04 April 2012

Cuti-Cuti Cinta (3)| Indahnya Ungu

Assalamu’alaikum..


~ Indahnya Ungu  ~

Berepisod la pulak cerita mak jemah ni kan..Daripada kekosongan idea tak berupdate, baik bebel pasal percutian ca.Hehe.. Belom baca yang sebelum ni?? Boleh pergi baca older post ye.. :)

Ok..sambung episode eh,eh.. Jangan bosan lak.. Bangun solat subuh, kaki ca memang kejang sangat. Ambil wudhuk memang pakai air suam. Tak tertahan sejuknya air biasa tu. Macam berada dalam peti ais tempat beku. Disebabkan kaki ca kejang, Saipurah tolong la urut sikit. Mekaceh sekali lagi sayang! Pastu pi dapur tengok bekpes da nak siap.Sebab ada yang sukarela nak bangun masak.Hehe..Terbaikkkk~ Ada bihun goreng, nasi goreng.Perut pon memang dah lapar.

Semua dah siap makan, bergilir2 pulak mandi.Aktiviti pagi tu nak main kat outdoor ngan indoor theme park. Tapi tiba2 ‘si dia’  tepon. Dia cakap dia nak pergi Genting jumpa ca. Ca mula2 tak percaya jugak. Sekali dia mesej dia dah gerak dari rumah, masa tu la ca percaya. Sanggup tu datang dari Hulu Langat. Jadi ca cancel nak join dengan budak2 tu semua pergi main menatang2 kat outdoor ngan indoor tu. Ca tukar plan la.Ca jalan ngan ‘si dia’ je nanti. Lagipon kaki ca sakit.

Percaya tak ca jalan dah macam orang baru lepas beranak? Macam pingguin pon ada jugak. Mungkin ca tak biasa jalan jauh berterusan. Yela, dari ca sampai Shah Alam memang ca tak cukup rehat.’Si dia’ sampai kebetulan memang tepat2 kat Apartment Ria. Surprise!!!  Padahal ca tak bitau lagi ca kat mana. Buat muka pelik 24 saat.

Ca tak main pon benda2 alah kat theme park tu. Dah la semuanya bermain dengan KETINGGIAN. Musuh2! Ca tak terkilan pon tak dapat naik semua tu. Mungkin ca ni lebih suka bergambar dan nikmati keindahan alam kot.Cewah! Ayat~ Ca ngan dia jalan2 je walau terpaksa jalan terkedek-kedek macam pingguin. Cari tempat2 yang ada view menarik. Tembak sana sini.


Tinggi tak ca?? :P

Takut~



Sekali jumpa satu garden ni. Memang cantik sangat view kat situ ! Tenang je tengok bunga2 dengan kehijauan gunung ganang. J Time ni ca dah tak malas2 senyum dah. Memang nak senyum manjang. Semangat nak bergambar.Hehe…







Time duduk2 kat bangku yang mengadap ke permandangan gunung-ganang, ada la sorang gegel Chinese ni tegur kitorang. Dia nak kitorang tolong snap kan gambar dia ngan kawan2 dia. ‘Si dia’ dah angkat2 kening.Hehe..Cam tau2 je yang ca yang nak pergi snap sebab..sebab…chinese tu pakai DSLR..Nak merasa tembak orang guna makhluk mata bolat dan besar ni. Hehe.. Ca puas hati bila diorang pon buat muka puas hati ngan hasil ‘tembakan’ ca. Like3!

Da puas bergambar semua kat Genting, ca ambil keputusan balik Shah Alam semula ngan ‘si dia’. Sebab budak-budak tu habis main petang. Ca tak tau nak tunggu diorang kat mana dah. Kitorang pon dah check out dari apartment. Beg ada kat kereta budak2 yang naik kereta. Contact Saipurah, dia kata takpe la beg ca kat kereta, ca balik la Shah Alam dulu kalau nak jalan2 ngan ‘si dia’. Jadi ca pon gerak ke Shah Alam. Jalan2, makan2..Tak pasal2 sampai ke Hulu Langat jugak. Dia tunjuk rumah dia. Rumah je…. Ca belum ready la nak jumpa parents ‘si dia’..Tapi ca dapat jumpa adik dia..Dia tunjuk tempat dia kerja juga..

Sampai ke malam jugak la makan angin. Malam tu melantak KFC dalam I-City. Haha..Sekali lagi masuk I-City. Tapau KFC tu pastu pi makan di kelilingi pokok2 berlampu. The best moment..Hik3.. ^^, Dah siap makan, terus balik kolej sebab Saipurah ngan budak2 lain pon dah sampai.

Masing2 kepenatan. Purah yang tertidur awal. Hehe..Ca je tak leh tido sebab kaki sakit. Apa lagi, ambil kesempatan mengonlinekan diri.Masa tu la entry [NI] dipost.. J Bila mata dah tak mampu terbukak, nak tido. Alamakkkk~ Takde space kat katil Purah tu sebab Purah dah terbongkang da.hihi..Nasib junior roommate dia lom tido n baik sangat. Dia kasi ca tido dengan dia. Akhirnya ZzzZzzZzzzz

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...