Salam readers...
Da lama tak wat entri untuk renungan bersama...Kali nie, aku nak kongsi beberapa petikan hadith yang aku petik dari buku La Tahzan...
" Sesiapa yang Ku ambil orang yang dicintainya di dunia, tetap mengharap Redha(Ku) , nescaya Aku akan menggantinya dengan syurga. " ( Hadith Nabi )
" Sesiapa Kuambil dia kekasihnya ( matanya ),namun tetap bersabar maka Aku akan mengganti kedua-dua matanya itu dengan syurga ." (Hadith Nabi )
Hadith mana, aku tak la pakar dalam bab nie..Aku cuma nak kongsi apa yang aku dapat dari pembacaan aku je dalam buku La Tahzan ( Jangan Bersedih )...
Dalam hadith nie Nabi menerangkan bahawa ALLAH sentiasa menggantikan sesuatu yang hilang dengan sesuatu yang lain. Itu janji ALLAH..Tapi kita sebagai hambanya perlulah yakin dan sabar bahawa di sebalik setiap musibah itu terdapat ganti dan balasan dari ALLAH..Jika kita mmapu mengatasi musibah itu dengan penuh sabar dan sentiasa mengharapkan redha ALLAH, kita akan tergolong dalam golongan seperti ini :
"mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-NYA ; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya" (surah Al-Baqarah :157)
Allah larang kita terlalu bersedih..Kan semua yang berlaku tu dah tertulis..Kalau kita terlalu sedih, dan kadang2 kita terleka yang kita dah salahkan takdir..Itu semua macam kita dah salahkan ALLAH pulak..Jadi, beringat-ingat la..Aku penah terbaca satu artikel, tp lupa dari mana, lebih baik kita menangis kerana dosa2 lalu daripada menangis kerana perkara yang sia2...Contoh dok nangis sebab artis febret tersingkir keluar dalam mana2 rancangan realiti..Macam AF tu..huhu..Yang lain korang fikirlah sendiri...Dah besarkan..hehe...
Ganjaran orang yang sabar tu besar dan indah tau..ALLAH dah janji..macam firman ALLAH dalam Surah Ar-Ra'd :24 )
" Selamat sejahteralah kamu berpanjangan , disebabkan kesabaran kamu.Maka amatlah baiknya balasan amal kamu ketika didunia dulu" ATAU " Sejahtera keatas kamu kerana kamu telah sabar, maka sebaik-baiknya ialah balasan di syurga " ( Lain quran, lain susunan ayat untuk maksudnya ) Boleh cari sendiri..
Aku nie pon bukan la seorang perempuan yang kuat dan tabah..Kadang2 jatuh terduduk gak bila ditimpa musibah nie..Mula la menangis nak rak..Kadang2 masalah tu tak lah besar mana, tapi asyik fikir jek, leh jadi masalah yang berat..Mula lah memudharatkan..Mulalah migrain aku datang..Allah..Aku lupa semua nie..
Bila aku teringat kan tentang 'janji' ALLAH, aku akan jadi kuat...Aku cuba tenangkan diri aku..Cuba usaha untuk settlekan masalah tu slow2..Bila dapat selesaikan, memang rasa bahagia tau..Bahagia tu lain sangat..Korang try la..Cuba lawan masalah tu..Korang akan rasa something different kat jiwa korang..Korang akan rasa diri korang tu TABAH sebenarnya..KUAT ..
Jika korang kehilangan sesuatu..Sape tak sedih kan..Makan masa gak untuk keluar dari kesedihan tu..Tapi bila sesuatu datang 'mengganti', korang pernah terfikir tak, bahawa itulah 'pengganti' yang DIA berikan..Dan insyaALLAH lebih baik..
"Camane kalau kehilangan orang yg kita sayang tu buat selama-lamanya?? Dia dah meninggal dunia.."
Kalau soal kematian, memang tiada pengganti yang sama...Mati itu pasti..Kita pun akan menyusul nanti..Entah esok, lusa..Sekejap lagi..Tiada sape yang tau..Kita kena terima kematian tu..Balasan 'sabar' kita mungkin tak dapat diganti di dunia..Tapi kat 'sana' ada..
" Sesiapa kehilangan anaknya, namun ia tetap berusaha untuk bersabar maka diakhirat nanati akan dibangunkan untuknya satu Baitul Hamdi ( Rumah Pujian ) "
Tapi hal nie bukan berkenaan tentang kematian jek..Tak kisah la apa2 skali pun..Selagi namanya musibah @ masalah @ dugaan...Hanya orang2 yang terpilih akan ditimpa musibah nie..Sebab ALLAH sayangkan dia..Nak bagi ganjaran kat dia..
Sapa tak nak masuk syurga terindah milik ALLAH iaitu syurga Firdaus kan..? Aku bukan lah ustazah atau alim ulama'...Allah..iman pun turun naik..Naik pon lom pasti ada ke tak..Tapi tak salah kan mencuba untuk jadi lebih baik..Jadi, sama2 kita renungkan.. :)
p/s : sebarang kekurangan harap dimaafkan..
0 buDi bicaRA:
Post a Comment