Showing posts with label Makan2. Show all posts
Showing posts with label Makan2. Show all posts

27 January 2013

Sesekali Men'Jepun' kan Diri

Assalamu'alaikum..

Salah satu makanan yang ca pernah try & muntahkan balik ialah SUSHI ! 1st time makan memang rasa "yuckkks'' sangat..ouh..teruknya rasa benda alah nie...camane diorang boleh makan benda ni?? camane? camane?? Persoalan paling bengap yang ca pernah tanya dalam hati sendiri.hehehe.. 1st time rasa tu kawan baik ca yang ajar makan.Si Saipurah tu.Masa tu beli kat Tesco kot.Entah, dah lupa..

Tiba2 satu hari tu, kawan ca yang nama nya Cik Alia pulak ajar makan selepas bertahun-tahun ca pandang "euwww2" kat makanan ni. Siyes TAK SUKA. Lia tetap suruh rasa. Masa tu dia beli, ca mampu tengok je. Ape ni? Ape ni? Pelik2 je isi dia kan..hehe..Dah puas dia shopping Sushi tu, kitorang pergi lepak kat tambak Pontian. Dia bagi ca rasa sushi yang ada inti ketam x silap.Ke telur udang ek..lupa la. Inti ke dipanggil ?? Haha..hentam la labu~ Sekali gigit..erk...kunyah punya kunyah...emmm..emmm..emmmm~nom nom nom... E'eh..apesal sedap ni?? Malu pada diri sendiri sebab dulu pernah meng"euwww2" kan makanan ni. Haha..


Sekarang tekak ca dah boleh terima makanan ni dan sangat SUKA da kat sushi..walaupon SUKA makan, tapi ca TAK SUKA nak amek tau nama2 setiap jenis sushi tu.Bukan ca boleh ingat pon.Tau makan je.Haha...psst2! gambar kat atas ni ada someone yang bagi tau.. Inchek Bulat bagi. hehe..dia buat sendiri tau...Special punya sushi. Tapi yang lain dari yang lain tu bukan sushi.Nama dia Inari tak silap. Beras jepun tu dibalut dengan tauhu manis. Tu pon sedap. :) Yang sushi tu pulak berintikan timun jepun, ketam ngan avokado..Makan sorang memang puas. Mak abah x reti makan.Mak abah kata , "pelik2 je makanan yang ko makan ni la." Haha..Yang pelik ni la anak mak abah suka makan tau! 

Gambar kat atas ni pon Inchek Bulat yang buat.banyak kan? Tapi ni bukan untuk ca la..Hehe


Taraaaa...yang ni ca beli sendiri..Beli kat Jusco Bukit Indah,JB .Nama kedai,emmm..ape entah.Haha...Jangan suruh ca ingat la nama2 ni eh. :p Kat situ macam2 ada.Nak yang single, nak yang set pon ada. Harga? Memang MAMPU MILIK orang kata.Hehe... Try laaa.....

27 December 2012

Burger Bakar Abang Burn



Assalamu’alaikum…

Ca dan makanan sekarang memang ‘bersahabat’ baik. Dulu selalu je kurang selera makan. Nak kata ada ambil vitamin selera makan tak pulak. Nak kata ada saka, nauzubillah ! So, think positif, saya memang kuat makan skang ! Tapi kawan2 selalu cakap “untunglaa~ makan banyak badan tak naik” . Ada gak yang cakap “ makan banyak, badan cenggitu gak!”
Ummm..yang tu bukan diorang je yang musykil, ca sekali musykil lagi pelik….Jangan dah kawen naik macam pau sudah!


Sekarang semakin ramai usahawan melayu sudah berjaya meningkat naik. Alhamdulillah..Mana tau akan datang usahawan serta produk orang melayu dapat menandingi produk omputih pulak kan. Kalau sebelum ni ca ada citer pasal Extra Moist ChocolateCake yang dipelopori oleh Abang Zack, yang ca sendiri dah jadi pengedarnya, kali ni mau share pulak pasal Burger Bakar Abang Burn (BBAB). Ada yang dah kenal2 dengan burger bakar berjenamakan si pelopornya Abang Burn? Ca pon tak kenal abang Burn tapi ca kenal brand Burger Bakar Abang Burn. Hehe..Brand ni pon dah semakin pemes emes dah kat Semenanjung Malaysia ni. Dia punya cawangan pon dah banyak , bagai cendawan tumbuh lepas hujan. *Eh , tol ke peribahasa tu?



Minggu lepas ca paksa adik bawak ca pergi BBAB cawangan JB. Apetaknya, lama dok ngidam tapi takde sape nak bawa ke sana.. Asyik tengok Abang Burn dan peminat-peminat BBAB post gambar burger bakar kat page BBAB kat FB je, mana boleh tahan. Pe taknya, dengan mayonis dan sos dia meleleh kat keliling burger sungguh mengiurkan..Daging burger pulak ada yang bertingkat-tingkat tingginya..slurpppp~ *lap air liur. Nak tengok gambar2 burger yang bertingkat2, pi la jenguk page BBAB..


Sebelum nak ke sana, Ca memang dah ‘puasa’ dari petang..Semata-mata nak makan burger ni. Disebabkan ca duduk kat Pekan Nanas (Johor), cawangan BBAB yang paling dekat tapi tak berapa nak dekat dari tempat ca adalah kat B.Point,JB. Area nak ke Stulang Laut, betol2 sebelah Shell.

Lampu kat huruf B da terbakar..hik3..

Selalunya tempat ni memang ramai orang. Sampai customer pon beratur panjang untuk order. Ye, cara nak makan BBAB kena beratur, order kat kaunter, bayar barulah duduk. Nanti diorang dah siap buat burger tu, diorang sendiri akan hantar ke meja kita. Yang nak tapau pon sama jugak. Sebut pasal masa untuk burger siap, depends pada rezeki dan bilangan orang time tu.Time ca pergi Alhamdulillah, xbape ramai dan rezeki kitorang dapat meja untuk duduk makan kat situ. Burger kitorang siap dalam masa 5 minit gitu. Tapi dalam masa 5 minit menunggu tu pon memang amat menguji kesabaran. Dengan aroma daging burger yang dibakar..Pehhh~ Duduk pulak mengadap ke area diorang bakar burger tu..



Nak tau ca order apa? Haaa..sekali order, double beef with extra cheese ok.. nyum3!



Agak2 korang ca habis tak burger ni? Tak habis? Memang pon tak habis.Tapi suku daging je tak mampu habis.Tinggal sikit je tapi tangki dah penuh.Da over limit. Hehe… Rasa dia memang sedap kaw ! Tip top ! Adik ca pon order yang sama, total 2 bijik burger kan, kena RM28 means sebijik ni RM14.. Setanding dengan kualiti & daging tu sendiri.Memang tebal dan memang masak sepenuhnya.Makan untuk sekali sekala ok la..Nak makan tiap2 hari, botak jugak la kepala.Hehe.


Orang-orang Johor boleh la pergi BBAB cawangan JB kat B.Point tu. Untuk korang2 yang luar Johor , boleh survey cawangan lain kat Page BBAB. Kat situ ada maps dan lokasi lain seluruh Malaysia.. Tak rugi mencuba sebab memang sedap sangat2 ! McD pon kalah tau..  (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...