Orang lain dah rasmikan
archieve dengan entry pertama untuk tahun baru, ca baru nak
update.Takpela.lambat sikit..Almaklumlah.Sekarang ca busy dengan ‘projek’ baru.
2012 dah meninggalkan kita
semua dah. Sedih pulak meninggalkan angka 23. 2013 ni menemukan ca pada angka
24 pulak.Tua sudah! Sorang demi sorang
kawan-kawan mula nak menamatkan zaman bujang. Tak ketinggalan yang dah menimang
cahaya mata dah. Daku cane ni?? Tak nak la bujang sampai ke tua. Waduh! Gerun
tau pada title andartu. Papepon, ca tau ALLAH dah ada perancangan yang terbaik.
Tinggal aku usahakan je. Tapi satu masalah juga, nak usaha cari laki camane?
Boleh tak bawa signboard “Awak nak jadi suami saya?? ” pergi kat tengah2
jalan?? Erk! Terdesak beno gayanya.
Sepanjang tahun 2012 yang
lalu, tak banyak pon perkara yang best berlaku dalam hidup ca. Tahun 2012
adalah tahun yg banyak dugaan. Nak citer pon tak reti sebab dugaan tu banyak
menyerang jiwa dan raga. Nak luah dengan kata-kata memang tak mampu. Cuma mampu
merembeskan air mata. Kadang2 terfikir, banyak betul air mata dalam ‘tangki’.
Asyik nangis jek.
Ca kehilangan seorang
nenek sedara dan dua orang moyang dalam tahun yang sama. Sedih sangat. Ketiga-tiganya
menghembuskan nafas terakhir disaat ca jauh dengan mereka. Sempat jumpa jenazah
je. Nenek2 ku, semoga kalian tenang di sana
dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman… al-fatihah….
Tahun lepas juga ca mampu
‘makan gaji’ kat 1 company untuk 3 ke 4 bulan camtu. Pertama dan terakhir untuk
tahun yang lalu. Lepastu, ca mula bergiat aktif dalam bisnes kecil-kecilan.
Bisnes kraf ada, bisnes Extra Moist Chocolate Cake pon ada. Dan sekarang jual
Extra Nestum Popia pulak. Alhamdulillah.. Allah sentiasa membantu .. Eh, nak
tempah? Boleh klik link2 ni eh, jenguk2 dulu, pastu leh la pm @ tinggalkan
komen..
TEMPAHAN EXTRA MOIST CHOCOLATECAKE :
TEMPAHAN EXTRA NESTUM
POPIA : Pm kat FB ca
Sori, iklan
jap.Hehe..Sambung balik .
Tahun lepas juga tercapai
hajat ca nak pergi Genting Highlands dan I-city. Pasni teringin nak ke Cameron
Highlands pulak. Mau kunyah2 buah strawberry fresh2 sambil menghirup udara
segar, sambil feeling2 jadi Izara yang berhoneymoon dengan Amir Asyraf…Ingat
tak citer apa? Citer Vanila Coklat ! Hihi..
Masa kat Genting.. Love purple ! |
Dan impian untuk seumur hidup, nak ke bumi ALLAH, tanah suci Mekah. In shaa ALLAH.
Selain tu, tahun lepas ca
berjaya dapat lesen lori kereta dengan sekali percubaan je dengan abang
JPJ yg psiko. Belajar dari zero, sekarang dah hero. Hero la sangat ! Awal-awal
keluar lesen dah bagi bumper depan kete cium tiang besi. Kelajuan paling
maksimum yang ca pernah capai setakat ni pun cuma 130km/j je..Haha..Sedap je
speed kat highway dengan main lorong kanan manjang. Macam nak amek kelas sukan
drift la. Impian sejak sekolah tu.Giler x giler? Orang pompuan selalu nak amek
kursus masak ke jahit, ca nak men’drift’. Hehe..
Kucing-kucing kesayangan
ca pon banyak mati dan hilang tahun lepas.Sedih wooo~ melalak seharian macam
mak hilang anak. Betul..Ca terlalu sayang kat kucing2 tu, tiba2 mati lak. Dah
xde ‘kawan’ nak ajak berbual time sorang2. Rasa macam nak pi kutip semua kucing
tepi jalan .
Anak kucing yang mula2 hilang..mati mungkin.. :( |
Anak kucing kedua yang mati..kena gigit ngan anjing.. :( |
Emmm..ape lagi ye.. Ha,
birthday tahun lepas ca dapat 2 bijik kek . Sebiji dari mak, sebiji dari abah.
2nd time dapat 2 biji kek sekali dalam 1 masa.. Yang pertama masa
zaman study kat poli dulu. Semua ni ca x sempat pon nak share kat sini. Nak
citer pon dah malas. Dah basi sangat da. Hehe..
2 biji kek yang ca dapat masa birthday ke-20.. sebiji dari abang tempat praktikal, sebiji lagi dari kawan2.. :) |
Yang belah kanan mak bagi,yang kiri abah bagi..kek birthday tahun lepas.. :) |
Rasanya tu je la yang ca
ingat. Tak bape best kan?
Tapi ca tetap bersyukur sebab ALLAH masih beri peluang untuk ca terus bernafas
disaat ca up entry ni. Andai disaat korang baca ni ca da takde kat dunia ni,
doakan ca pon tenang kat sana ye. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat ca sebagai
hadiah paling bermakna untuk ca… Terima kasih….
So, ape perkara paling
pahit dan paling manis korang? Share le dengan ca…… :)
wahh bestnye , last lastt pasal kek . whuaaaa . ehhh yg kucing tu tetiba sedihh pulak .
ReplyDeletehey new year ca ! *berbulu tak ?
waaa...makin pandai nih...=)
ReplyDeletelmbat sikit terjah ca ni..hehe..hepi new yorrr...moge terus sukses berbisnes.. <---da wish, mintak2 dapat diskaun nanti :p
ReplyDeletemoga segala azam ca tercapai. lagi2 ke tanah suci tu. :)
ReplyDeletewah gitooo...banyak kekkks...atok dapek 1 yo (-_-)
ReplyDeletemcm kenangan tahun lepas ye ca...
ReplyDeleteperghh...130km/j..main lorong kanan je tu...tak boleh blah...haha~
lama tak jenguk sini.. :) hepi new year ca.. :)
ReplyDelete