Showing posts with label Kaca Tv. Show all posts
Showing posts with label Kaca Tv. Show all posts

25 January 2013

Musim Cerita Cinta (TV3)



Assalamu’alaikum

Macam biasa, blog terbiar berminggu-minggu tak berupdate. Nak ber-blogwalking jauh sekali. Tapi blogger2 yang ada kat bloglist ca tu, ca selalu je jenguk..Tapi jadi silent reader je. Ada sehat ka kawan-kawan? :D Ca sihat alhamdulillah.. Dekat 2 bulan kot ca tak sentuh da ubat2 migraine ni. Sakit pale tu ada.Tapi tak la seteruk macam sebelum-sebelum ni. Mungkin sekarang ca dah dapat ‘ubat’ yang lebih baik. Alhamdulillah… :)

Terus terang la ea..ca ni jarang tengok tv3 . Ca selalu tengok astro. Lagi2 astro WARNA. Tak kisah la citer kat WARNA tu diulang-ulang tayang, ca masih leh layan lagi.Sebab suka tengok citer lawak. Lagi2 kalau citer Maharaja Lawak Mega tu. Ca bukan nak berlagak yang ca tak layan tv3 ke tv-tv lain, tapi tv3 ni tak semua la yang ca suka layan. Tapi semenjak dua menjak ni, haaa.. Selasa hingga khamis, pukul 10 malam layan Ruby, isnin hingga khamis pukul 7 malam layan Setia Hujung Nyawa, hari selasa pukul 9 malam layan Cinta Qaseh pulak. Semua ‘menggoda’ mata dan jiwa untuk layan citer cinta kat TV3. Terkena pulak semua pelakon-pelakon dia ca suka la nak tengok. Walaupon ketiga-tiga cerita ni ca tak tengok dari episode 1, tapi jalan citer2 ni semua senang difahami, so memang boleh layannnn…

Ada someone yg hasut ca tengok citer ni..hehe...  :)



Korang layan tak citer-citer ni semua? Heheee…memang ada yang tak minat citer-citer ber’genre’ jiwang ni. Minat masing-masing la kan.. Ca suka tengok citer-citer jiwang sambil dok berangan jadi heroinnya..auwwww~ :P *gedik



*Emmm..ca kehabisan stok ‘Runningman’ laaa..nak donlod memang tak lepas la. Kena cari ‘supplier’, kasi sedut masuk dalam laptop..Hehe.



03 March 2012

Yaaa~ Haroro!

Assalamu'alaikum...

Ok..tak nak bebel panjang pon..Sape layan Running Man?? Sila kembang2 idung!


Oh..Ca sudah giler tengok rancangan ni...Citer yang boleh buat ca ketawa sorang2 automatik meng'kecundang'kan Senario, Zizan, Johan, Sepah dan segala lawak artis2 lawak Malaysia..*berbelit tak ayat ni?? Hehe..

Sape tengah tension, yang nak muncung 24jam tu, meh ca nak hasut..Pi tengok citer ni dan boleh bergelak tawa..Hehe..


Ca paling suka kat Haha a.k.a Haroro! Comel sangat! Hehe..

Pororo~~ 

Sekian~ :p

19 February 2012

Soal Hati Tak Perlu SEBAB

Assalamu'alaikum...

"Soal Hati Tak Perlu Sebab"

Tu antara simple quote yang menarik dalam citer Jujur Aku Dayus,cerekarama Tv3 tadi. Citer ni dijayakan dengan lakonan Nora Danish sebagai Lisa dan Beto Kusyairy sebagai Edree. Irma Hasmy pon ada sebagai Asiah.. 

E'eh...Nora pakai baju sekolah.. :)


Bagi yang tak tengok, ca citerkan sikit la keh.. :

Citer ni mengisahkan sebuah perkahwinan yang tak diduga antara Edree dan Lisa. Sebelum Edree kawen dengan Lisa, dia dah bertunang pon dengan Asiah yang merangkap kawan baiknya sejak kecik lagi. Sebelum Edree ngan Lisa kawen, Lisa sangat sosial dan ada pakwe jugak.Lupa la nama mamat tu..Soriii..Edree tertarik pada Lisa TANPA SEBAB..Tapi Edree berjaya membawa Lisa kejalan yang benar.. :) 

Beto..Muka dia sangat serius kot!

Kerana salah faham dan dek kerana sifat pengecut si Edree ni telah mengakibatkan penceraian..Yela, Ed taknak tanggung dosa sebab jadi lelaki dayus..Tapi kebenaran dipenghujungnya menyatukan mereka kembali...Kalau dah jodohkan? Tak kemana... :)


Erma Hasmy...Shantekkk.. ^^

Ca mengaku ca tak suka Beto sebab kebanyakan watak2 dia kat tv tu semua watak jahat..Memang rasa nak tumbuk je skrin tv bila nampak dia buat jahat..Hehe..Tapi akhirnya, dalam citer ni si Beto berjaya mencuit hati ca sebab lakonan dia buat ca tacing.. Seorang suami yang begitu sayangkan isterinya..Sentiasa memaafkan isterinya sebab terlalu sayang..Namun dia meletakkan cinta ALLAH ditempat yang paling tinggi barulah cinta kepada isterinya.Dia sanggup korbankan sayang dia terhadap isteri dia demi ALLAH..

Bila kita letakkan cinta kita kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan berikan cinta yang terbaik untuk kita. :) Namun bersabarlah..Berdoalah kepada ALLAH selalu..Pasti ALLAH akan aturkan 'Love Story' terindah buat kita.. InsyaALLAH...


* Prinsip Edree tu la 'kunci' yang ca maksudkan sebelum ni ..Tak faham lagi? Takpe..Nanti2 ca kongsikan.

09 January 2012

Blog Juara Master Chef Malaysia

Assalamu'alaikum..

Macam yang kita sedia maklum , juara Master Chef Malaysia pertama kita ialah Ezani..Seorang doktor gigi ye kawan2..Hehe.Dia buat keje dan masak memang tenang je..Kena lah dengan kerjaya dia sebagai doktor gigi yang memang kena bertenang sentiasa.Kalau tak mati anak orang kena kokang mulutnya.Haha..




Masa bermuka buku, ca jumpa ada orang share link blog Ezani.. Nak tengok? :)

Klik [SINI]


Tapi final Master Chef Malaysia (MCM) memang best time diorang flash back apa yang berlaku sepanjang berada kat MCM. Mesti banyak kenangan diorang kan? :) Rancangan MCM memang terbaik dan lebih baik dari rancangan2 realiti nyanyian..huhu..Betol tak? :)



* ca akan rindu nak tengok si budak kecik : Zamir..hik3 ^^,

25 December 2011

Gengster Tapi Comel

Assalamu'alaikum..

YaALLAH,  kat luar sekarang ni masih hujan lebat.Dari petang tadi.Sesekali hujan tu ditiup angin yang kuat , memang menyeramkan. Risau dibuatnya.Memang musim hujan sekarang.Kampung sebelah mesti dah naik air.Sebab hampir tiap hari hujan. YaALLAH, lindungilah kami dari bencana banjir yaALLAH..

Ok, balik pada tajuk.Gengster tu comel ke?? Pe kaitannya? Heee...sape tengok cerekarama tadi? AJAIBNYA CINTA~

Tak! Boring~

Sori..gua tak layan citer melayu la...

Ada punya yang cakap camtu..Ca tau..Sebab ada terbaca dah komen2 camni.. Hihi.Lantak la.Yang pasti ca layan cerekarama tadi.Lagi2 ada Johan atau dikenali dengan watak 'botak'. Haha..Kena pulak dengan Umie Aida yang sempoi.Memang menjadi dia bawak watak mak2..Dengan rambut 'kepul2' dia tu.Haha..


Ensemnya 'botak'..hik3..*gatai*

SUMBER : Google


Ca punya lah gelak time diorang dok nyanyi2 lagu hindustan.Salah satu part macam kat gambar-gambar atas ni.Time tu la ke'comel'an Johan terserlah! Dia joget keras jek.Haha.Muka ganas tapi comel. Umi Aida lagilah lawak.Adoi~ Best2.. Walau citer tu nampak bodoh2, tapi ada jugak mesej yang disampaikan dalam citer tu..Antaranya :

  • Setiap orang tu mampu berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik,kenapa tidak kita bagi peluang atau sokongan? Kita kena sokong dan bantu mereka untuk berubah, bukan mencaci diorang.

  • Jodoh itu tetap ditangan ALLAH.Apa-apa pun jadi, kalau dia dah jodoh kita, kita tetap akan bersama dengan orang tu.

  • Jangan menilai orang tanpa mengenali dia atau tanpa usul periksa.Kita dah cukup baik ke??

  • Segala-galanya memerlukan duit, tapi duit BUKAN segala-galanya. :)


Tengok jangan sekadar tengok.Cari 'isi penting'.Macam baca buku jugak..Hehe.. :P

Ending citer ni..Haha..Comel la diorang.. Nak shoot gambar kawen camni la.. :P

22 November 2011

Mengaummmm Di Mana-mana

Assalamu'alaikum~

Aummmmmmmm !!!




Ada orang kata tu bunyi harimau tua masa ca post status kat fb ----> "Alhamdulillah, harimau muda ! Aummmm!" . Haha . Biarla. Janji status tu ramai gak la yang like, maknanya orang faham la kan tu bunyi rimau. Ng'Aummm'an rimau kat tv tu semacam ada aura , semangat mengalahkan bila dengar lagu Negaraku . Ceh3

Sebenarnya ca ni bukanla kaki bola @ fanatik dengan bola . Nak kenal tiap sorang pemain bola pon tak pass lagi. Setakat Apek tu kenal la . *serius ni*

Tapi entah cane semangat kenegaraan tiba2 merasuk jiwa, setia ngadap tv tengok perlawanan Malaysia vs Indon. Dari baring terus terduduk bila sipi2 nak gol tu . Tak berjaya, baring semula . Bila indon mengganas, bangun lagi, rasa kaki pon macam terangkat nak bagi penyepak kat indon . Haha . 

Habis2 perlawanan, ngadap lappy . Buka fb, buka blog . Huiyoooo~ Hebat betul fenomena harimau mengaummm. Majoriti status facebooker pasal kemenangan Malaysia. Berderet2 ! Macam mau tekan like 44 kali kat semua status orang . Pastu rasa macam nak print screen semua status nak kasi anak cucu tengok nanti . Haha ...


Page Harimau Muda kat Fb : HARIMAU MUDA



* Walau masih MUDA, dah boleh baham Garuda .. Hehe.. Tapi kalau kalah malam tadi , tak dapat bayangkan fenomena apa yang melanda fb dan blog . Huhu .. 

26 October 2011

Nak Jadi MASTERCHEF !

Assalamu'alaikum..

Sape layan MasterChef?? Sila kembangkan idung..hehe..Sekarang tengah musim MasterChef lak kat Astro ..Ha, elok la wat rancangan camni daripada asyik buat program realiti dok nyanyi2 je.Bosan..Tak silap ca program realiti nyanyian ni antara tanda kiamat kecil gak tu ..

Tengok Masterchef ni mampu wat ca ternganga la depan tv..punyalah kagum kan dengan peserta2 yang boleh masak dengan bahan yang disediakan sahaja dan hanya dalam tempoh masa yang terhad..

Camane kalau kita yang tak bape nak pro ni buat? Haha..time tu la nak fikir masak apa, time tu la nak ambil barang2..kompem tunggang langgang dapur tu..hehe..

Jeles okeh lelaki boleh masak! Ni yang nak pergi menuntut dengan mak,makcik,nenek , makcik kantin, abang burger, abang pizza,papa roti..haha..

* tak dapat jadi MasterChef Malaysia, jadi masterchef rumahtangga pon okeh..khas buat suami tercinta..huahaha

13 October 2011

Kartun Spongebob Ada Logiknya

Assalamu'alaikum semua~

"Saya dah sedia! Saya dah sedia! Saya dah sedia! "
* Kata semangat dari Si Span Kuning sebelum pergi kerja..agak2 ada tak yang wat camni? Dahla kerja kerana suka bekerja,gaji pon takde..haha..ada ke?? Yang ado!*


Sape suka tengok? Walau ca dah boleh dikatakan sudah meningkat dewasa,eceh..tapi jangan heran la kalau ca ni peminat katun2 yang comel.Bukan katun aksi la macam ben10 la, batman la..yang camtu tak minat.Entah apa2.. Spongebob antara katun febret ca la sebab comel..

Tapi penah tak korang perasan yang katun spongebob ni kadang2 ada logiknya kat certain2 part? Biasalah, katun, banyak tak logik dari logik.Dan memang 99.9% tak logik pon kan?

Apa logiknya dalam katun Spongebob?? 

>> Sandy akan pakai baju angkasawan dia tu + balang atas kepala time keluar rumah.Sebab dia kan mamalia.Tak boleh bernafas dalam air.. =)

>> Spongebob ngan patrick akan masuk rumah sandy pakai balang berisi air kat kepala sebab diorang hidupan laut.Tak leh bernafas dalam udara biasa. 

>> Spongebob kan span ...Ringan.Dia tak kuat angkat barang2 berat.hehe.* konon nak try angkat berat guna straw ngan 2 biji tomato... :P *

Ada lagi ker yg logik??



11 October 2011

Aku Suka Kau Aril !

Assalamu'alaikum~

*Entry ini membuktikan pengaruh tv itu bahaya tahap manja2*



Dia seorang lelaki yang tersangat la ganas dan kasar. 
Dia tak pernah fikir perasaan orang.
Tak pernah lekang dengan jaket jeans nya..*ouh~ machonyerrr...*
Tak pandai layan @ cakap ngan pompuan baik2..
Cakap main lepas jer..
Itulah dia.........

"ARIL"


Bagi siapa yang tak tengok tv especially students yang dok hostel MUNGKIN la tak kenal Aril.(Tapi kenal la Johan @ Botak kann..) Tapi sape yang mampu bergoyang kaki di malam selasa, sambil enak mengunyah ais cekedis, dan layan citer melayu ofcoz tahu siapa ARIL..hehe...Seorang watak yang dicipta untuk jadi hero dalam sebuah drama ♥CINTA ELYSA♥ kat tv TIGA tu.. =)  


*Eh,  nama dia Johan Asari ke Johan Arif??*

Serius ca ketagih tengok citer tu. Kalau dulu ca ketagih citer Asmara.Sekarang Cinta Elysa la pulakkk~ Well, minat tengok loving2 story mory nie.Hehe.. Kena pulak citer ni dari episod satu pon dah best. Ca memang suka watak lelaki (tak kisah dunia nyata @ realiti ) yang garang tapi romantik..*err~ tang mana romantiknya Aril??* Hehe..Aril tu sweet kot.. Lalalala~ 

Episod malam ni agak menyentuh qolbu si pemilik blog ni..haha..Lagi2 time..time..errr.....si Aril kasi pinjam bahu der kat Elysa..jeles2..hahaha..Pastu touching sikit time adik Elysa tu nangis then peluk abang dia tu..kesiannnn~ sob3...

Ok la..x sabar tunggu next episod..hihi..

Tak layan citer nie?? Tak layan tak pe..No hal punya.. :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...