06 February 2012

Kisah Cawan Dan Piring

Assalamu'alaikum..

Arghhh..macam nak patah tulang belakang den nie ha..Sedang menyiapkan order customer.Order apa? Klik [SINI] kalau nak tahu..Alhamdulillah rezeki..Ni stop sekejap dari menjahit, rindu pulak nak dengar bunyi 'tap tap tap' si papan keyboard. Ca kan suka dengar bunyi tu lagi2 bila taip laju2 dan sekuat mungkin.Hehe..Ok intro menyimpang 4 batu.Sori...

Cute kan? ^^,


Cawan dan piring memang tak boleh dipisahkan.Dengan adanya piring la yang membezakan CAWAN dengan saudara-saudaranya yang lain seperti abang kole, cik gelas, mak cik mug,atok teko dan sebagainya... Cawan selalunya dan memang dilahirkan dicipta untuk diisi dengan air minuman yang panas.Jadi, dengan piring, kita bolehla angkat cawan yang panas tu. Takpon, minum air dalam piring ke..*nampak x sopan eh? ca selalu buat..hehe* Cuba korang isi dengan air tembikai laici ais, syok ke minum dalam cawan? Ofcoz tak syok.Tak de ummph! *sambil ketap bibir*  Minum seteguk dua dah habis..Betul tak?


CUPcake? hehe..

Lepas tu kenapa cawan ada telinga?? Ops..sori, ca memang panggil telinga.Yang sebenarnya pemegang tu la..Kenapa? Kenapa? Jawabla...... :) Sekali lagi jawapan yang sama macam kat atas.Sebab cawan untuk air yang panas. Ce pegang cawan dengan muka slumber badak masa minum air panas tu.Amacam?? Kompem air tu bukan ke mulut korang dulu.Memang ke kaki dulu la jawabnya..Sebab risiko untuk korang letak cawan tu semula ke meja dengan kelajuan 121km/j  akan menyebabkan air tumpah..



Ok, faham kan? Begitu jugak dengan kehidupan manusia. Semuanya sudah dirancang dan apa yang ALLAH rancang semuanya bersebab. Contoh air yang panas tu ibarat kemarahan yang semestinya ada dalam semua diri manusia.Tapi cawan ada telinga dan piring kan? Macam tu jugak kita.Kita masih dikurniakan nilai kesabaran.Dan ada cara-cara tertentu untuk redakan kemarahan kita (alternatif lain). 

Kenapa cawan untuk air panas je? Macam kita lagi. Dalam soal jodoh..ALLAH dah tetapkan orang yang sesuai sahaja untuk kita. Tak kan orang yang panas baran dengan orang panas baran jugak kan? Meletup rumah tangga tu.. 

Camane nak minum nie? 

Sempurna kan ciptaan ALLAH..? Banyak lagi contoh...Sampai 3 hari 3 malam pon tak habis taip kalau nak citer semua.Cewah... :)


*Kita selalu sebut, ''kita hanya mampu merancang, ALLAH yang menentukan.'' Tapi sebenarnya kita MERANCANG APA YANG TELAH DIRANCANG oleh Allah... :)

14 comments:

  1. wahhh..dia pandai menjahit..leh jadi isteri solehah ni..hehe

    ReplyDelete
  2. salam....waaa, bagusnya perumpaan ni..nice..

    **akak dah buat tutorial comment box...harap suka =)

    ReplyDelete
  3. semuanya bersebab..suka baca..selamat pagi ca..

    ReplyDelete
  4. ca... bererti sangat ca.. really make reader thinks. :)

    ReplyDelete
  5. ttbe rindu nk minum secawan KOPI..heheh

    ReplyDelete
  6. ca , entry ca memang best . dari ayat ca . fuhhh . :D suka ayat last ca, memang sebenarnya kita merancang apa yang telah dirancang oleh allah :)

    ReplyDelete
  7. @budak penjara : ala..jahit kraf je pon..jahit baju belom blaja lagi..hehe

    ReplyDelete
  8. @Cik Chokie : ish..tinggi sangat pujian tu..biasa2 je entry ca nie.. :)

    ReplyDelete
  9. siapalah kite nak lawan takdirnya kan. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...