28 April 2012

Sakit Lagi!

Assalamu'alaikum...

Eeeeeee...dashboard dah auto jadi newlook dah?? Tak suke tak suke tak suke! :( <---gedik! :p

Ada yang rindu ca tak? :( Entah2 ada yang lupa sape ca ni..huwaaaa...Yela..skang da jarang da up entry..Da jarang da jalan2 kat blog korang kan..kan..... :( 

Korang..korang...nak ngadu nie... Ca tak sehat lagi..Migrain asyik datang je sekarang.... Kelmarin gi klinik, hurmmmm..doktor cakap mata pucat sangat...Tekanan darah rendah lagi! Nasihat beliau ---> SILA MINUM AIR BERSUSU BANYAK2.... ok..saya minum ye... :(




Vitamin dan ubat-ubatan..hummm..Doktor cakap ubat dah tak boleh makan sangat.Sebab badan ca da sebati sangat dengan ubat sampai pil killer tu pon tak jalan da kalau makan.Dia suruh amik herba2 ke, berurut ke.... Kawen ke..oppps! :p 

Ok la..ca nak ngadu ni je... Kesian tak ? kesian tak? Hahaha...Doakan ca cepat sembuh ye... Banyak impian yang ca kena capai dalam hidup.. 


17 April 2012

Aku Tuntut Hak Aku!

Assalamu'alaikum...

[ENTRY AUTO PUBLISH.HARAP MAKLONG :P]

Memang terpanggil2 nak pergi CC semata2 nak jenguk blog musyuk masyam ca ni..Rupa-rupanya ada orang nak mintak cerai! 



Woooo



Woooooo



Woooooooooo



Woooooooooo



Woooooooooooooooo


Woooooooooooooooooooooooooo


Belum kawen nak cerai ape nye kan? Pastu nak kawen ngan orang tu lagi la TAK~ Lalalala.....

Sebelum tu WAJIB baca ni dulu ye.....

|
|
|
|
V




Hahaha....Meerole SpeakerSekolah kasi up nama ca laaa...Walaupon taik kucing ca bagi dia tu..Hehe..Sungguh bermurah hati..Ape lagi, korang pergi bagi taik kucing kat dia banyak2..Jangan nak jilat bontot dia sangat la keh! Haha.. 

Meerole, ca tunggu ni..Cik Bolat, jangan jeles tau! Hehe..

Sekian Lama..

Assalamu'alaikum..

Sekian lama tak ketuk papan kekunci.. < ---- alahai skemanyer... :p

Emm..sekarang life ca pon dah berubah sikit. Sikit la.. Tak banyak..Bukan sengaja tak nak aktifkan diri dalam berblogging tapi ada la sebab nya.Mungkin sekarang belum masanya ca beritahu.Lagipon ca tau ada kawan2 yang baca blog ca ni. Ca tak nak kawan2 yang dekat ngan ca tahu. Kenapa? Ada sebabnya.. Maaf ye kawan-kawan....Maaf andai aku terpaksa menjauhkan diri....


Bagi korang blogger2 yang ca memang tak pernah jumpa face to face, ca sentiasa merindui korang... Rindu sama Cikgu Ma, Cik Bolat, Speaker Sekolah, MK, Pinky Momma, Kak Miss Librarian, Ezad SkytechAtok.. erm..sape lagi ek..alamak..ramai sangat.Tak larat nak taip semua nama blogger kesayangan... :) Sori kalau nama korang tak ditaip..Tapi yang ada kat bloglist, yg selalu komen, tu semua blogger kesayangan ca.. Miz u olz.. :)

07 April 2012

Betul-Betul Menduga

Assalamu'alaikum...

Dulu, update jarang-jarang..

Sekarang lagi jarang-jarang-jarang nak update sebab.......

Ops..masih atas tilam..hehe..tapi ada fail la kat bawah tu.. :p

Ha, camni la keadaan bodben yang terpaksa di'papah' dengan benda lain untuk melekat kat lubang usb tu..da bengkok! Tergerak sikit, putus la line tu.. :'(

Nak update kena pergi cc.. huwaaaaa.... 
Yang paling tension sebab ca kan buat bisnes online jugak...Jadi memang susah sangat2 nak tau apa2 update dari FB..ne tau ada orang nak tempah ke..Memang rasa nak nangis la.. 

Cooobaannnnnn~ T__T

04 April 2012

Ikhlas Membahagiakan

Assalamu'alaikum..

Cuti-Cuti Cinta (3)| Indahnya Ungu

Assalamu’alaikum..


~ Indahnya Ungu  ~

Berepisod la pulak cerita mak jemah ni kan..Daripada kekosongan idea tak berupdate, baik bebel pasal percutian ca.Hehe.. Belom baca yang sebelum ni?? Boleh pergi baca older post ye.. :)

Ok..sambung episode eh,eh.. Jangan bosan lak.. Bangun solat subuh, kaki ca memang kejang sangat. Ambil wudhuk memang pakai air suam. Tak tertahan sejuknya air biasa tu. Macam berada dalam peti ais tempat beku. Disebabkan kaki ca kejang, Saipurah tolong la urut sikit. Mekaceh sekali lagi sayang! Pastu pi dapur tengok bekpes da nak siap.Sebab ada yang sukarela nak bangun masak.Hehe..Terbaikkkk~ Ada bihun goreng, nasi goreng.Perut pon memang dah lapar.

Semua dah siap makan, bergilir2 pulak mandi.Aktiviti pagi tu nak main kat outdoor ngan indoor theme park. Tapi tiba2 ‘si dia’  tepon. Dia cakap dia nak pergi Genting jumpa ca. Ca mula2 tak percaya jugak. Sekali dia mesej dia dah gerak dari rumah, masa tu la ca percaya. Sanggup tu datang dari Hulu Langat. Jadi ca cancel nak join dengan budak2 tu semua pergi main menatang2 kat outdoor ngan indoor tu. Ca tukar plan la.Ca jalan ngan ‘si dia’ je nanti. Lagipon kaki ca sakit.

Percaya tak ca jalan dah macam orang baru lepas beranak? Macam pingguin pon ada jugak. Mungkin ca tak biasa jalan jauh berterusan. Yela, dari ca sampai Shah Alam memang ca tak cukup rehat.’Si dia’ sampai kebetulan memang tepat2 kat Apartment Ria. Surprise!!!  Padahal ca tak bitau lagi ca kat mana. Buat muka pelik 24 saat.

Ca tak main pon benda2 alah kat theme park tu. Dah la semuanya bermain dengan KETINGGIAN. Musuh2! Ca tak terkilan pon tak dapat naik semua tu. Mungkin ca ni lebih suka bergambar dan nikmati keindahan alam kot.Cewah! Ayat~ Ca ngan dia jalan2 je walau terpaksa jalan terkedek-kedek macam pingguin. Cari tempat2 yang ada view menarik. Tembak sana sini.


Tinggi tak ca?? :P

Takut~



Sekali jumpa satu garden ni. Memang cantik sangat view kat situ ! Tenang je tengok bunga2 dengan kehijauan gunung ganang. J Time ni ca dah tak malas2 senyum dah. Memang nak senyum manjang. Semangat nak bergambar.Hehe…







Time duduk2 kat bangku yang mengadap ke permandangan gunung-ganang, ada la sorang gegel Chinese ni tegur kitorang. Dia nak kitorang tolong snap kan gambar dia ngan kawan2 dia. ‘Si dia’ dah angkat2 kening.Hehe..Cam tau2 je yang ca yang nak pergi snap sebab..sebab…chinese tu pakai DSLR..Nak merasa tembak orang guna makhluk mata bolat dan besar ni. Hehe.. Ca puas hati bila diorang pon buat muka puas hati ngan hasil ‘tembakan’ ca. Like3!

Da puas bergambar semua kat Genting, ca ambil keputusan balik Shah Alam semula ngan ‘si dia’. Sebab budak-budak tu habis main petang. Ca tak tau nak tunggu diorang kat mana dah. Kitorang pon dah check out dari apartment. Beg ada kat kereta budak2 yang naik kereta. Contact Saipurah, dia kata takpe la beg ca kat kereta, ca balik la Shah Alam dulu kalau nak jalan2 ngan ‘si dia’. Jadi ca pon gerak ke Shah Alam. Jalan2, makan2..Tak pasal2 sampai ke Hulu Langat jugak. Dia tunjuk rumah dia. Rumah je…. Ca belum ready la nak jumpa parents ‘si dia’..Tapi ca dapat jumpa adik dia..Dia tunjuk tempat dia kerja juga..

Sampai ke malam jugak la makan angin. Malam tu melantak KFC dalam I-City. Haha..Sekali lagi masuk I-City. Tapau KFC tu pastu pi makan di kelilingi pokok2 berlampu. The best moment..Hik3.. ^^, Dah siap makan, terus balik kolej sebab Saipurah ngan budak2 lain pon dah sampai.

Masing2 kepenatan. Purah yang tertidur awal. Hehe..Ca je tak leh tido sebab kaki sakit. Apa lagi, ambil kesempatan mengonlinekan diri.Masa tu la entry [NI] dipost.. J Bila mata dah tak mampu terbukak, nak tido. Alamakkkk~ Takde space kat katil Purah tu sebab Purah dah terbongkang da.hihi..Nasib junior roommate dia lom tido n baik sangat. Dia kasi ca tido dengan dia. Akhirnya ZzzZzzZzzzz

03 April 2012

Cuti-cuti Cinta (2) | Dingin Tak Bersalji

Assalamu’alaikum..

~Dingin Tak Bersalji~

Da baca Part 1, Kota Berlampu?? Hehe..Panjang tak panjang karangan ca? Kali ni pon panjang kot. Tapi banyak gambar..Nak ke baca? Huhu.. :(

Ok, pagi2 sabtu ( 17.3.2012 ) tu, kitorang bekpes sama2 dalam bilik. Kawan2 Saipurah yang dari Arau pon dah sampai subuh2 lagi. Ada Juja,Ati ngan Cik Kina.Diorang pon stay kat kolej. Dak2 yang malam tadi tak jumpa pon ada. Aini ngan Adik. Semua memang baik. Happy dapat kenal diorang..

Siap2 semua, kitorang pon gerak.Kitorang ber-8 ( 6 gegel, 2 boboy ) naik bas rapid sampai la ke KL Central.Kat KL Central jumpa lagi sorang budak laki. So, yang naik bas semuanya 9 orang. Beli tiket ke Genting siap dengan pakej naik Skyway (RM10.30). Erk! Dengar je yang kitorang akan naik ke puncak naik kete kabel, kecut perut dulu dah. Ketinggian adalah MUSUH! Ca gayat weh.. :’( Tapi muka control ensem je. Beberapa orang yang lain ada yang naik kereta..

Ni la Geng Bas Sekolah.. kitorang makan jap sementara tunggu bas ke Genting.. :)

Dalam bas tak boleh nak tidur. Dah la dapat seat  belakangggg sekali. Huh~ Time nak naik Genting jangan cakap la ca mampu duduk dengan tenang.Peha Saipurah jadi mangsa. Kena genggam bila bas buat aksi drift. Kaki pulak asyik beraksi menekan brek bas. Ikut hati macam nak pergi tumbok muka pakcik bas! Ca belom kawen tau!

Saipurah & Ca dalam bas.. :)

Dapat seat paling belakangggggg sekali..sob3.. T__T

Naik bas satu hal.Naik skyway dah dua hal. Allah..” kena naik ke? Kena naik ke?” -à soal dalam hati jek. Huwaaaa~ nak balik tak boleh. Naik jalan kaki?? Mampus tercabut sendi2 kaki. Nak tak nak, tabahkan hati, naik gak. Dalam kete kabel tu ca macam tak boleh nak bernafas. Takut punya pasal. Gayat sangat2! Kaki jadi kejang.Siyes! Ca tak tengok sangat ke bawah.Tengok depan je. Saipurah paling excited.Dia tak takut langsung.Kawan dia lagi 2 orang pon terdiam macam ca. Hehe.Yang lain terpisah la sebab takleh la nak sumbat semua dalam tu.

Dup dap dup dap!



Ca tembak diorang!


Muka control ensem..dalam hati, ALLAH je tau.. =__="


By best best best best fren! :)


Da nak sampai~ ^^,


Sepanjang2 jalan kat atas tu boleh asyik fikir “kalau kete kabel ni jatuh camane? Berkecai aku!” Erm.. =__=” Sampai je kat atas Genting memang bersyukur sangat la sebab selamat sampai.Hehe. Memang ca penat sangat. Bahu sakit bawa beg. Kaki sakit. Kena pulak berjalan jauh untuk ke apartment yang kitorang sewa. Serius memang jauh dari tempat kete kabel benti tu. Ca memang jalan je laju2 ngan kawan2 yang dah mula rapat ngan ca. Nak cepat sampai. Sampai2 apartmen, dak2 yang naik kereta dah sampai. Kitorang menginap kat Apartment Ria. Ada 3 bilik. 2 bilik untuk dak pompuan. 1 bilik untuk dak laki.Jumlah kitorang semua 22 ke 24 orang tak silap. Memang riuh la.


View dari dalam bilik apartmen...


Sampai2 pulak pon sama.Tak dapat rest pon.Dak2 pompuan semua turun dapur masak untuk makan malam.Kitorang dah bawak barang2 dapur untuk masak makan malam ngan pagi esoknya. Jimat kan? J Menu makan malam : Nasi putih + sambal sardine + kobis goreng + telur dadar 

Ouh bestnya tilam yang empuk! Lagi best tilam kat umah.. :)



Aktiviti malam tu , diorang ada game main tukar2 hadiah.Memang fun la. Disebabkan ca tak terlibat, ca jadi photographer diorang je..Hihi..Gambar diorang semua kat kamera Saipurah. Ca takde amek sangat.

Sesi tukar-tukar hadiah...





Dah settle aktiviti tu, diorang semua ajak jalan2 pulak kat kawasan indoor theme park. Angin malam memang mengigit-gigit tulang. Al-maklumla, ca kekurangan ‘isi’. Hehe..Jadi memang senang la angin dingin malam tembus ke tulang. :p

Kaki ca memang dah sakit sangat. Tak larat da jalan. Nak senyum pon malas, lagikan nak bergambar.. Memang gambar ca tak banyak la.. Gambar yang ada pon memang semua nya tak cun sebab tak beriye.Penat..

Gambar-gambar MEREKA yang ca sempat snap.. :)







Balik2 apartment je ca memang tombang. Dak lain mencekik 2nd round sebab dah lapar semula.Hihi.Ca memang dah tak larat. Basuh kaki, cuci muka,pakai sweater, sarung stokin, tarik toto (selimut tebal tu)----> ZzzZzzzz


*Tibe2 terfikir, tempat ni macam bestttt je kalau jadi tempat honeymoon…..hik3..cejuk tu~ ops! :p

02 April 2012

Cuti-Cuti Cinta (1) | Kota Berlampu

Assalamu’alaikum..


~Kota Berlampu~

Akhirnya ca berpeluang jugak kasi up story mory pasal percutian ca 2 minggu lepas..yeeeee.. 2 MINGGU LEPAS… haha.. Cerita da basi-basi-masyam dah.. Korang yang follow-up blog ca mesti tau la masalah kritikal tahap nak kena bagi CPU CPR yang melanda ca sekarang. Wuwuwu….sedih !

Ok,ok..Meh mak jemah nak citer.. 2 minggu lepas ca pergi naik Shah Alam.Naik la kan? Ca kan dari Johor.Hehe. Ca ke sana sebab ca ada join reunion coursemate ke Genting Highlands. Bukan coursemate ca,tapi kawan baik ca,Saipurah. Ca menyibuk je. Ca join je la sebab kawan baik ca da pelawa. Peluang cuma datang sekali ye dak? Ca apa lagi, bagai orang haus di’payung’ coolblog perisa coklat letak pearl  la ! Ngeee..

Jumaat (16.3.2012) tu Ca gerak dari Johor sorang2 ke KL..Phewwww… Pestime gerak sorang2 pergi jauh.*Jauh ke JB-KL?? Sila jawab jauh!!!* Hehe.. Ca akan bermalam kat kolej kawan ca dalam Uitm. Bas yang ca naik benti kat TBS.Bukan kat Shah Alam.Kenapa? Hehe..sebab ‘si dia’ nak jemput then bawak ca jumpa ngan kawan ca tu. Kawan ca ada kelas sampai petang masa tu. Sampai2 TBS memang terasa aura macam turun flight la.Haha..Macam kat airport gamaknya.. :) Nice… *Jakun jap! :p

‘Si dia’ sampai, ca pi solat jap pastu terus ajak pergi mencekik sebab perutku menjerit-jerit mintak diisi. Terbaik la sebab dapat mencekik nasi goreng ayam yang sedap kat..kat..erk! Tak ingat nama tempat tu. =__=”

Sementara tunggu kawan ca habis kelas, round2 KL ngan Shah Alam la jap. 1 perkara je ca nak simpulkan ketat2 dalam kepala otak korang. KL memang sinonim dengan jem atau bahasa sopannya KESESAKAN LALU LINTAS! Ouh..tak suka! Bunyi hon boleh pulak berlawan-lawan. E’eh..bergurau pulak driver2 kat atas jalan ni. Haish~ Muka ca makin ketat dek kesesakan tu.Kawan ca habis kelas je,kitorang decide nak jumpa kat mana. Dah jumpa tu barulah ‘si dia’ lepaskan tanggungjawabnya ca ke Saipurah untuk menjaga budak kecik lagi comel ni.Ihik3.. :p *Sila muntah!*  Tapi sempat lagi plan camana ca nak keluar malamnya tu ngan ‘si dia’. Ca nak pergi I-City ! Tu memang hajat ca dah lama dah. Teringin nak jalan2 ngan 'si dia' kat I-City. Saipurah plan baik punya camana nak keluar. Hehe. Macam nak ‘fly’ gitu..

Sampai2 bilik kolej, da maghrib. Memang sangat penat. Tapi disebabkan nak kejar masa, nak keluar pulak ke I-City, mandi laju2, solat, bersiap. ‘si dia’ stay surau dekat2 situ je sebab tak sempat nak balik Hulu Langat. Saipurah ni la yang teman ca sampai gate utama Uitm. Mekaseh sayang sebab teman ye..  ‘Si dia’ da tunggu kat kepsi .

Akhirnya sampai jugak ca ke I-City. Selama ni dok tengok je orang lain bercerita,bergambar kat I-City. Sekarang da sampai. Komen? Biasa je..Tapi cantikla. Ca suka warna warni ni.Macam nak cabut je satu pokok kasi pacak depan umah kat Johor.Haha.Nak tengok gambar? *gambar ca je la banyak sebab ada tukang amek gambar tak bergaji..hak3.. :p





Ca jumpa kembar la!!!

Lep u!

Ang-ang!

Gambar ngan 'si dia' banyak la jugak..tapi malas la nak tunjuk banyak2..Kang orang kata OVER! Macam dia sorang je ade abe.hehe..Tunjuk 1 je la ye..ye.. ^^,


Balik kolej tak dapat tidur pon. Pergi berkenalan pulak ngan beberapa kawan2 kepada kawan ca tu.Kira kawan2 yang akan join ke Genting jugak la dan yang ada kat Uitm. Ada lagi yang dari Arau dan tempat lain belum sampai.Best ! Diorang semua sporting..Senang je nak ‘masuk kepala’. Jatul, Yana, Wani korang memang best.. ^^, Thanks layan ca ngan baik.. J

Ok..Panjang kan? Errr…sorry..ca memang fail bab buat summary sejak sekolah lagi.Karangan summary memang hancus! Hehe..

·         * Next entry – Sejuk Tak Bersalji ! ^^,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...