Showing posts with label Merayap. Show all posts
Showing posts with label Merayap. Show all posts

31 January 2012

Jom Ke 'Mysterious Island'

Assalamu'alaikum..

Ingat tak kat entry lepas ca kan ada bitau nak pergi berjimba-jimba dengan kawan2 baik ca walau mata dah kena ciom ketumbit..Hehe..Nasib masa tu belum bengkak sangat macam dalam entry yang [NI].. Masih boleh la nak kenyit kat abang2 ensem..Haha..

Macam biasa kalau dah ke Kota Segiempat (CS,JB)..Tengok wayang, mekdi, solat, balik.Memang tu je agendanya..Memang tak kemana pon. Sampai2 beli tiket. Kitorang beli tiket......................

JOURNEY2 | MYSTERIOUS ISLAND !


Yang Journey 1st dulu ( To The Center Of The Earth ) ca tak tengok pon.Entah bila ada yang 1st pon ca tak perasan.Heh3..Citer ni pasal pengembaraan Sean Anderson (John Hutcherson) dengan Hank Parsons ( The Rock ) ke Pulau Misteri untuk berjumpa dengan atuknya si Sean ni.The Rock ni pakwe mak Sean. Tapi tak pasal2 si Kailani (Vanessa Hudgens) dengan bapak dia pon terjebak sekali. 

Mysterious Island dia memang superb.Sangat cantik! Kat Mysterious Island ni peliknya hidupan YANG BESAR akan jadi KECIK dan hidupan YANG KECIK akan jadi BESAR. Contoh macam gajah ni..Comel sangat!


Kalau binatang kecik jadi besar, jangan cakap la.Semua menggelikan sebab serangga..Ca seorang manusia yang geli pada serangga okeh. Lagi-lagi yang berbisa.Aduhai...Meremang bulu tengkuk tengok.Nak tau korang kena tengok la.. :) Tak rugi..Bagi ca memang best.. Lagi-lagi ada abang The Rock yang bergigi putih dan ensem nie...Huahaha!




* nak jugak bela gajah kalau sekecik itu..comel!  Hehe...

18 December 2011

Aku Tengok Sorang-sorang..So What??

Assalamu'alaikum

Semalam ca ada bitau ca ada pergi berjimba2 kan? Tapi kerana Jibam, entry berjimba2 ni kena kepam dulu.Excited nak citer pasal jibam balik semalam. Alhamdulillah.. 

Semalam sekali lagi ca pergi berjimba-jimba SORANG-SORANG di kota segiempat,JB.*CS la* Hehe.Sebelum ni pon ca pernah pergi sorang-sorang. Macam dah biasa pulak. 

"Ai, ko takde kawan ke ca? "

Menangis ca kalau ada yang tanya macam ni.Haha.Bukan takde kawan.Kat kampung ni kawan-kawan baik ca semua berhijrah sebab sambung study.Ca je takat diploma, dah tak sambung blaja.So, sorang2 la kat kampung ni.Kawan2 poli pulak ramai luar johor.Susah la nak ajak. Demi nak tengok ALVIN & THE CHIPMUNK, ca sanggup turun JB. Walau ca tau katun omputih ni cepat je cd dia keluar kat Malaysia.Tapi nak ada feel tengok ramai2 kat wayang.Nak hiburkan hati sendiri.Cewah~

Time nak beli tiket, sampai la nak masuk ke wayang tu, ca perasan ada mata2 yang pandang ca pelik.Sob3..Ca tau la ca pergi tengok sorang-sorang. So what?? *nape time ni takde abg ensem yang tengok sorang2 jugak ek..kah3*

Tadaaa~ tiket wayang ku..haha *itu pon jakun ke?*



Citer chipmunk ni sangat best okeh! Tak rugi tengok. Daripada tengok datin ghairah tu..errr..baik tengok katun secomel2 makhluk ni. Ca tak boleh berenti sengih sebab teruja dengan kecomelan diorang.Haha..Pas tengok wayang, window shopping la ape lagi.Tu je mampu der..Mekdi pon melambai2 ca untuk masuk melantak kat sana. :) 'Dapat' la burger febret ni sebijik! Puas! *ca tengok bermacam2 gaya orang makan prosperity burger ni..hehe*


Ingat tak boleh ke gerak sorang? Boleh maaa~


* pasni ada sape2 mau teman ca jalan2 ? hahaha..

22 October 2011

Bergerak Solo Di Kota Segiempat

Assalamu'alaikum~

Hamboi kemain masing2 dok ngadap lappy sampai naik juling mata, ketuk keyboard tap tap tap ye..Yela, hari ni dah hari sabtu.Ada yang dah cuti.Dak sekolah tu ofcoz la cuti kan adik2 ...?

Semalam, memang pecah rekod la, bukan pecah kaca pecah gelas lagi dah. 1st time pergi berjimba-jimba ke kota segiempat,JB sorang2. Takde sape yang menemani..Sob3..Sadis je ayat..


Nak Deepavali kan, cam biasa mesti ada hiasan dari beras berwarna-warni.Siyes cantik! Macam lukisan..

Actually bukan saje2 berjimba2 okeh. Ada urusan sebenarnya ke sana. Mula2 pi Taman Melodies,JB..Tu pon 1st time sampai sana sorang2.Dah la xpenah tau tempat tu.Terpaksa la kan naik teksi.Naik teksi pulak yang drivernye seorang pakcik yang agak kurang kesabarannya.habis semua kete yang lembap2 kena bebel.Okeh, saya la yang terpaksa dengar bebelan beliau..Da settle urusan kat sana barulah naik bas pi kota segiempat pulak...


Ada replika Halloween atas pentas..tiba2 teringat dekat..............."halloween"

Dah siap urusan kat CS tu, rasa macam nak tengok wayang..Pergi la tengok ada movie apa..Nak tengok Real Steel , tapi timing pulak petang sangat.Nanti lambat pulak sampai umah..Perut dah berbunyi, MEKDI pon da memanggil2, apa lagi, serang mekdi la..


Try makan Quarter Pounder..umm~ muak sikit la sebab memang daging tu tebal.Double Cheese Burger tetap menjadi pujaan tekak ku..

Ada banyak bawang! Apa lagi, dengan slumber badaknye buang bawang2 tu..Macam la tak tau ca anti bawang..hehe

Masa2 makan, tiba2 terpandang seorang jejaka di arah nombor sepuluh..Dia makan sorang2 gak la! Dan yang penting, hensem-sangat-sangat..Hehe.Mampu pandang je la.Kalau muka tak malu dah lama angkat dulang pi kat dia, " err..boleh saya duduk sini..meja lain full la.." hek3...


Sangat tak best la kuar sorang2 nie..Rindu kat kawan2..Rindu kat dia..Hanya kenangan menari2 di depan mata...Sob3.....

*akan bersambung dengan adegan di perjalan pulang...ngeh3...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...