13 January 2012

Jika Bertemu Dengan Mereka,Maka Katakanlah...

Assalamu'alaikum....


Di pagi Jumaat ni ca nak kongsikan sesuatu...Minggu lepas ca ada baca perkara ni kat blog Kak Maera (Miss Librarian)..Perkongsian dia yang menarik dan bagus.


Macam dah jadi kebiasaan, kita akan menilai seseorang tu bila kita melihat dia kali pertama..Bahasa jawanya "1st impression"..Hehe..Nak contoh? Ok ..Contohnya camni :


---------------------------------------------------------------------------


Lokasi : Shopping Kompleks


Perempuan A ternampak Perempuan B tak bertudung dan make-up tebal... " hummm..mesti dia tak sembahyang ni..make-up punyalah tebal.. "


Tiba2 dalam surau, Perempuan A nampak lagi Perempuan B masuk surau untuk...untuk ape? Solat ye kawan2...


---------------------------------------------------------------------------


Ha, tu la.Jangan cepat sangat menilai yang buruk2 kat orang...Kita mana tau hati mereka kan? Sebab tu ca nak kongsi nasihat dari Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani dalam tips untuk sentiasa bersangka baik sesama insan...




  • Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".



  • Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

  • Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."



  • Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."




  • Jika bertemu dengan seorang yang cerdik sungguh, maka katakanlah (dalam hatimu) :"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia cerdik sungguh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."


  • Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

Tu antara tips yang baik untuk kita terapkan dalam hati kita sebelum nak bersangka buruk kat orang.Bersangka buruk ni menghampiri fitnah dan mungkin memang akan menjadi fitnah.Nauzubillah..



* " abang burger tu asyik tengok aku je, syok kat aku lettewww.." ----> bersangka baik boleh..hehe..Tapi jangan nak perasan sangat lah! :P

28 comments:

  1. salam..selamat pagi jumaat ca. =) betul, sb tu islam menyuruh kita bersangka baik. mungkin org yg kita hina itu, kedudkannya lebih baik disis Allah. Allah maha mengetahui.

    ReplyDelete
  2. sentiasa rendahkan diri, itu yang afdal. :)

    ReplyDelete
  3. salam jumaat..aah betul kan kita mudah menilai orang..walaupun xtahu kebenarannya..dont judge a book by its cover..susah nak pikir positif..heehe

    ReplyDelete
  4. jgn menilai dari luarankan.mmg kite kene bersangka baik ngan org..:)

    ReplyDelete
  5. oleh itu,jangan la kte menilai orang len skadar dari luaran je.time kasih atas perkongsian di tengah hari jumaat yang mulia ini.

    ReplyDelete
  6. bersangka baik lah =D
    tengs ats doa tu..bolat takle note!!!

    errr.. yg last tu.. bju awk ade susu tmpah kot.tu yg tgok.. kehkehkeh,,

    ReplyDelete
  7. @Khumaera Ismail aka Mariam Ismail : betul kak..kita tak tau lagi samada kedudukan kita disisi ALLAH tu camane, jd jgn kita memencilkan orang lain..

    ReplyDelete
  8. betul tu cik duyung..nice sm suka..

    KIta perlu sentiasa berikiran baek n positif..

    ReplyDelete
  9. betul tu... didiklah diri kita supa selalu bersangka baik... itu lebih baik..:)

    ReplyDelete
  10. ha ca! husnudzonnnnnn! awk jeles kat kite? sebab kite cantik dr awk le tue. hehehhee. ni x patut berlaku okey. kan ca..

    ReplyDelete
  11. @KuNanGKuNanG : yup..kita kenali mereka dulu..xknl mka xcinta..

    ReplyDelete
  12. Cik Ca kena tag.hehehehe

    http://noruazuran.blogspot.com/2012/01/contest-im-super-cutest-blog-by-faz-and.html

    ReplyDelete
  13. sentiasa bersangka baik la kan...tu lebih baik..:D

    ReplyDelete
  14. haha. abg burger? pon boleh. lain kali usha lah sekali abg engineer, mana taqu dia boleh syok kat ca. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...