Assalamu’alaikum…
Macam
pelik je istilah ‘gathering bajet’ ni. Selalu dengar hotel bajet je. :) Bajet ni macam ber-kos rendah gitu la.Haa,
lantak la.Lepas ca cerita ni mungkin korang akan faham apa yang ca maksudkan.
Hari
ahad lepas (23/12/12), ca dengan kawan-kawan skola rendah buat gathering. Macam
biasa, kawan-kawan yang akan request untuk buat gathering.So, ca dan sorang
lagi kawan ca (Jah) lah yang selalu jadi plannernya. Budak-budak lain suka
request & tinggal follow je. Kali ni ada yang request nak mandi gunung. So, ca plan buat gathering kat
Gunung Pulai 1 je. Dekat je dengan rumah masing-masing. Tak luak pon minyak
kereta kalau pergi sana.Tapi kalau jalan kaki , tak semput pun, boleh pengsan
tengah jalan. :P
Gunung
Pulai 1 ni actually dah tutup semenjak pernah runtuh 15 tahun lepas. Tapi
sekarang ramai je naik gunung ni.Disebabkan masing-masing dah lama gila tak
naik gunung ni. So, walaupon dekat, excitednya bukan main.
Nampak
tak point pertama kat situ? “Dekat je dengan rumah masing-masing” Haaa..tu yang
dimaksudkan ‘kos rendah’ tu. Bila dah dekat, jimat masa, jimat duit minyak.
Hahaha… Enjoy tetap enjoy. Nak kurangkan kos, sila pergi tempat2 yang
berdekatan je ngan korang.
Ok
sambung story. Kali ni ca buat kelainan sikit. Masing-masing kena bawa makanan
sorang sikit. Nanti bila dah kumpul, banyak la makanan jadinya kan? Hehe. Baru
seronok. Macam zaman2 skola jugak.Boleh kongsi2 makanan.. Pagi-pagi lagi ca bangun , masak
bihun Singapore. 1st time buat, Alhamdulillah menjadi.
Ni
nak highlight kan point kedua . “Masing-masing kena bawa makanan sorang sikit”
Bila setiap orang bawak makanan sorang sikit, bila dah kumpul jadi banyak.Kos
tiap orang pon bape ringgit sangat. Tambah-tambah lagi semua bahan memang ada
kat rumah. Bukan ca suruh bawa makanan bertaraf hotel 5 bintang pon. Makanan2
yang berjaya dikumpulkan oleh kami semua :
- Bihun Singapore
- Nasi goreng
- Roti canai + sambal tumis
- Nasi impit + rendang ayam
- Jemput-jemput ikan bilis
- Roti + kaya
- Kuih bingka
- Buah rambutan & duku langsat
- Air
kotak & air oren
Segala bekalan ! |
Ha,
amacam? Banyak kan? Tak sangka la kawan-kawan memang bagi kerjasama dengan
baik. Thanks guys!
8.20
pagi : Disebabkan pagar utama nak ke tingkat atas ditutup, kitorang tak boleh
la naik ke atas naik kereta. Kitorang ramai-ramai jalan kaki dengan bawa segala
makanan. Serius seronok. Naik atas tu boleh tahan jauh dia. Jalan sambil gelak2
sambil bercakap, maunya x semput ! Budak2 lelaki laju je la jalan. Ca baru suku
jalan dah pancit dah. Hehe.
Masa mendaki..pancit sudah! |
Sampai2 kat atas..bergambo dulu~ |
Tapi segala penat , semput semua hilang sebaik saje sampai ke area air terjun. Subhanallah, lama dah tak pergi air terjun. Derasnya air terjun tu memang menggodakan.Apa lagi, letak barang-barang..terjun dalam air ! Sejukkkk~ Pergi pagi-pagi ni memang syoklah!
Sambil
kitorang mandi-manda tu, monyet2 liar dah mula datang aim makanan kitorang.
Nasib baik ada 1 family ni baik hati. Dia suruh kitorang letak barang2 &
makanan kitorang dalam khemah diorang. So, bolehlah mandi dengan aman!
Bila
dah penat mandi dan explore setiap tingkat air terjun tu semua, masing-masing
dah lapar. Keluarkanlah semua stok makanan. Memang best lah dapat makan ramai2
dekat kawasan air terjun. Tak sama macam makan dekat restoran fast food ke
mamak segala. Monyet-monyet liar makin rancak atas pokok tengok kitorang
makan.Makin lama makin banyak. Nasib ada budak2 lelaki ni tolong halau diorang.
Bila
da siap makan, yang budak2 lelakinya sambung main air. Yang perempuannya dok
mengunyah lagi. Time tu juga lah monyet2 tadi berani dekat ngan kitorang. Makin
banyak yg datang. Ada yang dah tunjuk taring kat kitorang. Tiba-tiba sekor
bapak monyet ni turun ke tempat kitorang. Mau tak menjerit kitorang semua.
Budak-budak lelaki lari ke tempat kitorang bila dengar kitorang jerit.. Ceh,
nak tunjuk hero ke? Haha..Nasib kitorang takde pape. Cuma sebalang kuih bingka
berjaya ‘dirompak’ oleh bapak monyet tadi. Hampeh! Nasib dah rasa. Mungkin
diorang tergoda dengan warna kuih bingka ubi yang kuning.Ingatkan pisang kot.
Haha..Masa tu dok terbayangkan monyet tu makan kuih bingka yang lembik tu.
Mesti terselit-selit kuih tu kat gigi diorang kan? :D
Em,
memang kenangan yang best. Seronok sangat ! Lain kali boleh pergi lagi.
Berbaloi tau pergi tempat camni. Dengan keindahan air terjun ciptaan ALLAH ni,
mampu buat sesiapa yang stress, yang penat bekerja dan sebagainya relaxkan
fikiran.
best air terjun...
ReplyDeleteBestnya... akak dh lama xjmpa kwn2 akak..semua dh ada life sendiri...
ReplyDeletewahhh...sonot nyo.....hatok dah lamo x buek aktibiti cengginih.
ReplyDelete