14 December 2011

Lain Kali Jawab Macam Ni..

Assalamu'alaikum..

Siapa pernah pergi interview kerja?? Bape kali dah pergi? Yang rasa dirinya masih kena pakai uniform sekolah tu kompem2 la belum ada pengalaman kan.Siap la korang akan datang.Rasakan camane 'best'nya kena interview sebelum dapat sesuatu job tu.Huahahahaahaha *gelak jahat!*


Ca dah baaaanyak kali pergi interview.Macam2 pengalaman dah dirasa. Ada yang best, ada yang menyakitkan hati. Normal lah tu..Soalan-soalan yang ditanya majoriti sama jer.Dah boleh agak. Kalau dah soalan pon nak sama, jawapan pon dah boleh hafal dah.Tapi ni nak citer pasal soalan-soalan atau alasan-alasan yang lazim dipersoalkan dan ca rasa macam nak naik atas meja kasi terangkan kat diorang yang interview ca tu. Meh tengok sini ..Nak ajar korang sekali camane nak jawab kalau kita rasa kita ada hak bersuara.


" Syarikat kami nak orang yang ada pengalaman la..Ni awak pon baru habis belajar ni.Takde pengalaman.."

Jawab macam ni : Kalau 10 kilang @ syarikat macam syarikat tuan, camane saya nak dapat pengalaman tu kalau takde sape nak bagi pengalaman?? Rasanya semua orang mula dari zero.

" Eh, bidang awak tak sama ni dengan job yang awak mintak.Tak kesah ke lari bidang? "

Jawab macam ni : Tak semestinya kita belajar bidang tu kita wajib keje dalam bidang tu juga. Ramai orang nak kita banyak pengalaman dalam pelbagai bidang. Benda boleh belajar..Kalau saya kesah saya tak apply job ni. 

" Awak ada diploma ni..Nape tak try mintak keje kat tempat lain yang lebih baik ? "

Jawab macam ni : Sekarang bukan zaman keje cari kita.Kita yang cari keje.Tak boleh nak demand sangat dah. Ramai lagi graduan menganggur.


Tu antara soalan yang selalu sangat dah ca kena.Menanah telinga ni.Meluat dah dengar.Tu belum termasuk lagi yang mempertikaikan badan ca yang kecik + ca ni perempuan tapi ambil kos mekanikal.Huh! Apa yang diorang nak sebenarnya? Takde kelulusan susah. ada kelulusan pon susah. 



*Ca dah pernah menjawab lagi2 macam soalan ketiga tu. Emo ni !

13 December 2011

5 Blog Pilihan Ku

Assalamu'alaikum


Klik Untuk Join !


Ha, dah lama kot tak join apa2 segmen.Lagi2 segmen Abg Ben. Kali ni punya segmen agak menarik sebab kita kena bitau 5 blog pilihan yang kita rasa kita suka la sepanjang terjebak dengan dunia blogging ni. Hehe..Kita tengok siapa yang kenaaaaa~

Blog Pilihan Ca a.k.a Cik Duyung :

1) The Famous Abang ( Abang Zam )
Ca rasa ni kali kedua ca akan bitau yang ni la blog yang ca suka masuk. Walau ayat abang zam PEDAS-PEDAS belaka, tapi ca boleh terima dan sememangnya itu kenyataan dikebanyakan dunia realiti. :) Kadang-kadang terkena batang hidung sendiri jugak.Erk!


2) SpeakerSekolah ( Ameerol)
Blog yang simple.Walau kadang2 entry si Mirul ni banyak yang auta dari fakta, tapi menarik untuk dibaca. Hehe..Budak2 memang gitu..Kan,kan Mirul? Hahaha.Jangan marah~ *pengomen tegar blog ca*


3) Skytech Blog ( Ezad )
Blog ni pon simple. Ada pasal life, ada info..Masih 'masuk kepala' sebab mungkin gaya penulisan dia standard umur ca..Kita sebaya kan? Ngee~ *pengomen tegar blog ca*


4) Poyoness ( Kay )
Ca suka baca blog Kay sebab dia suka buat entry dalam bentuk 'point'. Kira ringkas dan padat. Tak perlu baca panjang2. :) Dulu ca ingat dia ni standard blogger2 otai gak, susah nak dapat komen dari dia..Tapi skang ok je, Kay akan balas kunjungan..

5) SuhaSimpleLife ( Suha )
Erk, macam pelik je tulis nama SUHA..Sori, ca selalu panggil dia Poo je.Nama manja masa sama2 belajar dulu.Ca pilih dia bukan sebab dia ex-housemate & ex-'poli'mate tau.Tapi ca memang tabik spring dengan dia sebab penulisan dia yang 'kelucahan' sokmo tu mampu menarik ramai pembaca setia. :) Haha..Ko dari dulu memang sama je Poo. :P Lucah! Haha


Dah, tu lah 5 blog pilihan ca. Dah Abg Ben mintak 5 je.Kalau tak nak tulis semua yang rajin datang sini sebab yang datang blog ca pon mereka sangat best. :) Terima kasih banyak2 tau..

12 December 2011

Selamat Tinggal Sayang

Assalamu'alaikum..

Sebelum ni ca dah bitau pasal kehilangan Jibam kan? Terima kasih pada yang bagi ca semangat time tu.Ramai yang doakan Jibam akan balik rumah. Ada yang bagi harapan, bila Jibam balik suruh buat entry pasal dia..



Tapi, hajat tu ca rasa tak kesampaian.Dah seminggu lebih dia tak balik2 pon. Puas ca cari kat kampung.Kat tepi2 jalan. Mana tau jumpa bangkai dia ke, atau jumpa dia hidup2..Tapi memang takde langsung. Ca cuma nampak bayang-bayang dia dekat kebanyakan tempat dalam rumah ni.Kat kerusi malas, dia selalu tidur situ.Kat sofa.Kat dalam bilik ca, atas kaltil, bawah katil, atas sejadah.Semua ada bayang2 dia. Lepas makan, bila ada tulang lebih, ca asyik nak terpanggil nama dia. YaALLAH..Terasa sangat2 kehilangan dia. . . :'( Kalau boleh ca tak nak makan ikan, tak nak minum milo.Sebab dia selalu mintak kat ca. Dia suka sangat minum milo.. :'(

Sebagai penutup untuk entry2 pasal Jibam, ca ada sertakan semua entry yang ada pasal Jibam.Yang belum pernah tengok, tengokla.Bayangkan camana ca boleh menangis sebab dia.Tengoklah semua gelagat dia..

ENTRY-ENTRY PASAL JIBAM :

JIBAM PAKAI EYELINER
JIBAM BUAT PERANGAI
JIBAM BUAT ORANG GELAK
JIBAM JADI TAIKO
RAGAM JIBAM
JIBAM RINDU AKU
WORDLESS WED. JIBAM 1
WORDLESS WED. JIBAM 2

Minggu lepas dua malam berturut2 ca mimpi dia.Mimpi dia balik.Dia balik dengan kurus je badan dia.Memang sedih sangat. Tapi ca terasa sampai bangun tidur yang ca peluk dia. Mungkin tu petanda dia dah takde..Ca kena terima.. 

Ca takleh nak teruskan citer.Dah mula menangis dah ni.. Korang doakan ca dapat pengganti Jibam ye.Ca sunyi takde kucing kat rumah. :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...