Assalamu'alaikum~
Menaip entry dengan control macho cun. Konon2 tak gerun langsung la. Padahal berani-berani-takut jugak ni.*huh? istilah ape tu?* Apa pontianak? Siapa pontianak? Cun tak macam Maya Karin? Ke ensem macam hero Twilight? ngeh3.. Sori sikit.. Takde yang secantik atau sehensem tu la. Walau ca tak pernah nampak, tapi kat minda ni da diset dan terkunci ngan keyword "hantu itu hodoh" dari kecik lagi. Suaranya pulak takla semerdu Siti bawak lagu Cindai. Ok, cukuplah intro 'memuji' cik puan Pontianak.
Sekarang nak citer kisah benar. Kisah adik lelaki ca la. Adik ca ni memang TIAP-TIAP malam keluar lepak ngan geng kampung yang konon frens forever kat depan simpang nun nak masuk ke lorong rumah ca. Balik rumah memang cecah kol 12~1 pagi. Entah apa yang dibualkan tiap malam pon tak tau. Lelaki pandai gosip gak ke? Pandai okeh...
[Klik Untu Join]
Ok, pastu khamis malam jumaat baru-baru ni dia keluar macam biasa.Time nak balik tu pukul 1pagi.Hujan renyai..Sekali dia cakap nampak 2 ekor kelawar putih melintas depan dia. Dia dah naik motor dah masa tu. Sekali motor dia tiba2 tak nak gerak walau dah dipress.. time tu la dia nampak juraian rambut melintas pulak,lagi2 lah kena dengan cahaya lampu motor. Mau menggigil dia balik. Nak baca apa2 ayat suci pon tak terkeluar dek mulut dah dia kata.
Semenjak malam tu dia takut nak keluar malam.Tak tau la setakat sehari dua ni je.Dah ok kang, keluar balik punya.Mak cakap panas bontot dia kalau tak keluar sehari.Tak sah tak keluar. Padan muka. Selama ni tak caya bila mak citer kat kampung ca ni memang ada dulu.Tak takut.Sekali dah nampak..Senyap! Apa2pon, semua ni syaitan..Syaitan ni, ayat suci Al-Quran kelemahan dia.Banyak2 kan baca sebelum keluar rumah sebagai pendinding diri keh.. :)
*jangan la ca dipertemukan dengan 'beliau'..pengsan!
