02 April 2012

Cuti-Cuti Cinta (1) | Kota Berlampu

Assalamu’alaikum..


~Kota Berlampu~

Akhirnya ca berpeluang jugak kasi up story mory pasal percutian ca 2 minggu lepas..yeeeee.. 2 MINGGU LEPAS… haha.. Cerita da basi-basi-masyam dah.. Korang yang follow-up blog ca mesti tau la masalah kritikal tahap nak kena bagi CPU CPR yang melanda ca sekarang. Wuwuwu….sedih !

Ok,ok..Meh mak jemah nak citer.. 2 minggu lepas ca pergi naik Shah Alam.Naik la kan? Ca kan dari Johor.Hehe. Ca ke sana sebab ca ada join reunion coursemate ke Genting Highlands. Bukan coursemate ca,tapi kawan baik ca,Saipurah. Ca menyibuk je. Ca join je la sebab kawan baik ca da pelawa. Peluang cuma datang sekali ye dak? Ca apa lagi, bagai orang haus di’payung’ coolblog perisa coklat letak pearl  la ! Ngeee..

Jumaat (16.3.2012) tu Ca gerak dari Johor sorang2 ke KL..Phewwww… Pestime gerak sorang2 pergi jauh.*Jauh ke JB-KL?? Sila jawab jauh!!!* Hehe.. Ca akan bermalam kat kolej kawan ca dalam Uitm. Bas yang ca naik benti kat TBS.Bukan kat Shah Alam.Kenapa? Hehe..sebab ‘si dia’ nak jemput then bawak ca jumpa ngan kawan ca tu. Kawan ca ada kelas sampai petang masa tu. Sampai2 TBS memang terasa aura macam turun flight la.Haha..Macam kat airport gamaknya.. :) Nice… *Jakun jap! :p

‘Si dia’ sampai, ca pi solat jap pastu terus ajak pergi mencekik sebab perutku menjerit-jerit mintak diisi. Terbaik la sebab dapat mencekik nasi goreng ayam yang sedap kat..kat..erk! Tak ingat nama tempat tu. =__=”

Sementara tunggu kawan ca habis kelas, round2 KL ngan Shah Alam la jap. 1 perkara je ca nak simpulkan ketat2 dalam kepala otak korang. KL memang sinonim dengan jem atau bahasa sopannya KESESAKAN LALU LINTAS! Ouh..tak suka! Bunyi hon boleh pulak berlawan-lawan. E’eh..bergurau pulak driver2 kat atas jalan ni. Haish~ Muka ca makin ketat dek kesesakan tu.Kawan ca habis kelas je,kitorang decide nak jumpa kat mana. Dah jumpa tu barulah ‘si dia’ lepaskan tanggungjawabnya ca ke Saipurah untuk menjaga budak kecik lagi comel ni.Ihik3.. :p *Sila muntah!*  Tapi sempat lagi plan camana ca nak keluar malamnya tu ngan ‘si dia’. Ca nak pergi I-City ! Tu memang hajat ca dah lama dah. Teringin nak jalan2 ngan 'si dia' kat I-City. Saipurah plan baik punya camana nak keluar. Hehe. Macam nak ‘fly’ gitu..

Sampai2 bilik kolej, da maghrib. Memang sangat penat. Tapi disebabkan nak kejar masa, nak keluar pulak ke I-City, mandi laju2, solat, bersiap. ‘si dia’ stay surau dekat2 situ je sebab tak sempat nak balik Hulu Langat. Saipurah ni la yang teman ca sampai gate utama Uitm. Mekaseh sayang sebab teman ye..  ‘Si dia’ da tunggu kat kepsi .

Akhirnya sampai jugak ca ke I-City. Selama ni dok tengok je orang lain bercerita,bergambar kat I-City. Sekarang da sampai. Komen? Biasa je..Tapi cantikla. Ca suka warna warni ni.Macam nak cabut je satu pokok kasi pacak depan umah kat Johor.Haha.Nak tengok gambar? *gambar ca je la banyak sebab ada tukang amek gambar tak bergaji..hak3.. :p





Ca jumpa kembar la!!!

Lep u!

Ang-ang!

Gambar ngan 'si dia' banyak la jugak..tapi malas la nak tunjuk banyak2..Kang orang kata OVER! Macam dia sorang je ade abe.hehe..Tunjuk 1 je la ye..ye.. ^^,


Balik kolej tak dapat tidur pon. Pergi berkenalan pulak ngan beberapa kawan2 kepada kawan ca tu.Kira kawan2 yang akan join ke Genting jugak la dan yang ada kat Uitm. Ada lagi yang dari Arau dan tempat lain belum sampai.Best ! Diorang semua sporting..Senang je nak ‘masuk kepala’. Jatul, Yana, Wani korang memang best.. ^^, Thanks layan ca ngan baik.. J

Ok..Panjang kan? Errr…sorry..ca memang fail bab buat summary sejak sekolah lagi.Karangan summary memang hancus! Hehe..

·         * Next entry – Sejuk Tak Bersalji ! ^^,

5 comments:

  1. waaaaa...tak pernah gi i-City.takde sape2 pon nak ajak.sedihnya kan

    ReplyDelete
  2. bestnyer jalan2..time cik nur g i-city tu, kembar ca xde lagi lah time tu..hihihi

    ReplyDelete
  3. hahaha. aku yg duduk sini pun tak pernah pegi ict...

    ReplyDelete
  4. syoknya dia bercuti..alahhh..1 je gambo 'si dia'??xleh2..nak tngok lagi..update lgi untuk part 2..haha

    ReplyDelete
  5. hee...ezad yg duduk dekat pun tak pernah pergi i-City ni ca...heee~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...