12 December 2011

Jatuh Cinta Dekat Si Pinky

Assalamu'alaikum...



Cun sangat la 'si pinky' ni ! Tadi jenjalan ngan adik. Masuk kedai Nikon. Sebab dah plan dah nak pi tengok Cik Nikon 1 ni. :) Sekali cik Nikon 1 pink jadi 'model' .. Dapat jugak merasa snap gambar guna nikon 1 ni. Walau belum termampu nak membeli. Serius cun ! :) 



* ada sape2 nak bagi pinjam RM2500?? mau 'angkat' sebijik.. heh3

10 December 2011

Kaki Tembak

Assalamu'alaikum...

Sekarang kat Malaysia ni dah ramai kaki tembak. Ramai sangat2..Tak kira lelaki ataupon pompuan. Yang belajar tinggi, yang belajar takat SPM, budak2 sekolah, semua nak jadi kaki tembak. Pandai tembak, memang maaaanyakkk untung maaa~ 



Ada yang kaki tembak akak2 seksi dan abang2 badan ketak..Ada yang kaki tembak pengantin baru.Tak lupa juga ada yang kaki tembak binatang. Macam2 lah..

Yang bagusnya diorang tak la tembak guna senapang gajah tu.Tapi 'tembak' pakai makhluk mata bolat2 tu. Besaaarrr mata dia. Kenal tak? Alaa..inchek DSLR la..Ca pon teringin sangat-sangat-sangat nak jadi kaki tembak profesional juga.Hamek kaw! Memang giler2 punya TERINGIN. Ca bukan fikir untungnya bila jadi photographer profesional ni.Tapi ca sangat-sangat-sangat minat capture gambar.*sekali lagi giler*




Kalau nak citer pasal model DSLR, jangan tanya ca.Bukan ca tau sangat pon.Yang ca tau makhluk ni memang boleh jadi pakwe ca setiap masa sebab every single moment dia akan buat segalanya jadi lebih  INDAH. :) Di setiap gambar ada lagu~ *erk!* hehe.. Sekarang ca belum mampu la nak 'bela' makhluk ni lagi.Tapi kalau dah ada, nak tau apa ca akan buat??


Nikon 1 ni best ke ek? Smart walau kecik.. :)

  • Ca akan ambil gambar kucing. Nak buat album yang semuanya tentang kucing. Pencinta wanita kucing katakan...Kucing jalanan pon akan jadi mangsa tembak ca. 

  • Ca nak ambil gambar kawan2 ca kawen.. :) Pastu ca nak diorang posing ikut apa yang ca suruh. (Pose dan angle yang ca selalu bayangkan..) Nak buat koleksi. Hehe * Ca kawen sape nak ambilkan pulak?? :P *

  • Ca teringin sangat nak 'tembak2' kat kawasan gunung, pantai, atau kat mana2 jer la yang ada view  sangat superb dengan segala macam keindahan yang ALLAH jadikan.. :) *dah terbayang-bayang tempat camtu.. :) *

Bestnyaa kalau dapat beli... Lagi best kalau salah satu dulang hantaran kawen nanti ada sebijik makhluk mata bolat2 ni.Haha.. Berangan! Mampuih mak mertua cop kau 'pisau cukur' cik ca oooi~




* Dapat ikut orang wat photoshoot @ outing sesekali bestnye...Bukan nak jadi model okeh! Ca yang nak ambil gambar model. ^^,

SPAM Comment | How Come Meyh??

Assalamu'alaikum~

Sape ingat lagi ca citer yang blog ca ni sakit? Tak ingat? Tak tau? Baca NIE dulu....Dah baca? *Eleh,Ca tau tak pi baca pon...* 

Sebelum ni memang hampir semua komen ca kat blog orang lain akan jadi spam. Sampaikan si Mirul a.k.a SpeakerSekolah tu pon asyik terdelete komen ca gara2 komen ca masuk ke ruangan SPAM dia. Sedih tak sedih la kan.Klik link tu kalao nak tau betapa kritikalnya penyakit blog ca. Sampai Mirul tanya ca gaduh ke ngan blogspot.. T__T

[Klik Untuk Join]

Ca memang mati akal nak buat camana.Last2 ca try post kat wall page2 untuk ping blog.Tanya pasal masalah ca ni. Lama gak tunggu respon.Sedih je takde yang layan.Dapat2 notification, orang ping entry.Takde pon sudi tolong. Time ni la berangan jadi Fasha Sanda dok nangis atas bahu Johan.Sob3..Nak pinjam bahu sape nia??

Mungkin dioarang tak tau..*positif2*



Tiba2 ada yang komen dan cuba tolong....


Klik kalau mau besarrrrr lagi~


Nampak? Nampak?? Ok, lepas Assist Illuminator ni suruh tukar Display Name, ca pon cepat2 tukar. Then try komen dia,komen Mirul jugak.Alhamdulillah..Dah tak jadi SPAM da.

So, punca sebenarnya kecik je.Sebab nama yang ada simbol . Korang-korang yang yang buat display name ada simbol2 tu sila tukar pada nama biasa2 je. Tak mustahil korang akan senasib dengan ca lepas ni. Selain dari tu,ada punca lain yg boleh menyebabkan komen korang akan jadi SPAM. Ni ca pernah terbaca kat satu blog.Tapi ca lupa lak url blog tu.Sori..

Jangan tinggalkan link kat ruangan komen orang lain, just url je takpe.Tak paham? Macam ni :




JANGAN BUAT MACAM NI :

 "Hehe..nice entry..Jom singgah baca entry terbaru ca : D'Young Craft Dah Buka Tempahan

Tapi BUAT MACAM NI :

"Hehe..nice entry..Jom singgah baca entry terbaru ca : http://cikduyung.blogspot.com/2011/12/dyoung-craft-dah-buka-tempahan.html " 

KENAPA??

Sebabnya kadang2 blogspot ni pening2 lalat.Dia ingat korang betul2 spam sebab hantar link.Faham? Ok, tu je yang ca nak kongsi ngan korang..Sebab ni penting..




* Thanks pada atok Ahowk a.k.a Assist Illuminator sebab sudi membantu.. :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...