02 December 2011

Marilah Mari..Pergi Mengundi..



Assalamu'alaikum...



Sekarang bukak2 tv, semua pasal persidangan UMNO.. Sana sini politik. Sori, ca tak bape minat pasal politik dan hampir2 boleh dikategorikan malas nak ambil tahu. Entahla..Ca cuma tau ca berjaya jadi budak celik huruf , celik nombor, celik2 pejam di sekolah dan di ipta KERAJAAN punya.Tu je.. Haha.Teruk tak teruk?

Tadi ca baca entry kat blog OSHIN, dia citer yang dia dah daftar jadi pengundi dah. Erk! Tiba2 teringat yang ca ni bukan setakat dah layak jadi pengundi, jadi mak orang pon da layak.. :P Okeh, mengaku, ca belum daftar pon. Sebab2 tak daftar lagi jadi pengundi :


  • Malas la nak beratur panjang2 nanti time nak mengundi.. *sebab utama.boleh gitu?*



  • Tak tau nak undi mana satu. Takut tengok keadaan politik skang.Macam nak memecah belahkan antara satu sama lain je. =__="


  • Lupa pulak dah layak..ingat umur baru 18 tahun..erk! hehe


Tapi dengar kata, mengundi ni kan tanggungjawab.Tanggungjawab kan wajib ditunaikan.Kalau dalam islam, tak jalankan tanggungjawab yg wajib tu kan dosa.Tak elok.Jadi serba salah pulak. Sebab2 rasa perlu mengundi :




  • Makcik2, nenek2 yang tua sanggup je datang mengundi walau tak kuat jalan.Ada yang berkerusi roda lagi..Kita kan muda lagi.. *betul ke ca yang taip ni? haha*


  • Nak jalankan tanggungjawab la.Jangan tau duduk je kat Malaysia, tapi macam dok bawah tempurung

  • Terpengaruh dengan iklan . " Saya belum cukup 21 tahun.Kalau umur saya dah cukup, saya nak mengundi!" / " Saya dah mendaftar, anda? " *ok, ni tipu.tak terpengaruh pon..haha*


Jom pi daftar bagi yang layak! *ceh2..konon semangat la ni *


[Klik Untuk Join]

Selalu Dia Buat Aku Ketawa..Tapi Hari Ni...

Assalamu'alaikum...

Percaya tak kalau ca bitau, time ca taip entry ni, ca menangis? Sila percaya. Ca serius. Ca dah tak leh tahan dah perasaan ni. Mungkin orang boleh cakap, "entah pape la budak ni , sewel ape? Nak nangis2 depan lappy."

Ca tak tau nak ngadu kat sape lagi dah.Orang lain tak kan faham.Dan mungkin akan gelakkan je apa yang ca rasa sekarang..Kenapa ca nangis??

Sebabnya, Jibam.. 



Jibam tak balik rumah dua hari dua malam dah. Selalu dia jalan2 pergi rumah bini dia pon , pagi2..Tengah hari dia dah balik. Tapi ni langsung tak balik. Tak tau dia pergi mana. Cukup la dua ekor anak kucing ca mati semua sebab kena makan ngan kucing liar. Tapi Jibam dah besar..Tak mungkin kena makan ngan kucing lain. Kena culik?? Tak..tak..tak mungkin! Dia kucing kampung jer.. 

Ca tak tau nak buat apa..Puas panggil2 nama dia tadi.. T____T Balik la Jibam.....Kau makan ke tak kat sana tu.. Tak sanggup la ko takde . Sape nak teman aku bila semua orang umah ni keje.. Sape nak buat aku gelak lagi ngan keletah kau.. Bila tengok tulang ikan pas makan tadi, aku tak tau nak bagi sape dah... Isk3... :'(



*tak pernah nangis camni sebab kucing je!

01 December 2011

Dah Hujung Waktu ! Sempat ke??





Assalamu'laikum~

Tengok kalendar laptop, 1/12/2011.. Kalendar nset, 1/12/2011. Tengok kalendar kat rumah,  30/11/2011 ...Gosok2. mata.. Owh..kalendar kat rumah belum koyak kan ke bulan baru. Hehe.. Da bulan doblas dah? Ini maknanya tahun 2011 pon bakal menghabiskan sisa2 harinya. Sekejapnye masa berlalu kan?

Peristiwa-peristiwa paling menarik sepanjang tahun 2011

28/02/2011 >> My Convo ( Part 1, Part 2, Part 3 )

11/11/11 >> wedding ex-housemate+ex-classmate+ex-roomate ku, Azah Jalal a.k.a Mak Jah


Ada je peristiwa2 lain yang menarik, tapi otak burung unta ni tak mampu nak ingat tiap2 tarikh..hehe. Tapi yang paling ingat yang kat atas ni la. :)

Tapi jangan la kita leka sangat dengan duniawi. Sebab bukan setakat tahun 2011 je yang sedang menghabiskan sisa2 harinya. Tapi dunia ni pon sama. Da semakin hampir dengan pengakhirannya.Kita manusia yang diakhir zaman. Kita pon sentiasa dekat dengan ajal kita. Bila2 masa je pinjaman nyawa ni ditarik semula..




Cuba tanya diri kita..

Berapa banyak amalan yang dah kita buat??

Agak2 ALLAH terima ke amalan kita tu??

Berapa banyak pulak dosa yang kita buat??

Agak2 ALLAH ampunkan ke dosa kita? Dah ke kita bertaubat??

Ada tak kita 'berhutang' dengan ALLAH??



Bagi diri ca, ca rasa banyak dosa dari amalan yang dah ca lakukan. Amalan tu pon entah diterima ke tak. :(


"Ya ALLAH, berikan aku kesempatan Ya ALLAH untuk perbaiki diriku ini yaALLAH! Berikan aku peluang untuk menyediakan bekalan untuk diakhirat kelak.. Berikan la keampunanMU terhadap dosa2 yang sudah aku lakukan, terimalah amalan2 ku yang sedikit ini YaALLAH..Ku mohon kasih sayang dan belas kasihan Mu yaALLAH... Ku tahu hanya KAU lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.. Aminnn~"








[Klik Untuk Join]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...