19 April 2011

Assignment 2 | UBM | Sunnah Nabi Di Dalam Hidup Kita

Assalamu'alaikum...

Kewujudan UBM amat menarik perhatian ramai...Studentnyer semakin ligat bertambah..Dengan adanya pula UBM Official Ping Group, semakin kuat ukhwah sesama blogger..Disana lah pertemuan,perkenalan, perkongsian berlaku..Ca suka sangat dengan UBM nie...


Kalau sebelum nie Assignmnet pertama berkenaan dengan Orientasi, kali nie assignmentnye agak mencabar bagi Ca..Mungkin mereka yang agak berpengetahuan, senang jek..Tapi Ca akan cerita apa yang kita patut amalkan seharian..Sebab ape yang ca nak citer adalah kebanyakan yang kita lakukan setiap hari..

ASSIGNMENT 2 : 
NYATAKAN 3 SUNNAH NABI YANG ANDA TAHU.HURAIKAN DENGAN LENGKAP APAKH KEBAIKAN SUNNAH-SUNNAH TERSEBUT DAN KEBAIKAN TERHADP PENGAMALNYA


KLIK Banner Untuk JOIN...


JAWAPAN :

1) Amalan sebelum tidur




  • Nabi Muhammad s.a.w akan mengmbil wudu' sebelum masuk tidur
  • Dibacanya ayat 3 Qul ( Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq & Surah An-Nas ) dekat kedua tapak tangannya lalu menghembus nafas ke arah kedua tapak tanggannya itu lalu disapukan ke seluruh badn yang mampu dicapai mulai dari atas kepala..
Daripada Aisyah r.a : 

"Apabila Nabi s.a.w mendatangi katilnya setiap malam,dia mengumpul kedua tapak tangannya, kemudian dia menghembus pada kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya (3 QUL) , kemudian dia menyapu dengan kedua-duanya (tapak tangan) apa yang dia mampu daripada tubuhnya bermula dengan kedua0duanya diatas kepala dan mukanya dan apa yang sampai daripada tubuhnya"

  • Membaca tasbih (subhnallah), tahmid (alhamdulillah) dan takbir (Allahuakbar) = Subhanallah walhamdulillah walaailaahaillallah Allahuakbar.. sebanyak 33 kali. Kata nabi, amalan ini lebih baik daripada mengambil seorang pembantu rumah untuk menguruskan rumah kita.

Daripada Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda kepada Fatimah ketika Fatimah inginkan dan meminta dari Rasulullah seorang pembantu :

"Mahukah aku tunjukkan kamu berdua terhadapa apa yang lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang pembantu? Apabila kamu berdua mendatangi katil kamu berdua atau kamu berdua mengambil tempat tidur kamu berdua, maka bertakbirlah 33 kali, dan bertasbihlah 33 kali dan bertahmidlah 33 kali. Maka ini adalah lebih baik daripada seorang pembantu"

INFO
Digalakkan membaca 1 Quran atau dengan erti kata lain, sebelum tidur kena khatam Quran..

( Ha??? Biar betul? Banyak tu..Orang khatam sebulan..Selalu time bulan puasa tu..)

Tapi sebenarnya, Nabi kita s.a.w selalu mangajar anak2 baginda supaya membaca 3 kali surah Al-Ikhlas dimana ia bersamaan dengan 30 juzuk Al-Quran ( Sekali baca = 1/3 juzuk Al-Quran )..Senangkan? Disamping tu, kita tambah lah dengan surah Al-Fatihah dan ayat qursi..Serta apa yang disebutkan kat atas tadi..

*yang nie ca penah baca..sumber nyer ca lupa..maaf yer..sape yg tau boleh bitau ca..

Kebaikan : Semoga tidur dan bangun kita sentiasa dilindungi para malaikat dan diredhai oleh ALLAH s.w.t...InsyaALLAH..

*************************

2) Adab ketika meminum air 




  • Semestinya yang makan pakai tangan tu tangan kanan la kan..Jika tangan kita kotor dengan bekas makanan tersebut dan ingin minum air, biasanya akan menggunakan khidmat tangan kiri kan? Jadi sebaik2nya kita pegang bekas minuman itu ditangan kiri, TETAPI ruas jari telunjuk hendaklah menyentuh bahagian bawah bekas air (tapak botol/cawan/gelas)

Kebaikan : Makan @ minum menggunakan tangan kiri kan tak elok dan antara amalan syaitan..Jadi dengan cara nie, kita masih dianggap mengikut syarat dimana masih menggunakan tangan kanan..

  • Jangan minum tanpa mengambil nafas atau bahasa kasarnya minum sekali teguk/sekali gus jek untuk habiskan air dalam sesuatu bekas air..Nabi suruh kita minum 2,3 kali teguk, kemudian ambil nafas..TAPI jangan menghembus nafas dalam air / jangan tiup air (kalau time air minuman tu panas) yer kawan2....

Tirmidzi meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

"Janganlah kalian minum dengan sekali teguk seperti minumnya unta (unta minum), tetapi minumlah dua atau tiga teguk "

Kebaikan : Dapat menghindari daripada kita tercekik, menghindari daripada penyakit ( tiup / hembus nafas dalam air minuman boleh mendatangkan penyakit.



*************************


3) Amalan meminum air baki alim ulama'/ orang warak



Sekali lagi pasal minuman..Tapi lain sikit..Selalu kalau kita pergi ceramah agama yang disampaikan oleh tokoh2 alim ulama' , ustaz/ ustazah kita tak buat apa2 kan?? Tapi seeloknya, jika sedang seseorang alim ulama' itu menyampaikan ceramah, dan ada air minuman dihadapannya, dia minum dan meninggalkan baki, kita boleh minum..Geli?? Tak timbul soal geli kalau kita mahukan kebaikannya..Dimana boleh mendapat keberkatan dan insyaALLAH boleh menyembuhkan penyakit dengan izin dari ALLAH...

Yang nie masa ca belajar, ustazah ca memang akan bagi kitorang anak murid dia minum sikit2 sorang..kadang2 memang disengajakan letak sebotol air mineral yang dibuka penutupnya depan2 penceramah tu.. :)

Oklah, tu sedikit sebanyak yang Ca tau...Rujukan tu ada lah wat research sikit..Ca bukan la pro bab2 hadith ke ape kan.. :)

Sedikit camane pon ilmu kita ada, kalau dikongsi dan diamalkan oleh orang lain secara berterusan insyaALLAH kita akan mendapat ganjaran juga dari ALLAH.... :)

Sekian...

p/s : sape nak join boleh klik banner atau KLIK [ SINI ]

6 comments:

  1. sinnagh dr UBM..rapatkan ukhwah..

    bab minum air tu..lg satu elok minum duduk..tmb ckit xpe kan..?

    ad mse jmputla singgah blog sye
    http://faezrusni.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. @Faez Rusni ye,betul tu..mekaseh ingt kn.. :)

    insyaAllah sy dtg melawat nnti yer..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...