Assalamu’alaikum..
~Dingin Tak Bersalji~
Da baca Part 1, Kota Berlampu?? Hehe..Panjang tak panjang karangan ca? Kali ni pon panjang kot. Tapi banyak gambar..Nak ke baca? Huhu.. :(
Ok, pagi2 sabtu ( 17.3.2012 ) tu, kitorang bekpes sama2 dalam bilik. Kawan2 Saipurah yang dari Arau pon dah sampai subuh2 lagi. Ada Juja,Ati ngan Cik Kina.Diorang pon stay kat kolej. Dak2 yang malam tadi tak jumpa pon ada. Aini ngan Adik. Semua memang baik. Happy dapat kenal diorang..
Siap2 semua, kitorang pon gerak.Kitorang ber-8 ( 6 gegel, 2 boboy ) naik bas rapid sampai la ke KL Central.Kat KL Central jumpa lagi sorang budak laki. So, yang naik bas semuanya 9 orang. Beli tiket ke Genting siap dengan pakej naik Skyway (RM10.30). Erk! Dengar je yang kitorang akan naik ke puncak naik kete kabel, kecut perut dulu dah. Ketinggian adalah MUSUH! Ca gayat weh.. :’( Tapi muka control ensem je. Beberapa orang yang lain ada yang naik kereta..
Ni la Geng Bas Sekolah.. kitorang makan jap sementara tunggu bas ke Genting.. :)
Dalam bas tak boleh nak tidur. Dah la dapat seat belakangggg sekali. Huh~ Time nak naik Genting jangan cakap la ca mampu duduk dengan tenang.Peha Saipurah jadi mangsa. Kena genggam bila bas buat aksi drift. Kaki pulak asyik beraksi menekan brek bas. Ikut hati macam nak pergi tumbok muka pakcik bas! Ca belom kawen tau!
Saipurah & Ca dalam bas.. :)
Dapat seat paling belakangggggg sekali..sob3.. T__T
Naik bas satu hal.Naik skyway dah dua hal. Allah..” kena naik ke? Kena naik ke?” -à soal dalam hati jek. Huwaaaa~ nak balik tak boleh. Naik jalan kaki?? Mampus tercabut sendi2 kaki. Nak tak nak, tabahkan hati, naik gak. Dalam kete kabel tu ca macam tak boleh nak bernafas. Takut punya pasal. Gayat sangat2! Kaki jadi kejang.Siyes! Ca tak tengok sangat ke bawah.Tengok depan je. Saipurah paling excited.Dia tak takut langsung.Kawan dia lagi 2 orang pon terdiam macam ca. Hehe.Yang lain terpisah la sebab takleh la nak sumbat semua dalam tu.
Dup dap dup dap!
Ca tembak diorang!
Muka control ensem..dalam hati, ALLAH je tau.. =__="
By best best best best fren! :)
Da nak sampai~ ^^,
Sepanjang2 jalan kat atas tu boleh asyik fikir “kalau kete kabel ni jatuh camane? Berkecai aku!” Erm.. =__=” Sampai je kat atas Genting memang bersyukur sangat la sebab selamat sampai.Hehe. Memang ca penat sangat. Bahu sakit bawa beg. Kaki sakit. Kena pulak berjalan jauh untuk ke apartment yang kitorang sewa. Serius memang jauh dari tempat kete kabel benti tu. Ca memang jalan je laju2 ngan kawan2 yang dah mula rapat ngan ca. Nak cepat sampai. Sampai2 apartmen, dak2 yang naik kereta dah sampai. Kitorang menginap kat Apartment Ria. Ada 3 bilik. 2 bilik untuk dak pompuan. 1 bilik untuk dak laki.Jumlah kitorang semua 22 ke 24 orang tak silap. Memang riuh la.
View dari dalam bilik apartmen...
Sampai2 pulak pon sama.Tak dapat rest pon.Dak2 pompuan semua turun dapur masak untuk makan malam.Kitorang dah bawak barang2 dapur untuk masak makan malam ngan pagi esoknya. Jimat kan? J Menu makan malam : Nasi putih + sambal sardine + kobis goreng + telur dadar
Ouh bestnya tilam yang empuk! Lagi best tilam kat umah.. :)
Aktiviti malam tu , diorang ada game main tukar2 hadiah.Memang fun la. Disebabkan ca tak terlibat, ca jadi photographer diorang je..Hihi..Gambar diorang semua kat kamera Saipurah. Ca takde amek sangat.
Sesi tukar-tukar hadiah...
Dah settle aktiviti tu, diorang semua ajak jalan2 pulak kat kawasan indoor theme park. Angin malam memang mengigit-gigit tulang. Al-maklumla, ca kekurangan ‘isi’. Hehe..Jadi memang senang la angin dingin malam tembus ke tulang. :p
Kaki ca memang dah sakit sangat. Tak larat da jalan. Nak senyum pon malas, lagikan nak bergambar.. Memang gambar ca tak banyak la.. Gambar yang ada pon memang semua nya tak cun sebab tak beriye.Penat..
Gambar-gambar MEREKA yang ca sempat snap.. :)
Balik2 apartment je ca memang tombang. Dak lain mencekik 2nd round sebab dah lapar semula.Hihi.Ca memang dah tak larat. Basuh kaki, cuci muka,pakai sweater, sarung stokin, tarik toto (selimut tebal tu)----> ZzzZzzzz
*Tibe2 terfikir, tempat ni macam bestttt je kalau jadi tempat honeymoon…..hik3..cejuk tu~ ops! :p