06 December 2011

Lelaki Tak Ada Masalah??

Assalamu'alaikum~

Kenapa ca asyik citer topik lelaki? Kalau sebelum ni pasal lelaki cute & laki ensem, skang ape cover2 line pulak ni? Saje je nak citer topik lelaki. Kalau blogger lelaki pon selalu 'angkat' golongan cik awek kan,kan? *angkat la sangat~*

Erk! Pakcik sape ni??

Ca tabik spring sama lelaki! *toink! toink!* Owh, kenyataan berani 'angkat' lelaki kali ni. Tapi bukan semua lelaki ok.Tak kuasa makkk nak 'angkat' si perogol bersiri, pencopet negara, pencuri tegar, ouh..tidak,tidak..Tabik toink2 ni hanya untuk sesetengah golongan lelaki je. Korang yang baca ni lelaki? Ye, mungkin korang tergolong dalam lelaki yang akan dapat tabik spring dari ca.

Kenapa ca kata lelaki tak ada masalah?? Bukan diorang tak ada masalah...................

Mereka ada masalah, tapi muka cool selalu macam tak ada masalah !

Ni adalah KELEBIHAN lelaki. Seboleh2 nya sembunyi masalah. Ni dari pengalaman & pemerhatian ca la eh.. Ye la, bekas budak mekanikal, kawan ramai lelaki. *ceh3*

Contoh situasi :

  • Bila poket kering, duit dah habis. Kawan2 ajak makan


Lelaki ►  Dia cakap dah kenyang. Tak pon puasa. Langsung takde hint nak bitau yang dia takde duit. Memang tak nampak. Elak sekeras2nya.

Perempuan ► Mungkin akan bitau nak jimat duit @ terus terang je cakap duit takde. Secara langsung kawan mestilah ajak gak, bagi pinjam duit ke ape kan..


  • Putus Cinta

Lelaki ► Masih boleh relax2..keluar lepak ngan member2..Tagline lelaki putus cinta "bunga bukan sekuntum".Hehe.. Tapi tak tau la kalau nangis dalam bilik air.. :P mana tau kan..... 

Perempuan ► Tak sah dok murung sehari dua..senyap tiba2..moody tiba2..Keluar muncung itik, kerut2 dahi..Nangis2..Mula cakap ngan kawan2 aku nak pakwe..carikan..hehe..*hint putus cinta, harap maklum*


  • Gaduh dengan member @ berkelompok


Lelaki ► Contoh gaduh ngan budak kelas.Tapi lelaki sangat profesional gitewww...Dalam 1 kawasan yg sama dengan musuh atau kelompok 'lain kepala' masih ber'lagak' profesional gitewww~ nampak macam takde masalah langsung.masih boleh bergelak sama..Tak pasan pon penumbuk padu sembunyi kat dalam genggaman..haha

Perempuan ► Kalau da bermusuh, jangan harap nak bertegur punyalah.Masing2 kalau boleh nak jeling mata 360 darjah ! Perli memerli tak kan lari kemana. Sampai orang lain pon boleh perasan..Mulalah orang tanya " eh,ko gaduh ke ngan simpulan simpulani tu?? Tak bertegur nampakkk.."


***********************************************


Ha, tu beberapa contoh la eh.Ca bukan nak menjatuhkan air muka kaum sendiri, dan mengangkat kaum lelaki.. Tapi itu kenyataan dan ca pon pernah alami sendiri.

Mungkin ada je perempuan yang boleh dapat tabik spring ni jugak, dan mungkin ada je lelaki yang tak boleh dapat tabik spring ni..Manusia...tak semua sama... :)



* pengalaman mematangkan diri.....

04 December 2011

Apa Ayat Pertama Terlintas Bila Terjaga Dari Tidur?

Assalamu'alaikum ..


Wah..datang rajin ca taip entry pagi2.. Disaat ibu ayam memimpin tangan anak-anaknya untuk mengais pagi untuk breakfast. Si bapak ayam pandang dari jauh je sebab semput berkokok-kokok subuh tadi tapi tak ramai jugak bangun solat subuh.. " Yang, tapau kan abang cacing gred A ke, jagung barang singget dua balik kang ye..jaga anak2..baik2 melintas tu.. " Pesan si bapak ayam..

Hamek kaw! Buku cerita darjah 1 keluar pagi2 ni. Saja nak menghepikan diri ye dak? Pagi2 kenalah ceria. :) Sebelum dok hepi2kan diri, meh nak tanya sikit. Apa ayat pertama yang terlintas kat mulut @ hati korang bila terjaga je dari tidur?? Tak kisah la pagi tadi ke, pagi semalam ke, pagi semalam punya semalam ke, pagi semalam punya semalam punya semalam ke....Ha,apa dia??




Ni contoh2 ayat yang mungkin terlintas kat hati @ mulut kita semua  :

  • Halamakkkk!  Dah lambat ni nak pi kelas @ keje ! Mampus aku.....!

  • Hehehe..senangnya dalam hati..Hari ni dapat dating ngan inchik abang.. (terfikir2 nak pakai baju apa)

  • Isk3..aku kena lupakan jugak pasal semalam..Aku kena lupaka dia!  T___T *putus cinta* 

  • Aduhai malasnya nak bangun..nak kena kemas rumah, masak..huh~

  • Allah~ terlepas lagi subuh aku! :(
  • Wah! bestnya mimpi tadi ! Hihihi


[Klik Untuk Join]


Ha, tu contoh je la. Ada yang terkena batang idung tak? Kat atas ni semuanya pernah terlintas sepanjang hidup ca. Tipu la tak pernah. Ca bukan baik mana pon. Tapi sebenarnya ayat terbaik dan paling baik yang HARUS terlintas seusai je kita jaga dari tidur ialah ...

" Alhamdulillah~"




Sebab? Sebab kita masih diberikan kesempatan oleh ALLAH untuk hidup masa tu. Cuba kita tak bangun2?? Sebab tu sebelum tidur, mengucap dulu, baca doa, dan maafkan orang lain. Jangan terlalu sibuk memikirkan duniawi sangat. Setakat nak ucap alhamdulillah pon berat..Adat macam kita meminjam sesuatu barang , kena ucap terima kasih kan? Camtu gak la kita dengan ALLAH.. :)

Kita cuba amalkan sama2 keh! ^^


* misi pagi ni : nak cari Jibam... :'(

03 December 2011

Bila Dah Nampak Pontianak ...

Assalamu'alaikum~

Menaip entry dengan control macho cun. Konon2 tak gerun langsung la. Padahal berani-berani-takut jugak ni.*huh? istilah ape tu?*  Apa pontianak? Siapa pontianak? Cun tak macam Maya Karin? Ke ensem macam hero Twilight? ngeh3.. Sori sikit.. Takde yang secantik atau sehensem tu la. Walau ca tak pernah nampak, tapi kat minda ni da diset dan terkunci ngan keyword "hantu itu hodoh" dari kecik lagi. Suaranya pulak takla semerdu Siti bawak lagu Cindai. Ok, cukuplah intro 'memuji' cik puan Pontianak.
Sekarang nak citer kisah benar. Kisah adik lelaki ca la. Adik ca ni memang TIAP-TIAP malam keluar lepak ngan geng kampung yang konon frens forever kat depan simpang nun nak masuk ke lorong rumah ca. Balik rumah memang cecah kol 12~1 pagi. Entah apa yang dibualkan tiap malam pon tak tau. Lelaki pandai gosip gak ke? Pandai okeh... 


[Klik Untu Join]


Ok, pastu khamis malam jumaat baru-baru ni dia keluar macam biasa.Time nak balik tu pukul 1pagi.Hujan renyai..Sekali dia cakap nampak 2 ekor kelawar putih melintas depan dia. Dia dah naik motor dah masa tu. Sekali motor dia tiba2 tak nak gerak walau dah dipress.. time tu la dia nampak juraian rambut melintas pulak,lagi2 lah kena dengan cahaya lampu motor. Mau menggigil dia balik. Nak baca apa2 ayat suci pon tak terkeluar dek mulut dah dia kata. 

Semenjak malam tu dia takut nak keluar malam.Tak tau la setakat sehari dua ni je.Dah ok kang, keluar balik punya.Mak cakap panas bontot dia kalau tak keluar sehari.Tak sah tak keluar. Padan muka. Selama ni tak caya bila mak citer kat kampung ca ni memang ada dulu.Tak takut.Sekali dah nampak..Senyap! Apa2pon, semua ni syaitan..Syaitan ni, ayat suci Al-Quran kelemahan dia.Banyak2 kan baca sebelum keluar rumah sebagai pendinding diri keh.. :)




*jangan la ca dipertemukan dengan 'beliau'..pengsan! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...