15 July 2013

Kisah Silam Si Pasangan

Assalamu'alaikum..


Setiap orang ada masa silam masing-masing.
Baik..
Buruk..
Pahit..
Manis..


Tapi bila dalam sesuatu perhubungan, masa silam si pasangan kadang-kadang boleh kita terima dengan hati terbuka,kadang-kadang langsung tak boleh diterima bergantung pada sejauh mana kekuatan mental pasangan yang satu lagi tu.

Patut ke masa silam tu diungkit atau diceritakan pada pasangan ? Ada orang mengambil keputusan untuk "tutup buku lama, buka buku baru". Ada orang yang mengambil langkah selamat untuk menceritakan kesemuanya bg berlaku jujur pada pasangannya supaya tidak diungkit pula di lain hari.

Bagi ca, ca merupakan spesies manusia yang ingin tahu masa silam pasangan ca. Biar semuanya jelas. Senang, nanti apa2 berlaku ca da tahu ceritanya. Tak la terkapai-kapai nak flash back balik. Lagi satu, bila pasangan ca bercerita pasal kisah silamnya dulu, itu tandanya dia jujur. Tapi dulu ca pernah buat silap.Ye, zaman belasan tahun. Ca pernah melepaskan seseorang yg ca sayang gara-gara dia jujur perihal kisah silam dia. Bukan ca tak boleh terima, tapi ca salah ambil tindakan dalam menyelesaikan masalah. Papepon, kerana kesilapan tu la buat ca lebih berhati-hati dalam membuat keputusan sekarang. Belajar untuk menerima baik atas kejujuran pasangan.

Kenapa tiba-tiba ca citer pasal ni?? Sebab tadi En Bulat ca berlaku jujur jugak dengan ca berkaitan seseorang yg pernah wujud di masa silam dia. En Bulat suruh bukak fb dia, baca inbox dia. Pada awalnya SENTAP. SEDIH. CEMBURU. MARAH. Kenapa? Sebab dia berchatting dengana 'ex' dia. Ca tau perempuan tu adalah satu2nya perempuan yg dia pernah sayang gila2 masa dulu. Tapi perempuan tu tinggalkan dia. Perempuan tu jugak berjaya buat En Bulat jadi 'mayat hidup' suatu ketika dulu gara2 frust. 

Tapi Alhamdulillah...Ca cepat2 positifkan diri. Ada laa seminit dua airmata membasahi pipi. Lepastu, semuanya kembali positif. Ca terima. Set minda ni yang dia dah JUJUR dengan ca. Dia tak main rahsia2 belakang ca. So, apa yang ca nak takutkan? Tambahan lagi dia mengingatkan yang di hati dia, di fikiran dia cuma ada ca sekarang. Bukan perempuan tu lagi. Lagipon perempuan tu dah berkeluarga. Ca tengok sendiri conversation diorang kat fb tu. En Bulat tak pula mengungkit2 kisah lama diorang . Cuma perempuan tu je  ada 1,2 perkara yg dia ungkit. Tapi nasib baik En Bulat tak melayan..Tapi banyak mengingatkan perempuan tu yg dia (pompuan tu) dah berkeluarga. Geram jugak hati ni kat pompuan tu. Kalau la dia baca entry ni, ca nak dia tahu, dia dah ada SUAMI. Dah ada ANAK. Tak payah la nak flash back balik kisah cinta kau dengan BEKAS KEKASIH LAMA..Tahukan hukumnya? Dah besar..Sendiri mau ingat.

Ca hanya mampu berdoa agar ALLAH kekalkan hubungan kami. Tetapkan jodoh ca dengan En Bulat. .Setiap pertemuan bersebab. Jadi ca harap pertemuan ca dengan En Bulat bersebabkan sesutau yg terbaik dan terindah...Aminnnnnn~

3 comments:

  1. walau apa apa pun semoga berbahagia.. jgn buat video mcm seminggu bercouple tu lak k..hehe

    ReplyDelete
  2. insyaAllah semuanya akan baik baik saja :)

    hahah bengonglah faiq . video kapel seminggu

    ReplyDelete
  3. paham ape yg kau rase... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...