24 February 2012

Nak Ikut Cara MELAYU ke ISLAM??

Assalamu'alaikum..


Nak 'kawen' senang..Nak nikah tu yang payah pada zaman skang ni..Kenapa? Sebab 'terikat' dengan adat dan juga kebiasaan orang melayu kita..Nak buat majlis kawen mesti akan ada list yang lebih kurang macam ni kan?



SUMBER : SINI --> baca untuk kisah sebenar

Tak kan bagi orang yang kurang berkemampuan pon nak ikut orang-orang yang mampu ni.. Bila tak mampu, tapi nak juga buat majlis grand2 tu yang jadi SUSAH..Perkahwinan tak pasal2 jadi lambat, maksiat pula makin berleluasa..

Jangan nak ikut orang sangat.Kita buat takat yang kita mampu. Jangan demi sebuah perkahwinan yang diidam-idamkan sanggup berhutang sana-sini. Kalau dah memang betul2 kurang mampu, ada je cara mudah untuk bernikah.. 

Cuba kita tolak kos barang hantaran,sewa pakej pelamin dan baju pengantin, tempahan kad kawen yang melatops dan upah jurugambar..Mungkin akan ada penjimatan disitu.. Lagipon yang wajib kan akad nikah jer..Pastu hebahkan perkahwinan tu dengan sedikit jamuan atau lebih berkat dengan adakah kenduri doa selamat.Hal ni bertujuan untuk mengelakkan jatuh fitnah.Yela, tiba2 nampak kita bawa lelaki luar masuk,apa la orang kata.Sedangkan kita sah menjadi suami isteri..


Ha pasal kos2 yang ca kata kita cuba tolak tadi, kalau nak jugak, kita guna alternatif lain.Jahit baju sendiri ke, hias pelamin sendiri ke, bab jurugambar..Ha, ni yang best.. Apa guna kawan ramai kan? Tak kan xde langsung kawan2 yang pandai buat photoshoot.. Guna kamera digital biasa pon boleh.. :) Kemahiran diutamakan! 


Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat. Kumpul duit untuk kehidupan SELEPAS NIKAH bukan untuk MAJLIS NIKAH...Itu lebih baik.. :) Berbelanja ikut kemampuan..Kalau mampu tak salah..Cuma BERPADA-PADA.. :)






*Mak...nak kawen! ^^,

13 comments:

  1. Betul miza sokong ca . hehe tapi an ayah miza cakap , lau miza kawin t nak panggil jemaah surau wat doa selamat je lepas nikah tu . hihi xpela janji perkahwinan kita bahagia n sentiasa diberkati dan diredhai allah :)

    ReplyDelete
  2. memang la nak ikut agama tapi masalahnya bukan pada kita tapi masyarakat sendiri.bila wat camtu,mulalah kuar mulut2 busuk dok mengomen pe sume.hmmmm..kalau 15k tu kira ok lagi.saya pon dah leh kawen.hehehe

    ReplyDelete
  3. Bagi Cik Nur kan.. Pebelanjaan lepas kawin tu lagi penting..xnaklah berhabis sebelum kawin dan lepas kawin fikir hutang..

    sebolehnya, biarlah bersederhana..kan..

    ReplyDelete
  4. Ikut kemampuan diri masing2. Kalau kewangan stabil, bolehlah buat majlis meriah sikit. Yang jadi masalah, dah tahu tak mampu tapi nak jugak buat majlis grand dan terpaksa berhutang. Lepas kahwin, hidup merana. :(

    ReplyDelete
  5. @Cik Chokie : yeke..ayah miza da cakap awal2 dah ye? hehe..elok la tu.. ^^

    ReplyDelete
  6. pokok pangkalnya bakal pengantin tu.....xde ke perkara yang boleh dijadikan kenangan masa tua nanti?

    ReplyDelete
  7. bersederhana ikut kemampuan..tapi sekarang nie semua mahal..makan kos jugak..beli souvenir saje belanja banyak dah..kena bijak la berbelanja..

    ReplyDelete
  8. dah wajah baru ek blog nie ca..still purple..i like...

    ReplyDelete
  9. @Cik Nur : betol tu cik nur..xmo la sampai berhutang kan? :)

    ReplyDelete
  10. @Arol Mubin : wah..arol nampak matang walau masa dak skola..hehe..gud2... :)

    ReplyDelete
  11. @Suhami Ahmad : atok..mekaseh bukak mata ca..mesej tak sampai upenyer..dah edit dah! ^^ ni khas untuk mereka yg kurang berkemampuan. :)

    ReplyDelete
  12. @Tiramisu Fatiema : tu la.barang semua da naik harga.. :/

    tukar template sikit je kak.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...