12 July 2013

SWEET POPIAH NESTUM

Assalamu'alaikum...

Sempena bulan ramadhan dan nak raya ni, ca buka tempahan Sweet Popiah Nestum untuk sesiapa yg berminat. Ca yang buat tau. Mesti cuba tau,tau ! :)

Pastinya RANGUP !
TIDAK TERLALU MANIS !
Rasa sekali PASTI NAK LAGI !
HARGA BERPATUTAN & MAMPU MILIK ! :)

Sesiapa nak order boleh la pm ca di inbox facebook ca ye.. -->> FB (CA EZAH)



20 June 2013

Rewang-rewang di Darul Makmur

Assalamu'alaikum...haip... ♥

Alhamdulillah....selamat pulang ke negeri Darul Takzim selepas 4 hari 3 malam di Darul Makmur berbekalkan 'ole2' demam, batuk dan selsema.. penyakit 3 serangkai jugak yg ku bawa pulang. Keropok lekor memang lupa betul ca nak membelinya. Bukan kena gi Ganu je baru dapat kopok lekor.. Kat Pekan Pahang pun ada jugak.Kebetulan kampung cik abang, En. Bulat ca tu dekat ngan laut.Memang ada la tempat proses kopok lekor. Sebelum ni pernah la beli.Kali ni tak teringat pon nak membeli sebab dah penat sangat merewang kat kenduri rumah makcik En Bulat.

3 majlis dalam sehari. Majlis potong jambul anak si Angah (sepupu), majlis tahlil ngan majlis pertunangan si Along (sepupu). Along Angah ni twins tau. Hehe..En Bulat ada baka kembar..Ne tau ada rezeki ca kawen ngan En Bulat leh dapat anak kembar gak macam akak Pinky Momma kan,kan.. Bestnyerrrrr~ :) 

Yang ni Angah n baby Humairah.....baru pas potong jambul.... omey sangat si Humairah ni... ♥

Ni pulak Along. Angah n Along ni kembar akhir n awal tahun. Along sebaya ngan ca.. :)

Untuk kenduri tu, sekor lembu + 2 ekor kambing tumbang. Phewww~ bayangkan la majlisnya camane kan..Kali ni ca datang dikenali sebagai "bakal menantu" dah. Bila org tanya, ada je yg tolong jawabkan..Ckp la ca ni bakal menantunya Yah (mak En Bulat). Tak pun tunangnya Din (nickname En Bulat kat kampung). Belum officially jadi tunangan org dah digelar cik tunang.Memang agak malu jugak la. Hehe.

Kali ni kaw2 ca rewang utk kenduri. Tak pernah se-busy tu. Sebelum hari majlis,kerja2 yg ca buat, kena perah 10biji kelapa sorang-sorang.Nasib ada tukang blend kelapa tu.Pastu potong bawang kecik,bawang besar,bawang putih , halia, daging..Basuh pinggan mangkuk periuk bagai jangan cakap la..Ca rasa ca sorang je anak dara kat dapur tu.Serius! Yang lain tak tau kemana time tu. Tapi seronok sebab ca diterima baik oleh semua orang. Alhamdulillah.. :) Bahagia rasanya tau. Yelah, yg kat dapur tu semua sedara mara En Bulat. Sambil2 rewang, sambil2 suai kenal..

Malam sebelum majlis kena migrain. Apa pun tak boleh buat. Nasib mak En Bulat faham. Suruh rehat je. So malam tu tak dapat tolong pape..Di hari majlis, pakai punya lah cun2.. Last2 nak tau kemana ca pergi?? Dok kat tempat basuh pinggan.Hahaha.. Basuh pinggan dengan cik abang lak tu. Semua pakat kenakan kitorang. Sedara mara dia kata " eloklah basuh pinggan berdua ye..romantik gitu". Ambil kesempatan je diorang tu tak nak basuh pinggan.Entah bape jam kitorang kat situ.Penat dia jangan cakap la..Jari sampai kecut2 dah. 

Sampai satu tahap kitorang memang dah tak larat, En Bulat ajak "cabut lari".Haha..kitorang cabut la..Pi tukar baju, terus pergi mandi laut.Gila tak?? Bawak anak2 buah sekali pi mandi laut. Memang best! :)

Gambar memang xsempat pon amek banyak2.. Enjoy that moment je.. :)


Anak buah paling tecik.. Aish.. yg lain xde amek gambar pulak... 

Pengalaman terindah balik pahang kali ni walaupun penat... :)

12 June 2013

Ke Pahang Lagi~

Assalamu'alaikum....

Sebelum ni ca pernah buat entry pasal Tips Persediaan berjumpa bakal mertua ..sape belum baca, sila lah baca pas ni keh. Actually entry tu ca buat sebelum ca berangkat ke pahang, rumah bakal mertua. Tu yang terfikir buat entry tu. Dan tips2 kat entry tu memang ca praktikkan . Tu la kali pertama jumpa bakal mertua. Masa tu baru 2 bulan ke 3 bulan ca dengan si dia rapat. Kenal dah lama, tp masa tu baru rapat and dia serius. 

di sini bakal kampung kedua ku.. :)


Pengalaman?? Menggigil kepala lutut time nak sampai ke umah bakal mertua tu. Sampai2 je, mak si dia nga masak. Masak apa? Masak gulai tempoyak ikan patin KHAS untuk aku sebab si dia pi bitau mak dia yang ca suka makan tu. Terharu kembang2 idung rasanya time tu. Haha..Terima kasih la makcik! Memang sedap.. :) Time ca makan penuh bernafsu tu, mak bapak dia soh dok tambah2 nasi. Seronok tengok aku makan dengan seleranya kot. Malu i~ :P

Malamnya ca boleh kena migrain teruk lak sampai termuntah-muntah. Tak syok betul. Dah sakit, apa pun takleh buat. Mak dia suruh rehat, mak dia parutkan bawang kecik utk tepek kat dahi semua la..Dia ngan mak dia banyak jaga ca. Time tu la rasa yang mereka betul2 sayangkan saya~~ (^__^) *sob3..terharu lagi.

Perjumpaan kali pertama tu tak bape nak best sebab ca banyak sakit dari sihat. So xde peluang sangat nak beramah mesra. Sebelum hari merisik, mak dia dah turun johor awal.Pergi rumah dia. Mak dia nak shopping barang hantaran belah dia, so ca yang kena bawak diorang pi shopping.Time ni la banyak masa ca beramah mesra. Alhamdulillah...Semua dah ok n mesra.. :) Sampaikan masa nak beli baju nikah utk hantaran, promoter tu cakap "untung awak dapat bakal mak mertua camni, suruh bakal menantu pilih baju sampai puas hati."

Alhamdulillah..syukur sangat.Hope hingga ke akhirnya hubungan dengan bakal mertua baik2 sahaja.. :) Hari jumaat ni sekali lagi ca ke Pahang atas jemputan saudara mara dia kat sana . Sepupu dia bertunang + majlis potong jambul anak sepupu dia lg sorang + kenduri arwah. Fuhhh~ berpeluh kali ni.Sebab mesti laaaagi ramai saudara mara dia yg ca kena jumpa. Phewwww~

*Kena packing barang ke dalam beg. 1 kerja yang PALING AKU TAK SUKA! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...