29 November 2010

MAK, ABAH...saya sayang mak abah... :( Maafkan saya...

Bangun jer dari tidur, pernahkah kita ingat untuk melihat keadaan mak ayah kita?
Mungkin kita bangun, mak ayah sudah pun pergi kerja..
Tak sempat pun kan salam mereka, cium tangan dan pipi mereka..
" Alaa...nanti diorang balik jugak kan??"
Mungkin itu yang korang akan cakap kan?
Pernah tak korang terfikir yang ajal maut itu ditangan TUHAN??
Pernah tak korang terfikir kalau-kalau mak ayah kita tak sempat balik?
Pernah tak korang terfikir??

Sebelum mak pergi kerja..
Mungkin mak korang dah siapkan lauk pauk untuk korang makan kat rumah..
Walau pun sekadar telur sambal ke, tetap masakkan..
Cukup-cukup untuk korang..
Pernah tak korang terfikir, mak kita makan apa kat tempat kerja?
Pernah tak korang 'check' dompet mak korang?
Mak kita mungkin makan roti 50 sen tu je kat tempat kerja..
Memandangkan anak, mak sanggup makan sekadar mengalas perut.

Macammana pula dengan ayah?
Mak bekalkan ayah dengan air sebotol..
Bekalkan sarapan yang mak buat pagi tu..
Tapi ayah kerja sampai malam...
Makan sekali jer..Kesian ayah..Kerja kuat..Tapi makan tak tentu..
Kita dekat rumah boleh je makan..

Cukup bulan, mak ayah gaji..
Orang lain gaji, seronok..Muka ceria habis..
Nak fikir pergi shopping dengan keluarga..
Tapi korang cuba tengok wajah mak ayah korang..
Mungkin masih tersenyum..Tapi pernah tak korang curi-curi dengar apa yang mak ayah bincang masa kita takde depan diorang??
"Bil api air, awak bayar yer, gaji abang xcukup. Cukup untuk bayar hutang kedai jer nie.." kata ayah...
"Yela..saya bayar bil ai air nie..Anak kita tu nak beli kasut baru,nak pergi interview katanya.Camana yer?"
mak pula berkata.." Emm..kurangkan sikit lah bayar hutang kedai nie,bawa ke bulan depan."
Sampai macam tu mak ayah fikirkan anak-anak.Padahal kasut ayah dah berlubang tapaknya.Dia tak fikir pon..Macam-macam keinginan mak ayah.Nak makan itu ini, nak beli barang itu ini..Tapi sekadar singgah kat minda.Tak mampu nak membeli pun..

Pernah tak korang terfikir???
Cuba kita lihat dari sudut korang pulak." Sayang da makan? Sihat?" Korang send mesej kat pakwe atau makwe korang.Kredit pun mak ayah isikan. Wah..gembira hati kalian bersama insan tersayang. Bandingkan lah dengan apa yang korang buat antara mak ayah dengan kekasih hati korang. Korang pernah tak mesej mak ayah korang semasa korang jauh dengan mereka? Ni tak..Mak ayah yang risau.Telefon anak-anak diorang.Tu kalau bagi mak ayah yang ada telefon.Kalau yang tak ada? Risau mereka bukan kepalang! Kadang-kala menangis kat atas sejadah tu.Mampu meminta pertolongan ALLAH sahaja.Sampaikan salam rindu mereka melalui kekuasaan ALLAH.

Semasa korang sakit, sibuk mereka nak hantar korang pergi klinik.Kalau masa tu takda duit, pinjam dulu dengan kawan-kawan kat tempat kerja. Semasa mak ayah pula sakit, korang buat apa je? Siap korang tanya "mak masak ape hari ni?" mak bangun, tanya korang nak makan apa.Ya ALLAH..korang tak nampak ker? Ayah pula kalau sakit, pergi juga kerja. Katanya "ayah lelaki. Ayah kan kuat." Padahal ayah memaksa diri..Kesiannya ayah kita..

Selagi mereka masih bernafas bolehlah kita meminta-minta.Kalu mereka sudah tiada?? 

Bagi sesiapa yang masih punya mak dan ayah atau salah seorang sahaja daripada mereka, bersyukurlah. Kasih sayang mereka pada kita adalah kasih sayang yang sangat bernilai.Sampai hujung nyawa mereka. Cuba selami hati mereka.Kaji kehidupan mereka seharian.Barulah korang sedar apa yang berlaku pada mereka.Aku dapat rasa semua ni pun sebab aku dah buat.Paling aku sedih memang soal makan minum mak ayah aku..Aku da pernah tengok dompet mak ayah aku.Aku mampu cuba perbaiki diri aku.Aku akan cuba bantu mereka.MAK, ABAH...saya sayang mak abah... :( Maafkan saya...

''Kucup lah tangan dan pipi mereka yang hangat dengan kasih sayang,
sebelum kau kucup tangan dan pipi mereka yang kedinginan tanpa hembusan nafas yang tenang..''


* bagi anda yang merasakan anda TIDAK berbuat demikian ( tidak menghargai mak ayah) , tahniah..anda anak yang baik..Semoga anda mendidik anak-anak anda pula suatu hari nanti..



Saya rindukan mak ayah...



2 comments:

  1. huhu....yeke..tu la..kdg2 kite nie sebagai anak lupe pasal ni kn? :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...