05 February 2012

Hadiah Buat Kekasih Sejatiku, Muhammad...

Assalamu'alaikum....


Salam Maulidur Rasul 1433

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya


* dah lama tak berarak untuk maulidurrasul...time sekolah mesti berarak.. :)

04 February 2012

Mereka Sahabat, Mereka Adik Beadik Ku

Assalamu'alaikum...

 ♥ Short Story Of SyaLinSaiZah ♥

SyaLinSaiZah stand for ---> Syaqila | Islinda | Saipurah | Faezah ( ca letew.. :) )

Kenal masa kat sekolah menengah..Mula rapat sejak.....entah..Tak sedar dan masing2 tak ingat bila.Hehe..Tiba2 dah rapat walaupon masing2 berasal dari sekolah rendah yang lain dan kampung yang lain..


Kami masa tahun 2004, 2005 & 2006.. :)


Form 3, masing-masing konon berjanji tak nak tinggalkan sekolah lepas PMR..Tapi, entah macammana ca yang pergi tinggalkan diorang.Maaf tau.. :(  Ca pindah ke sekolah teknik time form 4 & form 5..Tapi, perpisahan tu bukan penghalang..

Persahabatan kami semakin rapat.. :)


Kami masa 2008 & 2009 :)

Kitorang kalau lama tak jumpa, mesti diorang ni akan bermalam kat rumah ca time cuti..Kitorang tidur sama2..Rumah ca jer line clear sebab xramai adik beradik.. Pastu mak abah akan bagi chance kat kitorang bermesra-mesraan la, mak abah ca akan tidur kat rumh atuk ca sebelah rumah je.Ape lagi rumah ca, kami yang punya! Wuahahaha.. ^^,


Mereka ibarat adik beradik ca sendiri..Tiada siapa boleh ganti tempat mereka.Mereka ada masa ca susah dan senang..Terima kasih sahabat... :)




Kami masa 2010 dan sekarang... ♥♥♥

Baru- baru ni kitorang ada tidur sama2 lagi.Diorang tidur rumah ca.Ca yang pln sebab nanti bila ada yang kawen da tak dapat nak tidur sama2 lagi.. :(

Terima kasih yaALLAH kerana KAU kurniakan aku sahabat baik dan terbaik untuk aku..Aku sayang mereka sangat2.. :) Kau peliharalah hubungan persahabatan kami dan kau bahagiakan hidup mereka selalu...Aminnnn~


* Tak lama lagi salah seorang daripada kitorang ni dah nak bergelar isteri..Sedih ada, gembira pon ada.Sedih sebab inchek suami dia nak rampas kawan baik ca..Hehehe.. Papepon, semoga bahagia sahabat! Tak sabar tunggu 'anak sedara'.. :)

03 February 2012

Usia Kucing Dan Manusia

Assalamua'alaikum...


Kucing dan hidup ca memang tak boleh dipisahkan. Kat rumah ni tak sah kalau tak bela kucing. Mesti rasa lain bila tak ada kucing. Tak riuh la rumah walau pon bukannya diorang ni boleh diajak sembang-sembang sambil makan biskut cap ping pong cecah air milo. Yang diorang tau mengeawwwww~ *Tapi my Jibam sangat suka minum milo! :) *

Ok, tadi ca ternampak Kelab Pencinta Kucing ( PKK ) post gambar kat FB pasal perbandingan umur kucing dengan manusia..Jom tengok.. ^^,

Sumber : PKK (korang salah seorang pencinta kucing?? Klik link ye.. :)

Nampaknya Jibam ca tu lagi tua dari ca..Wuahahaha...Sebab umur dia dah lebih kurang 2 tahun..Kalau ikut jadual dia masih dalam lingkungan junior..Tu pon tak seaktif lagi macam dulu masa dia kecik.Masa dia kecik ,Jibam merupakan seekor anak kucing yang hyper active ye kawan2..Tak reti duduk diam! Walaupon masa tu dia masih menyusu, dan usia dia tak sampai sebulan pun, dia dah pandai lompat2, mengagah-agah mak dia. :) Sekarang dah tua..Tak nak main dah.Keje tido je.. Huh.. =__=


* Bila la dapat jadi pet photographer ek? Hehe.. :) Nak ambil gambar kucing banyak2... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...