27 November 2010

LuMraH keHidupAn

   Hmm..biasa kita sebut tentang lumrah kehidupan..Nama pun manusia..Makhluk yang dicipta oleh Yang Maha Pencipta...Dari permulaan kita dijadikan sampailah pada keadaan kita bernafas sekarang...Lumrah manusia, bermula dari alam rahim si ibu..Yang dingin dan gelap..Namun kat sana la kita hidup selesa sampailah ke hari kita keluar melihat dunia..

   Lumrah manusia, adanya sifat kasih dan sayang...Kita disayangi oleh ibu dan bapa.. :) Bila da meningkat dewasa, kita pulak yang akan rasa kasih dan sayang itu..Sampailah masa kita rasa ingin berkongsi kasih dan sayang itu..Lumrah manusia, lelaki dan perempuan dijadikan untuk saling melengkapi..Lihat sahaja contoh terdekat, ibu dan bapa kita..Mereka bersatu..Kita pon tutut hadir dalam kebahagiaan mereka..Sekarang lengkap sebuah keluarga itu.. :)

   Kasih dan sayang itu selalunya akan ada rasa benci dan marah sebelumnya..macam biasa, lumrah kehidupan sebagai manusia.. Perasaan ni macam-macam..Daripada kuasa perasaan ni, dapatla h kita lihat jatuh bangunnya seseorang tu termasuklah diri kita sendiri..Adakalanya kita bersedih..adakalanya kita gembira..Macam ombak kat laut..Kadang-kala bergulung menghempas laut..Kadang-kala tenang dan amat mendamaikan..Tapi tanpa kita sedari, ombak yang bergulung dan menghempas laut itu juga mendamaikan bukan..Ini bermakna, ALLAH menjanjikan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya tersendiri..

   ALLAH hanya kan menguji hambanya hanya mengikut kemampuan diri seseorang itu..DIA kan lebih memahami diri kita..Tiada siapa yang boleh menandingiNYA...Kadang-kadang kita ketawa sampai kita leka bahawa akan ada kesedihan yang akan menyusul..Kadang-kadang kita menangis sampai kita alpa, bahawa akan ada kegembiraan yang ALLAH sediakan buat kita..BERSABARLAH!!! Kita kuat melalui kehidupan ini..Yakinlah pada janji ALLAH itu..

   Lumrah manusia, tidak pernah lari membuat silap..Kata 'maaf' itu tidak akan wujud jika tiada istilah 'kesilapan' dalan hidup ini..Mohonlah maaf atas kesilapan yang dilakukan bagi pihak yang melakukan kesilapan..dan, maafkanlah bagi pihak yg benar..Kita sesama manusia..Tak layak menghukum setinggi mana seseorang itu..Sebab kita juga pasti pernah membuat salah dan silap..Pasti!

   Kesemua lumrah ini mengajar kita untuk berdiri diatas kaki sendiri..Membuka mata yang kadangkala leka memandang jauh hingga terabai apa yang ada sekarang..Bersyukurlah..Kerana kita masih mampu sedar apa yang kita lakukan.. :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...