Showing posts with label SeGmenT. Show all posts
Showing posts with label SeGmenT. Show all posts

13 February 2012

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

Assalamu'alaikum..

SILA BACA SAMPAI HABIS..SEKIAN...

Disebabkan kisah BERUKben yang menyakitkan jiwa dan raga, ca ambil peluang ni untuk join Segmen B.A ni..(Klik Link)

Tutup : 13/2/2012 | 10 malam

Biasanya bila join segmen Abang Ben, time ni la trafic tiba2 menuju puncak la kan.Time ni jugak la nombor giliran follower akan bertambah..Tapi kali ni ca join dan ca harapkan sapa yang nak follow ca biarlah atas keikhlasan hati dan atas dasar minat terhadap penulisan ca..Bukan sebab mengharapkan ca FOLLOW KORANG BALIK. Ok? 


KENAPA KORANG PATUT BACA BLOG CIK DUYUNG??

Blog ni tak semuanya berkaitan hal seharian ca atau peribadi.Nampak je kat label tu 'KISAH CIK DUYUNG' mengambil tempat pertama.Tapi sasaran utama ca dalam blog ni untuk korang baca ialah diruangan 'MUJAHADAH'...Entry PERCUBAAN untuk korang..Jom baca KISAH CAWAN DAN PIRING... :)


* Ca tak kisah kalau ada yang tiba2 rasa terbantut nak follow blog ni sebab sekarang ca dah faham betapa berharganya readers & pengomen berbanding JUMLAH FOLLOWER.... :)

10 January 2012

BEN ASHAARI : PESAN DIA , IBUKU

Assalamu'alaikum..

Ok, kali ni ca akan join segmen Abg Ben dengan lebih serius..Sebab...


Ibu? Tiada 'ibu' di dalam hidup ca.Sebab ca hanya ada 'MAK'..Panggilan mak je yang ca tahu sebut untuk seorang wanita yang paling ca sayang kat dunia ni.. Mak yang langsung tak pernah kenal erti 'penat' menguruskan hal2 keluarga.Kerja mak sebenarnya double daripada kerja abah. Tak percaya? Perhati la mak ayah korang bagi yang masih ada kedua-duanya..

Pesanan terakhir mak untuk malam ni ....

Ca kat bilik sibuk membongkar bilik dan kemas semula.Best tau bongkar pastu kemas.. Tapi kena ada mood rajin terlampau la...Mak panggil dari dapur..

Mak : Ca..makan...!--> yes..'Ca' memang panggilan kat umah ye.. :) 

Ca : jap la...nanti ca makan..

Mak : Nanti la sambung kemas, makan dulu..

Ca : Senyap..Ca jenis orang tak bape nak reti stop wat keje selagi tak siap tau...

Mak : Hey, cuba la makan dulu...

Ca : Ye..ye.. nanti--> tangan ligat memporak perandakan bilik sendiri..

Tiba2 mak terpacul kat pintu bilik..

Mak : Nanti..nanti..ni ha, kang habis.. (teka mak ca bawak ape?)


Mak ca bawak semangkuk lauk yang ca nak makan dari petang tapi tak makan-makan..Mak risau kalau ada yang habiskan ..Sampai macam tu sekali kan mak ni mendahulukan anak dia??

Bila Abg Ben buat segmen ni baru ca sedar, mak paksa makan sebab sayang anak dia..Ca cuba bayangkan andai suatu hari nanti da takde mak nak panggil2 ca makan..MasyaALLAH.... Ca tak sanggup...Ok..saya dah mula nangis.. T__T 

Mak..ca sayang mak sangat2..Maafkan ca mak..Pasni walau mak panggil makan, ca pergi jugak makan walau keje banyak.. :'(


* umur ca dah 20+ tapi bila sakit, mak masih suap ca makan.. camni ke nak kawen? huhu

08 January 2012

Review Blog By Azzah

Assalamu'alaikum..

Ca nak kak Azzah masakkan sayur lemak..eh salah..hehe
Nak akak Azzah review blog ca la..hehe.. ^^,


Naj join klik [SINI]

06 January 2012

Akulah Cucu ATOK Yang Hilang

Assalamu'alaikum..


Woi, atok gile mencapub nak cari cucu hilang!
*tak sampai hati nak taip camni..macam kurang ajar beno ngan atok..dah atok yg suruh..TERPAKSA lah..maaf tok..*

Kau pon nak jadi cucu atok yang hilang?? Report [SINI]


01 January 2012

2011 KE 2012 – SEBELUM DAN SELEPAS !

Assalamu'alaikum..

Segmen abg Ben merasmikan tirai 2012 kat blog ni nampaknye... :)



Nothing special la yang berlaku sebelum dan selepas tahun baru ni.Macam biasa jugak..

Sebelum detik 12 malam tu ngadap astro Ria tengok Master Chef la.Wajib tu ..Hehe.. Pastu tengok konsert reunion AF..Humm..Tak bape best la..Nak tengok Hafiz ngan Adira nyanyi lagu Ombak Rindu je.. :P

Habis je konsert satu minit nak kol 12..Pi tengok bunga api..Bom bom kebabommmm...Tengok kat tv3 je la yang mampu..Tapi kat area tempat ca ni bising gak dengan bunyi orang main mercun ngan bunga api.Tapi bayang bunga api pon x nampak..

Papepon, kita kena selalu beringat..Jangan suka sangat..Kita semakin dekat dengan akhir zaman...Penghujung dunia bila2 boleh tiba...Risau..Takut..Sempat ke tidak nak persiapkan bekalan ke 'sana' nanti...Semoga ALLAH sentiasa mengampunkan dosa2 kita dan meredhai hari2 kita..Aminnn~

13 December 2011

5 Blog Pilihan Ku

Assalamu'alaikum


Klik Untuk Join !


Ha, dah lama kot tak join apa2 segmen.Lagi2 segmen Abg Ben. Kali ni punya segmen agak menarik sebab kita kena bitau 5 blog pilihan yang kita rasa kita suka la sepanjang terjebak dengan dunia blogging ni. Hehe..Kita tengok siapa yang kenaaaaa~

Blog Pilihan Ca a.k.a Cik Duyung :

1) The Famous Abang ( Abang Zam )
Ca rasa ni kali kedua ca akan bitau yang ni la blog yang ca suka masuk. Walau ayat abang zam PEDAS-PEDAS belaka, tapi ca boleh terima dan sememangnya itu kenyataan dikebanyakan dunia realiti. :) Kadang-kadang terkena batang hidung sendiri jugak.Erk!


2) SpeakerSekolah ( Ameerol)
Blog yang simple.Walau kadang2 entry si Mirul ni banyak yang auta dari fakta, tapi menarik untuk dibaca. Hehe..Budak2 memang gitu..Kan,kan Mirul? Hahaha.Jangan marah~ *pengomen tegar blog ca*


3) Skytech Blog ( Ezad )
Blog ni pon simple. Ada pasal life, ada info..Masih 'masuk kepala' sebab mungkin gaya penulisan dia standard umur ca..Kita sebaya kan? Ngee~ *pengomen tegar blog ca*


4) Poyoness ( Kay )
Ca suka baca blog Kay sebab dia suka buat entry dalam bentuk 'point'. Kira ringkas dan padat. Tak perlu baca panjang2. :) Dulu ca ingat dia ni standard blogger2 otai gak, susah nak dapat komen dari dia..Tapi skang ok je, Kay akan balas kunjungan..

5) SuhaSimpleLife ( Suha )
Erk, macam pelik je tulis nama SUHA..Sori, ca selalu panggil dia Poo je.Nama manja masa sama2 belajar dulu.Ca pilih dia bukan sebab dia ex-housemate & ex-'poli'mate tau.Tapi ca memang tabik spring dengan dia sebab penulisan dia yang 'kelucahan' sokmo tu mampu menarik ramai pembaca setia. :) Haha..Ko dari dulu memang sama je Poo. :P Lucah! Haha


Dah, tu lah 5 blog pilihan ca. Dah Abg Ben mintak 5 je.Kalau tak nak tulis semua yang rajin datang sini sebab yang datang blog ca pon mereka sangat best. :) Terima kasih banyak2 tau..

21 November 2011

UJANG buat KEHIDUPAN ku berERTI

Assalamu'alaikum~


Sesungguhnya UJANG membuatkan KEHIDUPAN ku berERTI ....








Seandainya UJANG ....








Mereview blog CIK DUYUNG ni ...




(^^,)v





Pehhh~ tajuk tak menahan kepoyoannya kan mengalahkan Kay si POYONESS tu .. Hehe .. Ada yang seketul penumbuk bini Ujang masuk dalam mulut ca nanti. Gurau je . Dah Ujang kata tajuk entry untuk segmen dia ni bebas . Sukati la kan nak taip apa . Hehe . Nak tulis tajuk " Ujang, sila percaya aku ni LISA " mau tak muntah 3 hari 3 malam si Ujang tu . Hehe


Nah header yang comot momot dari blog Ca ....







Dan ni .. ehem3... malu lah.. Cik empunya blog ni ler ..


Nak join?? Tak boleh?! 



Hehe..gurau je..meh tekan [SINI] lelaju ~
Tarikh tutup : 22/11/11

15 November 2011

Segmen Shiema : Join | Singgah | Follow | Komen

Assalamu'alaikum~

JOIN-SINGGAH-FOLLOW-KOMEN
Jom2 ! Shiema Sufian ajak nie.. hehe
Klik Untuk Join Sekaki.. :')

v(,^^) TaK inDah duNia bLog tanPa adanya kaMu waHai reAderS & foLLowErS  (^^,)v

04 November 2011

Pencarian Blog Follower Bawah 500

Assalamu'alaikum..

Klik Banner Untuk Join..
-hanya yg layak je la..hehe-



* sah2 ca layak .. follower baru 'kepala 3' .. huhu .. xpe2 .. usaha lagi! =)

31 October 2011

SEGMEN BLOGLIST KERI : Sebarkan Walau 1 Ayat

Assalamu'alaikum~

Ok..segmen ni ca jumpa masa bw..Menarik sebab sambil join segmen, kita boleh dapat sikit sebanyak ilmu walau dari sebaris ayat daripada setiap orang yg join.. =)
Klik Banner Untuk Join...

Ok..antara kata2 yang ca suka ialah :

"Yang manis jangan terus ditelan, yang pahit jangan terus dibuang"

Walau kata2 ni mugkin biasa kita dengar, tapi kata2 ni lah yang buat kita sentiasa beringat2 dalam membuat sebarang keputusan...



Tag :

26 October 2011

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER

Assalamu'alaikum~


Lalalala~ ca tau ada yang cakap " tak habis2 dak ni ngan Abg Ben .." haha.. Biarlah kan..Janji happy..hek3...Eleh, nak join gak kannnn~ Picit Klik header BA bawah ni ..



Kalau nak citer pasal blog ca ni, nothing special sangat pon.Sekadar 'kotak' melepaskan apa sahaja yang terlintas kat kepala otak ni..Kira lebih pada personal blog je..Nak yang fakta tu hahaha..malu nak cakap..Memang susah kot nak jumpa kat sini. Tapi akan ca cuba gak nak sumbat ilmu2 atau fakta2 yang ca tau keh..

Idola?? Ofcoz Abg Ben sendiri..Fenomena BA memang mengezutkan lagi2 time ada segmen camni.Ye dak? Selain Abg Ben, idola ca Abg Zam..The Famous Abang..Hehe..Kenapa dia? Sebab dia sempoi sangat..Dia main taip apa yang dia nak.Nama pon blog sindir menyindir.Tapi bila pandang hakikat apa yang dia nak sampaikan sebenarnya, semua tu betul..Ragam manusia yang bermacam2 jenis.. =) Idea beliau yang ca suka..Mendidih bersama.......haha...Ni lagi best!

Header terkini Abg Zam...


Dah ..itu je....Jom join beramai2~


*blog Abg Zam ada kale pink! hihi.. :p

24 October 2011

BEN ASHAARI TANYA PENDAPAT AKU

Assalamu'alaikum~

Wah~ ni da masuk kali ke-3 kot join segmen Abg Ben untuk BULAN ni je..hehe..
Kali ni topik memang best lagi berapi...

KENAPA WANITA SERING DITIPU DAN TERTIPU?

Mungkin pandangan dari kaum sejenis iaitu ca, tak sama dengan pandangan oleh kaum yang lain jenis iaitu ofcozlah lelaki..

Bagi ca yang merupakan seorang wanita juga ca akui wanita sering ditipu dan tipah tertipu.Sebabnya, akal yang 1 milik kaum hawa ni mudah sangat dikalahkan dengan 9 nafsu sendiri..Nafsu tak semestinya nafsu seks ok.Banyak cabangnya.Nafsu shopping, nafsu untuk nampak cantik, nak kan kekayaan dan sebagainya.Kalau wanita tak pandai control 9 nafsu mereka, tu yang mudah kena tipu sebab akal da tak boleh nak menilai sedalam-dalamnya tentang sesuatu perkara tu.Tak fikir apa2 risiko lagi dah.

Satu lagi puncanya wanita ni sememangnya dijadikan dengan sekeping hati yang sangat lembut, mudah memaafkan ,mudah mengalah dan selalu ingin dikasihi. Tapi masalahnya kelembutan tu disalah gunakan.Tak bertempat. Macam penipuan cinta siber lah..Kenapa mesti beri kepercayaan 100% sedangkan kita tak pernah lagi jumpa seseorang lelaki tu face to face dan menilai sendiri didunia realiti?
Hati yang mudah tertarik dan mudah cair ni lah kena jaga seeloknya..

Tu sekadar pendapat ca dan apa yang ca dapat nilai diri sendiri sebagai wanita.Kalau korang (yg wanita) tak cam apa yg disebutkan ni, minta maaf keh~ Papepon, jaga peribadi, jaga akhlak..InsyaALLAH kita dilindungi daripada sebarang kejahatan .... =)

22 October 2011

Segmen : Jom Kenal Kenal !

Assalamu'alaikum~


Klik untuk join ye...

================================

Jom kita kenal-kenal... =)
Kalau sudi jom kita kawan-kawan..
Sudi? Jom follow-mollow... hehe

================================


19 October 2011

Segmen : SAYA,BLOG dan PEMBACA

Assalamu'alaikum~

Fenomena Abg Ben mesti sedang berlaku sekarang kerana adanya SEGMEN  SAYA, BLOG DAN PEMBACA..Ca pon turut dibawa oleh fenomena ni.hehe




SAYA , BLOG dan PEMBACA merupakan satu rantaian yang paling lengkap dalam dunia blogging ni.Tak kan wujudnya BLOG tanpa salah satunya. Blog tak kan jadi tanpa SAYA sebab SAYA yang akan mengisi kekosongan dinding blog tersebut dengan apa sahaja bentuk penulisan. Tapi, tanpa PEMBACA siapalah 'SAYA' di dunia blogging ni sebab PEMBACA pula akan menghidupkan penulisan tadi.

Semua ni macam masak maggie la..*pehal tibe2 masak maggie lak nie..
SAYA ibarat maggie sebab SAYA lah asasnya. BLOG ibarat periuk sebab BLOG adalah medium pengantaraan antara SAYA dan PEMBACA. PENULISAN saya ibarat perencahnya sebab SAYA mesti seiring dengan ENTRY bukan? PEMBACA pula ibarat api dapur mahupon air. Sebab PEMBACA lah akan melengkapkan masakan.Tanpa air dan api, maggie tak kan masak dengan jayanya. *kalau siram air panas je?? (tak nak, kena masak maggie tu ok!)

Sape setuju?? Sila tinggal komen dan support la ca ok.. =)


Doodle 'Cik Duyung' ni mewakili blog ca..kamu akan nampak gambar ni bila saya follow kamu ~ =)

18 October 2011

POST MY REVIEW, DEAR KHUMAERA

Assalamu'alaikum~

Owh Sis Khumaera, plis post my review~ hehe =)


Klik Banner untuk join! Sampai kol 5 pm hari ni je tau~


Kak Maera cun lagi berseri,
Buat segmen terus ku serbu,
D'Young Duyung nama diberi,
Inilah blog yang sangat jambu.


Halamakkk~ berpantun la pulak.Ceh3..Ok, nama yg ca guna kat blog ni Cik Duyung. Tapi ca bahasakan diri 'Ca' sebab selesa dengan nama tu.Nama tu yang hari2 pakai kat umah.Ehehe.
Blog ni banyak citer pasal apa yang berlaku kat sekeliling.Tak kira la umum atau pasal diri sendiri.*macam banyak pasal diri sendiri jek.lalala~

Ca masih perlukan sokongan2 dari blogger lain untuk terus aktif di persada dunia blog ni. Kalau sudi untuk menyokong ca, boleh la ringan kan tangan ikhlaskan hati untuk memfollow ca. *tak malu

Tu je la yang ca boleh review.Sikit je..Nak tau lebih lanjut kenalah kenali ca. =)

17 October 2011

Segmen: Jom Hargai Sahabat

♥BUKAN SEKADAR SEGMEN. TAPI INI ENTRY PENGHARGAAN BUAT SAHABAT TERCINTA.♥

KLIK banner untuk join


Pertama kali ca join segmen bukan hanya kerana ini adalah SEGMEN. Tapi ca ambil peluang ini untuk membuat penghargaan buat mereka..

MEREKA KAWAN KU
MEREKA SAHABAT KU
MEREKA ADIK BERADIK KU
MEREKA KELUARGA KU

INI CERITERA 4 SAHABAT
*KLIK UNTUK TAHU KISAH KAMI*


Oleh sebab ni segmen merangkap entry penghargaan, izinkan ca menggunakan 'Aku'

================================================

Andai korang baca entry ni, aku harap korang berikan sedikit masa untuk korang kenang kembali persahabatan kita..Aku tau kita sama2 tak sedar bila masa kita mula rapat. Kita sama2 tak ingat pon bila masa kita tiba2 jadi SYALINSAIZAH..Aku cuma ingat dan aku cuma tau korang adalah sahabat LIMITED EDITION aku.Takde sape boleh ganti tempat korang...

Purah, Is dan Qila..masih korang ingat saat2 ni?





Aku mampu tersenyum tengok semua kenangan kita masa zaman hingusan ni. Mandi air terjun sama2, main hujan sama2.Masak sama2..walaupon masa tu kita belom pro masak mee.Ingat lagi? Gelak ketawa awak purah..Kadang2 mengalahkan kitorang..Qila , ko memang cover2 cun..hehe..Is sentiasa sopan walau adakalanya terkeluar gak ketawa jahat ko..

Sekarang, kita makin dewasa. Korang yang masih study mesti dapat kawan baru kan? Aku harap korang tak kan lupakan aku.Aku tak nak ada sape2 ganti tempat aku sebab aku tak pernah cari ganti tempat korang di hati aku..




Aku sayang korang. Sayang sangat2. Aku takde adik badik pompuan melainkan korang.Walau kita xde ikatan kekeluargaan sekalipon, aku rasa aku sangat dekat dengan korang.. Sebak sangat aku rasa saat ni.Aku mengaku aku menangis saat ni.Tapi aku tak nak korang nangis tau.Aku nak korang sentiasa tersenyum.. Purah, dah2..Jangan nangis keh..Saya dapat rasa awak nangis sekarang...

Purah, Qila, Is

Terima kasih jadi kawan ,sahabat aku, keluarga aku..
Terima kasih sebab korang sentiasa ada di kala aku susah dan senang..
Terima kasih atas segalanya...
Semoga ukhwah yang kita bina bertahun lamanya akan sentiasa terpelihara..
Aminn~

================================================

Maaf, ca teremo sikit.. Hanya ALLAH dan kami yang tau apa yang sedang berlaku.Doakan kami agar sentiasa bersama....


14 October 2011

TIA AJAK BERSAING SESAMA BLOGGER

Assalamu'alaikum~

Pagi-pagi lagi Tia da ajak bertumbuk bersaing dengan blogger..Ape lagi, mau join lah! Mana boleh tak join.Nie la peluang nak menonjolkan rasa 'ketidakpuasan hati' yang sihat. Hehe..


Klik header Tia ni untuk join juga~ =)Tutup pada 10 malam ni (14/10/2011)


Psst~ Psst~ Tia ,Tia..meh nak bisik meh..Blogger yang ca anggap 'musuh' manja2 ialahhhh~
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ala, blog bukan ilmiah tu.....kenal tak, kenal tak?
Dia adalah ex-polimate ca dan ex-housemate ca...(*sebab utama nie)
Memang sangat jeles sama dia sebab dia mampu hasilkan entry2 yang sangat lucah best. Hehe..
Dia bukan setakat dah ramai follower berbanding ca, tapi yang menjeleskan ca adalah dia mendapat PEMBACA SETIA okeh...dush! dush! (tumbuk dinding)
* dak yang dah mula terasa tu jangan dok kembang2 lobang hidung eh! *
Nak tau sape??




Sape lagi kalau bukan mak katak....
Cik SUHA~~~~~
lalala... ♪

Sekian~ 

p/s untuk mak katak : Poo (panggilan manja), kalau ko dekat skang, aku nak tumbuk ko boleh? Haha..Miz u lah katak kakak! Dah lama tak cubit pipi ko..T__T xoxo!

08 October 2011

Ramaikan Follower, Dapatkan Pembaca

Assalamu'alaikum~

Setelah sekian lama tak join segmen, ca nak join segmen HH sebagai 'penghidup' semula tabiat suka join segmen...huhu.. 

Senang jer...
Mula2 tepek banner HH ni... :) 
*wow! patriotik HH kiter nie..*



Pastu HH nak tau...........

NAMA BLOG : D'Young Duyung
NAMA BLOGGER : Cik Duyung (Ca)
TAHUN MULA BERBLOG : 2010
FOLLOWER SETAKAT INI : 291

SIAP! 
(^___^)v
-peace-

Tarikh tutup 10.10.10...eh.eh....2011..hehe...
*erk! tercabar rasanya... ramai join der*


16 July 2011

" Segmen Kenal Blogger Sampai Juling"

Assalamu'alaikum~

Lama sudah tak join2 segmen nie..sebelum mengangkat kaki dari cc nie ca nak join segmen Cik Najihah nie.. :)

Nak tau nama pemes ek? Nama kat dunia realiti orang panggil DAYANG..kat blog, Ca @ Cim Duyung.. :)
Tempay belajar dulu kat Poli JB ..skang dah kerja..keje sebagai ass. supervisor.. :)
Kata2 untuk kamu, selamat maju jaya la yer dalam dunia blog nie..hehe...ceria2 selalu~
tata...
korang nak join klik banner kat atas tu keh!

23 June 2011

Jom Sertai Blog Pilihan Mingguan Askrie Hishamuddin!

Assalamu'alaikum~

Nak gak join nie..hehe...ASKRIE HISHAMUDDIN nak cari blog pilihan..
Nak join??
Klik jer header beliau kat bawah nie untuk keterangan lanjut @ nak join keh... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...