16 December 2012

Bisik Hati Pada Jari #1 : Semalam....

Sejarah itu cerita semalam,
Cerita semalam bukan dongengan,
Cerita semalam bukan lakonan,
Walau watak dipinjam darjat selingan..
Mustahil untuk ku putarkan masa,
Mustahil untuk aku tak kenal siapa,
Kau..
Kau yang mewatakkan darjat pelengkap setia,
Senyum aku ukiran masa ,
Tawaku penggenap bahagia,
Kerana hadirnya kau yg seketika.

Semalam yang ku tahu ia jauh,
Semalam yang aku kenal ia indah,
Nak ku pergi tidak sampai,
Nak ku milik tidak tercapai.
Apa dayaku..
Ku lepaskan semalam terus berlalu 
Ku kenangkan semalam dalam doaku....

Luahan Hati Seorang Lelaki Bernama SUAMI

 Assalamu'alaikum...

Sebuah lagu yang mampu membuat aku rasa sebak sangat.... 

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
 
 
 
 
 
 
*pernah dinyanyikan oleh seorang lelaki kepada aku....  :(

Kenapa Patut Cuba Extra Moist Chocolate Cake??


Assalamu’alaikum…

credit pic : team EMCC
 
Semakin dikenali, semakin lebar sayapnya, dan semakin dicari-cari oleh semua penduduk Malaysia..Jumlah LIKE di page Extra MoistChocolate Cake(EMCC) yang semakin meningkat hari demi hari dan adanya Dealer, Sub-Dealer mahupun agen di serata tempat seluruh semenanjung Malaysia sudah cukup membuktikan kehebatan cara pemasaran EMCC. 



Kejayaan besar team EMCC baru-baru ini ialah di MAHA..Dari situ juga EMCC berpeluang ‘memenangi’ hati ramai pihak dengan ‘team work’ dan semangat kental dari krew EMCC. Ramai dah rasa.Ramai dah beli dan ramai dah yang mengenali brand ini..  Alhamdulillah..Tapi tetap ada yang belum kenal dan belum rasa EMCC ni kan…? Cuba lah ! Tak rugi tau !

Kenapa Patut Cuba Extra Moist Chocolate Cake??



Yang terang lagi ca tolong ‘suluh’ kan..hehe…Nampak tak, Nampak tak? Itu keratan dari label rasmi pada bekas EMCC… Haa… EMCC TERBAIKKK sebab pengeluaran produknya yang masih  menjaga KEBERSIHAN dimana penggunaan telur yang dibasuh terlebih dahulu sebelum digunakan sebagai bahan pembuatan kek ni. Selain itu masih menitikberatkan KESIHATAN dimana EMCC TIDAK menggunakan pewarna dan bahan pengawet tiruan..TIDAK ye..Sebab tu EMCC kena makan fresh-fresh sebaik sahaja keluar dari kilang dan kami sebagai pengedarnya harus bertindak cepat untuk penjualan EMCC kepada orang ramai. Ye laa..Kek-kek lain di pasaran bertahan lama sebab adanya bahan pengawet bukan? Sebaliknya pula bagi EMCC.. Dan terakhir sekali EMCC ini amat meyakinkan kita pada KESUCIANNYA sebab ianya adalah produk muslim..  Tak lupa juga pada harganya yang berpatutan setimpal dengan rasa dan kualitinya yang sangat berbeza dengan kek coklat yang lain di pasaran kerana ianya EXTRA MOIST dengan limpahan EXTRA coklat diatasnya.. emmm..memang sedaplah !

Nak cuba?? Hubungi dealer, subdealer dan agen EMCC berhampiran anda di sini ► CONTACT US
Jangan lupa terjah dan LIKE page EMCC ! :)
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...