Showing posts with label Love Note. Show all posts
Showing posts with label Love Note. Show all posts

21 February 2013

TIPS : Persediaan Sebelum Berjumpa Bakal Mertua

Assalamu'alaikum...

Mertua ke mentua eh? Mertua la kot lagi sedap bunyi nya. :) SILA BACA ENTRY INI TANPA WAS-WAS sebab yang nak bagi tips ni je belum kawen pon lagi. Nak bergalak berlagak sikit macam dah pass je depan bakal mertua kan.  :P

Walaupon empunya diri belum kawen, tapi tips-tips yang akan ca kupaskan ni hasil dari kajian korek mengorek dari kawan-kawan yang dah berpengalaman. Selain tu dari tv. Haha..drama sungguh. So, sekarang sila FOKUS ! 

Persediaan Sebelum Berjumpa Bakal Mertua

1) NIAT
Nak jumpa bakal mertua ni yang penting sekali NIAT. Bila kita bawa niat yang baik dan bersungguh-sungguh untuk bersuami/beristerikan seseorang tu, automatik separuh daripada diri kita dah berada dalam keadaan "sedia". Sedia apa? Sedia untuk kena 'ceramah'. Hehe... Tak la..maksud ca, sedia untuk terima teguran/kritikan dan sebagainya.

2) MENTAL

Ingat nak ambil exam je ke kena prepare mental? Nak jumpa bakal mertua pon macam nak ambil exam tau. So, kena prepare la mental tu. Bila kena puji tu, jangan nak kembang2 lobang idung. Tapi ambil pujian tu untuk istiqamah dengan kelebihan kita. Tapi bila kena kritik/tegur, jangan pulak terus nak belasah muka bakal mertua tu.Memang kena REJECT terus. Ambil iktibar dan perbaiki yang kurang. Ok? Faham? Ok cun!

3) FIZIKAL

Kita anggap nak jumpa bakal mertua ni macam nak pergi interview keje gomen. Hehe..Biarlah KEMAS dan sedap mata memandang. Yang lelaki jangan pulak datang dengan rambut serabai, baju entah hape-hape. Lain la bakal bapak mertua ko tu rockers ke apa. Kalau jiwa sama ngan ko, tak kisah la. Haha. Yang perempuan lak, jangan la pakai baju tak cukup kain. Biarlah keluarga bakal mertua ko tu sosial camane pon, tapi ni soal ADAB DAN SOPAN. Sila la sopan ye. :)

4) KEMAHIRAN

Kemahiran banyak cabang dia. Kemahiran mengambil hati, berbual, memasak antara kemahiran yang basic PERLU ada. Bukan WAJIB tapi PERLU. Yang tak tahu, belajar. Tapi yang dah tau, jangan sesekali tunjuk pandai sangat depan mereka. Jangan tunjuk yang kita LEBIH tahu.  Kang diorang rasa tercabar. Kena orang yang pantang dicabar, parah jadinya. Silap2 ajak bergusti kat situ.Hehe...

5) PENGETAHUAN

Ni lebih kurang macam kemahiran . Cuma ca nak tambah sikit tips ni khas buat mereka yang beragama islam. Tepuk dada tanya iman. :) Jangan sampai "zero" bab agama. Biasanya mak abah ni nak yang terbaik untuk anak2 diorang. Kadang-kadang , dari sikap seseorang yg jaga solat pon dah boleh buat diorang "cair" dan boleh terima kita dengan hati yang terbuka.Tapi jangan pulak sampai berlakon semata-mata.JUJUR la ye.. Ingat, TAK TAHU, BELAJAR. Tak boleh jugak, mengaku je yang kita tak tau. 

6) SELIDIK

Tanya la bakal suami/isteri korang perihal keluarga dia. Apa yang mak ayah dia suka dan tak suka.So, korang boleh la berhati-hati dalam segala tindak tanduk korang nanti. :) Nak 'exam' kena lah 'study'. Ye dok? :)


Okeh, tu je yang ca nak share kali ni. Selamat mencuba.Hihi..Doakan ca pass 'exam' minggu depan tau! (^^,)v


*ca x pandai siang ikan sebab bila siang , ikan tu dah tak ensem~ sob3...  T__T 



16 December 2012

Bisik Hati Pada Jari #1 : Semalam....

Sejarah itu cerita semalam,
Cerita semalam bukan dongengan,
Cerita semalam bukan lakonan,
Walau watak dipinjam darjat selingan..
Mustahil untuk ku putarkan masa,
Mustahil untuk aku tak kenal siapa,
Kau..
Kau yang mewatakkan darjat pelengkap setia,
Senyum aku ukiran masa ,
Tawaku penggenap bahagia,
Kerana hadirnya kau yg seketika.

Semalam yang ku tahu ia jauh,
Semalam yang aku kenal ia indah,
Nak ku pergi tidak sampai,
Nak ku milik tidak tercapai.
Apa dayaku..
Ku lepaskan semalam terus berlalu 
Ku kenangkan semalam dalam doaku....

Luahan Hati Seorang Lelaki Bernama SUAMI

 Assalamu'alaikum...

Sebuah lagu yang mampu membuat aku rasa sebak sangat.... 

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
 
 
 
 
 
 
*pernah dinyanyikan oleh seorang lelaki kepada aku....  :(

20 February 2012

Kunci Yang Tiada Dijual

Assalamu'alaikum...

Hati berbisik kepadaku ..
Kenangan mengusik tanpa jemu..
Hati ini selalu merindu..
Namun tiada siapa yang tahu..
Hanya Allah saksi utamaku..

Alhamdulillah..kita masih diberi kesempatan untuk menikmati hidup..Semoga ALLAH sentiasa meredhai akan tiap sesuatu kebaikan yang kita lakukan. :)

Sebelum ni ca ada sebut pasal 'kunci' kan? Ada yang tertanya-tanya 'kunci' apa yang ca maksudkan.. Kunci tu bukan sebarang kunci.Takde dijual..Korang upah la bape juta pon dekat tukang kunci , ia tetap tidak boleh dibuat.

Kunci ni ca harapkan ada pada bakal jodoh ca. Kunci untuk masuk kedalam hati kecik ni dan automatik mampu membawa kepada kebahagian sejati..Apa dia?


Disaat ca bertanya, " kenapa awak cintakan saya? " , dia akan menjawab " cinta yang lahir dari hati saya adalah kerana cinta pada Maha Pencipta " 25.9.06|23.19pm

Itulah kuncinya.Meletakkan cinta ALLAH sebagai pengikat hati. Bukan kerana rupa.Bukan kerana dunia semata-mata. Bila ingat pada cinta dia, membuat ca dekat lagi dengan ALLAH.. 

Bak kata Cik Anon 906 , kunci yang hilang insyaALLAH akan jumpa balik..  


* Tak sabar menunggu 'rahsia' ALLAH terbuka..Siapa pemilik rusuk kiriku? :)

07 January 2012

Bila Rindu, Berdoalah..

Assalamu'alaikum...


♪ Bila terasa rindu, ke sebut namamu dengan harapan kau kan muncul dalam tidur... ♪

Hamboi..tu cara Dafi lah bila dia rindu kat cik awek dia.. Kadang2 kita berindu-rinduan, feeling2 dalam bilik, tengok bulan la..Peluk adik beruang la..Pintal-pintal rambut la..Janggut la..Macam2 cara..Belum masuk sms, tepon..Macam2 cara kita nak sampaikan rindu kan? Tak kira la kat sapa2..Kat mak abah..adik beradik..kawan2..cik abang,cik awek.. ^^,

Kalau sebelum ni ca pernah bitau Ayat Pengasih, kali ni ca nak kongsi satu doa yang lebih baik kita amalkan..Iaitu doa Nabi Yusuf dikala baginda merindui Zulaikha..



" Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada .......(nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga menjadi kerinduannya... Aminnn "


Sesuai kan untuk mereka yang bercinta dalam diam.. :)  ♪Dihati ini..Hanya Tuhan Yang Tau..♪




Kredit to : Anak Pak Din


27 December 2011

Ayat Pengasih

Assalamu'alaikum...


Korang tau ape itu ayat pengasih?? Kalau dari citer orang tua-tua, ayat pengasih ni kira macam mandrem la nak kasi 'ikat' orang yang kita sayang.Biar dia suka kat kita, selalu ingat kat kita. Tak pasal2 mata dia pon boleh dikaburkan dari sebarang keburukan pada diri kita. Time tu la ''lobang idungmu tetap menjadi puuuujaan hatiku''..hamek kaw..Best tak gitu? Korang nak tak ayatnye? Ca nak bagi ni..

AMARAN : JANGAN BACA DEPAN MANA2 LELAKI KALAU BELUM TAHU SASARANNYA



Baca ayat ni dengan suara yang perlahan tau..

7 lautan..7 sungai..

7 cahaya.. 7 sakti..

Hati terpaut sampai mati.

Biar datang padaku nanti.

Indah segala menjadi penyeri..

Biar buruk ditolak tepi..







Tarik nafas panjang..








Lepassss....









Banyak kaw punya ayat pengasih! Syirik tau enggak? Ca bukan nak bagi ayat pengasih.Tapi kata2 pengerat hubungan silaturrahim sesama manusia. Ada dua kata..Amalkan.Dan insyaALLAH ayat ni mampu mengeratkan hubungan dan melembutkan hati.Ok, yang ni serius.Betul punya.Dah tak main2 dah.Perkataan tu adalah.....


SAYA MINTA MAAF

dan

TERIMA KASIH

Percaya tak ayat ni mampu mengeratkan hubungan sesama manusia? Cuma bayangkan kalau korang dah tolong orang, bersusah payah then orang tu bla.Kecik hati tak? Pastu cuba ada orang buat salah kat korang, tapi buat tak tau je..Bengkek tak korang? Sekurang2nya bila ada ucapan2 diatas, hati kita sejuk sikit kan? Jadi amalkan dalam kehidupan seharian keh. :) Kita nak yang baik2, kita kena buat yang baik2 dulu.. :) 


*kata hikmat kebahagiaan : I LOVE YOU ^^, 

21 December 2011

My Wedding Picture

Assalamu'alaikum..

Tanjat tak? Tanjat tak? Tibe2 je nak tunjuk kat awok2 semua my wedding picture.Tak ada angin, tak ada ribut, tup-tup gambar kawen kita kasi keluarkan.Tanjat la..tanjat la..Meh nak tunjuk.. :)


AKAD NIKAH

Model inchek google la..hehe




*DUSH! Amekkaw!*

Berangan kau jah nak buat tajuk entry gitu!


Ni la kejenya bila takde idea yang bernas nak dibuat entry.Maafla ye. Tiba-tiba keinginan nak tukar DP facebook dengan gambar bersama inchek suami membuak-buak.Alangkah indahnya saat tu bila sudah menjadi suri di hati seorang lelaki bernama SUAMI.. Maksud ca bukan la setakat nak tukar gambar..Faham-fahamla.. :)

Jeles pulak tengok kawan-kawan yang dah kawen.Ada yang da ade anak pon.Bahagianya mereka..Bila la nak sampai turn ca ni. Sempat ke tidak bertemu jodoh di dunia ni..Kita tak tahu kan dua rahsia ALLAH ni.Ajal dan jodoh.Mana2 boleh sampai dulu.

Kalau ca dah kawen kan, ca teringin sangat suami ca panggil Faezah @ Izah :) (bukan pengaruh ombak rindu  ye.harap maklum) Sebab nama tu jarang sangat orang guna untuk panggil ca.Ca nak kelainan, supaya nampak dia yang teristimewa.Tapi nak panggil panggilan manja pon, pe salahnya..Hik3..*malu-malu*

Ca nak 'dia' baca ni bila kami sudah disatukan :) 

Buatmu suamiku..

Sayang..
Saat ni ku tunggu kamu.
Saat ni, ku memikirkan kamu..
Tak sabar rasanya nak lihat dan menatap wajah kamu..
Tak sabar rasanya nak solat berimamkan kamu.. 
Tak sabar nak makan dari suapan kamu..
Segala-galanya bersama kamu,sayang..

Dalam doaku ada kamu.
Ku tahu kamu yang terbaik buatku.
Kamu pelengkap atas kekurangan ku..
Dan insyaALLAH kelebihanku hanya untuk kamu..

Kehadiranmu setia kutunggu..
Menjemput daku menjadi suri hatimu..
Kerana ku yakin ada bahagia untuk ku..
Hanya daku milikmu..
Kan selalu bersama kamu..




Salam kasih sayang dan cinta..Isterimu mu..


Meh nak tiom siket,emmmuah! ngeh3 :P






*errr..jiwang ke ca?? 


28 October 2011

Syarat & Sebab Pertemuan

Assalamu'alaikum~

"Pertemuan itu bersyarat, perpisahan itu adat..
Namun kedua-duanya bersebab.."

Pertemuan,perpisahan,jodoh,maut semua dah ditentukan oleh ALLAH..Tapi setiap pertemuan itu pasti ada sebab tersendiri. Namun perpisahan , apatah lagi ajal itu pasti...

Mak abah,kawan2,kekasih semua tu kurniaan ALLAH..Tapi apa yang ca nak story mory ni tentang seseorang yang lain dari lain yang muncul dalam hidup kita..Sape lagi kalau bukan 'bakal jodoh'....Perhatikan disekeliling korang..Ingat balik orang2 yang pernah muncul dalam hidup korang...Agak2 kenapa ALLAH pertemukan dengan korang??

Contoh, yang da putus cinta tu..Kecewa bukan main..Macam nak terjun bangunan rasa...Tapi korang tahu tak bahawa pertemuan dan perkenalan korang ngan ex korang tu bersebab..Apa sebabnya??

>> Allah akan menguji kita dengan pertemukan orang yang salah dulu pada kita sebelum jodoh sebenar supaya kita dapat perbaiki apa yang kurang,kita dapat persiapkan diri untuk jadi yang terbaik untuk jodoh kita.

>> Allah nak melihat tahap keimanan kita.Cuba kita takde iman..Mesti dah bunuh diri kan bila kecewa??


Ok, sekarang tengok pula siapa yang dekat dengan kita saat ni..Agak2, apa pula sebabnya ye? Adakah tu petanda jodoh kita atau sebaliknya? =)


♥♥♥ Kepada bakal suami ku...ku sedang menanti kamu... mesti kamu pun sedang menanti saya bukan? ngee~ semoga kamu sihat selalu ye...satu hari nanti pasti kita akan berjumpa,InsyaALLAH..Jangan lupa sediakan 'kunci' hati saya.. (jiwang karat la pulekkk..hehe)

26 October 2011

Rindu KurnianMU...



Disaat dia membuka bicara..
Tiap katanya membuat aku ingat pada Mu..
Di saat dia memimpin iman di dada..
Tiap langkahnya membuat aku kagum pada ciptaanMu..
Aku rindu dia YaALLAH...


Ya ALLAH...
KAU kurniakan aku rindu ini..
Namun ku takut akan rahsiaMu yang tersimpan rapi..
KetentuanMU yang aku belum ketahui..
Tapi ku yakin KAU tahu apa di hati..
KAU tahu apa yang terbaik sekali..


Ku rindu dia YaALLAH..
Ampunkan aku ..
Kerna ku merindu seorang insan milikmu,
Berat dan sarat rindu di hati.
Ku sabar menanti..
Kebahagian disuatu hari nanti..
Pinjaman Mu yang sedia pasti..


28 June 2011

Kerana Cinta, Butir Kata Jadi Indah #9



====================================================

KEJORAKU BERSATU

Dirimu Persis Bintang Terbit Dari Langit
Bukankah Mimpi-Mimpiku
Disini Telah Datang Sayang Paling Dalam
Bawa Ku Pulang Bertemankan Pelangi
Kamar Hatiku Dihiasi
Biar Cantik Biar Baru Semuanya Kernamu
Oh Yang Lemah Kini Gagah
Asal Buruk Jadi Indah Kerna Sentuhan Cintamu
Tersusun Langkah Melayarkan Hari Indah Bersamamu
Lilin Diri Takkan Padam Seandainya Engkau Adalah Sumbunya
Kau Lah Putri Ku Dambakan
Bidadari Syurga Jelmaan Dunia
Akan Ku Jaga
Seluruh Jiwamu
Biarlah Karam Berdua
Asal Kau Tak Terlepas Dari Genggamanku
Biar Ku Lamar
Sahih Dirimu
Menjadi Ratu
Beradu Dalam Pelukanku
Kejoraku Bersatu
(03-03-07)

====================================================

Kerana Cinta, Butir Kata Jadi Indah #8

============================================

Rindu..Kasih..Sayang..Cinta..

Rindu...
Sentiasa Wujud Dalam Hati..
Sayang...
Tiada Mengenal Sempadan..
Kasih...
Adanya Ia Atas Niat Suci..
Cinta...
Hanya Untuk Insn Yang Menyintai Diri Ini..
Yang Pasti...
Rindu Akan Dimulai...
Berputik Pada Perasaan Kasih...
Terseminya Sayang..
Hadirlah Cinta Dalam Diri Seseorang...
Rindu..Kasih..Sayang..Cinta..
Pada Dirimu Sahaja
ILY
(26-01-07)

============================================

Kerana Cinta, Butir Kata Jadi Indah #7



=======================================

Tanya Sama Hati
Apa Asal Sayang
Adakah Tandanya Nampak Dipandang
Kumbang Rayu Bunga
Bulan dan Bintangnya
Punya Tanda-Tanda Hubungan Mesra
Tanya Sama Hati Mengapa Merindu
Ingat Masa Lena Adakah Mimpimu
Masa Berjauhan Apa Nan Dikenang
Jika Difahamkan Itulah Sayang
Kalau Tidak Kerana Sayang
Kuntuman Kasih Tak Mungkin Kembang
Andainya Jemu Mengganti Rindu
Jambangan Mesra
(19-12-06)

=======================================

Kerana Cinta, Butir Kata Jadi Indah #6



=========================================================================

Ketika Dirimu Meniti Langkah Hidup
Kosong Dan Keliru
Mencari Arah Tuju
Kau Mampu Berdiri, Mengharungi
Pabila Dirimu Teguh Pantas Mengatasi Segala Yang Terjadi
Halangan Yang Kau Alami Rasa Sendiri
Tiada Pengganti Di Sisi
Pengubat Luka Dihati
Keseorangan Memaksa
Dirimu Tabah Tanpa Mengenal Mengalah
Kesepian Mengajar Erti Kasih Dan Pengorbanan
Demi Cinta Seteguh Karang
Biar Di Dasar
Biar Ombak Yang Datang
Tiada Penghalang
Kerdipan Cahaya Bersinar
Indah Mempersona
Lahir Dari Jiwa
(19-10-06)

=========================================================================

Kerana Cinta, Butir Kata Jadi Indah #5


=========================================================================

Cinta Itu Memang Indah Jika Disulami Dengan Cinta Suci, Cinta Yang Lahir Dari Hati Yang Tulus Adalah Kerana Cinta Pada Maha Pencipta
(25-09-06)

Sayang Pada Seseorang Bukan Dilihat Pada Kata-Kata, Sayang Itu Lahir Dari Hati Yang Rendah Diri, Mencintai Pada Hati Yang Dikasihi, Kata-Kata Sayang Hanya Satu Luahan Yang Lahir Dari Hati Tadi Ke Hati Yang Dirindui
(22-04-07)

Cinta Amat Mahal Takrifnya, Itulah Yang Difitrah Oleh Allah S.W.T Kepada Hambanya, Cinta Hanya Tertulis Pada Perkataan, Tapi Gagal Dilihat Pada Zahirnya..Kerana Cinta Itu Tanggungjawab Dimana Wujudnya Kesetiaan & Kejujuran di Dalamnya. Ingat Pada Yang Satu, Jujur Pada Yang Setia, Setia Pada Yang Kasih, Kasih Pada Yang Rindu, Rindulah Pada Yang Menyayangimu. Cinta Takkan Datang Kalau Tak Dicari, Cinta Juga Takkan Dapat Kalau Tiada Siapa Yang Memberi. Tapi Mencari Biarlah Pada Yang Sudi Bukan Meminta Pada Yang Simpati
(28-03-07)

=========================================================================

Kerana Cinta, Butir Kata Jadi Indah #4



=========================================================================

If 10 Person In This world Miss You, I Am One Of Them. If 5 Person In This World Love You, One Of Them Is Me & If No One In This World Miss & Love You, Yhat Because I Not In Live In This World Anymore..IMYNLYDF
(16-10-06)

Be Mine, I’ll Always Hold You Close To Me, I’ll Be There For You And Always Care For You, I’ll Give The World And Make You Happy
(28-10-06)

Last Night I Looked At The Stars And Matched Each One With A Reason Why I Love You Till I Cannot Matched
(30-11-06)

Meeting You Was Fate, Becoming Your Friend Was Choice, But Falling Love With You Was Completely Out Of My Control, ILYF
(21-04-07)

========================================================================= 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...