16 December 2012

Bisik Hati Pada Jari #1 : Semalam....

Sejarah itu cerita semalam,
Cerita semalam bukan dongengan,
Cerita semalam bukan lakonan,
Walau watak dipinjam darjat selingan..
Mustahil untuk ku putarkan masa,
Mustahil untuk aku tak kenal siapa,
Kau..
Kau yang mewatakkan darjat pelengkap setia,
Senyum aku ukiran masa ,
Tawaku penggenap bahagia,
Kerana hadirnya kau yg seketika.

Semalam yang ku tahu ia jauh,
Semalam yang aku kenal ia indah,
Nak ku pergi tidak sampai,
Nak ku milik tidak tercapai.
Apa dayaku..
Ku lepaskan semalam terus berlalu 
Ku kenangkan semalam dalam doaku....

17 comments:

  1. wow..ayat bukan main punya dasyat..hehe..terbaik..

    ReplyDelete
  2. Kak Ca tetiba muncul terus berpuisi eh? Hehehe. :D

    ReplyDelete
  3. @boni kacak : dasyat ke? hahhaa... mekaseh le.. :)

    ReplyDelete
  4. @Arol Mubin : hehe..itu je idea yg dtg masa tu.. :P

    ReplyDelete
  5. berpuitis yer.... cemana nak tafsirkan...

    ReplyDelete
  6. madah berhelah lak die... hehe

    ReplyDelete
  7. semalam takkan datang kembali.wuuuuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...