LELAKI LEBIH UTAMAKAN KAWAN DARIPADA KEKASIH MEREKA..manakala PEREMPUAN LEBIH UTAMAKAN KEKASIH DARIPADA KAWAN MEREKA..Cikgu ca penah la bitau, lelaki nie boleh lagi bahagikan hati mereka kepada beberapa orang dalam satu masa..( tu yang leh timbulnya poligami…hehe…)..tapi pompuan lak, majoritinya akan memberi 100% hati dan perasaan mereka tu hanya kepada seorang lelaki..( playgirl?? No komen~ )..Sebab pompuan nie mudah memberi 100% kasih sayang pada seorang lelaki ni jugak la menyebabkan banyak terjadinya kes anak luar nikah..macamane?? Tengok situasi nie keh…………………..
===========================================================
BABAK 1

Si Lelaki : Ucukkk….ucukkk sayang abang tak??
Si Perempuan : Mestilah sayang…
Si Lelaki : Berapa banyak? Bape kilo?
Si Perempuan : Hati nie 100% hanya untuk kamu abang…Kalau timbang rosak penimbang tu bang…
Si Lelaki : Boleh buktikan?? ( buat muka kesian~ ) Abang tak nak dipermainkan macam girl2 dimasa silam…( peh~ sesedap punya alasan~ )
Si Perempuan : Ucuk sanggup buat apa sahaja untuk abang…ok, abang cakap abang nak sayang buktikan cane? ( sambil tergedik2 macam ulat gendon )
Si Lelaki : Kiss abang sikit ucukkk…( cucuk-cucuk pipi konon gebu tu..)
Si Perempuan : Laa~ tu jer ke…kacang hijau la abang~ aloloh..meh2..mmmmuahhhh!

-----------------------MISI 1 SI LELAKI BERJAYA------------------------

===========================================================


===========================================================

BABAK 2

Si Lelaki : ucukk…ucuk kata sayang abang kan….?
Si Perempuan : Laaa…ye la bang..kenapa…tak percaya lagi ker??
Si Lelaki : Bukan tak percaya..tapi abang  takut kehilangan ucuk.. ( sekali lagi sesedap alasan )
Si Perempuan : Ucuk tak kan tinggalkan abang la..janji..!
Si Lelaki : Ucuk…abang nak ‘cop’ ucuk sebagai bini abang la…tak mo orang kacau…
Si Perempuan : Huh…cop macamane bang? Cop mohor ker?
Si Lelaki : Errr….alaa..abang takut ucuk x nak jer….
Si Perempuan : Kan ucuk kata sanggup buat apaaaa saje untuk abang….
Si Lelaki : ni yang sayang lebih nie! Ucukkk…jom~~ ( tersengih2 macam kerang busuk )
Si Perempuan : ( Pickup maksud si lelaki kemain laju…) Ooooo…eeee~ nakal tau abang nie! Ummm..jom~

--------------MISI SI LELAKI, MISI SI LAKNATULLAH(SYAITAN) BERJAYA------------


===========================================================


Nie sebagai contoh la bila seorang perempuan mudah memberi cinta 100% kepada seorang lelaki saat masih tiada ikatan yang sah..nauzubillah~ jauhkan la diri dari perkara2 keji nie..

Tu kes pompuan..agak2 ada tak lelaki yang memberi cinta 100% kepada si awek nyer ?? Ca rasa ada..kan ada video2 yang tersebar kisah seorang lelaki bunuh diri, gantung diri gara2 putus cinta…Erm..jom kita tengok contoh kes lelaki la pulak….




===========================================================
BABAK 1

Si Perempuan : Abang, ucuk nak pakai banyak duit laa..mak sakit… Ucuk nak cari keje la..( buat muka sedih…)
Si Lelaki : Yeke..eh, tapi ucuk kan belajar lagi..tak payah la keje..nanti abang usahakan cari duit untuk ucuk yer..abang sayang sangat kat ucuk..
Si Perempuan : Betul ker? Tak menyusahkan abang ker?
Si Lelaki : Tak la..nanti abang pinjam kat kawan kilang abang yer…ucuk nak guna baper?
Si Perempuan : Erm.. (aaaa~ nak beli apa ek? Ha! nak beli kasut tumit tinggi, nak handbag..nak tukar enset cikai tu..) Ummm …RM 2000 la bang.banyak.. (buat muka sedih lagi…)..Kalau tak mampu, abang jangan paksa yer..ucuk cari keje..
Si Lelaki : Tak pe, boleh….abang takmo ucuk keje..nanti pelajaran terabai..lagipon ucuk abang nie cun sangat..nanti kene ngorat..tak boleh, tak boleh….ishhhh~ bahaya..
Si Perempuan : Yela sayang..mekaseh banyak2..sayang abang!

------------------MISI SI PEREMPUAN BERJAYA---------------------

===========================================================

===========================================================

BABAK 2

Si Lelaki : Dah beli ubat mak?
Si Perempuan : Dah abang..tapi doctor cakap tiap minggu mak kena pergi check kat spital..dah la jauh..mak tak leh jalan sangat dah…camane entah..
Si Lelaki : Umm…kesian mak..ucuk pakai kete kancil abang jer la..biar abang gi keje naik motor..ucuk ada lessen kan?
Si Perempuan : Lesen ada…dulu masa ayah hidup dia yang tanggung buat lessen tu…
Si Lelaki : ha..dah senang dah..ucuk pakai je kete abang yer….
Si Perempuan : Tak p eke? Nanti abang gi keje time ujan basah lak..
Si Lelaki : Hujan air sayang..bukan batu…ada baju hujan…. ( senyum penuh kasih….)
Si Perempuan : Senyum…… (yes! Dapat kete! Yahoooo! )

Sebulan dua kemudian…

Si Lelaki : Ucuk! Mana ucuk pergi? Bape lama abang cari ucuk, tunggu ucuk, tepon semua tak dapat??
Si Perempuan : Kau saper?? Kau salah orang nie..
Si Lelaki : Ucuk!!!! Ni abang la….mak camane? Sehat??
Si Perempuan : Mak?? Eh, mak aku dah lama mati la..ko sape nak tau hal aku?? Berambus!!!

KUALA LUMPUR : Seorang lelaki berusia 24 tahun ditemui mati akibat cubaan bunuh diri dengan menoreh pergelangan tangannya……bla bla bla bla……..


===========================================================


Macam2 kan boleh jadi kalau kita tidak berpada-pada dalam bercinta sebelum kawen nie..boleh bercinta setengah mati nie..tapi selepas kawen la..nie tak, belum ada ikatan yang sah, bercinta nak rak..akibatnya makan diri..

Bercinta dengan bunga, bunga kan layu..
Bercinta dengan manusia, manusia kan pergi..
Bercinta dengan Allah, cinta kekal abadi….



14 comments:

  1. mak akak penah cakap..kalau percaya dan sayang pada org jgn bagi 100% takut kite tertonggeng huhu..

    tapi anak dan mak kenala sayang 100% :)
    tu darah daging kite hehe..

    ReplyDelete
  2. great!!! sayang biar berpada even dah kawen simpan 10% rase x percaya pada pasangan masing2....

    latest entry Sesi TERJAH MENERJAH Blogger & Bila Perempuan KENCING BERDIRI

    ReplyDelete
  3. berjalan-jalan lalu menyinggah di sini :)

    ReplyDelete
  4. @kaizen betul2..semua org xleh percaya...cikgu, ustazah, ustaz skang pon leh jadi penjenayah..huhu

    ReplyDelete
  5. tips2 yg menarik..
    kay akan amik pengajaran yer

    ReplyDelete
  6. betul tu..

    kalau nak bercinta untuk kaum hawa neh..jangan lebih2...sampai tergadai maruah...

    nice entry..entry peringatan..

    ReplyDelete
  7. @ILA HonEyBuNNy betul tu..maruah tu amat berharga ..kena jaga lek lok..

    ReplyDelete
  8. Bercinta2 jgk tp kena igt bts la..
    syg tue x slh tp biar berpada2 kan ? hehe..
    apapun semoga di jauhi drpd semua ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...